Thursday, April 25, 2013

♥ Terima Kasih Kak OgyJemariSeni ♥

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Sejak berbadan dua,cam2 korang bole rasa makan macam2..ada kala yang payah pun de..yang jauh nun di sana pun sanggup pi terjah..gara2 kerana seorang manusia dalam pewot kite..iyer dak???
Alhamdulilah..dya dapat makan buah delima..sebelum ni ada tulis di entry..dya de tulis nak makan buah delima..

Dya tak sangka de seorang blogger OgyJemariSeni baik hati mengirimkan dya 3 bijik buah delima..Jauh tue..Punchong tau...Terima kasih banyak2 tau kak..Jasa baik akk tuhan je lah yang dapat balas.Semoga persahabatan kita di blogger terus kekal sampai bila2..

sila abaikan pic yang cam cakar ayam..hihihihi T_T


Cakap-cakap : dya abiskan makan sebijik..alhamdulilah...


Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, April 17, 2013

wordless : First Trimester ~ 12 minggu berlalu.

♥♥Assalamualaikum♥♥♥  

Babycenter antara website yang boleh menceritakan tentang seawal kandungan sehingga bersalin.Dya paling suke tengok vidoe baby dalam pewot tue..Besh..Sungguh kagum ciptaan allah :)..Baby center akan menceritakan tentang kandungan bayi melalui email tapi korang kena lah register dulu tau !!

Thank you Amoi Heaxa sharing dya tentang ilmu di Babycenter.. -..- banyak ilmu dya pelajari kat sini..



Cakap-cakap : coming soon dya akan masuk second trismester..Alhamdulilah now muntah+loya dah kurang..kalau ada pun sekali sekala je..Apa yang dya nak makan suami tolong carikan..Amin..Tunggu entry seterusnya dya akan ceritakan apa yang dya makan sepanjang dya hamil ya... -..-

Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, April 13, 2013

Ke Taman Mount Austin makan SUBWAY

♥♥Assalamualaikum♥♥♥  

Aii..bila orang mengandung ini cam2 yang kemahuan dan keinginan nak dimakan kan?? Bila mengidam kena lah makan sikit,atau menjamah,kalau tidak nanti baby kempunan tau.Semalam dya ada cakap mengidam makan SUBWAY..tu lah baca blog banyak sangat kan..kan dah terjebak.Dya on leave pun semalam ada sebab jugak coz nak melawat abang ipar accident di Kulai.Kalau dah melawat,merayap sekali lah kan..Dalam masa perjalanan dah masuk highway request dgn suami nak makan SUBWAY.

Dya : B baby nak makan burger SUBWAY lah..Dah terlanjur kite pi JB ni..singgah lah sekejap..bole tak B?mula2 berapa saat dia diam je..sebab leka dengar lagu.

Suami : Ini baby nak makan ke ummi dia nak makan nih???

Dya : Baby lah..senyum sambil macam nak nangis kalau tak dapat makan..confirm :)

Suami : Emm..iyer lah kalau baby nak makan..nanti kita search kat Papago lokasi nye iyer..Senang dan mudah sikit gune Papago ni..bila dah searching nampak yang pertama di Taman Mount Austin Johor..pe lagi..zommm ar...

Dya : mood happy lorr.. dalam hati besh nye kalau dya rasa feel macam ni kan?????Ari2 orang akan sayang dan take care kite kan???


bismillah..dya bersyukur dan nikmat tau dapat makan SUBWAY ni :)

tengok??sape yang mengidam nih..??nak rasa sikit kata suami...iyer lah tuee..

terima kasih B..bawa ummi makan SUBWAY... sayang B sampai akhir masa :)

Pilih ice lemon tea..my fav kami berdua..masa ini suami makan cookies dapat 2 jenis.korang bole pilih...manis dan sedap katanya..dya tak makan..x suke rasanya
time preggy makan manis2..hihihi

SUBWAY Italian B.M.T pilihan dya semalam..dya suke roti oat tue..Sedap..panas masa makan..

Cakap-cakap : pas ni nak request tak nak beban suami..kesian dia..hihihi..Tapi dya belum merasa buah delima lah..siapa2 blogger kat sini tahu tak,kat mana nak cari buah delima..dapat sebijik pun jadi lah..Info iyer kawan2..


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, April 11, 2013

wordless thursday : mengidam SUBWAY

♥♥Assalamualaikum♥♥♥  

Cakap-cakap : malam kang nak cakap dengan suami..nak request.Dya teringin nak makan burger SUBWAY..Dulu pena makan sekali di KL..tapi kat JB dah melambak branch Subway ini.Kena dapatkan walaupun mahai..

Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, April 10, 2013

Cocoa Butter Formula Palmers Untuk Saya Yang Mengandung

♥♥Assalamualaikum♥♥♥  

Bila dah perut semakin membesar dan membesar semakin tue lah banyak yang perlu kita ketahui tentang bayi mahupun ibu.Semestinya losyen cocoa butter palmers amatlah sesuai bagi orang yang mengandung especially for me ya.Baunye dya bole terima.Kalau bole nak sapu je kat roti..bole gitu???Kepada ibu2 mengandung sure orang pernah gune kan??Kalau yang tak menggunakan,maybe alahan bau atau alergic.Alhamdulilah dya dah menggunakan hampir seminggu dan dya firstime guna.

Losyen butter ini sebenarnya lebih baik digunakan dari awal kehamilan mengelakkan dari parut yang degil jelas kelihatan apatah lagi cam dya spesic perut yang berlemak...hohohoho..(walaupun kandungan dya dah mencecah 11 minggu gigih menyapu..rajin tak???) lebih baik cegah dari berlarutan ..iyer dak..???

Insyallah dya akan menggunakan sehinggalah sembilan bulan.Ramai yang ibu mengandung kata losyen ini baik digunakan sepanjang tempoh kehamilan..dya akan cuba ya !

Cocoa Butter Formula -Sesuai untuk ibu mengandung:-


1. Melembutkan dan memperbaiki kulit yang merekah dan terlampau kering. 
2. Menyerap jauh ke dalam kulit untuk melembapkan kulit kering dan memperbaiki kulit dan tona kulit.
3. Juga boleh lighten parut. Produk cocoa butter biasa digunakan untuk parut. 

Korang pun jangan lupa tau,cocoa butter lotion ni ada banyak jenis..hari tue masa beli kat guardian,siap tanya staff  nak double confirm dya tak salah membeli..sebab mula2 dya amik jenis untuk kulit bukan untuk ibu mengandung.Bila staff show semua jenis cocoa butter ini,baru lah tahu kena cari yang ada gambar perempuan mengandung.Kalau tidak,hampeh nya menyapu..

Dya beli di Guardian RM34.88 dan free yang comel dan kuit bole diletakkan dalam beg untuk dibawa ke mana sahaja.Harge setiap kali sale memang tak sama.Korang kena pandai2 jimat berbelanja.Untuk ibu mengandung kena try ler.Tak rugi menyapu losyen tue sebab banyak kandungan vitamin dalam tue.

Cakap-cakap : Bila dah start menyapu..banyak lagi dya akan sharing kat sini dari segi supplement,fashion baju preggy dan pemakanan untuk ibu2 mengandung.Dya hanya guna produk sesuatu tue bila betul2 confirm yang terbaik sahaja tau..Hebaq tak???Bukan untuk dya, malah untuk baby dya jugak.. :)

Kepada ibu2 blogger kat sini,sharing lah tentang ilmu2 ibu mengandung ini kat dya -_-

Terima kasih sudi baca !!!

Friday, April 5, 2013

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

1) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..
 
2) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…
 
3) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.
 
4) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..
 
5) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..
 
6) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….
 
Dya bersyukur terhadap ilahi memberi dya suami yang memahami.menyanyangi dan memimpin dya ke landasan agama yang betul..kalau dulu kita leka dibuai alam remaja..sekarang bila dah bertemu di alam perkahwinan..semuanya indah..amin...
 
Cakap-cakap : naluri dan perasaan sedih..semuanya berbaur.. :(
 
Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, April 3, 2013

wordless wednesday ## G.I Joe

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

cakap-cakap : dya dh tgk movie ni...tapi cam besh g.i joe 1 lah..

Terima kasih sudi baca !!

Tuesday, April 2, 2013

Sedih atau gembira..hadapilah dengan tenang..

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Entry di bulan April kali ini agak suram sedikit..Mood bila nak menulis memang ke laut lah..

Dalam hidup ini, tak semua yang kita harapkan akan berakhir dengan kegembiraan..kadangkala tersasar jauh dari apa yang kita impikan..mungkin berlaku atas sebab kesilapan kita, atau juga kesilapan dari pihak lain...yang paling perit jika kita dah cuba buat yang terbaik, tapi akhirnya seperti yang tidak disangka akan terjadi jugak..kan?? apalah petang2 ini touching..x elok tuk baby tau..hihihi..sometimes kena luahkan juga di blog yang comot ini kan..
 
Dalam hidup ni jugak, tak semua orang disekeliling kita akan suka pada kita..walau macam mana baik sekalipun kita layan seseorang, tapi kalau orang dah tak suka, tetap tak suka...setakat tak suka takpe lah lagi...tapi apa yang lagi memburukkan keadaan, kalau ada cerita buruk timbul dibelakang tanpa kita sedari...yang lebih menyedihkan lagi, ada manusia yang didepan kita baik baik saja tapi dibelakang ada fitnah, umpatan, cacian, maki, kata keji....jadi renung-renungkan lah..jauh fikiran dya petang2 ini kan..
 
Apa jua yang berlaku jangan sesekali lah kita membalas dengan keburukan...lebih baik kita berdiam atau teruskan dengan senyuman...sebab senyuman itu kan penawar segala kedukaan....berdiam itu lebih baik dari berkata kerana takut salah kata boleh membawa kepada kesengsaraan dan persengketaan...
 
Cakap-cakap : hanya allah sahaja yang mengetahui...aku bermohon padamu ya allah semoga engkau temui aku dengan ketenangan dan pendamaian..
 
Terima kasih sudi baca !!!