Monday, January 30, 2012

Al-Quran dibuang dalam guni

TINDAKAN PALING BIADAP!

JERANTUT – Tidak bertanggungjawab dan tidak sensitif. Itu yang berlaku apabila penduduk di sekitar Kawasan Perindustrian Ringan Jerantut di sini dikejutkan dengan penemuan naskhah al-Quran, muqaddam dan kitab agama dibuang bersama dengan sampah.
Keadaan itu mengundang rasa tidak puas hati mereka apatah lagi kitab suci berkenaan ditemui terbiar dalam guni besar di celah longgokan sampah di hadapan sebuah premis di kawasan tersebut petang kelmarin.
Selain 15 naskhah al-Quran, turut ditemui bersama longgokan sampah berkenaan ialah surah Yasin, serta kitab ilmu Tauhid dan Fiqah yang mengandungi ayat suci al-Quran.
Kesemua kitab suci itu ditemui bersama dengan buku rampaian sekolah, kertas dan fail yang dibuang di kawasan berkenaan.

Friday, January 20, 2012

Gong Xi Fa Chai

"Happy Chinese New Year To " - Mrs.Kym and Mr.Yap :)

Selamat menyambut tahun baru cina kepada semua chinese di Malaysia.. "Gong Xi Fa Chai"..Hari ini dya pun memyambut tahun baru cina coz dya memakai kaler merah but bkn congseum tau baju kurung je..hi3..Hari ini last day keje..ada party skit di opis lunch hour nnti..Nyum3...makan lagi,..(lapa2..ingat ayam KFC)...huh3..Opis off day sampai next week..Dya xde planning ke mana2 tahun baru cina ni..rest di rumah aja..kesibukan lalu-lintas di musim perayaan ini dya de kureng skit nk berjalan2..hrmm..duduk rumah je lh...



Wednesday, January 18, 2012

Ombak Rindu



Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampiu
Hidup tanpa dia disisiku
Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat kamu kala dukaku
Namun hanya kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya tuk cintaku...
Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa airmataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia dihatiku
Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti
Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terimaku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia disisiku....




*** touching dgr lagu nih..iskhh..iskhh... ****

Bonda Besday

Tanggal 16 Januari 2012 merupakan ulangtahun bonda yang ke-61 tahun..Setiap kali bonda menyambut ulangtahun dihati dya mesti berasa sedih,gembira,terharu melihat bonda..Mengapa?Biar dya sendiri yang simpan peraasaan tue..Bonda ibarat permata hati yang paling dya sayang..sayang dari segala-galanya..Tanpa bonda dya tidak akan wujud di muka bumi ini...Bonda i love u forever ... :)




Tuesday, January 10, 2012

Empat Punca Hidup Tidak Tenang

1) Bersungut dan tidak menerima qada dan qadar Allah.
Amalkan membaca doa seperti diajar Rasulullah SAW iaitu: “Bismillahi ‘ala nafsi wamali wadini. Allahumma raddhini biqodho ika wabarikli fima quddiroli hatta la uhibba ta’jila ma akkharta wala takkhira ma ‘ajjalta.” (Maksudnya: Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Tuhan perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Tuhan percepatkan).