Wednesday, December 31, 2014

The Shore Bandar Melaka

Assalamualaikum.

Balik dari Port Dickson hari tue aku planning nak singgah Melaka.Kununnya nak bawa lah si Amai nih jalan-jalan pergi Zoo Melaka.Aku nak kenalkan dia dengan haiwan.Tak banyak sikit bagi dia tahu kenal binatang.Tapi korang sedia maklum lah bulan disember nih cuaca kurang lah sangat besh nak berjalan.Musim hujan.Sampai Zoo Melaka.Orang punya lah ramai dengan hujan renyai-renyai lagi.

Last minute laki aku cakap kite pergi mecekik lah dulu.Masa sampai Melaka pun dah pukul 3.Mau tak nya kebulur kan.Sementara menunggu laki aku solat zohor, aku whatsup kat group tanya mana-mana yang dah pergi Melaka.Rekemen lah aku tempat besh sikit kat Melaka nih.Ada lah kawan aku nih suggest aku pergi The Shore Malacca River.Diorang cakap nih cam shopping mall.Baru je opening.Kat situ ada aqua baru buka.Sekali aku baca suggest diorang aku terus waze.Iyer lah betul ada shopping baru buka.Lepas laki aku solat aku terus ajak dia pergi situ.Dekat je pun.

The Shore Oceanarium merupakan aqua pelbagai ikan di dalam.Terletak di bahagian paling atas.Kalau sesiapa parking dekat atas, masuk pintu shopping mall nih dah nampak Oceanarium nih.Meh layan aku gambar dekat dalam.


Aku dah start beratur masa nih.Orang ramai.Weekend pulak tue.Cuti sekolah lah kata kan.


Bodak baru bagun tido.Amai dari Port Dicskon sampai lah Melaka.Tidurrr saja.Dapat lah aku rehat sikit.Kalau tidak asik nak turun je.


Ini untuk harga sebenar.Masa aku pergi nih ada less dari dewasa RM28.Jadi RM22 seorang.Amai free.Untuk kanak-kanak 3 tahun keatas kena bayar nak masuk tapi untuk 3 tahun ke bawah free.Yeah !




Laki aku nih kalau bab pendengki nombor satu aku tau !

 
Dating berdua iyer :)
 
 



 
 


Manja sangat dengan daddy dia sekarang nih lagi-lagi bab jalan suka sangat daddy dia dukung.


Kawasan terakhir adalah melihat penyu.Masa kat kaunter ada cakap nak beli makanan penyu tak RM10.Laki aku cakap tak payah membazir je.


Amai sibuk tunjuk penyu kat bawah.Masa aku lalu situ ada tiga ekor.tak silap aku lah.

Next year insyallah ada rezeki kami nak jalan jauh sikit :)
Kalender pun dah penuh dengan holiday 2015 hah cam ne lah tue.hewhewhew


Terima kasih sudi baca !!

Saturday, December 27, 2014

Medan Ikan Bakar D'Terapung

Assalamualaikum.

Kalau korang nak tahu aku dengan laki aku pengemar ikan bakar.Segala ikan yang dibakar semestinya pembuka selera kami berdua.Kalau dah pergi tepi laut, tekak mesti teringin nak makan seafood.Lagi2 laki aku nih.Bila aku cakap nak makan ikan bakar,cepat-cepat siap suwoh aku waze lokasi mane yang besh.

Habis tengok bola malam tue dan Malaysia tumpah di tangan Thailand laki aku dah musyuk muka.Hahahaha.Lapar leteww.Pukul 11 baru aku keluar pergi makan.Dia pun request nak makan seafood.Aku whatsup kawan-kawan dekat group suggest mana lokasi sedap nak makan ikan bakar kat Port Dickson.Rata-rata rekeman aku makan di D'Terapung.Diorang cakap kat situ ikan fresh, bakar pun rasa lagi kemanisan ikan tue.Wahhh bila dengar macam tue lapar terusss.hahahahahaha.

 
Time cam nih waktu Amai tidur.Sian dia ganggu waktu tidur dia.Mummy daddy awak lapar sayang.Aku rasa kalau pergi waktu siang mesti besh nampak sikit laut kan.Restoran nih atas laut sebenarnya.

 

Malam tue aku makan nasi sikit sebab masa tengok bola kat hotel aku dah makan nasi lemak.Aku ratah ikan.Sedap giler ikan jenahak nih.Tak ada pun kesan bakar.Laki aku siap fikir masak guna apa iyer sampai rasa kemanisan ikan tue.Kesan bakar pun tak ada.


My baby boy yang tak berapa nak boy wokeyy !!!

 
Kalau sessiapa yang pergi Port Dickson aku rekeman pergi sini tau.Sedap weii.Ikan Jenahak terbaik !Kat situ macam2 ikan seafood korang bole pilih.Nak masak pe diorang terror masak.Order je :)
 
Alamat :
 
D'Terapung
Medan Ikan Bakar Port Dickson,
Jalan Pantai No.5 Medan Ikan Bakar,
Port Dickson.
 
 
Terima kasih sudi baca !!!
 


Percutian Last Minit

Assalamualaikum.

Kali pertama aku bawa Amai jalan jauh last week iaitu ke Port Dickson.Sebenarnya aku tak planning pun nak ke situ cuma fikir nak jalan-jalan Melaka pergi zoo bawa Amai tengok binatang.Tapi bila pagi sabtu tu laki aku cakap alang-alang sampai Melaka terus je lah sampai Port Dickson.Lagipun bukan jauh pun Melaka ke Seremban.Aku pagi tue jugak punggah beg bagai.Dengan susu baju Amai.
Jadi kelam kabut sikit pagi tue.Aku gerak pun dah kol 11.30 tenghari.
Aku siap mention dengan laki aku "B kalau hotel tak ada kosong cam ne?"suke sangat buat plan last minit.Lagi kita pergi nih weekend tau!! Laki aku siap cakap " pe susah tidur je lah dalam khemah tepi pantai.Kat area situ ramai famili tidur dalam khemah.Aku glupppp sekejap !!


Amai masuk kete je dah mula mamai.Lagi-lagi nampak selimut busuk dia.Mau dia nak zzzz


Masa nih kitaorang dah sampai Seremban.Jem giler.Busan.Jadi selfie lee sekejap

Alhamdulilah.Kami sampai destinasi di tuju.Laki aku book Hotel Seri Malaysia.Masa call receiptiont cakap tinggal dua je yang kosong.Nasib baik.Kalau tidak tidur lah dalam khemah tau.Hewhwew.
Depan tu pantai.Bole lah mandi-manda kat situ sambil rilex menikamati laut yang indah.Chewah !
 

Anak mummy happy sangat lah.Alhamdulilah dari Batu Pahat sampai lah sini Amai nyenyak tidur.Syukur dia tak banyak ragam sepanjang perjalanan.Laki aku book 1 malam je.Sok check out pukul 12 tengahari.Balik baru singgah Melaka.Jauh kan perjalanan kami selama 2 hari nih. :)


Laki aku tak ada masa nih.Pergi bawah beli makanan.Sebab malam tue ada bola sepak final.Malaysia vs Thailand.Laki aku cakap kita makan lepas abis bola je lah.Nak tunggu pukul 11malam baru bola abis mau tak nya aku kebulur nanti.

 
 
Ouh Banana Boat.Masa nih orang dah start turun.Aku turun pukul 9pagi selepas sarapan.Awal-awal diorang dah mandi kat sini.Kalau dah tengahari panas tak syok lah mandi.Lagipun cuaca mendung,hujan pun renyai-renyai.
 

Amai mula-mula merengkek sangat-sangat masa laki aku letak kaki kat pasir.geli kot.


Bila ombak kecil sampai laki aku cepat-cepat letak kaki dia kat air.Jerit-jerit Amai.Takut lah anak mummy nih.


Ketakutan dan kejeritan tue sekejap je.Pas tue dah mula nak berdikari sendiri.Main sendiri.

 
Tengok  dah lah tue.Sekejap je pas tu mula lah nak jalan sana sini.
 

Amai nampak bola.Dah tak mau mummy pegang dia.



Tengok camera pun tak nak.Sibuk dengan bola orang punye.Matahari dah mula naik.Kena balik hotel kemas-kemas cepat sebab check out 12pm.Sekejap je kat sini kan.

 
Daddy pergi ambik kereta.Kami tunggu di lobby.Tengok lah anak aku cepat betul koya kertas.Pantang tinggalkan sekejap.
 

Mummy tahun depan bawa Amai jalan jauh sikit tau.!! Amai janji Amai akan berkelakukan baik je :)
Insyallah sayang.Ada rezeki bawa awak jalan lagik.

 
Sayang mummy !
 
 
Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, November 26, 2014

Kali Kedua Lunch di Restoran D'Jadi The Summit

Assalamualaikum.

Setiap kali hari Jumaat mesti dok fikir nak makan kat mana.Sebab lunch hari Jumaat panjang boleh pokpekpokpek lelama sikit.Fikir-fikir makan asam pedas lah.Dah nama orang Johor mana bole pisahkan asam pedas tambah pulak dengan sambal belacan.Walaaa !!!

Restoran D'Jadi nih terletak di The Summit.Shopping mall yang dulu-dulu ramai sangat orang pergi.Shopping mall pertama dibuka di Batu Pahat.Sekarang dah ada BP Mall Pacific,Square One, AeonBig.Orang dah tak heran sangat dengan lokasi nih.The Summit lah tempat zaman-zaman aku cintan-cintan tau.Cuma sekarang kedai-kedai kat sini dah banyak pindah.Lagipun customer dah kurang berkunjung ke sini.

Untuk pengetahuan korang,aku dah repeat kali kedua makan kat restoran nih.Rasa asam pedas memenuhi citarasa tuk yang makan sampai kali kedua.Insyallah akan berterusan .Hahahahaha.


Harga pun berpatutan kat sini.Selain ada wifi,air cond pun sejuk.Tempat makan pun selesa.Nak makan pun ada kenikmatan sikit.Wahhh gitu...


Aku suka makan asam pedas letak bendi dengan buah tomato.Sedap sangat.Bubuh terung pun aku suka tau...Tengok kepala tu jatuh cintannnnnn.(terus lapaaaaaa)


Kat sini famous jus buah kedondong.Aku tengok ramai orang pilih air tue.Sedap agaknya.Aku belum cuba lagi.Aku jarang minum berais sejak lahirkan amai.Ada lah minum seteguk dua.Rasa je.






Lapa sangat kerrr??Sedap sangat ker?????licinnnnnn.


 
Senyum sebab perut dah kenyang,mari yokkk kita pulang.Masa rehat pun dah nak sampai :)
Kalau de siapa yang berkunjung ke Batu Pahat meh lerr singgah kat sini.Ai bole join semeja sekali. 
 
 
Terima kasih sudi baca !!!
 

Wednesday, November 19, 2014

4 Tahun Makan Vitamin C

Assalamualaikum.

Ramai kawan-kawan tanya aku sekarang kulit makin cantik sekarang,makin sihat dan flawingg gitu.Apa rahsianya??Meh aku share aku makan apa iyer.

Pada aku tak ada lah cantik mane,flawing mana biasa saja.Makeup bagai memang lerr.Pun masih di pipi ada lubang,lekuk liang roma pun still de terbuka dek nunn.Jerawat pun kekadang keluar jugak seketui dua kat muka aku nih.Cuma lebih baik dari dulu.Muka aku memang teruk dari sejak sekolah.Hormon remaja lah katakan.

Apa yang aku makan ialah makan vitamin c.Sangat terbaik.Betul kata orang kalau kita nak tengok sesuatu suplement tue dapat kerberkesanan nya kena lah rajin makan.Jangan selalu sangat skip.Tak guna makan tapi selalu lupa.Lagi satu vitamin C ada mahal sikit tapi khasiat dia bole menjaga seluruh tubuh badan sama ada luka,pimples dan kesihatan.4 tahun aku mengamalkan alhamdulilah aku jarang ambik MC.Bole kira berapa hari je yang aku ambil.

Paling penting kena minum air 2liter setiap hari.Lebih banyak lagi bagus bole menghadamkan seluruh vitamin c tue meresap ke dalam badan kita.

Aku share gambar masa zaman aku malas jaga muka.Hahh ! Ambik kaw..lalalalalala.


Ini lah supplemet Vitamin C yang pertama aku makan.1 hari aku makan sebijik dah memadai untuk usia aku.

Gambar 2011.Masa ini kritikal sangat pimples aku.Mungkin aku salah guna bahan skincare ,tu lah jadinya.Aku pun dah stop guna apa-apa skincare sejak muka aku jadi gini.


Huduh sangattttt !!!!


Teruk kan??.euwww !! malu kalau sekarang tengok tau.Makanan seafood pun aku dah stop kan masa ni terutamnya belacan,udang,sotong,kerang.







Kulit aku nampak kusam sikit walaupun dah baik.Nampak gelap dan tak sihat kan.Sedih.

 
Setiap malam aku akan sapu bedak sejuk ala-ala Nora Danish Tanakaha.Kena rajin sapu tau.Ini WAJIB aku tak pernah miss pun pakai.Kadang kaa nak pi kerja aku sapu tipis-tipis jek cam air tepek kat muka.
Wajah 2013 (seri ibu mengandungkan amai..uohhh ku rindu sekali zaman nih )
 
Alhamdulilah.sepanjang aku pregnant kan amai kulit tak ada masalah cam dulu.Ok je.Makeup pun tipis je.Korang bole lah tengok sendiri.
 
Vitamin C ni baru aku makan start bulan puasa hari tue.Aku beli dengan lyanahassan.Bole order dengan dia kat instagram dia LYANAHASAN.Nak tengok kulit aku cam nih.scroll bawah abis tau :)
 

Vitamin C nih aku makan jugak.Cuma kadang kala selalu abis stok yang GNC tue.Kalau shaklee pulak.aku nak tunggu.Better aku beli dengan lyana tue.Cuma mahal sikit lah.Nak cantik kena lah berbelanja sikit.Untuk diri sendiri jugak.

ESP Soy Protein Shaklee aku masih mengamalkan nya.Nampak serasi pulak dengan diri aku selain memberi tenaga dan kesihatan juga kulit yang baik.Korang baca lah sendiri kebaikan esp nih apa dia tau :)
 
Wajah-wajahku sekarang  2014..hihihihi.
 



 
Itu lah yang aku nak share dengan korang.Ini berdasarkan testimoni aku sendri.Korang kena amalkan.Jangan skip tau.Kena displin sikit.
 

Syukur.alhamdulilah.tiada sebarang masalah kulit lagi.hihihi.Yang penting kena minum air 2 liter setiap hari.lebih pun tak apa.lagi bagus tau.Nanti aku share skincare apa yang aku pakai tau !
 
Terima kasih sudi baca !!!