Wednesday, November 26, 2014

Kali Kedua Lunch di Restoran D'Jadi The Summit

Assalamualaikum.

Setiap kali hari Jumaat mesti dok fikir nak makan kat mana.Sebab lunch hari Jumaat panjang boleh pokpekpokpek lelama sikit.Fikir-fikir makan asam pedas lah.Dah nama orang Johor mana bole pisahkan asam pedas tambah pulak dengan sambal belacan.Walaaa !!!

Restoran D'Jadi nih terletak di The Summit.Shopping mall yang dulu-dulu ramai sangat orang pergi.Shopping mall pertama dibuka di Batu Pahat.Sekarang dah ada BP Mall Pacific,Square One, AeonBig.Orang dah tak heran sangat dengan lokasi nih.The Summit lah tempat zaman-zaman aku cintan-cintan tau.Cuma sekarang kedai-kedai kat sini dah banyak pindah.Lagipun customer dah kurang berkunjung ke sini.

Untuk pengetahuan korang,aku dah repeat kali kedua makan kat restoran nih.Rasa asam pedas memenuhi citarasa tuk yang makan sampai kali kedua.Insyallah akan berterusan .Hahahahaha.


Harga pun berpatutan kat sini.Selain ada wifi,air cond pun sejuk.Tempat makan pun selesa.Nak makan pun ada kenikmatan sikit.Wahhh gitu...


Aku suka makan asam pedas letak bendi dengan buah tomato.Sedap sangat.Bubuh terung pun aku suka tau...Tengok kepala tu jatuh cintannnnnn.(terus lapaaaaaa)


Kat sini famous jus buah kedondong.Aku tengok ramai orang pilih air tue.Sedap agaknya.Aku belum cuba lagi.Aku jarang minum berais sejak lahirkan amai.Ada lah minum seteguk dua.Rasa je.






Lapa sangat kerrr??Sedap sangat ker?????licinnnnnn.


 
Senyum sebab perut dah kenyang,mari yokkk kita pulang.Masa rehat pun dah nak sampai :)
Kalau de siapa yang berkunjung ke Batu Pahat meh lerr singgah kat sini.Ai bole join semeja sekali. 
 
 
Terima kasih sudi baca !!!
 

Wednesday, November 19, 2014

4 Tahun Makan Vitamin C

Assalamualaikum.

Ramai kawan-kawan tanya aku sekarang kulit makin cantik sekarang,makin sihat dan flawingg gitu.Apa rahsianya??Meh aku share aku makan apa iyer.

Pada aku tak ada lah cantik mane,flawing mana biasa saja.Makeup bagai memang lerr.Pun masih di pipi ada lubang,lekuk liang roma pun still de terbuka dek nunn.Jerawat pun kekadang keluar jugak seketui dua kat muka aku nih.Cuma lebih baik dari dulu.Muka aku memang teruk dari sejak sekolah.Hormon remaja lah katakan.

Apa yang aku makan ialah makan vitamin c.Sangat terbaik.Betul kata orang kalau kita nak tengok sesuatu suplement tue dapat kerberkesanan nya kena lah rajin makan.Jangan selalu sangat skip.Tak guna makan tapi selalu lupa.Lagi satu vitamin C ada mahal sikit tapi khasiat dia bole menjaga seluruh tubuh badan sama ada luka,pimples dan kesihatan.4 tahun aku mengamalkan alhamdulilah aku jarang ambik MC.Bole kira berapa hari je yang aku ambil.

Paling penting kena minum air 2liter setiap hari.Lebih banyak lagi bagus bole menghadamkan seluruh vitamin c tue meresap ke dalam badan kita.

Aku share gambar masa zaman aku malas jaga muka.Hahh ! Ambik kaw..lalalalalala.


Ini lah supplemet Vitamin C yang pertama aku makan.1 hari aku makan sebijik dah memadai untuk usia aku.

Gambar 2011.Masa ini kritikal sangat pimples aku.Mungkin aku salah guna bahan skincare ,tu lah jadinya.Aku pun dah stop guna apa-apa skincare sejak muka aku jadi gini.


Huduh sangattttt !!!!


Teruk kan??.euwww !! malu kalau sekarang tengok tau.Makanan seafood pun aku dah stop kan masa ni terutamnya belacan,udang,sotong,kerang.







Kulit aku nampak kusam sikit walaupun dah baik.Nampak gelap dan tak sihat kan.Sedih.

 
Setiap malam aku akan sapu bedak sejuk ala-ala Nora Danish Tanakaha.Kena rajin sapu tau.Ini WAJIB aku tak pernah miss pun pakai.Kadang kaa nak pi kerja aku sapu tipis-tipis jek cam air tepek kat muka.
Wajah 2013 (seri ibu mengandungkan amai..uohhh ku rindu sekali zaman nih )
 
Alhamdulilah.sepanjang aku pregnant kan amai kulit tak ada masalah cam dulu.Ok je.Makeup pun tipis je.Korang bole lah tengok sendiri.
 
Vitamin C ni baru aku makan start bulan puasa hari tue.Aku beli dengan lyanahassan.Bole order dengan dia kat instagram dia LYANAHASAN.Nak tengok kulit aku cam nih.scroll bawah abis tau :)
 

Vitamin C nih aku makan jugak.Cuma kadang kala selalu abis stok yang GNC tue.Kalau shaklee pulak.aku nak tunggu.Better aku beli dengan lyana tue.Cuma mahal sikit lah.Nak cantik kena lah berbelanja sikit.Untuk diri sendiri jugak.

ESP Soy Protein Shaklee aku masih mengamalkan nya.Nampak serasi pulak dengan diri aku selain memberi tenaga dan kesihatan juga kulit yang baik.Korang baca lah sendiri kebaikan esp nih apa dia tau :)
 
Wajah-wajahku sekarang  2014..hihihihi.
 



 
Itu lah yang aku nak share dengan korang.Ini berdasarkan testimoni aku sendri.Korang kena amalkan.Jangan skip tau.Kena displin sikit.
 

Syukur.alhamdulilah.tiada sebarang masalah kulit lagi.hihihi.Yang penting kena minum air 2 liter setiap hari.lebih pun tak apa.lagi bagus tau.Nanti aku share skincare apa yang aku pakai tau !
 
Terima kasih sudi baca !!!


Tuesday, November 11, 2014

Aliya Maisarah Sambut 1 Birthday

Assalamualaikum.

Syukur.Alhamdulilah.majlis sambutan ulang tahun Amai yang ke 1 tahun berjalan dengan lancar dan jayanya tempohariTerima kasih kepada semua adik beradik,sepupu,saudara mara,jiran-jiran yang saling membantu pada hari tersebut.Secara iklhas aku sangat berpuas hati dengan kehadiran kawan-kawan,meriah sangat time tue.Makanan dan goodies kanak-kanak sedap2 dan besh belaka.
Insyallah ada rezeki aku sambutan ulang tahun untuk tahun hadapan iyer.


Selamat menyambut ulang tahun pertama sayang mummy dan daddy nih.i love u so muchhh !!!
Membesar dengan bijak tau sayang mummy,jangan besar kena buli tau.


Amai dah mula membuas time nih.Bila tengok orang ramai,mula lah dia nak loloskan diri dia tue


Meriah super meriah.nyanyi lagu 'happy birthday n allah selamat kan kamu'


 

Antara juadah pada majlis tue, paling special ialah nasi briani,kambing,ayam,acar timun,kuih muih,desert,buah-buahan,dadih dan satay.
Paling laku dan licin satay dan dadih.



Tengok lee anak mummy nih suka sangat bekelek dengan mummy dia.Manja amai nih.


Manisan yang kuhias paling simple dan licin.Hahahahahaha.


Bacaan doa dan tahlil dari pelajar tahfiz Senggarang untuk semua keluarga terutama sekali arwah mak aku.Sedih sangat masa nih sebab arwah mak tak dapat meraikan sesama aku.Rindu aku pada mak terkata ketika tue.Touching :(
 
 
My small familia :)
 

 

Nih eja.Kawan baik masa sekolah.Slimm giler minah nih.walhal anak dah tiga tau :)

Amai dah start nak merengkek.Dia dah mula la nak melengasss badan ko tue nakk oii.



Kek Amai paling sedap dan nyam2...Nih pun aku pilih tema Hello Kitty


Bila letak bawah ada kawan amai tak merengkek dah pandai bawa diri sikit.Good Girl anak mummy

 

 
Amai dah mengantuk sebenarnya tapi tahan mata.Dia dah mula nak mood dah nih 
 

 
Terima kasih sekali lagi kepada semua.Jumpa lagi tahun hadapan iyer.
Alhamdulilah :)
 
 
Terima kasih sudi baca !!
 



Saturday, November 1, 2014

Hello Kitty Decoration Birthday Amai

Assalamualaikum.

Ramai tanya aku masa birthday Amai tema cartoon apa?Mula nya aku planning nak ambil tema cartoon Frozen tapi bila google ramai yang ambil tema tue seusia 2-7 keatas.Lagipun Frozen diorang suka pakai gaun ala-ala puteri.Amai belum pandai jalan lagi.Dia baru nak setahun.Aku cuma nak tema yang comel dan simple.

Ini lah hasilnya.Kad jemputan Amai aku buat sendiri je.Korang bole google pilih cartoon yang cuit muit.Dan copy paste dekat paper korang tue.Aku rasa Hello Kitty paling sesuai dengan usia Amai.Tahun depan ada rezeki buat tema cartoon yang besh-besh iyer sayang.


Desert atas meja pelbagai manisan.Aku sengaja letak manisan bagi kanak-kanak berkumpul dekat meja nanti.



Lolipop paling laku masa birthday Amai.Licinnnnn.


Air mineral kecil tue ramai kata air zam-zam.Walhal air mineral seamaster je.Hihihihi.Pun licinnn.

 
Decoration Hello Kitty Amai.Tutu skirt paling aku suke kaler kombinasi nya.Awesommm gitu.
Belon,alas meja,cawan,tag hello kitty aku order dengan kawan opismatte aku sebab dia ambik order untuk tema birthday party.Cakap je cartoon apa nanti dia akan rekemen semua yang mana sesuai. 
 

Semua nya dah siap.Tunggu tetamu datang masa ini :)


 One is Maisarah.I love u so much !!


 
 
Inilah kawan-kawan pengacau aku malam nak deco birthday Amai.Layan kerenah diorag siap jugak malam tue.Alhamdullilah.
 
 
Tunggu next entry aku cerita pulak kemeriahan birthday Amai :P
 
 
Terima kasih sudi baca !!!