Wednesday, May 30, 2012

Petua Orang2 Dulu

Assalamualaikum...

Menjadikan wajah bersih berseri

Petua Cara 1 :


Cuci muka anda dengan air basuhan beras. Saya menggunakan air basuhan kali ke-2. Air basuhan kali pertama biasanya agak gatal. Lakukannya pada setiap hari, sehari sekali. Kulit muka bukan sahaja bersih berseri, malahan akan menjadi bertambah cerah dan lembut

Petua Cara 2 :

Setiap kali nasi yang dimasak hampir kering, ambil 2 sudu makan air nasi tersebut (airnya kelihatan agak pekat). Lumurkan pada seluruh wajah dan leher ketika masih suam. Biarkan sehingga kering, kemudian barulah dibilas

Petua mencerahkan kulit muka
Ha! Ini ada satu petua mencerahkan muka yang sangat berkesan yang telah saya amalkan sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Petuanya mudah sahaja, murah dan yang paling penting, anda akan dapat melihat hasilnya in an instant!

Caranya :
1)Parutan Lobak merah
2) Kuning Telur
3) Sedikit Air Limau Nipis
(kat rumah dya hanya ada limau kasturi, jadi dya guna limau kasturi ajer)

Campurkan kesemua bahan di atas dan kacau hingga sebati. Sapukan pada muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air tanpa menggunakan sebarang pembersih muka.

Bagi dya, resipi ini cukup berkesan.Dya sendiri telah mencubanya dan mendapati kulit wajah saya lebih cerah dan berseri sebaik sahaja campuran tadi ditanggalkan. Cubalah sendiri!

Petua awet muda

Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita,namun pada agakan saya, tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.
Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.
Dalam pengamatan saya sendiri, amalan ini telah terbukti berkesan kerana semua 'wanita cantik' yang saya pernah kenal menurunkan petua ini kepada saya apabila saya bertanya 'rahsia' wajah mereka yang tegang dan sentiasa kelihatan ceria.

Terima kasih sudi baca !!!

Berhati2 Kala Berbicara

Assalamualaikum...

Berhati-hatilah tentang apa yang kamu perkatakan
Terutama tentang fizikal seseorang
Walaupun dengan niat sekadar bergurau atau mengusik
Namun mungkin tanpa sedar, telah membuatkan dia berkecil hati & rendah diri Dan keadaan boleh menjadi parah seandainya dia mula mempertikaikan
Apa yang telah Allah takdirkan ke atas dirinya...

Sedangkan kekurangan itu adalah ujian buat dia
Maka janganlah sampai menjadi ahsab dosa buat kamu
Malahan mungkin juga buat dirinya = Na'udzubillahimindzalik =

Maka benarlah kata2"kalau berjalan peliharalah kaki,kalau berkata peliharalah lidah"

Terima kasih sudi baca !!!

Monday, May 28, 2012

Selamat Pengantin Baru Lyn & Emy

Assalamualaikum...

Alhamdullilah..dya ucapkan kepada adik Lyn Dan Emy kerana selamat melangsungkan perkahwinan nya semalam 27 May 2012..Moga korang bahagia dan kekal dalam alam bahtera rumah tangga.Dya ambik bau2 jek semalam..kuang2x.Lyn adik saudara kepada en.tunang..sekarang musim cuti sekolah bermula..sana-sini banyak orang yang mendirikan rumah tangga..seronok rasanya bila hidup berdua???iyer ke????

Layan pic yang tak seberapa nak merapu x seberapa..hihihi3..


hebat kan kaler purple cadbury nih..ngancam wooooo !
 
tgk en.tunang propa kat sbelah penantin lelaki..nak ambik aura lah tue..amin..


pengantin belah perempuan..cik ana dan abg nordin..tahniass dapat menantu baru






 p/s : tunggu pic dya coming soon ya !!

Terima kasih sudi baca !!!

Friday, May 25, 2012

Drama AMEERA Rita Rudiani+Syamsul Yusof

Assalamualaikum...
Drama bersiri AMEERA di slot Samarinda TV3 yang akan mula bersiaran pada 23 Mei 2012, setiap Selasa & Rabu pada jam 10.30 malam dan hari Khamis pada jam 9.30 malam.(dah mula hari tue..dya pun tak miss tengok..)

Drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production yang mendapatkan sentuhan skrip daripada Sharifah Abu Salem menampilkan pelakon handalan Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Dato’ Yusof sebagai Ameer. Turut membintangi drama tersebut ialah Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Hairi Safwan (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Maimon Mutalib (May Yah), Faizal Hussein (Jai), Sabrina Ali (Rozi) dan Aman Shah. Ini merupakan penampilan pertama Syamsul Yusof menerusi drama di TV3 selepas kemunculannya di dalam drama Airmata Maria pada tahun 2007.

AMEERA mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga.

Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.

Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.

Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.

Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.

Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?

Segalanya bakal terjawab dalam AMEERA , jangan terlepas menyaksikan AMEERA sampi penghujung akhir cerita iyer !!

Terima kasih sudi baca !!!

Sang Inai

Assalamualaikum..

Seni inai memang tak asing lagi bagi penduduk di India dan juga di Malaysia terutama bila berlangsungnya majlis perkahwinan.contoh cam dya ..hi3..maybe dya pun cari orang India tuk menserikan tangan2 dya yang putih melepak dan geboss cam chinese lookss..tipu jek..Cantikkan seni inai nie?Tapi tau tak apa hukum pakai inai nie?Mungkin ada daripada korang dah tahu kot ..kalau ada tolong share2 iyer kawan2..

  • Memakai inai bercorak pada kedua belah tangan dan kaki bagi wanita yang dah berkahwin atau tidak selagi tak menimbulkan fitnah adalah HARUS.
  • Hanya boleh dipakai pada tangan dan kaki, tidak boleh melebihi pergelangan tangan dan buku lali kaki.
  • Inai yang digunakan tak boleh bersifat kekal.Hanya sementara jer. Harap maklum.
  • Tak boleh melukis makluk atau berhala pada menggunakan inai,hanya boleh lukis tumbuhan,bunga dan awan sahaja.
  • Pemakaian inai untuk kedua belah tangan dan kaki lelaki adalah tidak diharuskan namun hanya sebilangan jari yang dibenarkan untuk tujuan perkahwinan atau tujuan perubatan.




Walaupun seni inai nie cantik tapi jangan lupa tau agama...betui tak?Jom kita tengok hasil seni melukis menggunakan inai..




Terima kasih sudi baca wahai kaum adam dan hawa :)

Thursday, May 24, 2012

Segar dan Nyaman

Assalamualaikum..


mask free masa beli serum ceutical last year..but belum expired tau !!
ngeh2 abaikan timun yang seakan2 nak rosak tue..

Semua orang pasti ingin kelihatan sihat,kulit yang bersih tanpa cela2,jeragat,,dan bla2..Dya juga sangat2 prihatin tentang skin..dulu zaman2 sekolah tak kisah pun tentang pimple..but bila dah ada umur nih sangat cerewet..Seketul jerawat dah timbul..risau tau..betol..tak tipoo..macam2 tepek kat muka nih..daun sireh,halia,beras,tepong beras,kunyit...hahaha2 tipoo aja..tue bahan2 masak mak di dapor...

note : pic di atas tue,cute kan?time tue,dya balik attending kursus kawin 2 hari..sangat2 letih..pakai sampai tertido..besh,sejuk,segar,sampai kering tisu tue...haha3..

Terima kasih sudi baca !

Wednesday, May 23, 2012

Orang yang kita Sayang

Assalamualaikum..

dya sayang mak dan abah..muakhhhss !!!
Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am. Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya
.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi.. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

SAYANGILAH MEREKA YANG TERSAYANG!!!

Tuesday, May 22, 2012

Bulan Rejab

JAssalamualaikum..J
Hari ini sudah dua hari dya berposa..alhamdulilah..ganti bulan ramadan tau..hi2..sekejap sudah masuk bulan Rejab..sama-sama kita raikan bulan Rejab dengan amal ibadah yang membawa kebaikan bersama.Akan datang sudah sampai bulan Syaban,Ramadan dan Syawal..yeahh syok nye rayaa.. !!
 
Rejab membawa maksud bulan yg dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dgn bulan Rejab krn mereka memulia & menghormati bulan ini dgn mengharamkan berperang. Rasulullah SAW mengekalkan nama Rejab & mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra’ dan Mi’raj.
 
Terdapat beberapa lagi peristiwa penting yg berlaku dlm bulan Rejab. Antaranya:
1. Hijrah Pertama ke Habsyah (Ethiopia)
2. Perang Tabuk
3. pembebasan Baitul-Maqdis oleh Salahuddin Al-Ayubi
4. lahirnya Imam Asy-Syafi'ie
 
Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan2 Haram di dlm Islam.
Allah berfirman, ”Sesungguhnya bilangan bulan pd sisi Allah adalah 12 bln, dlm ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit & bumi, di antaranya 4 bulan haram. Itulah agama yg lurus, maka jgnlah kamu menganiaya diri kamu dlm bulan yg 4 itu, dan perangilah kaum musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahwasanya Allah beserta org2 yg bertakwa.” (QS At-Taubah: 36)

Bulan Haram yang dihormati itu ialah: Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam & Rejab. Umat Islam dilarang berperang dalam bulan-bulan ini kecuali jika mereka diugut.

Al Allamah Ibnu Hajar menulis, telah meriwayatkan oleh Abi Daud bhw Nabi (صلى الله عليه وسلم) memandubkan (yakni SUNAT) berpuasa di bln2 Haram. Berpuasa dlm bulan Rejab adalah digalakkan ttp tiada satu hadis sahih yg membuktikan bhw berpuasa pd hari2 tertentu dlm bln Rejab akn mendapat ganjaran istimewa.

Diriwayatkan drpd Saidina Anas bin Malik رضي الله عنه beliau berkata: Adalah Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم apabila telah masuk bln Rejab, Baginda صلى الله عليه وآله وسلم berdoa: Ya Allah Ya Tuhan kami, limpahilah berkat kpd kami pd bln Rejab & Sya’ban & sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. (HR Imam Ahmad, ath-Thabarani dan lain-lain)
 
Orang2 yg berpuasa pd bln Rejab boleh dikategorikan kpd beberapa kumpulan:

1. Mereka yg memperbanyakkan puasa sunat pd bulan2 Haram, iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab tanpa melakukannya secara berterusan. Ini adalah sunnah.

2. Mereka yang berpuasa sunat Isnin, Khamis dan sebagainya dlm bulan Rejab. Mereka berpuasa sunat bukan krn fadhilat Rejab yg bersumber dari hadis yg x sahih ttp krn hadis2 yg menganjurkan puasa sunat pd hari Isnin & Khamis. Ini adalah sunnah.

3. Mereka yg berpuasa sunat dlm keseluruhan bulan Rejab krn fadhilat Rejab yg bersumber dari hadis yg x sahih. Ini BUKAN sunnah.

4. Mereka yg berpuasa secara berterusan drpd bulan Rejab, Syaban, Ramadhan & 6 hari bulan Syawal. Mereka x berhenti kecuali pd 1 Syawal. Ini BUKAN sunnah.

5. Mereka yg melarang apa2 bentuk puasa sunat dlm bulan Rejab. Ini tidak benar. Boleh berpuasa sunat dlm bulan Rejab sebagaimana yg disebut dlm kategori pertama & ke-2 di atas. Yg dilarang ialah puasa sunat krn fadhilat Rejab yg bersumber dari hadis yg x sahih.

6. Mereka yg mengqadha puasa Ramadhan yg lepas dlm bulan Rejab. Ini dibolehkan selagi mana dia tidak beriktikad adalah lebih utama utk mengqadha dlm bulan Rejab krn fadhilatnya yg bersumber dari hadis yg x sahih.
Menurut Al-Iman Ibnu Jauzi, hadis "Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban adalah bulanKu dan Ramadhan pula adalah bulan umatku" adalah hadis maudhu' (palsu) dan pembohongan terhadap Rasulullah s.a.w. (Al-Maudhuuat, jilid 2, m/s 206)..
Selamat beramal iyer kawan-kawan !!

Monday, May 21, 2012

Cinta itu Magis

Luar biasa dan mengandungi keupayaan yang tersembunyi..Cinta adalah kuasa luar biasa bagi menggerakkan seseorang itu ke arah sesuatu yang dihajati dan disasarkan.

Lelaki dan cinta bukan soal main-main kerana cinta jugalah Nabi Adam a.s dulu sanggup menyeberangi lautan hindi mencari Hawa..cete betul..sungguh tak tipooo !!

Segala kepayahan liku dan rintangan sanggup diredahi demi cinta sang pria terhadap sesuatu yang dicintai dan diminati...pun begitu cinta hakikatnya begitu luas dan antaranya cinta dengan insan bernama kekasih dan minat serta hobi yang mendalam..sunnguh power ayat cinta magis ini iyer..bukan buah manggis.. :P




sila abaikan tahi lalat tue iyer.. tq !!
 
p/s : bila hari semakin hampir..feel sayang dengan en.tunang semakin menebal cam buku tekss sekolah..ha

Terima kasih sudi baca !

Thursday, May 17, 2012

Warna Tema Majlis

Assalamualaikum..Bile sebut tema kaler,ramai sang pengantin akan memilih pelbagai design.corak yang berwarna-warni..bukan pelangi wokey !! ha2..hrmm..Dya sendiri ada kaler pilihan sendiri..simple,ringkas, dan menawan bila dipandang.cewahh..sepuk muke sendiri..Hari ni dya satu hari pilih design baju,gondem blog orang,cari doorgift..macam2 search kat pak google hari ini..but i m not hackers wokeyyy !!! Dya cari ilmu perkahwinan.Kalau ada yang tercopy.tercuri mohon maaf iyer..sekadar berkongsi sahaja..


Baju Nikah - Putih :)
Sesuai untuk akad nikah dya nanti.Sangat2 suka.Simbol kesucian dan murni,putih ini juga memberi maksud muda dan kesempurnaan sang pengantin yang memakai putih.Kebiasannya mencari kegemilangan.Putih juga merupakan warna malah melambangkan kebersihan juga memberi erti kata lain sebagai permulaan hidup baru yang bakal dihiasi dengan cinta..puyoooo !! dahsyat tol ayat ini...




Resepsi - Merah Jambu - My Favorite kaler :)
Warna yang sangat lembut dan penuh kewanitaan.Pengantin perempuan yang mengabdikan merah jambu akan kelihatan penuh dengan sikap keibuan yang sentiasa melindungi yang tersayang dengan penuh perhatian..i labiue lah .. :)



Resepsi - Hijau Tua -Second Kaler
Menimbulkan unsur hidup,segar alam dan kesuburan.Dikatakan mengutamakan kesihatan dan alam yang merupakan warna harmoni dan seimbang.Hijau merupakan warna gabungan kuning panas dan biru sejuk.Ia warna uang menenangkan dan aman.Juga dikaitakn dengan seorang yang jujur,bertanggungjawab dan penyayang.Amin.


Terima kasih firdaniweddingdiary.blogspot.Info yang baik baik tuk dya..

Terima kasih sudi baca :)

Wednesday, May 16, 2012

Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid

Salam semua..

Sejak balik dari kursus kawin tempohari dya sudah ada niat nak bernikah di masjid dan memilih hari jumaat.but tak tahu di persetujui oleh mak dan abah atau tidak.dya akan pujuk terus pujuk abah..harap2 mereka setuju dengan cadangan dya ini..hrmm..

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.


Dya juga berharap bila dya sudah berkawin nanti dapatlah menjadi seorang isteri yang setia dengan suami juga taat kepada perintah allah.Dya memohon en.tunang bertanggungjawab memegang amanah sebagai hamba allah,membimbing dya dan anak-anak pada masa akan datang..Amin Ya Rabbal Al-Amin...

p/s :Bak kata ustaz kalau tak bergaduh dalam rumah tangga tak besh jugak..mesti ada rintangan dalam rumahtangga..itu semua ujian sebenarnye.. (aura nak tawen semakin kuat ..sob2..sob2..)

Terima kasih sudi baca !

Tuesday, May 15, 2012

Kursus Kawin

Salam semua..

Besh tak tajuk entry kali ini..debaran beb!! aura nak penantin dah muncul..ini khusus untuk yang berdarah manis atau yang ingin menamatkan zaman bujang cewah !!! Prosedur untuk berkawin perlu mengikuti kursus terlebih dahulu.Bila bab kawin banyak yang checklist perlu dibuat dengan teliti..kalau tak buat checklist betul2..compom kelam kabut..seriuoss !

Semua orang sedia maklum kursus kawin ini paling penting sekali.Setiap minggu mesti pejabat agama akan mengadakan kursus ini..Depent pada u olls bile nak join..Sah laku seumur hidup.Last week dya pergi bersama en.tunang.Kalau nak diikutkan en.tunang memang tak nak pergi,kene pujuk berkali2,mengada tol dak laki2 sekarang ini kan?kan??Survey punya survey dya pilih tempat kursus di Pejabat Kadi Daerah Batu Pahat,Anjuran Badan Kebajikan Kakitangan.

Alhamdulilah dya selamat dan berjaya ..amin..Kursus kawin selama dua hari.Sabtu & Ahad sahaja..RM120 setiap orang..(mahai kan??rasanya di Johor sahaja yang dua hari..dan bayaran nye.agak...... ?????).Ceramah pun ada yang besh dan ada yang mengantuk sikit..Kalau kena ceramah yang pandai buat lawak segar sikit bijik mata ini..So far ok lah..ada juga menyediakan sarapan pagi,makan tengahari,minum petang.Tempat pun selesa..ada air-cond..

Untuk pengetahuan u ollss..kalau nak pergi kursus kawin ini biarlah dengan berpasangan..Kalau pergi sorang-sorang tak dapat nak merasai perasaan nak kawin tue tau.. seriuossss !



Terima kasih sudi baca ...

Monday, May 7, 2012

Tahnias Scha and Awal

Salam..hari ini satu hari melayan pic kahwin scha dan awal..tahniass..moga perkahwinan kekal hingga ke akhir hayat..bab2 penantin nih..dya amat ekssited skit sebab suke tengok orang penantin dan baju2 yang melilap2 cam lampu..ala2 bling2 pun iyer..ala2 labuci lagi lah suke..scha memilih design paling simple..di hari besejarah dia..panduan tuk dya juga.senyum sorang diri..hehehehe3.







hijau tua pilihan ati dya di rumah en.tunang..zasssss :)
 

Friday, May 4, 2012

Aku Yang Semakin Berusia

Tahun demi tahun dya lalui..de pahit..de manis..manisnye kurma ini..bagus tuk kesihatan,merawati pelbagai penyakit..buah yang paling good..(merapu dya ni..kenyang sebab makan sushi lunch hour td..)Bile waktu semakin senja.kulit mula goyah,kedut sana sini,badan jd lemah..energy pun semakin lemah bateri sudah xde lor..hahahhahaha2..but dya de makan supplement vitamin c dan epo..joging bole dikira satu bulan 2 3x je pergi..sepatutnye seminggu 3x paling baik..coz en.tunang bizi dengan riadahnye,dya tak ada teman..badan dah semakin berat..compom baju penantin x cun ni...hampeh tol..adohaii..bile kulit semakin aging ni..dya dh study banyak tentang pemakanan..melambatkn penuaan nye..risau mau tak nye kan???kn?kn??nanti bile sudah ada suami kene jaga semua tue..

Bile waktu petang sebegini dya rajin membelek folder2 di destop..melihat pic2 zaman2 dahulu kala...








note : dya dah semakin teruja nak buat suntikan vitamin c n collegen sebenarnye..de sape2 supplier atau dealer tak kat sini?kalau de sila pm dya iyer..TQ :) obsesss dengan kecantikan sudah !!
























Thursday, May 3, 2012

Dinner Pizza Hut

Jom layan pic dya with famili before pergi holiday tempohari..


bonda yang semakin berusia..i lap u forever :)
 

acah n mama awin yg suke makan piza..kuat makan dak ni..

p/s : kadang kala menikmati makanan francais ini pun sedap juga..apatah lgi bersama mak n abah :)

Wednesday, May 2, 2012

Bermulanya Mei

Salam..bulan Mei sudah datang kembali tuk tahun 2012..uhh!! di hari big day bakal menjelma beberapa bulan lagi..ohhsemm !! dya sangat2 hapi,sedih coz akan meninggalkan famili tercintan..status pun akan bertukar..akan menjadi madam..hi2..setelah abis becoti tempohari..sudah sampai masanye membizikn diri.pe pun this may dya sudah beroperasi untuk mnyediakan pelbagai persiapan diri..nak tahu persiapan diri pe dia..????sape tahu akan tangan???dya akan menamatkan zaman single availabler...alhamdulilah...:)

Sebenarnya banyak kerja yang nak dilakukan apabila hendak mendirikn rumah tangga ni..dari aspek kelengkapan diri, prosedur yang lengkap, atucara yang teratur..ni memudahkan semua nye berjalan dengan baik dan tidak kelam di hari besar nanti..dya berharap semua nye berjalan dengan baik nanti..amin

Nantikan kemunculan pic2 sepanjang marriange preparation akan datang iyer...

Barang2 hantaran, sewa pelamin, baju akad nikah, tempahan kad kahwin, juruphoto..semuanya akan dya kongsikan bersama iyer..tunngu..


gambar hiasan..dya like baju nikah Lisa nih.. adakah dya akan buat sama baju cam Lisa..????


p/s : 12 Mei ~ 13 Mei 2012 dya akan pergi kursus kawin.. :P