Wednesday, August 29, 2012

Wanita memang istimewa...

Assalamualaikum♥♥

Ketika  Aku  menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang  yang istimewa. 

Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan." 

"Aku  memberikannya  kekuatan  dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. " 

"Aku   memberinya  kekerasan  untuk  membuatnya  tetap  tegar ketika orang-orang   lain   menyerah,   dan   mengasuh   keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh." 


"Aku  memberinya  kepekaan  untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya." 

"Aku  memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan   melengkapi   dengan  tulang  rusuk  suaminya  untuk melindungi hatinya."

lalalalalalalala..camat hari rayee.. *_*
"Aku  memberinya  kebijaksanaan  untuk mengetahui bahwa seorang suami yang  baik  takkan  pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya  dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu." 

"Dan  akhirnya,  Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan." 

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."
 
 
 
Cakap-cakap : "Setiap Wanita itu Cantik" Terima kasih sudi baca

Tuesday, August 28, 2012

Sambut lebaran secara sederhana...

Assalamualaikum♥♥

tahun ni alhamdulilah..tak ada tangisan emosi sedih raya..kalau tak,time raya SURE nangis guling2 lagik2 menatap muke mak dan abah..pegang tangan cium pipi kiri kanan..berjurai2 airmata..makeup pun luntur beb..wa cakap lu...SERIES !!!
Maybe tahun ini dya dah matang kot..jadi bole kawal emo tu sikit..wink !wink !
 (dya tak banyak buat dosa dengan mak dan abah sebenarnye..dah jadi anak solehah..hihihihi)

Raya kedua pi beraya,masa ini baru abis makan nasi lemak+ayam kat umah kak ana..akak dya no.tiga..muke kenyang post pic pun de len tau !!!


sebelum pi beraya ke taman broleh batu pahat,ambik gambar dulu..cantik kan kaler pink tahun ini..dya suke !!! *_*

kami terpaksa duduk di luar time ini..keluarge belah mak terlalu ramai sangat yang datang..dya datang tak sampai sepuluh minit suku sepuluh saat dah bla..panas time ini..make up cair woooo :)

comel dak yang pakai skaf bunga tue kan????..Balqish namanya..umur tiga tahun.cute+comel dan yang memakai tudung kaler putih tue.adik dya no lapan..dah berkawin tau..hihihi cume belum ada baby lagikk.hope next year bertambah lah pasukan bola en.aris iyer...amin..


kaler pink memang ohsemmmm !!! bergambar bersama dua bodak gedikssss ... ;P


cakap-cakap : dah dua malam,dya tak nyenyak tido..keje pun moody..de kecalaran di hati sebenar nya.. :(
sedih sangat2 allah ta alla yang mengetahui nya...
 Terima kasih sudi baca !!!

Friday, August 24, 2012

1 Raya Ajib Sambut Ulang Tahun...

Assalamualaikum♥♥

flavour cheese choc..yamiiii

happi besday to u ajib sayangg yang ke 27years..ni la satu2 nya adik laki dya..
moga panjang umur n murah rezeki.bahagia di samping anak n isteri sepanjang masa
amin...


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, August 23, 2012

Edaran Kad Kahwin bermula...

Assalamualaikum♥♥

Salam lima syawal hari ni.Kejap betul masa berlalu.Betul kata cikgu "masa itu emas" teringat zaman2 exam bila kelam kabut nak buat ulangkaji.semua jadi blur.last2 dapat result pun menghampeh kan.Dya tak mahu rewind tuk the big day coming soon ini.sebab dya nak buat yang terbaik.berjalan lancar.meriah walaupu tak grand bagai tetapi di ingati oleh rakan2, sedara mara yang hadir.FUllstop !

kena redha..nak tak nak..edar kan je lah.. :(

Disebalik kad kawin dya sebenar nya ada story banyak negatif dari positif.Dya tempah kad kawin melalui seorang kawan yang dikatakan terror membuat kad bagai,murah,boleh runding tapi bila barang dan sampai pe yang dya idamkan semuanya menghampa kan 100%.Nampak sangat buat kerja sebab nak duit bukannya sebab minat.Lagi satu langsung tak jaga hati pelanggan yang dikatakan kawan lah pe lah.Series dya memang tak setuju.Tapi kalau ikut kata syaitoooon nak gak bergaduh time tue.memandangkan bulan pose lagik.perot lapa.dya steady time tue.Design dan menghampakan ok lah.dengan spelling tak betul.dah email bagai 2x3 tak kan,tak ambik perhatian kan?Paling dahsyat sampul kad tak ngam dengan kad.bab tue paling dya tak terima.Kalau si pembuat kad ada membaca tue.faham udah lah iyer.

achener tue ?????????Kalau lah dya tahu ending nya cam nih.dya tak nak order dengan kawan cam tue.Series !!!.Komitmen langsung tak ada.Haritu bukan main cakap.yang penting hati kawan+customer kita kena jaga.sekarang tengok puiiii laaaa..geram giler.Dya bukan nak buruk sape2.cume dya nak korang berhati2 lah iyer..bila nak buat tempahan kad kahwin ini.?"kerana kawan jadi lawan"

Korang bayangkan kad 6x6..sampul kad 9x6..saiz tak???korang fikir lah sendiri... :(
Keciwa dah lah tahap gaban sekarang ni allah taala je yang tahu..

Sepanjang cuti beberapa hari raya ini.dya diy sendiri walaupun dalam hati mendidih.Sebab dya kene kerja lebih masa.Buang masa.Mak cakap "tak yah gunting2 bagai la nak..bagi je terus"..yang penting orang tahu sape nama pengantin dan bila tarikh nya" duduk diam2 gunting sampul dan minum oren bodoh...wa.wa.wa.wa.wa..wa.wa.wa.wa..


cakap-cakap: paling rasa ditipu.time order janji 700pcs dapat banner nama pengantin bagai.bila dah sampai kedai.apa yang diharapkan semua hampa belaka.tue dya tak janji..yang janji si pembuat kad kahwin ni.lagi cakap kalau nak sampul kad 6x6 kene tunggu lagik tiga minggu.majlis dah nak dekat cik kak oiiiiii !!!! abaikan je lah..simpan bagi anai2 makan je lah...


Terima kasih sudi baca !!!

Friday, August 17, 2012

Salam Aidilfitri Untuk Semua !!!!!

Assalamualaikum ♥♥



me with shawl half moon blue turqoise
Jika kesilapan semalam belum terampun, “MOHON DIMAAFKAN”

Jika kesilapan hari ini menyakiti hati, “MOGA DILUPAI”


Jika kesilapan esok mendatang, “HARAP JANGANLAH DIBAWA KE HARI PENGADILAN”


"Ya Allah, di penghujung Ramadhan yang barakah ini dan menjelang Syawal yang mulia. Ku mohon KAU berkati dan muliakan saudara seIslamku ini. Anugerahkan kebahagiaan untuk dirinya dan keluarga mereka, kurniakanlah ia segala kekuatan iman, limpahi dan berkati rezekinya, makbulkan segala hajat dan doa mereka. Amin".
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada kawan2
yang mengenali diri ini dimana jua anda berada.

Ampun Maaf Dipinta, Maaf Zahir & Batin
.


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, August 16, 2012

Tudung Raya + Tudung Nikah sampai jugakkkk

Assalamualaikum ♥♥

Semalam dya dah received tudung shawl half moon dari seorang blogger GANU.Yeahhh !!!

Terima kasih daun keladi kak..Dya suke sangat2 bertambah lagi kegembiraan itu apabila bole dipakai masa raya dan hari nikah yang bakal menjelma beberapa hari saja..Balik keja terus melaram depan cermin(sambil disaksikan oleh mak..betul lah)Sori tau dya tak pandai nak countdown big day ini sebab nebes semakin membuak2 nanti lagi payah.lagi payah asik teringat muka mak jek..so kene sempooooiiii..hihihihi.Dya sentiasa menulis di entry blog ini tentang perkembangan hari besar dya.dont wori.Jado korang rajin2 lah membaca entry dya ni..*_*

Kalau dya dah mencuba memakai shawl half moon ini.pasti nye dya akan kongsikan bersama uolss.(gambar lah..maybe raya kot)Dya pun banyak study tutoriol ni.walaupun tak reti melilit tapi kena lah rajin mencuba..iyer dak??



warna pilihan semestinya putih dan blue turtoise
putih +nikah
blue+baju raya bersama en.tunang (",) hapi !!!
 Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, August 15, 2012

Wordless RABU : Ribena Oh Ribena !!!

♥ Assalamualaikum ♥♥

abaikan eye-mo+mirror+dettol...
Cakap-cakap : Teringin nak minum ribena plak petang2 ini..pastikan petang kang dapat membeli di 7E..*_*



Terima kasih sudi baca!!!




Tuesday, August 14, 2012

Giveaway : Blog Anniversary


Assalamualaikum

Salam Ramadan semua.Korang nak hadiah tak??Free tak nak ke?Kalau nak hadiah free meh join


Hadiah kepada 6 orang yang bertuah (via random.org)

  1   : RM30
2-3 : RM10
4-6 : Fridge Magnet dari Bandung

Giveaway ini berlangsung dari 9 Aug 2012 ~ 9 Sept 2012

Marilah join bersama *_*

Terima kasih sudi baca

Persiapan raya : Perabis duit atau buat duit????

Assalamualaikum...

Hari ini sudah masuk hari ke 25 puasa.Tinggal beberapa hari lagi akan menyambut hari raya.Tapi bagaimana dengan puasa korang pulak??Ibadah pulak macam mana?Ada peningkatan ke?Atau sama saja macam hari-hari biasa?

Amat lah rugi kalau kita tak mengambil peluang melipat gandakan ibadah kita dalam bulan Ramadan ini.Sebab Allah dan berjanji pahala bagi setiap amalan kita dalam bulan Ramadan akan digandakan sehingga berlipat kali ganda.Kalau kita nilaikan pahala tu macam duit, ianya boleh menjadi RM100 setiap amalan.Bukankah untung besar nama nya tu??Tidakkan rugi kalau kita tak berebut peluang ini???

OK, itu pun satu perkara.Lagi satu perkara ialah mengenai persiapan untuk hari raya.Dya pun tahu walaupun kita berpuasa belum sampai 10 hari lagik, tapi ramai diantara kita dan pun bersiap-siap untuk berhari raya.Malah ada kawan-kawan dya yang sudah menempah baju raya sebulan sebelum berpuasa.Alhamdulilah dya hanya dua pasang je tahun ini.Satu kaler bersama en.tunang dan lagik satu bersama famili tersayang.Dan aada juga yang mula mempromosikan kuih raya sebelum puasa lagi.

Sebut hari raya mahu tak mahu kita memang nak kena pakai banyak duit.Budget bila tiba hari raya memang akan bertambah berbanding hari-hari biasa.Yer la nak kena beli baju raya la.kuih raya la.langsir baru untuk rumah dan sebagainya.Duit raya untuk anak-anak sedara pun kena sediakan.Bagi yang merantau kena fikir pasal perbelanjaan balik kampung pula.Duit minyak la,duit tol la dan macam-macam lagi lah.Pendek kata semua tu memerlukan duit belanja.Pokoknya adakah korang dah bsedia dengan semua ini???Dah bersedia dari sudut kewangan??Dya pasti akan menjadi masalah yang membelenggu pemikiran korang semua kan?
Kalau ada perasan orang yang buat duit di hari raya adalah orang-orang yang bijak mengambil kesempatan.Maksud dya dari segi positif.Kebanyakan mereka yang berniaga di bulan Ramadan ini akan dapat banyak keuntungan.

Perbelanjaan semuanya bergantung pada diri sendiri untuk mengurangkan atau menambahkan atau mempokaikan poket di hujung bulan nanti (hujung bulan ini negara kita merdeka lagikkkkk!!!!!)


aktivti di hujung minggu semalam - mengecat bilik..kaler pink gitu.malam tadi baru siap cat satu bilik.sok dya letak pic kesiapan nya iyer.. :)


Terima kasih sudi baca!!!








Monday, August 13, 2012

Puasa dan ingatan puasa

Assalamualaikum...

Semalam sebelum berbuka puasa dya telah bersembang dengan mak.Mak banyak bernostalgia tentang berpuasa. Mak sempat singkap cete2 berkisah tentang curi-curi makan ketika berpuasa di zaman kanak-kanak terutamanya adik beradik dya.. kelakar zaman dulo2..kan?kan?

Cerita berpuasa zaman kanak-kanak memang menarik. Puasa setengah hari. Tipu puasa. Puasa untuk dapat duit raya. Sekarang sudah besar panjang, nak puasa atau tak puasa terpulang kepada kepercayaan masing-masing. Sesudah dewasa tidak ada sesiapa yang akan merotan jika tidak berpuasa.

Dah2 tak payah nak membebel panjang lebar lah..Dya semalam mencuba resepi baru dari SIFU dya..Kalau korang nak resepi.korang boleh copi SINI dya credit blog CIK INA .Terima kasih CIK INA sudi berkongsi pelbagai juadah yang mudah dan senang di dapati... :)


roti bersalut telur..yamiiii :P
 Roti Massimo ini dya dapat dari seorang kawan KYM.Baik kan dia,jauh membeli tak lupa untuk dya sebungkus.Series first time makan roti massimo ini sedap rupanya.Lain dari yang lain rotinya..


Terima kasih sudi baca !!!


Thursday, August 9, 2012

Iftar + Laksam

Assalamualaikum..

Salam ramadan dan selamat petang yang sempoi..hihihi..menu ramadan ke sembilan belas semalam..Tekak teringin nak makan laksam.jalan2 nampak laksam di bazar senggarang.lama tak makan.syokkk nyee..

sebungkus $4.00


laksam makanan tradisi orang kelate

Terima kasih sudi baca !!!

Berdoa lah kepada ibu dan bapa

Assalamualaikum..

Buat Renungan Bersama,

"Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu tidak kira masih hidup atau pun telah tiada,nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu"..

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian :

*Jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa sama adan yang hidup mahupun yang sudah tiada.

*Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah.

*Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah.

*Semasa berdoa, berdoa lah dengan bersungguh-sungguh, menadah tangan dan membayangkan wajah kedua ibu bapa kita,termasuk guru2 mahupun orang yang banyak menolong kita semasa susah dan senang.

*Mereka yang mengabaikan doa terhadap ibu bapa, maka akan disempitkan pintu rezeki.
Kesimpulan nya : bagi orang yang berniaga tidak perlu ilmu pelaris.memadai mendoakan ibu bapa setiap hari sudah mencukupi.Rezeki bukan sahaja wang ringgit tetapi segala nikmat dari allah :makanan:kesihatan:kasih sayang:ilmu.Berusaha dan bertawakal.

Cakap-cakap: Dya hanya memanjangkan dari kiriman saudara seislam.Semoga Allah SWT memberkatinya.


Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, August 8, 2012

Iftar di Umbai Melaka

Assalamualaikum...

Selesai menunaikan solat magrib dya bersama en.tunang bergegas menuju ke Umbai Melaka semalam.Lama rasanya kami tidak makan berdua.Sejak en.tunang opening kedai runcit baru,dia banyak menghabiskan masa disitu.Korang rasa jauh tak kami pergi berbuka???Al-maklum lah bila berpuasa tekak macam2 mengidam mengalahkan orang mengandung kan?.Menu feveret kami berdua semestinya Ikan Siakap Stim.Dulu dya pernah ke situ dan menjamu pari bakar.Semalam kali kedua kami ke restoran tue.makananya sangat-sangat fresh.Ada udang,sotong,ketam,lala dan pelbagai siput semua ada.

Sebenarnya ramai orang berbuka puasa di Umbai cuma dya datang lewat sikit.Kadang kala sampai kerusi meja full.

masa ni bizi bercycling..ada sihat..macho x???

sejak buka kdai baru..dah tak terurus en.tunang dya ni kan..muke pun letih jek..dya fahami..

makannn ..nyumm :)

ikan siakap stim..harga RM40..gaji sehari en.tunang :P



Korang kalau suke makan ikan bakar,bole lah terjah di restoran Umbai Melaka.Yang penting kena bawa duit lebih pun tak apa.Pasti menjilat jari.Seriess !!!

Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, August 7, 2012

Apa Khabar Puasa Kita???

Assalamualaikum...

Ramadhan sudah berlalu hampir separuh. Nampaknya masa berjalan begitu cepat sekali. Semua orang merasakan terlalu pantas masa berjalan, sehingga tidak sedar bahawa puasa sudah hampir separuh Ramadhan. Benarlah ini tanda akhir zaman sebagaimana nabi SAW peringatkan . Sabda Rasulullah SAW
"Tidak berlaku kiamat sehinggalah jarak masa menjadi dekat. Setahun seperti sebulan, sebulan seperti seminggu. Seminggu seperti sehari. Sehari seperti sejam. Sejam seperti api yang menyambar bahan bakar”.


Cuba kita bayangkan dulu jika kita berpuasa memang terasa begitu lama. Sekarang sebaliknya. Ini adalah petanda dunia sudah tua, ia akan menemui ajal yakin kiamat.

Beberapa perkara yang boleh kita muhasabah diri kita apabila separuh Ramadhan berlalu. Apakah ada peningkatan amal kita di dalam amalan sunat kita di dalam bulan Ramadhan ini. Jika tidak, cepat-cepat perhebatkan, kerana masih ada peluang. Ramadhan ialah bulan ibadah. Semua amalan digandakan oleh Allah yang maha pemurah kepada kita. Sebagaimana Nabi SAW bersabda “Siapa yang melakukan satu fardhu digandakan sampai tujuh puluh fardu, siapa yang melakukan amalan sunat, maka ia menyamai satu
fardu”.

Solat tarawih jangan diabaikan. Tidak kiralah berapa kita mahu amalkan dari segi bilangan rakaat. Tidak perlu perbesarkan soal bilangan rakaat, kerana ia hanya sunat muakkad. Kesemuanya ada hujah masing-masing.Apa yang penting, biarlah ruh tarawih dihayati oleh kita semua. Tidak ada makna jika buat lapan atau dua puluh, tetapi ruhnya hilang. Biarlah buat dengan tenang dan tertib. Imamnya membaca dengan keadaan tartil dan tenang.

Bagaimana pula dengan al-Quran? Sudah berapa juzuk dihabiskan?. Mesti berazam supaya al-Quran dapat dikhatamkan.Kerana membaca al-Quran adalah ibadah yang terbaik. Sebagaimana nabi SAW bermaksud “Sebaik-baik ibadah ialah membaca al-Quran”

Sesibuk mana sekalipun al-Quran tidak boleh disampingkan. Kita mampu habiskan al-Quran di dalam Ramadhan jika disiplinkan diri. Kebiasaan satu juzuk mempunyai 10 helai. Jika setiap waktu sebelum dan selepas solat sehelai insyaAllah, lima waktu dapat satu juzuk. Ertinya jika sebulan dapat khatam al-Quran.

Alhamdulillah kebanyakan masjid di kendalikan oleh orang yang minat dengan Islam akan mengadakan tazkirah. Ini merupakan langkah yang bijak untuk proses pencerahan ilmu di dalam masyarakat. Kesempatan ini diambil dengan kehadiran mereka yang tidak berapa jinak dengan masjid. Selalunya akan hadir ke masjid untuk menunaikan solat tarawih.  Penuhilah dan renunglah butir-butir mutiara yang dikeluarkan oleh pentazkirah agar ia boleh menghidupkan hati supaya terus bersinar di dalam diri kita.

Ambillah peluang untuk sama-sama bangun dan bermunajat kepada Allah terutama di waktu dini hari (sahur) kerana ia adalah waktu yang mustajab Allah perkenankan permintaan hambanya.Soal moral, dosa, pahala, syurga, neraka bukan perhitungan mereka. Mereka sudah buta hati dan hilang rasioanal. Apabila dunia sudah beraja di hati, maka agama diketepikan di dalam tindakan mereka. Maka Allah lah yang mesti dijadikan tempat pengaduan kita, dan penyerahan yang bulat kepadanya. Tidak ada kuasa yang akan dapat menandingi kuasa Allah. Firaun, Namrud, Haman megah dengan kuasa akhirnya tersungkur dengan kehendak Allah SWT.


Cakap-cakap :jangan lepaskan peluang ini. Perbanyakkan amalan sunat kerana ia menampung kekurangan amalan fardu yang kita lakukan selama ini.

Terima kasih sudi baca !!!

Teruja nak beraya kali pertama

Assalamualaikum...

SEPADAN...Awal dan Scha baru tiga bulan bergelar suami isteri.

ZAMAN bujang dulu, soal makan, minum dan pakai bagi Awal Ashaari semuanya perlu dibuat sendiri dan selalunya tidak terurus gara-gara sibuk terkejar ke sana ke mari.

Namun selepas berumah tangga, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari akui soal makan minumnya lebih terjaga dan hidupnya juga lebih tersusun.
Awal, 31, dan isterinya Scha Al-Yahya atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 29, baru tiga bulan melayari bahtera rumah tangga.

Secara peribadi, Awal berkata, hidupnya semakin lengkap dan sempurna dengan kehadiran Scha sebagai suri di hati.


“Bukan saja hidup lebih terurus, berat badan saya juga naik mendadak sebanyak lapan kilogram selepas berkahwin. Sebelum kahwin, berat badan saya adalah 72 kilogram saja dan sekarang h mencecah 80 kilogram.

“Macam manalah, saya tak naik berat badan sebab Scha rajin memasak di rumah setiap hari. Apatah lagi, kalau dia tidak terbabit dengan penggambaran, dari sarapan pagi hinggalah makan malam, Scha akan sediakan semuanya. Sayalah yang jadi mangsa naik badan, tapi Scha pula tetap nampak kurus walaupun dia kuat makan.

“Walaupun ramai yang cakap dia kurus sama seperti sebelum berkahwin, Scha tetap risau kerana fikir berat badannya sudah naik sekarang. Bayangkanlah, selepas makan banyak pasti dia pergi bersenam setiap hari,” kata Awal.

Mungkin artis lain lebih suka bergantung kepada pembantu rumah dan jarang ke dapur, tapi Awal nampaknya cukup bertuah kerana kerap merasa air tangan isterinya di rumah.

“Scha memang suka memasak dan dia memang rajin masuk dapur. Antara sajian yang disediakannya ialah lauk pauk Melayu seperti Ayam Berempah dan Ayam Panggang. Saya pula lebih pada sajian makanan Barat.

“Secara kebetulan, Scha baru belajar memasak dan ingin praktik menu yang dipelajarinya termasuk resipi keluarganya di rumah. Cuma yang tak tahannya, dapur mula jadi bersepah apabila dia memasak. Jadi saya akan pastikan dapur kami kembali kemas.

“Kalau boleh, Scha ingin kami berdua makan setiap hari di rumah dengan segala juadah yang disediakannya, sampai kadang-kadang, saya terpaksa ajak dia makan di luar kerana selalu sangat kami makan di rumah. Sesekali saya pun teringin ingin makan malam dengannya di restoran kegemaran kami,” katanya.

Terus terang kata Awal, kehidupannya sudah jauh berbeza berbanding ketika zaman bujang dulu.

“Kalau dulu, saya suka melepak di kedai mamak bersama kawan-kawan sehingga jam 2 hingga 3 pagi, sekarang tidak lagi. Selepas jadi suami, saya juga ingin menjadi seorang lelaki dan suami yang lebih bertanggung-jawab kepada isteri saya.

“Walaupun masing-masing sibuk dengan aktiviti seni yang padat, kami tetap pastikan ada ruang untuk meluangkan kualiti masa bersama bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Soal anak pula bergantung pada rezeki kerana kami sudah bersedia membina keluarga. Cuma tunggu rezeki saja,” katanya.

Berkongsi sambutan lebaran tahun ini, pastinya ia cukup bermakna kerana tahun pertama pasangan sama cantik dan sama padan ini beraya sebagai pasangan suami isteri.

“Kami tidak ada masalah dengan giliran balik kampung kerana saya tidak ada kampung dan rumah emak pun di Subang saja. Tahun ini, kami akan beraya di rumah keluarga Scha di Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada hari raya pertama dan selepas itu beraya di rumah keluarga saya di Subang.

“Menyusul selepas itu, barulah kami pulang ke kampung Scha di Sungai Petani, Kedah. Saya juga seronok nak beraya di rumah keluarga Scha kerana keluarganya besar. Ada ahli sanak-saudaranya belum sempat saya temui,” katanya.

Awal turut memperuntukkan tiga pasang baju Melayu untuk diperagakan pada sambutan raya tahun ini.

“Baju dan biskut raya, Scha yang uruskan, tapi perancangan nak beraya di mana, saya yang putuskan. Tahun ini juga, rumah kami ada langsir raya baru kerana masa zaman bujang dulu saya lebih suka pakai ‘blind’ kerana ia nampak ringkas.

“Nampaknya sekarang kena tukar kepada langsir kerana Scha tidak mahu rumah nampak seperti pejabat. Apabila sudah berkahwin, saya ikut saja kehendak isteri kerana urusan menghias rumah memang menjadi tanggung-jawabnya.

“Menyentuh soal biskut raya pula, saya suka semperit dan muruku yang sudah ditempah lebih awal. Juadah raya yang wajib ada di pagi raya mestilah rendang ayam dan ketupat daun palas yang disediakan emak,” katanya.

Sesibuk manapun mengacara, Awal tetap tidak melupakan bidang lakonan yang juga salah satu cabang seni yang sudah sebati dalam dirinya itu.

Saya rindu untuk kembali berlakon seperti dulu. Kalau ada tawaran berlakon yang bagus pasti saya tidak akan menolaknya. Bagi saya, inilah waktunya untuk bekerja keras cari duit yang lebih untuk keluarga kerana duit simpanan banyak mana pun lama-kelamaan akan susut. Tambahan pula, kami banyak keluar duit ketika majlis perkahwinan dulu,” katanya.

Credit : Hmetro

Cakap-cakap: Suke kaler biru tue kan??Light !!!

Terima kasih sudi baca !!!

Monday, August 6, 2012

Segmen : Jom Tambah Kenalan Di Hari Raya

Assalamualaikum...

Salam Ramadan yang ke 17 juga Selamat menyambut Hari Nuzul Al-Quran.Harap maaf iyer Johor Bahru tidak terpilih sebagai public holiday hari ini.Maka dya bekerja seperti biasa :)

Sejak dah pandai join clik segmen nih.asik nak join jek.Korang kalau free meh lah join SINI



Moga2 bole tambah kenalan kita semua di hari raya nanti : )


Terima kasih sudi join !!!

Friday, August 3, 2012

Segmen : Giveaway Raya by shu-sya

Assalamualaikum..
 
Selamat petang dan salam ramadan.Hari ini dya first time join giveaway ni.Tak tahu angin pe kan?ingin mencube.Impian nak dapat kad raya dari rakan blogger dan topup free.hihihi
Syaratnya pun senang je.Kalau korang nak tahu bole clik SINI
 

Mari lah join beramai2 iyer kawan2
Tarikh tutup : 10.Ogos.2012



Terima kasih sudi baca !!!

Gara-gara Tamatkan Kontrak Abby Sebagai Duta Tudung, AlHumaira Contemporary Diboikot

Assalamualaikum...

Kontrak Abby jadi duta tudung ditamatkan.Pelakon dan penyanyi terkenal, Abby Abadi menulis dalam laman sosial Twitter yang kontraknya sebagai duta kepada sebuah syarikat tudung, baru sahaja ditamatkan kerana penglibatannya dalam PAS.

"4 Julai 2012 - Kontrak saya sebagai duta kepada tudung mereka terbatal secara rasminya.
"Saya terima dengan hati terbuka & saya minta maaf kerana terlibat Pakatan Rakyat," tulisnya di laman Twitter pagi tadi.

Sementara itu syarikat tudung berkenaan, AlHumaira Contemporary (AHC), dalam maklum balas segera dalam facebooknya berkata, kontrak itu ditamat kerana "tidak mencapai matlamat yang diharapkan".

Tanpa menyebut nama Abby, syarikat itu menegaskan bahawa pihaknya sebenarnya berhak mengikut undang-undang untuk menamatkan kontrak pada bila-bila masa yang dianggap sesuai mengikut situasi.

"Itu ialah hak kami dan kami berharap semua pihak boleh respect (hormat) keputusan ini," kata syarikat itu pada laman Facebooknya, merujuk kepada "seorang artis yang baru beberapa bulan bertudung yang juga merupakan bekas duta AHC".

Sementara itu, pelakon dan penyanyi terkenal itu yang kini aktif berceramah - ketika ditemui Malaysiakini Jumaat lalu - menyifatkan penyertaannya ke dalam parti itu merupakan sebahagian daripada langkahnya mendekati agama.

Menurut Abby, ia bukanlah satu penghijrahan politik seperti yang dianggap ramai pihak.

"Saya tak pernah terfikir nak guna istilah penghijrahan itu sebab saya terlibat secara tak sengaja," katanya sewaktu ditemui di Shah Alam.

Menurut Abby, perubahan dirinya yang kini bertudung dan mula mendekati agama dilakukan sebelum beliau mula mendekati PAS lagi.

"Hidayah atau penghijrahan ini kita dah dapat semua sebelum masuk PAS," kata Abby.

Abby yang dahulu merupakan sebahagian daripada kumpulan Elite dan popular dengan siri drama Gerak Khas menjadi ahli PAS seumur hidup pada 19 Julai lalu.

Beliau menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dalam satu majlis di Kota Bharu, Kelantan.

Menurutnya, beliau mula mendekati PAS selepas dijemput parti itu untuk berceramah tentang perubahan dirinya daripada seorang yang tidak bertudung kepada seorang yang bertudung.

"Saya pada mulanya dijemput untuk berkongsi tentang saya punya hijrah itu," kata Abby.

Beliau kemudiannya membuat keputusan menyertai PAS kerana tertarik dengan perjuangannya yang berteraskan agama Islam.

"Kita nampak PAS itu perjuangan dia memang perjuangkan agama. Saya sertailah sebab saya nampak benda itu memang baik untuk agama," kata Abby ringkas.

Pesanan : Rezeki itu di tangan Allah. Kita berharap Abby Abadi bersabar.Di bulan ramadan tak usah lah nak memboikot kan.Saling memaaf.udah ler :)


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, August 2, 2012

Puding Karamel berlubang ???

Assalamualaikum..

Kepada semua master-master chef di blogger ni.dya mohon kerjasama korang,memberi komen dan idea mengapa puding karamel berlubang???? Adakah salah teknik atau bahan??
Bantu lah dya,sebab dya bodak baru nak belajar memasak..
Jasa baik korang amat lah dya hargai.Terima kasih.

my peveret tau !!! tapi sedih bila ada berlubang... :( x menjadi pudingku...


Cakap-cakap: Puding karamel makanan kegemaran dya di bulan puasa.nak buat kali-2 sebaik mungkin. :)



Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, August 1, 2012