Wednesday, October 24, 2012

120 penampar dalam 1/2 jam...

 Assalamualaikum♥♥

Selamat pagi semua..tinggal lagi satu hari semua umat islam akan menyambut Hari Raya Haji kan..Korang dah buat persiapan ke??Dya tahun ini simple jek..al maklum lah tinggal bersama dengan mak mentua,..tak sama kat rumah sendiri.kalau umah sendiri kesibukan dah ternyata di situ.Nampak tak,dya begitu rajin ke dapor..huhuhuhu.

Pagi ni dya nak share satu story pasal kanak2..Dya ambik petikan dari suratkhabar METRO..
Mari kita kongsikan bersama lagik2 yang ada anak2 kecil..Kesian kan??

situasi di prasekolah..tengok cikgu wanita..zalim sungguh kan?

Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali.
 
Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang
dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit - cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.
Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya. Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama. “Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya. Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan.


Cakap-cakap : Malaysia beruntung tak ada guru seperti ini kan??kalau ada subanaallah...penat ibu mengandung sembilan bulan wooo..senang2 nak tibai anak orang %$#&*&^

Terima kasih sudi baca !!!

17 comments:

  1. minta2 jgn ada cikgu mcm tuh, cian anak2 kita...
    stress kot sbb tuh jadi gini.......

    ReplyDelete
  2. budak-budak ni, kita nak pegang kuat sikit pun tak sampai hati...camne dia ni sanggup tampar sampai 12o kali...kejam!

    ReplyDelete
  3. Salam, kalau kat Malaysia mau kena penampar balik ngan bebudak tuh he he..

    ReplyDelete
  4. mmg ptt kena pecat...zalim sangat..budak2 kot tu yg dia dok tampo..

    lydia akak pun baru belajar psl nuff ni..setau akak be ni blh dpt bila advertiser pilih blog kita utk letak iklan dorang...

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Maybe cikgu cina xde training kot..tue belasah je ank org Bagai kn!

      Delete
  6. kalau kat malaysia ni, sekali tampar je, siaplah cikgu tu kena report..agaknya, kalau 120 kali, apa jadi ye...

    ReplyDelete
  7. cikgu nih memg jembalang....biadap...

    ReplyDelete
  8. apa jenis cikgulah kan mcm ni !

    ReplyDelete
  9. kuajaq cikgu tu..x layak la jadi cikgu!!

    ReplyDelete