Showing posts with label syawal2015. Show all posts
Showing posts with label syawal2015. Show all posts

Friday, August 14, 2015

Raya Rumah Kak Long

Assalamualaikum.

Ahad lepas dah planning awal-awal dengan adik aku yang tinggal dekat Bangi tue nak pergi rumah Kak Long dengan Abg Ngah.Lepas cuti raya seminggu sampai lah ahad semalam baru ketemu lagi adik beradik kitaorang nih.Adik aku susah sikit nak cuti.Jadi kena lah plan awal-awal nak ke sana.

Sedikit blur lah gambar nih sebab bukan guna handphone aku jadi kurang tantek pulak bila di zoom.Thank you anak saudara sudi ambil kan gambar kami bertiga nih. :)


Sebelum pergi ke Pasir Gudang rumah Abg Ngah singgah Plaza Angsana sekejap.Lama tak singgah sini.Laki aku lah yang suka singgah sini.Lagipun dia nak cari lens untuk camera dia.Asik simpan je dalam dry box mahu nya tak berhabuk.Camera je mahaii nak mampuii tapi umpama perhiasan je aku tengok.Jenuhh lahaiii menunggu >3


Gambar dekat rumah Abang Ngah tak ambil masa tue dah kebulur lapar tak toleh pun kanan kiri.Kakak Ipar aku pulak buat laksa pedas anje-anje mau nya tak terangkat.Sedapp oiii.Dua kali tambah.hihihihi


Abg Ngah yang sibuk nak gambar sesama sebeum balik rumah masing-masing.Dah watsupp awal-awal pakai baju ikut tema JDT.Emmm..tahu lah awak peminat bola..JDT je memanjangggg.

Bersama adik iparku, suamiku, abang iparku, kakak iparku.


Kak Long dengan Abg Ngah.Love n Hug.


Bergambar dengan Kak Long wajib.Sedih sangat-sangat masa nih.Tuhan je tahu.T____________T


Tengok lah manja time nak bergambar mula lah pandang kiri pandang bawah.Menci kekadang tau.Banyak jugak lauk Kak Long aku masak nasi impit.Sayur lodeh, kuah kacang, rendang ayam dengan kari ayam.
3 kali aku tambah nasi impit dengan rendang dan kuah kacang.Fav aku tue.Rindu masakan arwah mak.Nasib baik Kak Long masak ada rasa arwah mak punye masakan.Sedap sangattt.


Adik beradik JDT.Love n Hug.



Lepas makan seisi bergambar selesai.Aku pun balik Senggarang dengan perasaan sediihhhhh yang amat sangatt.Peluk Kak Long dan Abg Ngah.Sesekali jumpa adik beradik nih feeling lain sangat.Masing-masing dah berkeluarga.Lagi-lagi kehidupan dah berubah sejak arwah mak tak ada..Tu lah paling sedih.

Air mata jatuh ke pipi...T______________T




Terima kasih sudi baca !!!!


Monday, August 10, 2015

Adik Beradik Datang Beraya

Assalamualaikum.

Sekejap je rasa dah masuk 25 Syawal kan.Minggu nih last lah korang dapat pergi open house marhaban dan beraya.Nikmati raya lagi tahun depan lah rasanya.

3 Syawal hari tue adik beradik aku sepakat nak beraya ke rumah.Aku tak sempat nak hidangkan diorang makanan yang special.Cuma goreng mee 2kilo yang sempat.Habis kaww diorang makan.Nampak sangat diorang nih lapar giler.Kalau dah siang pergi beraya mana lah sempat nak masak bagai.Of course makan luar je lah.

Aku seronok adik beradik aku dapat datang ke rumah.Lepak borak sesama.Jarang aku dapat berkumpul cam nih kalau tak plan betul-betul memang tak menjadi gaya nya.Walaupun aku menumpang dekat situ segan jugak nak pelawa diorang datang sebenarnya.

Gambar makanan tak dapat nak ambil.Handphone aku paling laku sekali kalau dah reramai macam nih.Pantang letak sekejap.Ghaib lah jawab nye..


Bersama Kak Long Kulai dan adik ipar aku.

Walau pun tak dapat kumpul sesama sekurang-kurangnya hilang rasa rindu zaman adik beradik.Korang jangan tak tahu aku ada 9 adik beradik tau.Zaman dan berubah bila masing-masing dah berkeluarga semua dah membuat haluan sendiri.Empat orang adik beradik yang tak dapat datang masa nih.Sedih sangat dekat situ.


Rindu Kak Long Kulai.Sebak rasanya petang nih.Kak Long aku nih bau dia tak berubah macam arwah mak aku.Rindu Bonda.Kak Long lah tempat aku mengadu segala pahit dan manis.Dulu kalau ada arwah mak cerita duka suka semua pada dia.T_____________ T


I Love U Kak Long.Panjang umur murah rezeki jumpa lagi raya haji nanti.Insyallah.


Terima kasih sudi baca !!!

Friday, July 31, 2015

Kumpulan Marhaban Perempuan

Assalamualaikum.

Rabu semalam rumah mak mentua aku dapat kunjungan marhaban kumpulan perempuan dari 
Kampung 12 1/2 Parit Penghulu Senggarang.Diorang nih malam-malam buat aktiviti marhaban.Aku je belum join kumpulan marhaban nih.Tunggu lah Amai besar sikit senang lee aku nak bawa dia nanti.Insyallah satu hari nanti okay !!

Kumpulan marhaban perempuan nih diorang pergi ke rumah dalam 5-6 buah rumah je.Lagipun diorang gerak malam.Tak kan nak ketuk pintu orang memalam kan?Kang ada kena hambat dengan penyapu.Hihihi.

Siang ada ahli kumpulan yang bekerja tue yang diorang buat aktiviti marhaban nih sebelah malam.

Yang nih marhaban kanak-kanak sambil main ipad ok !


Antara juadah malam tue..menarik sangat lagi-lagi ada satay.Amai makan sampai 5 cucuk satay ayam.Minah nih hantu satay ayam.

Coklat, gula-gula, jeruk asam ketupat mini


Kuah kacang :)


Biskut raya


Satay ayam dengan lembu.


Mee goreng mamak


Air sunquick sejuk


 Marhaban bermula.Korang nampak tak anak siapa yang terselit kepoh dekat situ??



Seisi makan.Selamat menjamu selera.



Seronok kalau dapat join diorang nih.Sporting tau !!!


Kak Normah paling zasss bagassss.Ayam kicap satu !!!



Selamat menyambung marhaban korang !!!



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, July 23, 2015

Raya Pertama Di Rumah Atok

Assalamualaikum.

Raya pertama hari tue aku macam biasa akan menziarahi rumah Atok Yah belah laki aku.Lepas solat hari raya serbu rumah Atok Yah pulak.Makcik pakcik sepupu saudara mara belah laki aku akan berkumpul dekat sini.Belah aku orang veteran yang dekat-dekat ramai dah tak ada dah.

Seronok rasanya berkumpul dekat sini.Belah aku sana dah tak dapat nak rasa nikmat raya macam nih. T_T


Amai dekat rumah Atok Yah langsung tak mahu dukung.Nak turun saja.Lagipun kat sini ramai kawan-kawan sebaya Amai.Itu yang dia jakun sikit.Sikit-sikit cakap "ibu kawan, ibu kawan, main." Amai dah pandai cakap sepatah dua patah.Apa yang aku cakap suruh itu ini dah pandai tunjuk reaksi positif.Alhamdulilah.



Bersama kakak ipar ku.Hug & Love


Kak Ana, Mak Ngah dan Mak Long.Diorang nih kakak kepada laki aku.


Ayah dan Amai.Sayang duaorang nih.Love.



Anak saudara belah laki aku yang gojes dan catwalk.Love.


Kalau korang nak tahu Atok Yah yang duduk dekat kerusi roda tue.Dah banyak umur Atok Yah nih tapi sihat mata terang lagi.Kenal muka siapa yang salam dia.Amai mula-mula kenal dunia takut sangat dengan Atok Yah nih.Tapi sekarang tak pernah jadi penakut pun.Habis semua orang dia nak salam cuit.



Ude dan Eja.

Selamat Hari Raya Semua !!!



Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, July 22, 2015

Raya Pertama

Assalamualaikum.

Korang raya macam mana tahun nih, mesti besh kan?Aku macam biasa lah waktu pagi raya pertama kelam kabut sikit.Mana nak siapkan Amai, mandikan lagi.Huuhhh berkejaran pagi-pagi raya.Baju melayu laki aku butang baju, samping mesti kena siap bergosok pagi tue.Senang sikit laki aku nak pergi masjid.

Korang layan jela gambar kami di hari raya pertama hari tue..



Bertiga.



Bersama kecintaanku.Suamiku.


Janggal rasanya gambar berdua begini.Hahahahahahhaha



Ibu dan Amai.


Baru sorang dah gaya cam nih.Kalau 2 3 orang keluar pengsan ibu nakkk oiiii.Macam mane ibu nak OOTD raya dengan awak Amai.Hihihihihi.


Pilihan colour raya tahun ini Dusty Pink @ Pink Belacan.Tak terpikir pun aku nak pakai colour ini.Itu pun sebab laki aku dapat kain free hari tue.Kelab Cycling yang bagi kepada setiap ahli.Jimat sikit duit aku.Prepare baju aku dengan Amai je.Aku memang suka yang simple lagi-lagi ada anak kecil nak didukung.

Aku suka design jubah aku kali nih.Pandai akak tailor tue match kan baju aku.Cantik !!



Bersama keluarga kecil saya :)



Raya tahun ke - 2 bersama Amai.Tahun lepas Amai masih merangkak lagi tahun nih dah nak masuk 2 tahun pun anak dara ibu nih.Alhamdulilah.


Selamat Hari Raya Semua !!!


Terima kasih sudi baca !!!