Thursday, April 17, 2014

Anak saya DEMAM

Assalamualaikum.

Minggu lepas anak aku demam panas.INI pertama kali buat amai sehingga suhu dia naik 39.c.Korang bayangkan lah cam mane hati aku lulur sangat masa tue..Anak demam panas hati saya pun tak tenteram tau.Kalau tuhan ada kuasa veto bole transfer kesihatan tue pada aku.sure aku akan ambil.Aku mahukan anak aku membesar dengan sihat dan sempurna.
 
Masa amai mula demam bermula hari Isnin yang pada mula nya Amai akan diberi suntikan 5 bulan tapi mane tahu sampai klinik senggarang nurse cakap "baby kamu cam nak demam lah dik"Tembak suhu amai masa tue cume 37c jek.Adik datang minggu depan lah iyer.Nurse bagi aku ubat demam time tue.Balik check up aku terus bagi dia ubat demam tue.Tapi apakan daya demam amai meleret sampai hari ke empat.Pada hari keempat tu lah demam telalu tinggi sampai 39.c suhu panas badan.uhhh!!!! Aku plak yang rasa mengelatar..weii..bayi tue..

Hari keempat bapa mentua call info aku cakap amai panas sampai menggelatar.Masa tue aku kat opis.Aku rilex lagik lah sebab bapa mentua call dah hampi pukul 5.Mane ada klinik buka time cam nih.Semua akan open pukul 8malam.Balik kerja berdezup bawa kete nak dangkap amai punye pasal. Sampai umah aku terus ambik amai dari pangkuan ibu mentua."dalam hati  ya allah betul lah anak aku demam nih.."cam ne nih..??Siap2 terus pi Klinik Azlina Batu Pahat.Sampai klnik doctor cakap amai demam bese.Makan ubat klnik Azlina still lagik tak baik.Suhu semakin tinggi.

masa nih baru balik dari Klinik Kesihatan Senggarang.dah nampak muka amai laen sangat2 time nih
Keesokkan subuh aku bawa amai pergi Hospital Besar Batu Pahat sebab aku dah tak bole tahan tengok amai masa tue.Dalam hati hanya allah yang tahu.Airmata aku pendam saja.Sedihhh weiii.
Check up di hospital batu pahat doctor pun cakap amai demam bese.Still bagi ubat yang sama cam klnik kesihatan bagi dan aku pun bagi kedua-dua ubat demam tue.Bila dah seharian suhu amai still tak turun aku mula kelam kabut,gundah hati sebab suhu tak berubah-ubah.Bila aku muat naik gambar amai di istagram ramai yang wechat / watsup aku rekemen pergi klnik pakar kanak-kanak.Dan yang menjadi pillihan hati aku ialah Klinik England Pakar Kanak-Kanak.
 

mood amai down masa nih.aku pakaikan dia baju lubang2.biar tak panas sangat.
sementara menunggu giliran kami berselfie dulu... T_T

 
Bila turn amai check up doctor england check cam bese.Doctor bagi amai ubat 2 jenis.Demam dan antibiotik yang sangat2 soft sebab amai bayi lagik tak sesuai nak bagi yang strong.
 
Alhamdulilah bagi amai makan ubat 3x.Kurang sangat panas nya.Nampak sangat amai serasi dengan antibiotik tue.Kalau makan ubat demam sampai bila2 lah tak baik.Paling aku respect walaupun amai demam,merengek tapi dia still bole minum susu yang banyak 4oz.Maybe badan panas keluar peluh tue yang minum air banyak.Anak mummy baik sangat2.Walaupun klinik england nih mahal bayaran nye tapi aku rasa berbaloi sangat2.Aku berpuas hati dengan service.ubat.doctor yang sangat menyenangkan hati ibu seperti aku nih..

alhamdulilah.syukur pada tuhan kembalikan kesihatan manja ku nih sedia kala
dah start nak main malam tue.sayang amai -..-
 
Kepada ibu2 yang tinggal di Batu Pahat aku rekemen kan korang pi klinik nih.Insyallah bole sihat baby kamu semua nanti.
 
Sebelum nih aku dah mengamalkan petua dan pelbagai cadangan untuk baby demam iaitu ada yang suruh balut anak dengan tuala basah, ada yang tegah cara ini, kononnya anak akan karam panas. Ada juga yang mencadangkan bagi anak tidur di bilik berhawa dingin atau depan kipas untuk turunkan suhu tapi ada juga yang suruh tutup kipas bagi peluh keluar untuk kebah demam. Kalau di hospital bayi kalau terlalu panas doctor akan mandikan bayi tue tau walaupun korang datang tengah2 malam.
 
Ini petua aku.Aku pun tak tahu tapi aku suke membaca dan kongsikan bersama.Korang bole cube iyer :-





 
Aku sekadar kongsi serba sedikit yang aku tahu sebab aku baru belajar.Lepas nih aku bole tido puas-puas dan pergi kerja dengan hati senang
 
Note : Amai still makan antibiotik sampai seminggu.Moga amai sihat dan sihat seperti sedia kala.Buangkan semua penyakit yang bole menruntuhkan hati kami berdua.AMIN.