Showing posts with label ibuamai. Show all posts
Showing posts with label ibuamai. Show all posts

Thursday, April 13, 2017

Hantu Perfumes De'Xandra

Assalamualaikum

Hantu perfumes macam aku nih..macam mana pun mesti nak terselit satu dua botol dalam handbag..Kalau setakat penampilan cantik tapi bau badan buat orang pening cam ne tu kan??Mesti kawan-kawan pun larikan..

Dengan ada De'Xandra nih aku tak perlu lah bawa perfume yang besar gedabak..hehhehe..muat dan comel untuk dibawa..Paling besh perfume De'Xandra nih didatangkan pelbagai bau..





Dan paling suka besh giler De'Xandra by Zahra..besh giler bau dia..


Kenapa aku pilh ZAHRA?Sebab perfumes ini merupakan Inspired by Zira sendiri.Perfume Zahra merupakan wangian premium yang mengikut citarasa Zira.Baunya yang sangat unik dan memang tak akan sama dengan mana-mana perfumes yang berasa di pasaran ...wahhh gitu


Honestly tahan lama dan sedap okay !!!

Korang nak wangi? 
Meh watsapp no nih 012-751 0287 Shila


Terima kasih sudi baca

Wednesday, September 14, 2016

Korban Lembu

Assalamualaikum.

 Ibadah Korban

1. Ibadah korban bermaksud menyembelih binatang ternakan pada hari raya korban (10 dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq (11, 12 & 13 dzulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah

2. Masa ibadah korban bermula apabila terbit matahari pada hari raya korban (10 zulhijjah) dan meninggi sedikit. Namun paling baik dilewatkan sedikit hingga matahari naik segalah dan selepas selesai solat hari raya.


Hukum Ibadah Korban

Hukum ibadah korban ialah sunat muakkad.Makruh meninggalkannya bagi yang mampu. Ibadah sunat inimenjadi wajib jika dinazarkan.

Bagi sebuah keluarga, ibadah korban adalah sunat kifayah, iaitu digalakkan seorang ahli keluarga melakukan ibadah korban bagi pihak ahli keluarga yang lain. Abu ‘Ayyub RA menceritakan; “Pada zaman Nabi SAW seorang lelaki menyembelih korban bagi pihak dirinya dan juga ahli keluarganya” (Muwatta’ Imam Malik; 1770).

Harus melakukan korban untuk orang telah mati atau meniatkan pahala korban untuknya.


Fadhilah Ibadah Korban :

Sabda Nabi SAW; “Tidak ada amalan yang paling disukai Allah pada hari raya korban melebihi dari menyembelih korban. Binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya” (Sunan at-Tirmizi; 1496, hasan)
Sabda Nabi SAW; “Bagi setiap helai bulu binatang korban satu kebajikan” 
(Sunan Ibnu Majah; 3127, dhaif).


Syarat-syarat binatang Korban 

1. Binatang ternakan yang sah dibuat korban ialah; biri-biri (berumur genap 1 tahun), kambing (genap 2 tahun), lembu (genap 2 tahun), kerbau (genap 2 tahun) dan unta (genap 5 tahun).

2. Seekor biri-biri dan kambing hanya untuk seorang. Adapun lembu, kerbau dan unta harus dikongsi tujuh orang.

2. Disyaratkan binatang tidak cacat dengan nyata. Menurut hadis; tidak sah korban dengan binatang yang buta sebelah matanya, yang tempang, yang nyata sakitnya dan yang terlalu kurus (Musnad Ahmad; 18510, isnadnya soheh).

3. Sunat memilih binatang korban yang paling elok. Lagi elok, lagi sempurnalah pahalanya.


Cara Pengagihan Daging Korban

1.Wajib sebahagian dari daging korban disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, iaitu sekurang-kurangnya satu kadar yang dapat dinamakan sedekah (iaitu 1/2 kilo atau 1 kilo).

2. Daging korban harus jika hendak disedekah kesemuanya kepada fakir miskin. Namun sunat orang yang melakukan korban menikmati sedikit darinya mengikut sunnah Nabi SAW dan mengambil berkat darinya.

3. Sunat daging korban diagihkan kepada tiga pihak; (1) Untuk dimakan diri dan ahli keluarga, (2) Disedekahkan kepada fakir miskin, (3) Dihadiahkan kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan sebagainya sekalipun mereka kaya/berada.

4. Dilarang menjual apa-apa  bahagian dari binatang korban. Ia menghilangkan pahala korban. Termasuk dilarang ialah memberi upah kepada tukang sembelih atau orang-orang kerja dengan daging korban. Jika diberikan atas nama hadiah atau sedekah diharuskan.

5. Sebahagian ulamak mengharuskan memberi daging korban kepada orang kafir yang berbaik dengan orang Islam. Sebahagian ulamak melarangnya.

6. Korban nazar dan korban untuk orang telah mati; wajib disedekahkan kesemua dagingnya kepada fakir miskin.


***وصلى الله على سيدنا محمد، والحمد لله رب العالمين***

Syukur..dapat korban seekor lembu...



Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, June 18, 2016

Pancake Yang Mudah Dan Senang

Assalamualaikum.

Mehh..aku share resepi bahan yang senang dan mudah didapati di dapur korang iyer...


Bahan-bahan : 
1 cawan tepung gandum
1 cawan fresh milk
1 biji telur 
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil perisa vanilla
1 1/2 gula pasir
2 sudu minyak masak..korang nak letak majerin pun boleh..

Cara membuat:
Korang campurkan semua bahan di atas...Kacau jangan sampai tepung berketul-ketul..


Chef Bedah a.k.a Amai ke dapur malam nih yaaa...


Alamak...ibu kena baju pulak tepung nih...tu lah lupa nak pakai apron...Hahahahahaha...


Sementara gaul rata..jangan lupa panaskan kuali..Letak minyak sedikit je...


Bila kuali dah cukup panas..tuangkan bancuhan tepung ke dalam kuali..Agak-agak dah nampak tepung tu berbuih terbalik kan..Ulang sehingga bancuhan tepung sampai habis...Okay..


Taraaaaaaa !!! jadi jugak pancake aku malam tue...hihihi..Nak cari madu..rupanya madu habis..Yang tinggal dalam peti ais peanut butter je..Pun ok jugak rasanya..Actually pancake nih makan dengan sapu roti semuanya sedap..contoh macam kaya pandan, chocolate butter, madu , susu, majerin..semuanya sedap !!



Terima kasih sudi baca !!!



Wednesday, May 11, 2016

Wanginyaaaa..Perfume De'Xandra

Assalamualaikum.

Bila kita pakai perfume automatik rasa wangi dan nyaman..Kalau boleh nak kunyah-kunyah je terus masuk dalam mulut...Hehehehe..

Kenapa aku pilih wangian inspired dari Bombshell Victoria Secret De' Xandra merupakan bauan yang paling feminin dan seksi khususnya kaum wanita..Sekali korang spray..dia punya bau sampai ke malam tak hilang..Lekat dekat tudung bau tau...


Kaum wanita yang suka kan haruman yang sweety fruit dan rasa segar kemanisan tue..aku cadangkan korang ambik lah Bombshell nih..Namanya je dah bomb..bomb...Of course lah bau nya KEBABOMMM..


Korang boleh pilih ikut bau yang sesuai dengan aroma badan korang...Pilihan lelaki dan perempuan semua nya wangi-wangi..


Nak tahu bau seksi dan unik lagi feminin tue..macam mana..Harus lah order satu okay!! Gerenti korang tak menyesal dengan bauan De'Xandra nih..

Cepat-cepat whatsapp adik manis nih Sheila 012-7510287


Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, May 7, 2016

Mother's Day 8th May

Assalamualaikum.


H A P P Y    M O T H E R' S DAY





Terima kasih sudi baca !!!

Friday, April 29, 2016

33 Tahun Pun....

Assalamualaikum.


My strongth tower, my pillow, my luv baby, my sonshine ,.......

I m a happy 33y old mother...

Syukur..alhamdulilah....




Amai kesayanagan ibu..I love u kakak..Tahun nih sambut ulang tahun makan dekat luar..Ala kadar dan sederhana saja..Lagipun dah ada umur nih..tak suka sangat lee nak celebrate besday bagai..Lebih banyak tumpuan pada Amai je dahhh..Sebab dia kanak-kanak kecil..Jauh lagi perjalananan hidup dia..

Syukur tuhan masih memberi peluang untuk aku menjadi seorang IBU....


Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, April 23, 2016

24th April !

Assalamualaikum.




Doa yang baik-baik sahaja.






Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, December 31, 2015

Azam 2016

Assalamulaikum.

Sekejap dah nak penutup buku tahun 2015...Goodbye 2015...Beberapa jam je lagi kan..Azam korang tahun lepas tercapai tak???Setiap orang kena lah ada azam kalau tidak macam mana nak perbaiki kelemahan dan kekurangan diri sendiri..betul tak????Wahhhhhh !!!

Azam aku tahun lepas ada yang tercapai..ada yang tidak tercapai...hrmm...Tahun 2016 kena lebih chaiyokkk !!! chaiyokkk !!!

Amai pun tahun depan dah nak masuk 3 tahun..Lagi 2 tahun dah nak sekolah..Ramai kawan-kawan aku bertanya..Bila Amai nak dapat adik lagi?? " Bila tanya Amai nak adik takk?Mesti dia jawab " iyer-iyer Ibu nih..Amai pun dah petah becok bercakap..Dia punya persoalan tak berhenti-henti rasanya..
Insyallah korang doa-doakan iyer..


Azam aku untuk tahun 2016...

Penambahan zuriat buat kami pun salah satu azam aku untuk tahun depan..Semoga tuhan mempermudahkan...Aminn....Aminnn...

Jadi lebih sihat dan bertenaga..kalau boleh nak lakukan aktiviti sukan bersenam berbasikal , jogging, skipping..Bab pemakanan pun aku nak jaga jugak..NO PIL KURUS...NO PIL KURUS YA...Nih kalau dah malam-malam melantak mee goreng mamak, mee hylam..bertambah lah kg aku tue..Laki pun dah complain cakap badan aku dah montel..Bila nak kurus sayang oiiiii...Target nak capai 55kg pun dah memadai..

Sejak dah tukar bos baru aku nak ubah sikit prestasi kerja..Sebelum nih asik datang lambat je..kena warning dengan bos jangan cerita lah...dah berapa kali kena signal..Aku nak daatang kerja lebih awal..Kurangkan ambik MC dan UPL...Insyallah..Kena perlahan-lahan okay !!

Nak jadi Ibu yang sempurna, penyayang, solehah dan tingkatkan ilmu agama..Sejak ada Amai nih..solat 5 waktu kena jaga..Sebab kalau anak tengok ibu bapa solat..tak sikit banyak dia akan faham dan ikut situasi begitu..Nak Amai membesar dengan sihat dan membesar depan mata dengan sempurna....Moga tuhan sentiasa memberi aku nikmat dan kerberkatan hidup bersama suami dan anak-anak yang diredhai..

Ikutkan banyak jugak impian dan azam aku nak tulis..tapi itu semua dengan keizinan Allah..Kita berusaha selebihnya Allah yang menentukan..

Untuk tahun 2016 aku kena kuatkan semangat dan azam yang baru..Jangan selalu berfikiran yang negatif fikir yang positif..Insyallah hidup pasti tenang dan aman..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016 !!!

Terima kasih sudi baca!!

Thursday, November 26, 2015

Demam Hoiiii

Assalamualaikum.

Tekak rasa gatal-gatal...mata dah nak start merah..
Hidung tersumbat...adehhhh..Bersin banyak kali jangan cerita lah dekat opis aku nih..


Bila dah mula sakit macam ini baru lah sibuk nak makan Vitamin C.Hegeh-hegeh nak mencari dekat situ kan...O_O

Dah lama aku tak rasa demam macam nihh..Aku nih dah lah tak suka ambik MC.Pergi klinik pun doctor bagi ubat yang sama jee ponn..Jenuh nak menelan..

Mood holiday down sikit bila dah demam ini..Pergi jauh cepat sikit wahai sakit kecilku ini...Aku nak bawa anak dan suami pergi holidaybersantai rehat di tepi pantai...



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, October 29, 2015

Lunch Di Boat Noodle

Assalamualaikum.

Semalam seharian kerja dekat luar..Lama sangat tak oustation sampai ke Johor Bahru..Adehhh lenguh badan rasanya..hihihi..Aku dah jarang memandu jauh macam nih..Jauh lah sangat makcik oiii..

Siap semua kerja, baru lah fikir nak makan apa kalau dah sampai Johor nih..ngam-ngam dah sampai pun waktu lunch bukan selalu pergi outstation tanpa anak nih..Syurga rasanya makan masa nih kalau ada Amai mulut dia lah paling bising..Aku pergi lah google foursquare nih ternampak lah Boat Noodle dekat Sutera Mall, Skudai.

Wajib cuba makan dah terlanjur sampai sini.Sepanjang perjalanan menuju destinasi pertama kali aku menggunakan apps WAZE..laju rupa nya.Mudah dan senang arahan jalan yang ditunjukkan..Baru lah aku tahu penggunaan apps WAZE tue..kesian lahaiiiii...

Masa aku lunch dekat sini ada lah orang melayu 2 meja tengah makan..so tak lah rasa janggal nak makan sangat masa nih..


Menu di Boat Noodle.

Aku pilih 3 jenis masa nih..nak cuba jangan tamak order banyak-banyak kang celah mana nanti kalau nak kenyang.hihih..portion dia pun sikit je dalam mangkuk tue.

Chic Thai Rice Noodle, Beef Thai Rice Noodle, Chic Thai Rice Noodle Spice RM1.90


Cha Keow Yen (Thai Iced Green Tea) Kaffe Yen (Thai Iced Coffee) RM6.90.Air nih dua-dua aku rasa paling sedap lagi-lagi yang green tea tue.. :)


Grill Beef Meat Ball RM5.90. Yang nih macam biasa je aku rasa..


Paling sedap aku rasa Yum Kangkung RM6.90.Sos dia pun emm bole tahan.


 Kaw Pow Chicken Rice RM11.90



Korang abaikan je lah lintang pukang atas meja makan.Orang perempuan nih makan mengalahkan bela saka tau.Mau tak lapa pagi sarapan kuih 3 bijik je..


Licin aku makan semalam lapar punya pasal tau...Kenyang sangat alhmdulilah..


Lepas makan aku terus balik opis Batu Pahat..On the way balik drive dekat highway punya lah mengantuk jangan cerita lah...

Dah nak sambung kerja nih...Bai...



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, August 27, 2015

Salad Diet !

Assalamualaikum.

Hari tue dok teringin nak makan salad.Mau tak nya asik kena bahan je dengan laki aku.Sikit-sikit cakap aku gemok, montel, gendut,...hrmmm iyeer lah nanti aku kurus sila jangan jeles lah iyer.. :P 

Jalan-jalan time lunch hari tue dekat Aeon Big Batu Pahat terus menuju ke department vegetable.Nampak salad dah siap packing cam nih..Senang dan mudah.Tinggal potong masuk mangkuk dan bubuh sikit salad kewpie nih.Mablesss jangan cerita lah... 


Salad campuran harga murah je RM.4.45.Mayonis Kewpie aku cuba packing kecil pun dalam harga RM4.35.Kalau sedap boleh beli yang besar akan datang.Dia ada banyak jenis yang boleh makan dengan sayuran , buahan-buahan dan ayam atau pun daging.Aku pilih untuk salad campuran.Ngam rasanya.


Mayonis Kewpie nih ala-ala Jepun gitu lah.


Yang penting halal mayonis nih bole juga didapati di pasaraya BPMall dan Aeon Big Batu Pahat.


Taraa....mudah kan..potong hidang bubuh sikit mayonis ala-ala jepun.Jimat masa tak yah nak mengoreng menumbuk bagai kan??


Selamat menjamu selera dan selamat berdiet !!!


Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, August 8, 2015

Tukar Boss Baru !!

Assalamualaikum.

Dah seminggu lebih tak update blog.Mana tak nya semenjak dah tukar boss baru prosedur baru polisi baru undang-undang pun baru.Adehhhh kerja pun dah bertambah sekarang nih.

Company aku dah dapat projek baru iaitu Dyson.Masing-masing dah sibuk dengan kerja diorang.Kerja dah semakin improve nampak gayanya.Yang dulu tak tahu semua dah jadi tahu.Nampak sangat sebelum ini kitaorang banyak sangat makan gaji buta.Hahahahahahah.

Nanti dah jalan projek tue aku share kat sini.

Nampak tak korang hari nih aku kena kerja.Sibuk dengan projek Dyson punya pasal lah nih.Saturday yang rockin babeyyy !!!!


Dah lama tak kerja Satuday nih aku lilit-lilit shawl je.Malas kan.Tapi aku suka sekarang trend Hanis Zalikha.Ringkas dan senang.Emmm...ada sama ta??

Selamat Berhujung Minggu korang !!!!!


Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, July 14, 2015

Servis Kereta Nak Raya??Jom pergi kedai Melayu

Assalamualaikum.
Nak jadi kan cerita aku tak terfikir nak ke sini.Ada problem kereta baru lah singgah ke sini.Hari tue repair lampu kereta aku yang bawah tue.Tukar mentol dengan lampu sekali baru lah selamat nak berjalan hari raya nanti kan.Keselematan tue penting tau kawan-kawan !
Bila ingat Kak Mardiah nih baru lah tinggg!!! Mesti Kak Mardiah bole repairkan lampu aku nih.Kak Mardiah nih pomen serba boleh tau.Bab kerja meman cekap kak Mardiah nih.Semua kerja bengkel pas je lah kat dia compom siap rapi kereta korang.Aku tabikk springg dekat Kak Mardiah nih.Dia keje kat sini pun lama.


Sekejap je siap kerja Kak Mardiah nih.Tabikkkk sekali lagik !!!!


Tuan punye blog.Ibu Amai.


Ini lah kereta yang banyak berjasa pada aku.Sekejap je dah 8 tahun kita bersama susah dan senang.Terima kasih awak tak banyak ragam sepanjang kita bersama.Sayang awak !!

Orang sekitar Batu Pahat yang belum servis kereta boleh kunjungi kedai Bumiputra nih tau !!
Ada 3 cawangan yang berhampiran :-
1) SNR Bumiputera Air Cond Services and Accessories
No. 3, Susur Jalan Kluang,
Pusat Perniagaan Parit Raja,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim. 
Tel: 07-4546122 

2) Parit Raja, Batu Pahat, Johor(2)
SNR Bumiputera Air Cond Services and Accessories
64A, Jalan Besar Parit Raja, 
86400 Parit Raja,
Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

3) Taman Maju, Batu Pahat Johor
SNR Bumiputera Air Cond Services and Accessories
No. 17, 18, Jalan Maju, 
Taman Maju,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim. 
Tel: 07-4381979 

Wednesday, July 1, 2015

BB Cream Seqy Beauty Paling Besh !!!

Assalamualaikum.

Alhamdulilah akhirnya aku jumpa jugak BB Cream yang bersesuaian dengan kulit aku.Korang tahu tak apa dia BB Cream SEQY BEAUTY tue?Dia lebih kurang macam foundation jugak.Cuma foundation tue bila apply dekat muka rasa tebal berinci-inci rasanya.

Tapi yang BB Cream dari Seqy Beauty nih teksturnya lembut dan ringan bila apply di muka.Bila nak solat basuh pun senang tak leceh pun.

Bila sapuan BB Cream nih besh aku dah runtinkan menggunakan setiap pagi untuk ke opis.Lagipun aku tak suka make up yang tebal cukup lah dengan hanya melindungi kulit dengan solekan yang nipis dan natural ringkas ke opis  dan memadai bagi aku.

Dengan penggunaan yang konsisten aku bole rasakan perubahan pada kulit aku.Aku juga rekemekan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat atau masalah kulit muka bole lah menggunakan BB Cream 
SEQY BEAUTY nih supaya nampak muka lebih berseri.

Waktu pagi kulit aku nampak super glowwing dan flowless kan.Aku tak sapu bedak arab pun.Hanya dua picit BB Cream cukup untuk satu muka yang aku besar nih.



Aku pilih code Natural.Mula-mula pakai aku rasa macam berminyak tapi beberapa saat cream tue akan meresap dalam kulit dan match dengan kulit kita.Tu yang paling besh bab resapan tue kan.



Botol dia pun comel sangat.Senang dan mudah aku sumbat dalam beg.



Setiap pagi hanya apply BB Cream Seqy Beauty dengan lip tint saja tau !!


Serius tak menyesal aku beli BB Cream nih,Siapa tak nak cantik di pagi raya nanti kan??

Fungsi dan Kelebihan BB Cream:

*Sesuai untuk semua kulit
*Menutupi cela di muka
*Sebagai bedak asas
*Lebih ringan dari foundation
*Sebagai essential krim, menutrisi kulit, menegang dan menghaluskan kulit
*Melindungi kulit dari sinaran UV yang boleh menyebabkan bintik hitam muncul di wajah (SPF 30+)
*Memperbaiki masalah kulit dan melindungi kulit dari bahan-bahan kimia berbahaya
*Wajah tidak berminyak sepanjang hari
*Berfungis melawan sinar Violet dan pencemaran udara sehingga menjadikan kulit tetap sihat
*Melambatkan penuaan
*Tekstur yang ringan dan sesuai untuk orang Asia

Ingredients :

Aqua Cream
Beeswax
Cety Alcohol
Octyl Methoxycinnamate
Dimenthicone
Caprylic/Capric Triglyceride
Propylene Glycol
Titanium Dioxide
Iron Oxides
Sodium Chloride
Phenoxyethanol

Kepada sesiapa yang berminat bole lah hubungi whatsApp / Tel

Puan Ceera 012-338 8457

Yang penting produk nih  Halal keluaran Bumiputra wokey !!Next time aku nak try Sakura Mask pulak okay !


Terima kasih sudi baca !!