Friday, June 29, 2012

Bagaimana mengatasi Stressss untuk wanita bekerja

Assalamualaikum..
 
Bagi wanita bekerja selama lapan jam suku macam dya ni kebanyakan masa terluang di tempat kerja. Tak mustahil jika stress di tempat kerja terbawa-bawa ke rumah sebab fikiran seringkali teringat-ingat kerja. Kekadang bila tiba waktu untuk balik ke rumah, sepanjang perjalanan dari tempat kerja ke rumah,berangan-angan sambil dengar radio ERA (ini memang satu tabiat yang tak boleh dipisahkan)suasananya dipenuhi dengan sumpah-seranah, rasa tidak puas hati serta geram.Kepala betul2 serabut.kusut. Lama-kelamaan stress kecil sebegini terbawa-bawa menjadi stress besar hingga  hilang semangat nak bekerja.seriessss !!!! t_t
 
1. Jangan simpan, tapi alirkan stress tu ke dalam sungai,laut dan tong sampah.

Alirkan stress, jangan simpan di fikiran. Jika perangi stress, lebih banyak stress. Bina ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan agar menemui lebih banyak ketenangan, kebahagiaan dan keseronokan, bukan lebih banyak stress. Stress akan menarik lebih banyak stress, ketenangan akan menarik lebih banyak ketenangan. Alirkan stress dengan melakukan sesuatu – contohnya memasak,menjahit, menonton wayang, menonton tv, menyapu, mengemas rumah atau membaca majalah,berjoging, bermain ipad dan aktiviti baru dya yang akan muncul beberapa bulan lagi..yeahhh!!! harap2 en.tunang agree dengan hobi baru dya ini. meyibukkan diri. Elakkan untuk mengingati perkara-perkara yang membuat dya merasa stress ketika kita semua  melakukan kesemua aktiviti-aktiviti ini, jika tidak petua ini tidak akan berkesan.So,rajin2 lah berusaha.

hobi baru dya coming soon ntah jadi atau tidak..korang doakan2 lah iyer.memanah sedikit sebanyak melatih emosi, fizikal untuk meletakkan target dan sasaran.tengok lah nanti sape yang kena panah dengan dya iyer... :)
2. Fokus Pada Solusi.

Stress berpunca dari rasa tertekan yang menyebabkan kita semua dilanda masalah – mungkin masalah tidak cukup masa, tidak cukup duit, mungkin berlaku dugaan di luar jangkaan atau mungkin  mahu sesuatu terhasil ikut kemahuan tapi tak menjadi-jadi. Untuk mengatasi stress, fokus pada penyelesaian. Selesaikan situasi yang kita lalui. Kebanyakan wanita mengalami stress kerana terlalu memikir masalah, bukan bertindak menyelesaikan masalah.ini sering berlaku pada dya.kalau tak caya sila tipon mak kat rumah -_-* larikkkk !
 
3. Maafkan diri kemudian lupakan semua yang dah berlalu tapi...dya tak semudah tue.. :)

Jangan pandang belakang. Maksudnya, apa yang dah berlalu biarkan berlalu. Usah di ingat lagi. Hidup kena maju ke depan, bukan ke belakang. Bila fikir usia yang semakin tua, bukannya makin muda. Tak perlu ingat lagi perkara yang dah berlalu. Kesilapan yang dah berlaku tak perlu di ingat selalu. Jangan ingat dan jangan fikir walau cuma sesaat. Dya cuba maafkan diri  kerana terbuat silap. Selepas memaafkan diri sendiri, timbul rasa bersemangat. dya harap dapat mengatasi stress dengan cara ini.say yessss !!!
 
4. Hampirkan diri dengan cinta, kesyukuran dan kekitaan kepaa en.tunang,ibu bapa dan kawan2 sekeliling

Dekatkan diri dengan seseorang yang memahami dan bole memberi semangat pada.Kurangkan bergaul dengan orang yang hanya tahu mengomen perbuatan.Sebagai contoh, jika kita kurang bersemangat, jangan meluah masalah pada orang yang hanya tahu mentertawakan sebaliknya cari kawan yang sudi mendengar. Luahkan masalah  kesemuanya, ceritakan pada dia semua perkara yang menstresskan fikiran. Insyallah cara ini baik untuk mengatasi stress. Wanita biasanya suka bercerita dari hati ke hati, namun perlu waspada sebab kawan tempat meluah tu boleh mengumpat hal di belakang kita kekadang mentertawakan tanpa kit ketahui. Kena bijak nilai kawan. Biar ada kawan seorang tapi memahami, dari berkawan seribu tapi membuat fikiran haru-biru.
 
Cakap-cakap : korang perasaan tak,beberapa hari ni cete pasal hati dya yang tak hapi,cete kawan,,de kawan di sebalik mee goreng mamak..seriess dya memang tak hapi !
Hobi baru masih mencari lokasi yang sesuai TAPI ??????.......
 
jika seseorang pemanah emosinya tertekan maka panahan amat mudah tersasar,sedikit sebanyak melatih kita bertenang dan menstabilkan emosi,orang tidak tenang,gopoh,pemarah,kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi PEMANAH yang baik..say yesss !!!
 
 
Terima kasih sudi baca !!!

Mencuci hati dengan selawat

Assalamualaikum...

Salam hari jumaat yang wangi mengharum.-_-*Petua dari Dr.Fazilah Kamsah.Harus diamalkan setiap hari.Dya akan cuba amalkan dan terus sematkan dalam hati..betul lah..sama2 lah kita selami nya..

Sebelum masuk tidur amalkan selalu membaca selawat nabi paling kurang dalam kiraan 100 kali.Lagi banyak lagi bagus,banyak lah berkat yang kita perolehi.Cara ini dapat memurahkan rezeki, memenangkan fikiran yan runsing serta membuat orang sayang pada kita.

Orang yang hatinya bersih, pasti akan disenangi oleh orang lain walau di mana jua dia berada.Kesan jangka pangkang, bacaan selawat yang kerap membuat fikiran kita bebas dari unsur-unsur fikiran negatif, membuat kita sentiasa bersangka baik pada situasi-situasi dalam hidup kita.

Sikap suka bersangka baik dapat dibina dengan mengamalkan bacaan selawat.Rutin ini dapat mencetus sikap berfikiran positif iaitu sikap yang paling perlu dalam usaha kita membina kecemerlangan.

Amin.Ya Rabbal Al-Amin...
 
 
 
Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, June 28, 2012

Persahabatan yang Murni

Assalamualaikum...

Dalam menjalin sebuah persahabatan yang murni dan abad ini amat memerlukan pengorbanan yang besar. Bila kita berkenalan dengan seseorang dan kita suka padanya makan kita pasti mahu menjalin ikatan persahabatan yang kekal lama dengannya.Namun banyak dugaan dan rintangan yang akan mengiringi persahabatan itu sehinggakan ia bole memusnahkan sebuah erti persahabatan.tiba-tiba dya teringat zaman2 sekolah yang sangat besh ! Kenangan yang tidak dapat dilupakan :)

Paling penting :-
1)Kita hendaklah sentiasa mempamerkan keperibadian seorang muslim dalam setiap pergaulan kerana ia merupakan aset penting bagi kejayaan diri serta organisasi yang dipimpin.

2) Tutur kata yang baik dan dipenuhi dengan unsur-unsur keikhlasan akan memberikan motivasi paling berkesan kepada setiap individu dalam masyarakat sekeliling sehingga membentuk kualiti ummah yang terbaik serta contoh kepada orang lain.

3) Jika kita mahu dihormati maka kita terlebih dahulu menghormati orang lain sama ada dengan mengucapkan salam, bersikap peramah dan mengutamakan keperluanya.Yang ini dya de tau ! series..larikkkk!!!.Dari ini akan menerbitkan perasaan hormat orang itu terhadap kita dan setersunya menimbulkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain.



Ingatan : Sahabat yang soleh itu ibarat penjual minyak wangi, bila engkau tidak mendapat minyak wangi darinya, maka engkau mendapat bau harumnya, Dan sahabat yang jahat itu maka engkau akan terkena asapnya.


Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, June 27, 2012

'So Good' a.k.a KFC

Assalamualaikum...

Semalam dya lunch dengan Kym makan KFC di Batu Pahat Mall..ayam upin ipin..-_-*ada resepi baru.tue yang cepat-cepat pergi makan.sedap tau !yang penting crispy panas2.Lagi pun dya dah lama tak makan ayam francais ini.Kalau goreng di rumah pun tak sama.Kalau mak dengar ini compom majuk.mesti dah tak nak ajar mengaji hihihihi.Kene belajar masak lagi nih..hrmm..

nampak tak???ice lemon tea my faverat drink T_T

nyum2..nyum..
Resepi baru KFC Flaming Crunch produk KFC yang diperap dengan rempah Szechan (maaf iyer dya tak tahu makna tue..google sendiri tau ) bersalut emping jagung rangup.Series sedap.kalah maggi berapi.Menu baru ini mesti korang suka bagi yang penggemar makan pedas mesti nak kan sesuatu yang baru.kan?kan?

KFC menawarkan Flaming Crunch Snack Plate Combo $11.50 dan Flaming Crunch Dinner Plate Combo adalah $14.95.Semua orang mampu menikmati.harga berpatutan.sungguh sedap sampai menjilat jari.^_^

Cakap-Cakap : cam nak return makan ayam ini lah..rasa tak puas jek !!!


Terima kasih sudi baca !!!

Friday, June 22, 2012

Kasih Sayang umpama Air,Tanpa Air kita akan Kehausan

Assalamualaikum...

Sebenarnya beberapa minggu ni,feeling dya tak beberapa cantik,mungkin disebabkan faktor alamsekitar, situasi dirumah,kerja,tapi dya hebat mengatasi ini semua,dari segi emosi,penampilan,alhamdulilah.syukur -_- Mungkin juga disebabkan hari besar semakin hampir.dah masuk bulan Sya'ban,pas tue Ramadan,pas tue Syawal..huh !! situasi yang semakin dup.dap.dup.dap....ingat mak lagikk.larikkkk..nangis jap belakang pintu opis.. :(

gambar raya tahun 2008..masa ini kulit cantik minum soy collagen..T_T
Dya harap perjalanan hidup dya aman dan damai.bahagia disamping bakal suami,mak mentua,terima dya seadaanya..sob.sob.sobsob..

Kata2 Emak : Kebahagiaan terletak pada hati,bukan pada quantiti anak yang dya miliki.Andaikata ada 10 orang sekalipun,namun dihati sekelumit tak ada rasa kasih dan sayang sesama ahli keluarga maka akan dipincang jugak.Kebahagiaan juga bukan terletak kepada orang yang menerima namun kita haruslah memberi dan mencipta kebahagiaan itu daripada menanti untuk dibahagiakan.Renung2 kan lah :(





Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, June 21, 2012

Medan Informasi Atau Luahan Perasaan

Assalamualaikum..
Pagi2 khamis yang indah ini, dya tersentap dengan pelbagai komen,kerenah sahabat tentang laman web sosial.Ada yang negatif ada yang positif,.ishhhhhyyhhh ! T_T

Dulu zaman 80an 90an semua orang guna laman sosial seperti Myspace (yang ini juga kadang-kala bergaduh,sendu tak nak makan,sentap tak nak makan,bila en,tunang berchating dengan girl lain.seriess tak tipooooo )dan Friendster (yang ini dya tak ada sebab opis dah blok,true !maka bos suwoh keja bukan makan ular nyambil makan twisties berapi..hahahaha) yang pernah menjadi fenomena satu ketika dahulu, tapi kini sudah semakin terpinggir. Ia telah digantikan dengan kewujudan Facebook dan Twitter. Fungsinya masih sama iaitu menghubungkan antara individu walau di ceruk mana mereka berada, asalkan terdapat kemudahan internet.-kadang kala pun bertekak, besengkang urat dengan en.tunang..hauahuahuahuhua.. :P

Sebenarnya banyak faedah yang diperolehi menerusi kewujudan laman sosial, menerusi laman sosial juga timbulnya perang.betul tak??kalau tak ada perang tak wujud lah fenomema ragam2 orang kat dunia ni.Sapa kata dya tak pernah berperang dengan en.tunang pasal laman sosial??siyess ada lah.korang ada tak??kalau tipu..kena makan buaya nanti,hehehehe!

Dulu dya suka letak gambar berdua agak terbuka juga lah..kuang2kuang2 dengan en.tunang.rasa hebat,disayangi,dicintai bila ada body guard yang jaga.al-maklum lah sedang hangat bercinta mestilah nak publish dekat semua orang kan?kan?bole percaya ke?Ini kebenaran bukan nak menyembunyikan cuma nak berkongsi jek.(but itu dulu masa zaman jahililah masa umor 20 series tapi sekarang dah tak ada,pic en.tunang berdua dah simpan dalam pen-drive,simpan rapi dalam peti besi..larikkkkkkk !!!! )kalau tak caya bole add Lydia Aris di FB.sila tengok.. :) promote2..

Dya rasa tidak perlu meluahkan perasaan negatif atau menghentam seseorang di laman sosial kerana setiap baris ayat yang ditulis menjadi perhatian semua orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan usia yang terdiiri dari adik-beradik,makcik-pakcik dan VVIP..tipoo jek.Sekarang kalau tersentap dengan rakan-rakan atau en.tunang atau tidak suka dengan seseorang dya tidak perlu menulis di wall sebab dya dah cuba mengawal emosi sendiri,baca istifar banyak2.simpan sendiri dalam hati.tidak perlu gadoh sesama sendiri.bukan dapat duit atau hadiah dari sape2 pun kan??kan??.Dya dengan gaya super spontan dan menulis mengikut emosi ketika status itu ditulis, tetapi selalunya dya akan cuba menulis secara diplomatik.Iyer ke??


Nota : Janganlah mengeluarkan perkataan+komen yang tidak enak didengar, cuba beri contoh yang baik kepada orang ramai - Amaran keras, sekeras batu di laut :)

Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, June 20, 2012

meow...meow..meow..a.k.a.wordless wednesday

Assalamualaikum...

Bai2...

Terima kasih sudi baca !!!

Buah Kiwi Jaguh Nutrisi

Assalamualaikum..

Walaupun kecil dari segi saiznya, buah kiwi mampu membekalkan nutrisi harian yang lazat dengan khasiat kesihatan yang luar biasa.Buah kiwi mengandungi dua kali ganda lebih banyak kandungan vitamin C berbanding buah oren dan lima kali ganda khasiat daripada epal.Kandungan vitamin C yang tinggi berupaya mempertingkat sistem daya tahan secara semula jadi serta menyumbang kepada pembentukan kolagen selain fungsi normal tulang, rawan, gusi, kulit dan salur darah.

Ia juga membantu dalam penyerapan zat besi dan kalsium untuk menjaga kesihatan gigi serta gusi selain mampu mencegah simptom selesema.

Malah, kedua-dua buah kiwi hijau dan emas mengandungi vitamin E dan folat yang boleh membantu pembentukan sel darah merah serta mencegah anemia.

Buah kiwi merupakan sumber pemakanan serat yang bagus. Diet yang mengandungi banyak serat dapat mengurangkan paras kolesterol yang tinggi dan mengurangkan risiko serangan serta sakit jantung.

Berbekalkan sumber kandungan serat yang unggul, buah kiwi Zespri membantu melancarkan perjalanan usus dan menyediakan persekitaran gastrousus yang sihat untuk menggalakkan pertumbuhan bakteria baik dalam perut.

Ia juga dapat mengurangkan rasa kembung selepas menikmati juadah yang kaya dengan lemak dan daging.



Gabungan pelbagai rasa dan kandungan nutrien yang tinggi menyebabkan pengambilan buah kiwi secara konsisten setiap hari boleh menjadikan anda lebih sihat serta ceria. Dianggap sebagai jaguh nutrisi, buah kiwi Zespri boleh didapati dalam dua warna jenis iaitu hijau dan emas.

Kedua-dua buah kiwi sama ada hijau atau emas, padat dengan nutrien bermanfaat dalam memberikan perlindungan semula jadi.









Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, June 19, 2012

Jagalah Hati Pasangan Anda

Assalamualaikum...

sweet memori time nih..2009..(muke penuh dgn siput sedut kuang2x)
PASANGAN adalah ‘sahabat’ kita yang paling rapat dan setia. Tak kira waktu suka, duka, pasangan kita pasti akan sentiasa berada di sisi.Tapi seringkali kita menganggap pasangan sebagai orang terakhir yang perlu dijaga hatinya kerana mereka pasti akan menerima kita seadanya. Ada yang mengambil mudah dari segi percakapan dan tidak menghormati pasangan sebagai mana mereka menghormati orang lain.
Dari segi penampilan pula, ramai yang mengambil kesempatan dengan tidak menjaga diri atau paras rupa kerana mereka tahu hakikatnya mereka sudah mempunyai pasangan yang akan menerima mereka walau apa pun yang terjadi.
gambar di melaka time nih.tengok muzium Hang Tuah balik dari PD..mandi2
Kalau ada yang beranggapan begitu pastikan anda ubah tanggapan tersebut kerana pasangan kitalah orang yang paling perlu dijaga dan hormati. Kita juga perlu tampil menarik untuk pasangan dan bukan untuk orang lain.
Pertama: Paling penting dalam perhubungan ialah komunikasi yang baik.Seringkali kita mengabaikan komunikasi yang baik dengan pasangan. Kata ganti nama diri seperti aku dan kau digunakan dalam perbualan harian, padahal lebih molek jika panggilan seperti ‘sayang’ atau ‘abang’ digunakan kerana itu boleh memupuk kemesraan.Seperti persahabatan, pasangan yang baik perlu komunikasi yang jujur. Perlu bersedia untuk memberi pandangan, nasihat menasihati bila keadaan memerlukan. Jika salah seorang ingin meluahkan masalah, seorang lain perlu mendengar dengan baik.Jangan pula cuba masuk campur dalam urusan pekerjaan dan keluarga jika tidak diminta. Jika ada yang berkecil hati, pastikan disuarakan dengan baik untuk mengelakkan salah faham yang lebih buruk.

Kedua: Anda dikehendaki menjadi pendengar yang setia. Bila pasangan anda dilanda masalah sebagai contoh di tempat kerja, bersedialah untuk menjadi pendengar dan jangan sesekali mengadili pasangan anda itu walaupun sebenarnya anda tahu bahawa dia yang punca masalah itu.Apa yang perlu ialah dengar dan beri nasihat secara umum sahaja.

Ketiga: Memastikan bahawa anda tidak bertepuk sebelah tangan. Maknanya bukan anda sahaja yang menganggap pasangan anda itu perlu dihormati, malah dia juga perlu menghormati anda.
Jika ada sahabat lain yang mengutuk pasangan anda di belakangnya, andalah orangnya yang penuh yakin untuk menjadi pembela pasangan anda itu.Tetapi jika memang pasangan anda melakukan kesalahan, terus-teranglah bahawa anda tidak selesa dia melakukan begitu, pilih perkataan yang sesuai untuk menegur dan tegurlah dengan berhati-hati agar tidak mengecilkan hatinya.Seringkali kita mendengar rakan kita mengomel tentang bentuk tubuhnya yang semakin berisi dari hari ke hari.
Perkara yang amat lazim terjadi kepada wanita itu seperti lumrah terutama selepas melahirkan anak.
Memang ia amat merisaukan namun apa yang penting selain kerisauan itu ialah tindakan segera yang perlu diambil bagi menangani masalah tersebut.

Keempat: Laburlah sedikit wang untuk penampilan anda, tak kira sama ada untuk menguruskan badan, mencantikkan kulit, berbaju baru dan sebagainya semuanya ada harga yang perlu dibayar.
Namun percayalah ia adalah satu pelaburan yang baik demi perhubungan anda. Tapi tidak kira sama ada anda lelaki atau perempuan perlulah sama-sama mengambil berat tentang penampilan anda.
Kebersihan harus dijaga dan perlu amalkan disiplin diri. Pilihlah pakaian yang kemas dan pastikan anda melakukannya ikhlas untuk pasangan anda.Jangan bila hendak ke kenduri atau berhari raya baru hendak bergaya. Sepatutnya bergayalah di rumah kerana ada mata dan perasaan yang lebih penting untuk dijaga.

Terima kasih sudi baca !!!

7 Hal Penting untuk Diajarkan kepada Anak

Assalamualaikum...

Pagi2 yang indah ini,dya kongsikan bersama petua ini,kalau berminat bole lah baca,kalau tak nak,pun tak apa.. :) Dya juga bakal menjadi orangtua,ibu kepada anak,juga isteri , yang perlu diingatkan  tentang kepentingan hal anak2 yang akan membantu ia tumbuh besar, tangguh, mandiri dan bertanggung jawab.

1. Mencuci pakaian sendiri
Pada usia 12 tahun, anak sudah harus mampu mencuci pakaian sendiri. Ajar mereka bagaimana memilah pakaian, mencuci dengan tangan, mencuci dengan mesin cuci dan menjemur, dan menggosok dan melipat pakaiannya sendiri sampai rapi; hal ini juga penting selain ia mampu menggunakan komputer, internet dan main game online.
Jangan hanya memarahi anak yang sudah besar saat ia pulang dengan jeans dan pakaian yang kotor mereka harus bertanggungjawab dan terlibat bagaimana mencuci jeans tersebut, bagaimana cara menghilangkan noda, tentu tidak semudah mencuci pakaian biasa.
 
2. Memasak yang sederhana
Ajar anak, baik lelaki maupun perempuan, cara memasak makanan sederhana. Karena manusia selalu perlu makan, keterampilan memasak pasti akan berguna kelak baginya bila tinggal jauh dari orangtua, untuk belajar maupun bekerja nantinya, atau saat ia membentuk keluarga baru dengan pasangannya. Dengan bisa masak sendiri, selain lebih hemat juga lebih sehat.
Mulailah dengan membiarkan anak merancang hendak makan apa hari ini, memberitahunya bahan-bahan masakan, belanja bersama dan biarkan ia memasak, dengan sedikit petunjuk dan bantuan anda. Ajak ia merapikan meja dan mencuci piring setelah makan. Pengalaman ini menyiapkan ia menjadi orang yang independen dan meningkatkan rasa percaya diri mereka.
 
3. Mempunyai Wang Saku Hasil Keringat Sendiri
Biarkan anak memiliki pekerjaan kecil yang tidak mengganggu waktu belajarnya, Seorang anak menghargai wang yang dihasilkannya sendiri dan belajar menggunakannya secara bijak. Bila ia suka berjualan untuk menambah wang saku atau memberikan les privat pelajaran, atau dengan hobby yang ditekuninya dapat menghasilkan wang, atau misalkan ia membantu mencuci kereta sehingga papa tidak perlu ke bengkel lagi, memotong rumput dan menyiram bunga sehingga mama tidak perlu bantuan tukang kebun, hal ini juga boleh diberi wang saku tambahan untuk mereka. Hal ini mengajarkan mereka tanggungjawab atas suatu pekerjaan dan mereka akan belajar standart kualiti untuk suatu pekerjaan, hasil baik dibayar baik, pelajaran memberi dan menerima.
 
4. Memilih teman yang baik
Pasangan pertama akan mempengaruhi seorang remaja untuk seluruh hidupnya. Itu bakal merupakan pengalaman positif atau negatif. Orangtua tidak dapat mengontrol secara detail hubungan pertemanan remaja, namun paling tidak orangtua dapat memberi contoh, untuk menghargai orang lain, toleransi pada pendapat berbeda, berpikiran terbuka dan easy-going. Saat hubungan memburuk, orangtua harus suportif dan memberikan pengertian, jadi sebagai teman untuk curahan hati, jelaskan bahwa hal demikian adalah normal di usia mereka, dan merupakan pengalaman dari perjalanan hidup manusia.
 
5. Mengajarkan anak tentang Kesepakatan
Remaja harus memahami fakta bahwa kompromi (kesepakatan) adalah hal yang harus dilakukan, tidak boleh menuruti kemahuan sendiri (egois) dan memaksakan kehendak kepada orang lain. Misalnya, anak ingin pergi main basketball dan jalan-jalan ke mall bersama teman-temannya di akhir minggu, dan minta diantar ke rumah temannya itu. Sedangkan anda juga ada rencana yang harus dilakukan, undangan pernikahan di malam hari yang harus dihadiri. Untuk mengakomodasi keperluan bersama, lakukan komunikasi untuk mencapai kesepakatan. Anda setuju untuk mengatarkan anak, namun si anak juga harus pulang tidak terlalu malam agar sudah di rumah sebelum anda pergi ke undangan pesta.
 
6. Belajar etiket sosial dan penghargaan pada siapapun
Bekali anak dengan sopan santun dan etiket sosial. Anak mencerminkan kehidupan di rumah, jadi "pendidikan" terbaik dalam hal ini adalah pada orangtua, bagaimana mereka memperlakukan pasangannya, pembantu rumah tangga, dan orang-orang di luar rumah. Contohnya, saat di restoran, saat makanan datang, dahulukan orang yang lebih tua untuk mengambil makanan terlebih dahulu (kakek/nenek/orangtua), anak-anak jangan berisik atau berteriak di tempat umum kerana akan menggangu ketenangan orang lain. Saat ada yang mengirimkan hadiah ulang tahun, jangan lupa menelepon atau mengucapkan terima kasih. Saat mengunjungi teman atau bertamu, harus berpakaian rapi dan sopan, atau membawa sedikit buah tangan, apalagi bila diundang makan/pesta, hargai bantuan orang dengan rasa terima kasih dan jangan melupakan balas budi, hargai orang-orang di sekitar kita seperti cleaning service, pembantu dan lainnya dengan respek yang setara.
 
7. Belajar berkawan dan memiliki komunikasi yang baik
Seseorang yang terlalu pendiam dan penyendiri, malas berkawan akan merasa tersisih. Bentuklah anak menjadi pribadi yang ramah, riang, terbuka dan selalu memikirkan orang lain terlebih dahulu, toleransi terhadap perbedaan dan menjadi orang yang dapat dipercaya, mampu memaafkan dan rendah hati.
 
 
Terima kasih sudi baca !!!

 
 

Monday, June 18, 2012

Setiap Gambar Ada Makna Tersendiri

Assalamualaikum..

zaman2 muda ..masa ni kat jeti pulau tioman..(sun beach)


walaupun hati sedih time ni,pergi jugak main snockling..



hati ku dirundung nan sepi .. :(


masa tuk balik time nih..

hencem tak amoor kat sebelah tue.??? :P abaikan muka yg penuh jerawat tue..

percutian yang amat menyeronokkan masa ini..

ada umur panjang nak rewind pergi sini..windu .. T_T

kenangan tetap kenangan.. :(

yang berlalu biar lah berlalu..:(


Nota : bese nya kalau feel tak cantik,moody dya suka tengok laut,pantai..sejuk skit ati ini..walaupun laut dan pantai bergelora tetapi still begitu tak berubah,yang mengubahnya ini sebenar nya manusia dari pencemaran dan pesekitaran.renung-renung kan lah.jaga alam semula jadi yang terindah tuhan cipta tuk kita semua.

Terima kasih sudi baca !!!

Friday, June 15, 2012

Danish a.k.a Angry Bird Besday

Assalamualaikum...

Cik Yah (tuk gelaran di rumah) ingin mengucapkan Happy Besday yang ke 3 tahun.cik yah i lap u lah.Moga tuhan panjangkan umur Danish,jadi anak yang berguna,soleh,kuat pegangan agama,taati papa dan mama iyer.Danish ni hencem,comel macam papa dia,petah bercakap walaupun agak sombong bila sampai dirumah.Mungkin keserasian jarang berjumpa membuatkan si Danish ni pemalu.Malu2 kucing lah konon tapi bila bagi game angry bird compom jadi geng.hahahaha2..

muka cam danish

malu2 nak tangkap gambo masa ini

ajib sayang anak bujang dia.anak baru sorang lah katakan..timang2

makan malam tue.sedap2.serios!

hahahah2 makcik2 yang propa gak nak tangkap gambo..

Menu Majlis  : Nasi tomato,ayam merah,popia goreng (ini yang paling sedap,seriuss !)kek cokelat,air koktail,durian belanda.Terima kasih Ajib dan Watie sudi menjemput kami tuk merabiskan makanan korang malam tue .sedap sampai tapau bawa balik.hehehe2.

Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, June 14, 2012

Moga Perkahwinan Kekal Sampi Bila2

Assalamualaikum..

Minggu lepas adalah minggu terakhir cuti sekolah selama dua minggu.Rata2 ramai orang kawin.Kaum Adam dan kaum Hawa bersatu mengikat janji.Amin.


Gambar ini Sabtu 9 September 2012 perkahwinan Zura dan pasangannya.Dya doakan moga korang bahagian dan kekal dunia akhirat.Zura ini tak kena mengena sama ada talian persaudaraan.Hanya sedara seumat seislam.Zura ini hanya jiran sebelah umah atok dya saja.Tapi kejiranan kami sungguh kuat dari kecil sampai lah dia besar,sampai lah dia dah bersuami.Keakrabaan kami masih utuh.Alhamdulilah.Dya sekeluarga datang meraikan hari kebesaran dia tempohari.

Selamat Pengantin Baru Zura .. Peace !!!

dya cuma ambik bau aroma jek..hahahaha T_T

kenyang sudah..masa tuk balik..yeahh !!!
 Nota : Sejauh mana hubungan itu,kalau tidak dipupuk dari kecil akan musnah jua..Maka air dicincang tidak akan putus :)

Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, June 13, 2012

Oki Setiana Dewi Cantik Orangnya

Assalamualaikum...

Nama Oki Setiana Dewi tentunya sudah tidak asing di kalangan penonton tempatan. Apatah lagi, bagi yang sudah menonton lakonannya dalam filem dan sinetron popular Indonesia, Ketika Cinta Bertasbih (KCB) karya Habiburrahman El Shirazy. Watak Anna Althafunnisa nyata cukup mempopularkan Oki.Dulu dya pun tak minat tengok drama2 versin Indon ini tapi semenjak dua menjak kat rumah tambah siaran ASTRO INDO PEK,maka mengadap drama indon jek lah,walaupun kadang kala bahasa diorang ini dya kurang sikit fahami.


Oki sudah menghasilkan novel Melukis Pelangi: Catatan Hati Oki Setiana Dewi dan Sejuta Pelangi: Pernik Cinta Oki Setiana Dewi.Syabas !

Dya minat sangat dengan Oki SD ini walaupun baru berusia 23 tahun, gadis yang tampil menutup aurat ini matang berbicara.Cara pemakaian,makeup yang simple membuat kan dya tersendiri tertawan.Cantik betul Oki ni kan???

p/s : dengan harapan menggunung setinggi bukit banang dya akan belajar penampilan Oki ini :)

Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, June 12, 2012

Kad Kahwin Ala2 Poscard Gitu

Assalamualaikum..

Hari ini godeh2 semula blog2 yang designer kad kahwin.dari segi font,material kad,gambar dan sebagainya.Cuma dari dulu lagi dya sebenarnya minat letak pic ala2 k-pop,ala2 manja,ala2 dihutan,ala2 ditaman.Nampak lain dari yang lain.Dya tidak suka yang klasik,comtemporari,melayu,ada keris,ada tombak.senapang,kapak dan bla.bla.bla.Sebab sekarang design dah pelbagai,cuma minat anak2 muda (oppss dya 30 series dah) tak sama macam dulu.Seriouss !!!. Lagi lah ustaz2 cakap tak boleh meletakkan ayat2 al-quran atau hadis (bak pepatah bila abis majlis semua orang akan buang ke tong sampah).Dya bab agama memang tak sehebat Dato Mashitah but dya menghormati kata2 ustaz.. :) baik kan?

Dya suka yang kad simple,elegant,cantik dan yang penting bila orang yang membaca kad kawin dya nanti pasti berminat,suka, nak tengok dya di hari besar nanti..Amin.Dya nak semua orang berkongsi kegembiraan bersama di hari tersebut.Yang paling penting diperingati oleh semua orang.Amin lagi...

nampak gaya nya cam design di atas yang menawan hati  jek..larikkkkkk
  Terima kasih sudi baca !!!

Monday, June 11, 2012

Merah Pokok Jambu Pilihan Hati

Assalamulaikum...

jambu kan?cantik kan?
Seperti sedia maklum dan bertitik noktah kaler merah jambu sudah menjadi pilihan hati dya akan datang.Insyaallah dya akan bertudung seperti model2 kat atas tue.nampak tak gambar tue.kalau tak nampak guna sunglass yang besar iyer..Dya dah terima barang last friday yang lepas..alhamdulilah.harap2 apa yang dya ingin kan melekat di baju akan terlaksana jua..amin..Kalau korang nak beli inner silang kaler tue.laman lah web seperti pic kat atas tue iyer.dya tak pandai nak link2 ni.belum qatam berbloger lah kan2..

Kalau kawan2 nak tengok resepsi dya berbaju merah jambu,datang lah ke rumah bulan September nanti ya..gambar2 akan dya kongsikan bersama.dont wori.

mood : letih+posa-hutang belum abis..suka tangguh2 cam nih lah jadinya..lagipun semalam teman bakal mak mentua memilih baju dirumah..warna hijau.dya jek belum ambik kata putus nak ambik andaman mana satu.sebenarnya confius.banyak sangat pilihan.yang penting rumah en.tunang 2 baju.jeles tau ! dya bukan tak nak ambik baju more than one but dya ni dah masuk 30series..paisey wooo.nak salin2 baju bagai. :P

Terima kasih sudi baca !!

Friday, June 8, 2012

Bijak urus masa tonton EURO 2012

Assalamualaikum...

Kejohanan edisi ke-14 yang akan membuka tirainya pada 8 Jun malam ini hingga 3 Julai depan.Sama2 lah kita tonton sukan no.1 di Malaysia..

Kepada semua pekerja yang mengikuti perlawanan bola sepak Eropah UEFA 2012 (EURO 2012) menguruskan masa rehat secukupnya bagi mengelak produktiviti kerja menurun serta tiada gangguan sama ada punch card merah atau kelewatan pergi ke tempat kerja..silap2 haribulan bole kena warning letter atau di buang kerja..kerana jadual perlawanan EURO 2012 tahun ini berlangsung awal pagi, namun ia bukan alasan pekerja gagal menunjukkan prestasi kerja cemerlang sepanjang acara itu berjalan.INGAT tue..pengurusan waktu secara bijak serta sesuai perlu dirancang dan diatur bagi membolehkan kita semua tidak dibelenggu keletihan berpanjangan sehingga mengganggu kerjaya diamanahkan.hehehehe.

Apabila tiba musim bola (EURO 2012), kita akan dengar pelbagai kerenah pekerja seperti keletihan, kurangnya produktiviti kerja dan kekerapan mengambil cuti.tue dah semestinya kan?

Kejohanan EURO 2012 yang berlangsung di Poland–Ukraine dengan membariskan pemain bola sepak terkemuka dunia dari 16 negara gergasi Eropah akan disiarkan awal pagi iaitu sekitar jam 12 tengah malam dan 2.45 pagi.

Pihak majikan perlu bersedia berdepan dengan kadar ketidakhadiran tinggi ketika berlangsungnya acara seperti EURO 2012 dan sukan Olimpik sama ada pekerja mengambil cuti sakit atau tidak hadir.

Andai kata ramai pekerja mengambil cuti (disebabkan EURO 2012), maka beban kerja tambahan terpaksa diserahkan kepada pekerja lain..bole ke?dya tak bole tau.sebab gaji ambik tak sama..ini sudah tidak adil !!! 

Terima kasih sudi baca !!!

Relevan kah hantaran sebegini rupa???

Assalamualaikum...


Kawan2 semua bagaimana??Pada pendapat korang macam mana?Relevan tak???

Nota : Malam kang dya nak bermimpi umpama sang si pari2..oh yeahh !!

Terima kasih sudi baca !!!

Berdosa Besar Mengasari Orang Tua

Assalamualaikum...

Bakal menjadi raja sehari beberapa bulan lagi.dya amat sedih untuk melaluinya.Dah bertahun dya tinggal denganmak.Bila sudah menjadi status isteri semuanya akan berubah.   

Kehidupan,situasi,pola pemakanan..semuanya akan berubah..sob.sob.sob..seriusss. :)
i lappppp u mak! cantik kan msa ni (masuk bakul angkat sendiri hahaha)
Sekarang masa susah mak lah tempat kita mengadu..lagi2 tentang $$$..mak akan settle.Tapi akan datang..mak lagi ke??tidak kan??Jadi.hargai lah serorang mak yang melahirkan kita dari kecik.bersekolah.makan.minum.dan sebagainya.Mesti SAYANG mak selalu.Semuanya mak yang jaga ..wa.wa.wa.wa..Jangan membenci,jangan mengasari walaupun satu perkataan (Ahh,Ciss,Huh) Dalam naluri sekarang Dya tidak boleh tak ada mak !! Mak lah segalanya !!!

Nota :
Perbuatan memukul nenek, hukumnya berdosa besar sama seperti mengasari dan menderhaka ibu bapa kurang didikan yang sempurna daripada awal pembesaran anak punca utama berlakunya kejadian seperti itu sedangkan warga emas, apatah lagi darah daging sendiri sepatutnya dihormati, disayangi dan dilindungi. Anak-anak perlu muhasabah diri sehingga tercetusnya pergaduhan. Ini berlaku mungkin disebabkan kurang atau tiada aktiviti keislaman dalam sesebuah keluarga.
 
Akibat didikan yang salah daripada kedua-dua orang tua serta pergaulan yang tidak sihat sehingga mendorongnya bertindak kasar atau mungkin juga dalam keadaan tidak normal iaitu rohaninya sakit seperti mengalami masalah mental atau masalah ketagihan di luar kawalan.

Seharusnya ibu bapa memperbanyakkan bacaan al-Quran, solat sunat dan hajat, mengadakan majlis kesyukuran di rumah serta kurangkan menonton televisyen dan melayari internet.

p/s :Pada pendapat dya..menonton tibi dan melayari internet bole asalkan berjaga2 dan berbatas..sebab sekarang dunia IT..banyak perkara berlaku semuanya di internet..ada positif dan ada negatif nya..Jadi2 sama2 membanteras jenayah !!! Janji Ditepati ..yeahhh..

Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, June 7, 2012

Mengapa mengantuk kalau Kenyang ???

Assalamualaikum...

Makan berlebihan atau kekenyangan sering membuat kita mengantuk sesudahnya.Betul tak kawan2? Mengapa hal ini bisa terjadi? Menurut kajian,terjadinya reduksi oksigen yang diserap tubuh kalau kita terlalu kenyang.Huhh??Patut lah sering terjadi pd dya setiap kali waktu rehat..But now dah ok bila de buat senamana 2 3x seminngu..bagi darah2 berjalan dan bertemu dengan zarah2,mokeul2 dan organisma dalam badan..

Bila mengantuk setelah makan dan bahkan tidur setelah makan adalah tanda-tanda terjadinya syok biokimia.  Peningkatan oksigen tubuh turun di bawah 20 detik, maka pengaruhnya adalah terjadi overbreathing (memerlukan kerja pernapasan lebih banyak) pada kadar oksigen otak.Huhh..terror nya bab sains walaupun sains dapat keputusan tak cemerlang...

Keadaan ini mengganggu pencernaan yang sangat cepat dan dinamis. Darah menjadi miskin akan oksigen, dan menyebabkan berkurangnya pasokan enzim pencernaan, akumulasi dari produk sisa metabolisme dalam usus besar dan sel tubuh lainnya. Pencernaan menjadi lebih lambat.

 


Bagi orang sakit, dengan pola pernapasan tidak efektif akan memelukan 1-2 jam lebih lama untuk mencerna.Baru lah tahu orang sakit cam2 ragam kan?kan?

Sebaiknya untuk menghindari perasaan mengantuk setelah makan adalah, dengan membatasi makanan yang tinggi gula dan tepung. Lebih dianjurkan untuk mengonsumsi makanan yang tidak menyebabkan kenaikan tinggi gula darah seperti salad sayuran, kacang-kacangan, biji-bijian, ikan atau ayam.

Bagipenderita obesitas sebaiknya sering melatih pernapasan untuk meningkatkan oksigenasi tubuh. Setiap kali orang yang kelebihan berat badan makan karbohidrat kompleks atau lemak, bernapas menjadi jauh lebih buruk. Memang,  prosesnya tidak membuat terengah-engah (jarang terjadi), namun biasanya lebih susah bernapas, kan?

Kesimpulannya, selain memilih makanan yang sihat, juga makanlah dengan bersahaja. Tidak berlebihan, seperti nasihat Rasulullah Muhammad SAW untuk berhenti makan sebelum kenyang.

Wasalam.


Terima kasih sudi baca !!!


Wednesday, June 6, 2012

wordless wednesday

Assalamualaikum...

Hari ini dya puasa ganti..huhh!! Sangat letih..

Bai2..


Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, June 5, 2012

Ilmu Itu Cahaya Vs Ipad version Apple

Assalamualaikum...

Taraaaa...mood hapi bila koleksi barangan peribadi telah dimiliki..cewah !! syukur alhamdulilah..dya telah pun membeli Ipad Apple..besh tau !! dalam hati gembira allah saja yang tahu..sebab lama dya ingin kan benda alah ni..idam hati..Dya beli di Batu Pahat Mall tempohari..dunia sekarang semakin advance..gune2 touch2 jek..handal.kanak2 pun dah pandai touch2..kedai lupa plak nak snap pic..harga korang google sendiri iyer..kang de yang lahar2 cakap dya ni riak nak menujuk..

Ipad Apple..i loike it !!!

p/s : tq madam kym lam :)

Terima kasih sudi baca !!!

 

Monday, June 4, 2012

Mulakan hari anda dengan lemon & air suam

Assalamualaikum...

Rutin pagi seseorang dilihat amat penting dalam meneruskan hari mereka sebelum pergi ke kerja mahupun memulakan tugasan sebagai pelajar.

Tidak kiralah anda seorang ahli sukan, cikgu, pelajar mahupun suri rumah, kesihatan perlu dititik beratkan dan dijaga dengan sebaiknya.

Jika kita di Malaysia, pasti ramai mengatakan bahawa memakan makanan yang berlemak seperti Nasi Lemak, Roti Canai dan juga minuman manis seperti The Tarik adalah kombinasi yang wajib. Namun tidak tahu apa penyebab dari pengambilan lemak dan gula berlebih mampu mengundang penyakit merbahaya seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan juga obesiti.

Oleh yang demikian, cuba tukar rutin harian anda menjadi lebih sihat dan hargai setiap pagi anda dengan menghirup secawan air putih suam bersama hirisan nipis lemon untuk rasai kelainan dan kebaikkan kombinasi tersebut.
Menambahkan tahan ketahanan dalam badanLemon kaya dengan Vitamin C dan juga Kalium (potassium) yang amat diperlukan badan. Vitamin C juga bagus untuk melawan demam manakala Kalium mampu melancarkan perjalanan fungsi dan perjalanan darah dengan betul. Oleh yang demikian, amalkan meminum segelas air suam dicampur sehiris lemon untuk dijadikan minuman selepas bangun tidur kerana ketika itu, perjalanan dan urat baru mula berasa tekanan kerja.
Keseimbangan PHLemon merupakan makanan berakali tinggi yang menakjubkan. Percaya atau tidak, lemon bertindak sebagai asid sendiri, tetapi di dalam badan kita ianya alkali (asid sitrik tidak wujud sebagai asid semulajadi setelah metabolisme kita meningkat). Jika anda ingin tahu, keseimbangan alkali dalam badan merupakan kunci kepada kesihatan diri.
Membantu masalah mengurangkan berat badanBagi mereka yang mempunyai masalah berat badan yang sedikit gempal, amalkan rutin harian ini untuk memiliki tubuh badan yang diidamkan, kerana lemon mepunyai khasiat serat pektin yang tinggi, dimana ianya mampu melawan kelaparan. Ianya juga menunjukkan bahawa mereka yang kekal alkali di dalam badan boleh mengurangkan berat badan dengan mudah. Oleh yang demikian, bagi mereka yang gemar makan berat di waktu malam, amalkan rutin ini agar kawalan perut anda berada dalam keadaan seimbang.
Masalah penghadamanBagi mereka yang berasa ada makanan yang tersekat di ulu hati, cuba tip ini, kerana air suam mampu melancarkan makanan yang tersekat di ulu hati, manakala lemon pula bertindak sebagai mineral dan vitamin yang membantu perjalanan sistem penghadaman anda.
Pembersihan air kencingJus lemon membantu membuang bahan yang tidak diperlukan badan kerana lemon menaikkan tahap kekerapan membuang air kencing dalam satu-satu masa ( ianya bagus untuk badan kerana kencing membuang toksik) . Oleh yang demikian, jika anda amalkan minum Jus lemon, tahap kebersihan air kencing anda akan meningkat dan sihat.
Kulit cerah dan bersihSeharian kita didedahkan dengan cuaca yang terik dan habuk yang banyak. Mulakan hari anda dengan menghalang kulit anda dari terus rosak dan dari dijangkiti kuman yang tidak menentu dengan minum air lemon. Pasti dalam beberapa lama, kulit anda akan ada perubahan.
Mengelakkan dehidrasiAir yang mencukupi amat penting untuk membantu perjalanan sistem di dalam badan kita. Lemon membantu menghalang keletihan dan dehidrasi. Apabila badan anda mengalami dehidrasi anda akan automatik merasa keletihan. Fungsi yang mengawal sistem dalam badan yang menghalang dari berasa keletihan dan lesu tidak dapat bergerak dengan betul jika tidak meminum air dengan kuantiti yang banyak dimana ianya akan terus mengurangkan tenaga dalam badan yang membawa kepada stress.


Terima kasih sudi baca !!!