Tuesday, July 31, 2012

Siapa Nak Kad Raya???

Assalamualaikum...

Alhamdulilah,pejam celik sudah masuk sebelas ramadan hari ini.amin ya rabbal al-amin.Bila cakap ramadan,cakap pulak baju raya,kasut raya,ketupat,rendang,biskut pelbagai,tart nenas,baulu,aneka kerepek..siyesssss!!! semua ada dalam kepala otak kan??lagik satu korang lupa iaitu KAD RAYA.

Zaman dulu2,zaman emak dan abah,kad raya lah penghubung cinta diorang tau!(kalau mak tahu ni bocorkan rahsia,compom tak dapt duit raya..larikkkkkk)Pada tahun 70an dan 80an sangat pemes kad raya ni.Di shoping kompleks,di bazar ramadan dan pasar ramadan ramai yang menjual.Ada yang bertemakan
kartoon,animasi,permandangan dan dialog.Semua nya ada.Tinggal pilih kesukaan korang jek.

Dalam sepack ada dalam sepuluh kad raya,harge $2.80.$3.00 dan paling besh de muzik comel bertemakan lagu raya juga ada orang yang suka menghantar.Dari segi saiz,de kecil,sederhana,besar dan paling besar pun ada.Kad Raya paling legend suatu ketika dulu.Sekarang zaman dah canggih.semua orang suke ber TWEET.kan??Tapi secara jujur nya dya tidak pernah dapat kad raya dari en.tunang.Kami dah terbiasa berbalas email dan sms.Segala komunikasi tidak sama cam dulu kan?

Kepada sesiapa yang ingin kan kad hari raya dari dya sila lah komen paling mesra alam,paling romantik dan lucu sehingga gigi dya ternampak (acahhh mak enonnnnn ) ..

Syarat2 senang aja :
1)Korang komen lah yang positif.
2)Yang paling penting ucapan bertemakan Hari Raya 2012
3)Seratus patah perkataan sahaja.nak lebih pun bole jugak.terpulang iyer.

sila komen dan tinggal kan email iyer..


Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, July 28, 2012

Pertama kali berbuka maggi goreng

Assalamualaikum...

Salam ramadan semua.Hari ini genap lapan hari ramadan umat islam berpose.Dya alhamdulilah menjalani dengan baik.khusyuk dan ikhlas menjalani ibadah kali ini.Bila berpose semua orang mesti mengidam makan iyer lah kan satu hari tidak makan.nafsu memboyak2 nak makan itu dan ini.Nafsu dya bila kawan2 bagi resepi.tag gambo di blogger nafsu nak memasak pun ada.walaupun masa dya balik kerja lewat lebih kurang jam enam petang.dengan membawa kereta perlahan(kete pun tahu pose tau tak?letih katanya),dya sempat memasak maggi goreng semalam.Ini pertama kali masak dalam seumur hidup.(magi goreng)seriesss !! tak tipu ! sebab kebiasaan nya mak akan memasak nasi putih.ada ikan atau ayam dan sayur.dan paling penting my feveret ikan masin.kalau mak terlebih rajin sambal belacan mak yang power berapi yang de yummmmm!!! pembuka selera dya.sayang mak !

Dya copy resepi dari blog sifu memasak Cik Ina kalau korang nak resepi bole baca blog sifu dya.
(mohon maaf dya copy resepi T_T )Cuma semalam dalam esbok tak ada sawi.dya tukar taugeh.Dya memang hari2 tengok blog Cik Ina sebab dya rasa suka dia masak terror,simple,sedap.sebab dya dah copy cara dia masak.betul menjadi.Yang penting masak kena rajin ke dapur baru bole kenal bahan.betul x??

nasib abah tak kompen apa2..pasal maggi ini..mesti sedap kan abah??? *_*
 Bahan :-
1) kobis puith dihiris
2) bawang kecil daripada 4 ulas bawang
3) telur ayam 2biji
4) Sedikit ikan bilis
5) sedikit taugeh
6) magi berapi 3 bungkus - direbus jangan terlalu lama dan tos airnya.

Hiasan : bawang goreng dan daun sup

Cara membuat nya :
-goreng bawang sampai naik bau
-kemudian boleh masuk kan ikan bilis sampi garing dan wangi
-masukkan hirisan kobis putih,pecahkan telur ayam,goreng kemudian baru masukkan magi berapi yang telah direbus dan digaulkan dengan perencah sedia ada.
-akhir sekali masukkan taugeh,
-hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup
-tara !! bole ngappp !!


Terima kasih sudi baca !!!

 

Friday, July 27, 2012

Nora Danish rancang beraya di Mynmar

Assalamualaikum..
 
Nora Danish seorang pelakon cantik dan jelita yang berstatus janda merancang untuk beraya di Myanmar pada tahun ini.Wahh beshnya dapat beraya di negara orang.Dya minat Nora ini dari mula dia iklan tibi sampai lah sekarang.Sungguhpun dya bukan wartawan tapi info di internet sedikit sebanyak tentang artis cantik nih.Sekadar berminat tak salah kan ???
 

comel n cute

Nora Danish tidak merancang untuk menyambut hari raya secara besar-besaran. Namun begitu keluarga beliau akan melancong di suatu destinasi percutian yang telah mereka tetapkan, ini telah menjadi tradisi keluarganya untuk pergi bercuti.Nora akan memilih lokasi percutian mereka di Myanmar iaitu di kampung halaman ibu Nora.

Menurutnya lagi, keluarga sebelah ibunya masih lagi ramai di Myanmar jadi Nora memperuntukkan paling lama 10 hari di sana untuk bercuti.
 
Selamat Hari Raya Nora dan sekeluarga !
 
Terima kasih sudi baca !!!

5 Contoh makanan yang TIDAK menggemukkan

Assalamualaikum...

Sempena bulan ramadan ini,semua orang bercerita tentang makanan.Paling penting kita kena bijak dan peka mengawal pemakanan yang seimbang.Bila pergi bazar macam2 ada juadah.De manis,ada lemak,ada kolestrol.Hindari makanan pedas dan minuman berais.Biasanya di bulan pose ini tekak dya lebih suka makan bersup2,ikan kering dan teh o.no ais2.Kalau dya sering minum ais,badan ada kalah dan lemah.disitu sudah ada sedikit kemalasan yang melampau.series !!! Kalau makan berpedas,compom sakit pewot,bila dah sakit pewot mula lah nak berbuka pose walaupun syaitan di ikat di bulan pose tapi sedikit sebanyak naluri hati berbisik" buka je lah..dari menahan sakit pewot tue." betul tak?

Pagi ini dya story sikit tentang penjagaan diet pemakanan, sering ditanya: Apakah contoh makanan yang tidak menggemukkan? Ada ke? Berikut adalah 5 contoh makanan dan minuman popular yang dikatakan sihat. Jom kita teliti samada ia boleh menggemukkan ataupun tidak.



1.Bijiran Oats

Apa dia? Oats adalah bijiran popular yang boleh didapati dalam bentuk cereal, bubur, roti, biskut dan lain-lain. Ia mengandungi karbohidrat kompleks dan juga serat.

Kelebihan? Gandungan karbohidrat komplex dan serat melambatkan proses penghadaman – justeru itu lebih mengenyangkan. Juga sesuai untuk mereka yang mengalami kencing manis kerana glucose release tidak cepat.

Tidak menggemukkan? Ia mengandungi kalori jadi sememangnya boleh menggemukkan sekiranya berlebihan. Selalunya makanan dan minuman beroat ini juga dicampur dengan bahan lain terutama gula ringkas yang juga berkalori. Walaupun serat itu lebih mengenyangkan, pastikan anda kawal pengambilan kuantiti bijiran oats.

2. Buah Kurma

Apa dia? Buah kurma atau dates popular sebagai sajian berbuka puasa pada bulan ramadhan – ia juga sunnah Nabi Muhammad SAW.Pemanis the legend bulan puasa yang tidak bole dipisahkan

Kelebihan? Buah kurma bukan sahaja lazat dimakan tapi juga kaya dengan kandungan serat (fiber), fructosa/dextrosa, antioxida, vitamin A, besi (iron), potassium, calcium dan lain-lain. Bagi saya gabungan fiber dan gula memang sesuai semasa berbuka kerana penghadaman tidak terlalu cepat disampin tenaga yang lebih ringkas.

Tidak menggemukkan? Samalah macam bijiran oats juga. Buah kurma tetap menggemukkan kalau berlebihan kerana ia mengandungi kalori. Berapa banyak? Bergantung kepada saiz dan manisnya buah kurma tetapi

Sebagai contoh: Satu kurma Medjool (24g) mengandungi lebih kurang 65kcal. Kalau makan 5 biji dah 325kcal.

3.Minyak Zaitun + Olive Oil

Apa dia?Minyak zaitun adalah minyak yang diperolehi daripada minyak zaitun (olive) yangs sering dilabel sebagai minyak yang sihat.

Kelebihan?membantu,mengawal dan mengurangkan kolestrol.Ia juga dikatakan meningkatkan metabolisme,lebih mengenyangkan berbanding minyak lain,tiada kolestrol,cegah barah (kanser) dan juga membantu kawalan insulin (sesuai untuk penyakit kencing manis atau diabetis)

Tidak menggemukkan?Ia dikatakan bantu tingkatkan metabolisme dan kawal nafsu makan jadi itu mungkin bagus untuk kawalan berat badan tetapi minyak zaitun itu sendiri tetap menggemukkan kerana ia juga berkalori. Berapa banyak? 1g minyak zaitun = 9kcal. Sama je dengan minyak masak yang lain. Kalau satu sudu meja (tablespoon 15g) dah 135kcal. Pasitkan jangan berlebihan.


4.Diet Coke atau Coke Light

Apa dia?Minuman diet dari syarikat coka cola.

Kelebihan?Berbeza dari minuman gas yang lain,minuman diet coke tidak mengandungi gula langsung.Ia diganti dengan aspartme(pemanis tiruan atau artifial sweetener ).

Tidak menggemukkan?Kalori diet coke memang kosong kalori.Jadi dari segi kalori dan pengawalan berat badan memang tidak menjadi issue boleh diminum.Aspartme dikatakan ada kesan negatif jangka masa panjang seperti pundi kencing, dan meningkatkan kebarangkalian anda dijangkiti kanser.

5.Sayur-sayuran

Apa dia?Well,dya tidak perlu story banyak tentang sayuran ini kan?Sawi,timun,lobak merah,asparagus,brokoli,salad,jamu semua dalam kategori makanan sayur-sayuran.

Kelebihan?sangat2 baik dan baik.dan baik kan?kalori rendah,serat tinggi dan sayur-sayuran kaya dengan pelbagai vitamain dan  mineral yang sangat tinggi.

Tidak menggemukkan?tidakkkkkk!!! seribu kali kata kan tidakkkkkkk !!! Sayur-sayuran adalah satu-satunya makanan yang boleh dimakan tidak kira kuantitinya dan ia tidak menggemukkan kerana kalori dalam sayur sangat rendah oleh kerana serat tidak boleh diserap hadam dan kalori-kalori itu akn dibuang semula.So,kena lah makan sayur-sayuran ini but ia bukan sumber makanan yang baik iyer.Jadi kalau makan salad kosong,itu bukanlah pilihan yang baik kerana ia tidak mengandungi tenaga yang kita perlukan aktiviti harian dan tingkatkan metabolisme.


Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, July 25, 2012

Menghayati sunnah bersahur

Assalamualaikum..
Salam Ramadan yang ke-5..Amin

Puasa bukan satu penyeksaan. Islam mahu muslim semua berpuasa, tapi dalam masa yang sama Islam tidak mahu menjadikan bukan Ramadan bulan yang mengujudkan suasana longlai dan lemah umat Islam. Sebaliknya, ia bulan keinsafan yang cuba menjadikan muslim merasai kesusahan mereka yang tiada mempunyai makanan dan betapa besarnya erti mendapat makanan. Di samping puasa merupakan ibadah yang dalamnya ada amalan-amalan yang mana muslim di suruh mencontohi Nabi mereka s.a.w.

Antara sunnah utama puasa ialah bersahur. Makan di penghujung malam, sebelum menjelang waktu subuh bukan satu kebiasaan kebanyakan manusia. Namun, atas titah perintah agama muslim melakukannya menunaikan sunnah Nabi s.a.w dan padanya ada hikmah yang pelbagai untuk seseorang yang berpuasa. Ini termasuk memberikan kekuatan untuknya pada siang hari, juga melatihnya bangun di waktu sebelum fajar untuk beribadah kepada Allah. Maka bersahur itu membawa kita bangun pada waktu doa dimustajabkan dan keampunan diberikan. Moga ia menjadi kebiasaan yang berterusan dalam hidup.

Bila Sahur?Ada orang yang bersahur terlalu awal sedang waktu subuh masih beberapa jam lagi. Ini tidak menepati amalan Nabi s.a.w. Baginda Nabi s.a.w melewatkan bersahur sehingga tinggal baki beberapa minit sebelum masuk waktu subuh.Waktu sahur pula berterusan sehingga masuk waktu Subuh. Selagi tidak masuk waktu Subuh seseorang masih boleh bersahur. Masuknya Subuh adalah waktu imsak (bermula puasa) yang sebenar, bukan beberapa minit sebelum itu

Hal ini selaras dengan kenyataan al-Quran: (maksudnya): “Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Dengan Apa Bersahur?Tujuan sahur bukan menyibukkan diri dengan hidangan. Makanan sahur memadai sesuatu yang memberikan kekuatan kepada orang yang akan berpuasa esok harinya. Kesempatan sahur patut diambil untuk berdoa dan beristighfar setelah makan dan minum apa yang dapat memberi kekuatan pada besok hari. Sebab itu dalam hadis disebutkan tamar sebagai pilihan sahur disebabkan kandungan tamar yang baik untuk tenaga orang yang berpuasa.

Jika tiada tamar, seseorang boleh sahaja bersahur dengan apa yang memberikan kekuatan untuk berpuasa pada hari tersebut. Mungkin juga ada orang yang tidak gemar tamar, ataupun tidak sesuai tamar untuk kesihatannya, maka agama itu luas untuk diamalkan. Apa yang tidak dapat diamalkan secara literal, boleh dihayati secara maksud ataupun kehendak (maqsad) syarak di sebalik sesuatu galakan ataupun perintah.
Cakap-cakap : tibe2 teringat ayam percik pulak pagi2 nih..dugaan tol puasa ini.kalau bukan bulan ramadan tak maknye nak ingat ayam percik .. lalu pun buat tak nampak jek..cissshhhh!!! DUGAAnnnnnnnn !!!

Terima kasih sudi baca !!! 








Tuesday, July 24, 2012

Ujian Kesihatan HIV

Assalamualaikum...

Sebahagian dari prosedur untuk memohon kebenaran bernikah, bakal pengantin mesti melalui ujian saringan HIV. Dya ingin berkongsi sedikit makluman berkenaan masa dan tempat untuk mendapatkan ujian saringan ini.

Dya sudah pun menjalani ujian saringan HIV bersama en.tunang di Klinik Kesihatan Batu Pahat tempohari.Masa dari pukul 2 petang sehingga jam 5 petang dengan bayaran RM1.00.Dya cuti half day hari tue.

Bila pergi klinik di waktu petang memang dya tak suke kerana terlalu ramai orang,lagi mengantukss nak menunggu.Nasib baik ujian saringan pada ketika itu tidak terlalu ramai kerana banyak kaunter yang buka.

Ujian Pengesahan HIV - Ujian Saringan :Reaktif /Non-Reaktif
                                         Ujian Pengesahan

Maksud keputusan ujian pengesahan :-
Negatif - tiada jangkitan HIV atau berada dalam "window period"
Positif - Ada jangkitan HIV

Mengapa penting untuk pemeriksaan ujian:
*Membantu mereka yang dijangkiti
*Membantu dan membimbing pasangan untuk membuat keputusan untuk merancang perkahwinan
*Mengawal penularan jangkitan HIV
*Menjaga zuriat

Dya bersyukur prosedur untuk bernikah dah pass..amin.alhamdulilah..lepas ini seisi temuduga pulak kan??amacam mane lah nanti kan answer dya..wink! wink !wink *_*


 

 Cakap-cakap : Dya berdebar bila hari penting dalam hidup semakin menghampiri :)


Terima kasih sudi baca !!!

Monday, July 23, 2012

Tempat Jom Lepak berwajah baru

Assalamualaikum...

Alhamdulilah..tempat dya selalu melepak di kala kebosanan, keboringan sudah bertukar baru...wahh!! nak komen kat jom lepak semuanya boleh.. kat tempat dya lepak banyak info semua situ ada.kadang-kala yang bertegang urat pun ada.yang mencaci,mengutuk bagai semua ada.but tak ada lah berparang,kapak bagai.Semuanya luahan pendapat dan cadangan orang ramai saja.terpulang pada mereka yang menilai.tapi dya suka sangat website ini.langsung tak membosan kan.kalau dya betul-betul free,sambil makan twisties berapi,bos lalu sebelah pun tak nampak..series..

Setiap hari, setiap jam disini lah dya akan melepak bersama2 dengan forumer yang sangat2 ohsemmm *_*
JomLepak.(itu dya yang letak nama,website nye adalah seperti http://mforum2.cari.com.my/portal.php  Kebiasanya dya akan menclik di Petua Kecantikan & Fesyen,Blogger, Agama,Kesihatan dan Jual Beli.kalau dya tak ada update bloging mysunshine,maka dya ada di forum..cewah2 dah cam forum agama pulak kn? Pagi ini terkezut bila website sudah bertukar muka baru..mentang2 nak raya,,semua nak baru kan?kan?

Korang bole pililh ada tiga generasi,melayu,english dan chinese.Segala masalah dan aduan bole diluahkan disitu..


Selamat berforum

Terima kasih sudi baca !!!

Friday, July 20, 2012

Besok semua umat Islam akan BERPUASA

Assalamualaikum..

selamat menyambut bulan ramadan :)
Amin Ya Rabbal Al-Amin...besok semua umat islam akan menyambut bulan baru iaitu bulan Ramadan yang mulia.Sama-sama kita manfaat kan bulan yang mulia ini dengan amalan yang telah diperintahkan oleh Allah taala.Semoga kita semua mendapat hidayat darinya..amin..

PUASA menjadikan seseorang itu lebih kuat psikologinya apabila berjaya menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

PUASA tidak hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi puasa juga merupakan ujian psikologikal untuk manusia.

Setiap kali menjelang bulan Ramadan, banyak daripada kita mula menanam tekad dan azam baharu. Banyak daripada kita mula meningkatkan amalan baik dan mengurangkan tabiat tidak elok yang biasanya dilakukan pada bulan-bulan lain.

Kalau sebelum ini ada yang jarang ke masjid, pada bulan Ramadan semua daripada kita mula mendekatkan diri bersama jemaah yang lain. Ada yang tidak mampu berhenti merokok, tetapi sebaik sahaja berpuasa, semua tabiat itu dapat ditinggalkan.

Cakap-cakap : Dya akan mengikuti solat terawih ..seriesss !!! T_T

Terima kasih sudi baca !!!

My Abah Besday

Assalamualaikum..

Hari ini dya buka blog,ramai yang tulis entry menjelang Ramadan untuk esok.Selamat menyambut ramadan jugak..Dya jugak berharap ramadan tahun ini lebih manfaat dari tahun2 sebelum2 nih.. :) winkwink..

14 Julai, Sabtu last week dya sekeluarga menyambut besday abah yang ke-62..dya menyambut awal satu hari ulang tahun abah,tarikh kelahiran abah jatuh pada 15 Julai.kami sekeluarga sebulat suara menyambut awal.abah semakin berusia..de sedikit kesedihan sikit bila menulis entry kali ini..tutup pc sekejap..iskhh..lap airmata jap...sebab..abah masih lagi bekerja di usia seperti itu,memberi dya makan dan minum.memberi dya tempat perlindungan yang selesa..tahun ini dya dapat merasa menyambut kelahiran abah sebagai status single.insyallah next year status dya dah tak sama seperti sekarang.malam tue mak menyediakan juadah satay ayam dan lembu dan makan soto.air sunquick pilihan kami sekeluarga..seronok rasanya bila bertemu seperti ini.besenya kami berkumpul di hari raya dan hari besar-besar saja.

Dya snap pic beberapa keping sahaja malam tue..layannnnnssss

kami sekeluarga..yang lain tak moo gambar katanya..nanti kena bahan di fb..hahahaha

malam tue tema jubah.. *_*

cake black forest..soto yang sedap sangat,,buatan bonda.. :)

selamat menyambut ulang tahun abah,moga abah panjang umur..sayang abah..muakhhsss :)



Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, July 18, 2012

wordless wednesday a.k.a CROCODILE Hunter

Assalamualaikum...

seronok dah pakai kasut buaya T_T

Motif : Saja nak show kawan2 saya sudah membeli kasut baru... :P jangan mara dan jeles tau !!!
Colour : Teka sendiri
Brand : Buaya
Price  : $59.90 - dah less

Cakap-cakap : Sebenarnya dya dah lama tak membeli kasut..dan kasut paling mahai ni lah jenama buaya..seriessss tak tipoo !! Paling sedih kasut dya untuk pergi ke opis dah rosak,,(dah masuk air kalau jalan2 de lopak air ni ,,,huhuahuaahuahuahua) Dya bukan kedekut tapi berjimat-cermat..guna sekali belum rosak.jangan ikut nafsu bebelanja..Paling keciwa kedai Vincci di Batu Pahat Mall dah tak ada operasi..nampak gaya nya..kena pakai paten ala2 wedges..tak gitu?? dan paling tak syok..de orang cakap dya pakai kasut ala2 ibu2..cissssshhh !!! 55^%&O&%$% !!! korang tengok kasut paten ibu2 ke???



Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, July 17, 2012

Amalan kesukaan Nabi Muhamad S.A.W di bulan RAMADAN

Assalamualaikum..


terima lah penghijarhan saya ini T_T
 Di hari petang yang sejuk,hujan dari pagi sampai ke petang,,nyaman rasanya untuk tulis blog..apatah lagi menjelang ramadan yang tinggal beberapa hari saja kan?korang dah ready tuk ramadan??dah abis hutang piutang yang mana tak berganti lagikkk?dya alhamdulilah..selamat semuanya.Sejak bakal menjadi isteri orang,dya banyak sebenarnya belajar ilmu keagamaan,series!!! lebih2 lagik tentang menutup aurat..kalau bagi persen dya dah belajar 70% walaupun tak semua,tapi ilmu penting untuk kita fahami semua ilmu agama tue..Kalau dulu dya leka waktu sembahyang.berat sangat bontot nih cam de super glue.lekat semacam lagik2 tengok tibi drama jam 7petang..hihi..but alhamdulilah sekarang masuk waktu solat..dya dah cepat2 berwuduk terus solat..dah tak mo dah nak ikut jam putaran negara KOREA..hihihihi

Dya harap amalan di bulan ramadan yang akan datang nanti, dya bole lakukan dengan sempurna..amin..

Antaranya :-

Membaca Al-Quran - Disunatkan memperbanyakkan bacaan Al-Quran pada bulan Ramadan kerana ia bulan al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud,"bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran,menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan perbezaan antara yang benar dengan yang salah" (surah al-Baqarah ayat 185).

Memberikan makan kepada orang yang berbuka puasa - Rasullah SAW bersabda yang bermaksud "Sesiapa yang memberikan makan kepada orang yang berpuasa, maka baginya seperti pahala (orang yang berpuasa)dalam keadaan tidak berkurung sedikitpun dari pahala orang yang berpuasa itu" (Hadis riwayat Ahmad Tirmizi, Ibn Majah dan ad-Darimi) 

Qiamullail - Disunatkan berjaga malam secara berjemaah pada bulan Ramadan iaitu solat terawih dan waktunya di antara solat Isyak hingga lah terbit fajar.Nabi sangat gemar mendirikan malam pada bulan Ramadan. Rasulullah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa menghidupkan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan pahala daripada Allah Taala, maka akan diampunkan segala dosanya yang terdahulu" (Hadis riwayat Bukhari)

Solat Tarawih - solat yang khusus yang hanya dilakukan pada bulan Ramadan.Solat tarawih,walaupun dapat dilaksanakan bersendirian,umumnya dilakukan secara berjemaah di masjid.Di sesetengah tempat, sebelum solat tarawih,diadakan ceramah singkat bagi menasihati jemaah.
Mengerjakan Umrah - Perkara disunatkan pada Ramadan adalah mengerjakan umrah berdasarkan sabda Baginda SAW yang bermaksud :"Umrah pada Ramadan pahalanya sama dengan pahala yang mengerjakan haji atau mengerjakan haji bersamaku"(hadis riwayat Bukhari)

Zakat Fitrah - dikeluarkan khusus pada Ramadan atau paling lambat atau sebelum selesainya solat sunat hari raya.Setiap individu muslim yang berkemampuan wajib membayar zakat fitrah.Nilai zakat fitrah adalah satu gantang makanan ruji atau setara dengan 2.7 kilogram beras.Di Malaysia, nilai zakar fitrah ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri.

Moga2 amalan seperti diatas dapat kita sama2 lakukan di bulan Ramadan nanti.Amin


Terima kasih sudi baca !!! 

Dah READY ke nak Kawin???

Assalamualaikum...

Bila tiba musim raya,musim keramaian,musim kenduri yang akan berkahwin tue sure happy lah kan??oppsss !! for men lah tue.. :) Alhamdulilah,semoga berkekalan hingga ke akhir masa.Tapi yang belum kawin-kawin lagi tue??adohai..kesian

Bagi girls yang selalunya akan lebih terasa tension dan tertekan akibat dan pertanyaan bertubi-tubi sepanjang "musim raya+kawin ni kan..tapi kan,you all ni yang asyik memikirkan tentang nak kawin, asyik bercakap pasal nak kawin, "Nak kawin,,,nak kawin,,let me ask you, dah betul-betul ready ke nak kawin?"Jangan hanya mulut kata ready tetapi hati, jiwa dan diri masih tak tahu, tak yakin..macam mane nak kawin tu beb???

Let me ask you MORE :-

Adakah anda sudah sedia untuk memasak sedap-sedap setiap hari kepada suami anda?kuang..kuang2x ..oooo..nak cari pasangan yang tak kisah isteri pandai atau boleh masak ke tak.I tell you alls,lelali sekejap je tak kisah,sekejap je boleh la makan luar..Tapi, takkan nak makan nasi bungkus je beb,takkan nak makan luar setiap masa, sampai suatu masa, mesti nak isteri dia masak.Sebab, dia rindukan masakan mak dia..so, bole ke masak??Kalau dah complain banyak-banyak kadang kala nevess gak nak masak tuk bakal suami ni..fening2..

Adakah anda sudah sedia untuk meninggalkan kehidupan sosial anda?-Tidak boleh serapat mana berkawan dengan lelaki lain lagi, tidak boleh senang-senang keluar rumah lagi , tidak boleh balik jauh-jauh malam.Tidak boleh sangat minta tolong dengan kawan-kawan lelaki.Semua ini jika anda lakukan jugak setelah kahwin..well, maybe you kawin dengan yang sporting dan tak jealous..tetapi ALL that akan membuat dia merasa tecabar.

Adakah anda sedia meletakkan suami lebih dari semua orang?Bukan kawan anda,bukan saudara mara.bukan kawan-kawan anda,BUKAN semua orang!Semuanya untuk suami anda, nak buat apa, nak pergi mana, nak makan apa.apa-apa sahaja.MESTI rujuk pada suami, bole?

Adakah anda ready to be a real housewife? - Walaupun anda seorang CAREER WOMAN, pagi-pagi nak kene pergi kerja, kena siapkan kerja yang bertimbun, bila anda balik rumah, you're NOT a career woman anymore,adakah anda ready fo face that?You kena kemas rumah, basuh pinggan mangkuk,gosok baju suami,kalau jumpa suami yang sanggup buat kerja rumah sama-sama.okay lah.Tapi kalau yang malas,amacam?Very rare,suami tolong isteri buat kerja rumah beb..

Adakah anda sedia untuk menghadapi ibu mertua mu???- Ibu mertua yang akan sentiasa meletakkan anda dalam kategori TAK PANDAI jaga anak dia seperti dia menjaga anaknya sekian lama?Masakan tak sesedao masakan yang dia masak,bersih tidak sebersih dia.Walau bergunung usaha anda namun satu pun tidak dianggap baik oleh ibu mertua anda, kerana bagi dia, anda telah mencuri anak lelakinya dari dia beb..hehehehe..sampai bila-bila pun dia akan menyimpan dendam.Cam?Ready nak kawin?

Adakah anda betul-betul ready untuk berbagai-bagai perubahan dan kehidupan lain lagi????

BUKAN ingin menakutkan you all, tetapi cuma mahu memberi gambaran sebenar.Jika you all betul-betul ready well tentu saja boleh berkawin la kan.TAPI kalau sekadar nak kawin,kerana semua orang dah kawin..tetapi belum betul-betul ready lagi..ada lebih baik jangan berkahwin dulu, takut nanti belum apa-apa dah bercerai.Kerana kita sendiri pun selalu sangat melihat pasangan yang hanya berkawin beberapa bulan BAMM !!! Becerai !!

Cakap-cakap : Hati sedih,rundum..bila saat-saat hari besar bakal menjelang beberapa hari lagikkkk ! :(


Terima kasih sudi baca !!!
 

Monday, July 16, 2012

Pahit itu manis...

Assalamualaikum...

Pengalaman memiliki sesuatu yang berharga mungkin tidak ditempuh oleh semua orang.Kebetulan Tuhan memberikan sedikit kelebihan dan kekuatan kepada sesetengah orang untuk lebih berani.Maka mereka mempamerkan kekayaan dan keupayaan mereka.

Kita boleh mengatur langkah tersendiri agar terselamat atau kita mengikut jejak2 yang pernah diatur oleh mereka yang pernah selamat.Kemungkinan kita jatuh kecil sekali :)

Bagi dya guru terbaik manusia ialah pengalaman yang dilaluinya sendiri.Jika pengalaman itu tidak ditempuhnya maka pengalaman orang lain adalah yang terbaik untuknya mengambil ikhtibar dan pelajaran.Orang dahulu yelah tercebur ke dalam longkang itu, kita usah tercebur dalam longkang yang sama.

Namun, setelah kita miliki semua yang kita usahakan, kadang2 yang baru akan mengatasi yang lama. Rasa kasih, bangga dan gembira mengatasi perasaan yang sama dulunya. Dulu kita amat bangga, amat gembira dan amat kasih, tapi sekarang seolah2 tiada apa2.
Semua itu membuatkan kita termenung dan berfikir jauh. Bagaimana orang boleh membuang terus sesuatu yang telah berjasa dalam hidupnya.
Sesuatu itu mungkin benda dan mungkin juga manusia. Jika manusia mungkin ibu kandung, mungkin isteri, mungkin kekasih, mungkin kawan, mungkin saudara mara dan seterusnya. Mengapa manusia mudah sahaja bercerai dan berpatah arang? Apakah seorang suami yang pernah mengongsi hidupnya dengan seorang wanita yang dulunya bergelar isteri tidak dihimbaukan kenangan2 manis? Sebagaimana kita terkadang terkenang-kenangkan kenderaan2 yang pernah kita miliki?
Sungguh menghairankan, kita boleh ambil dan kita boleh buang begitu saja. Kita ambil dengan penuh gembira tetapi selesa membuang seolah2 dia tidak pernah berjasa dalam hidup kita. Aneh sungguh perasaan sesetengah kita. Manusia diibarat pampers, pakai dan buang.
Andainya boleh, pertahankanlah perhubungan kita sehingga akhir usia. Memamg bukan semua yg dimilikinya menjadi kesukaan kita, tetapi bukan semua yang ada pada kita juga istimewa buatnya. Kita sama2 berkongsi hidup untuk saling memberi dan menerima.”
  
Usah sangka kereta jenama paling mahal tidak memberi masaalah. Adakalanya meragam juga. Usah sangka orang yang serba kekurangan itu tidak membahagiakan, adakalanya dia lebih mengerti.
Usah sangka apa yang belum kita miliki janji pada kebahagian kita. Adakalanya setelah kita miliki itulah punca masalah kita. Jangan sangka semua yang cerah kekal cerah sampai bila2, adakalanya menjadi hitam dan menyusahkan.
Semuanya yang tidak mampu kita miliki bukan penyebab pada ketidakselesaan hidup kita. Adakalanya yang kita tidak mampu itulah asas kebahagian kita, lantaran jika kita mendapat bermakna bertambahlah masalah, menjadi penyakit dan semakin hilanglah kemerdekaan.
Selalu kita menyangka yang di tangan orang indah dan menawan; apa yang ditangan sendiri sentiasa kedam. Selalu kita meletakkan impian yang muluk2 pada kepunyaan orang sedangkan orang turut terliur dengan apa yang kita miliki.
Jangan mudah membuang tambah2 lagi jika ia bukan barang tapi ORANG.


__._,_.___
Cakap-cakap : Status di atas de kait dengan dya mengait umpama sulaman yang tidak manik dan tiada hentinya.. :(



Saturday, July 14, 2012

Fesyen Dress Bermula

Assalamualaikum...

Tajuk entry hari ini agak cute..cam baru nak pakai baju jek.walhal dah masuk 30series dah ni..besar bijik mata sekejap.Dya banyak mengenali fesyen,hijab,style,warna banyak di senario blogging sebenarnya.Banyak kenal dunia fesyen yang selama ini dya tidak sikit pun ambik tahu tentang pemakaian hijab.Tapi bila jatuh cintan dengan dunia blogging lapan jam suku lima belas semasa bekerja di pejabat,dya banyak menghabiskan masa di blogging.seriesss.tak tipooo.. :) bak kata orang tak kenal,tak cintan..dah kenal dunia blogging de banyak benefit dya dapat..tahan airmata nak mengalir sebenar nya.. Kalau kena dengan gaya pasti kita bole lagi menutup aurat kalau kena caranya..iyer dak??

Dya tak mahu bebel banyak,,tempohari dya ada beli pakaian dress tuk girl di Liza Razak..Series dya suka sangat2.Sebab ini first time dya beli baju dress online.Tq Liza Razak .. Kalau kawan2 berminat kat sini  http://pypylambstudio.blogspot.com/ korang boleh jengah.Rajin2 lah berblogging.Dengan harga berpatutan dan halal bole dibeli untuk lapisan orang perempuan..tak gituu  :)




Selamat berfesyen :)

Terima kasih sudi baca !!!


Friday, July 13, 2012

Jualan Popia Udang kembali lagikkk..mari2..

Assalamualaikum..

Salam kepada semua penulis blogger yang dya cintai kasihi dan sayangi..muakhhss..muakhss :) lekat tak lipstik..hihi.Sekejap sudah hari jummat..Lagi satu minggu umat islam akan menunaikan kewajipan iaitu berpuasa.Bulan Ramadan bulan yang sungguh mulia.sama2 kita membuat amal kebaikan.Amin Ya Rabbal Al-Amin :)

Dalam membuat amal,dya juga akan menjual popia udang yang tip-top.no 1 kat Senggarang.bak kata en.tunang.Resepi inti yang paling sedap,kulit popia yang ranggup dan yang paling penting sesuai untuk lapisan umur dan bangsa.De cop halal hokkkkey.Series!! Korang pasti dapatkan nya iyer..Kalau hari raya nanti tak de keropok popia ni di rumah tak lengkap rasanya..Betul tak??Jangan buhung yeahh ???

Kepada sesiapa yang berminat bole email dya iyer..Harga bole dirunding :) 

abaikan bunga matahari warna merah kat dinding tue..iyer

seriess!! sedap dan ranggup tau !! T_T
Nota
Inti : Udang kering yang kisar.
Packing : 1/2kg RM12.50 - Tidak berminyak sebab ditapis menggunakan mesin yang handal,ranggup digoreng dengan suhu minyak yang sempurna. (Jualan tuk mentah ada,bole book)
Segala pertanyaan
Hubungi : Email -lydia424@gmail.com
                 YM - baby_lydia04@yahoo.com
                 Maxis - 017-740 6843


Mari2 membeli..mari2..membeli..

Terima kasih sudi baca !!!




Wednesday, July 11, 2012

Maafkanlah..Walau sebesar mana salahnya..

Assalamualaikum...

Mudahkan memaafkan seseorang?Siyessss !!!
Answer : Dya mudah memaafkan orang T_T

Susah.Kalau korang susah nak memaafkan seseorang kerana maka korang di dorong oleh ego. Ego di pula di api-apikan oleh nafsu. Nafsu pula di api-apikan oleh bisikan syaitan. Syaitan ni musuh khalifah Allah yang paling nyata.

Jika korang mendahulukan Tuhan dalam apa jua yang korang lakukan, pasti korang berani memaafkan, walau sebesar manapun kesalahan seseorang itu.Tak ada guna menyimpan dendam pada sesuatu yang sudah berlaku di masa lalu.Iyer dak??

Dendam dan sakit hati menghalang korang dari maju. Sekuat manapun usaha kita, jika masih ada dua perasaan ni (dendam dan sakit hati) kemajuan yang kita capai tak akan berkembang.
Dendam menyemarakkan ego kita, sebab tak akan puas hati selagi orang tu tak lutut meminta maaf pada kita atau selagi orang tu tak susah hidupnya.

Apabila  berbuat kesusahan pada seseorang, maka akibatnyakita juga akan dibalas kesusahan, bahkan mungkin kesusahan lebih berat hingga kitamerasa sungguh menyesal... :)


Cakap-cakap : 2 3 hari lepas de peselisihan fhm antara dya dengan seller..series sedih,kiciwa,kecil ati pn dengan seller boutique tue.dya tak akan menyebut nama2 yang berkenana cukup dengan kata istialah "tepuk dada tengok langit".


Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, July 10, 2012

The Amazing Spiderman 2012

Assalamualaikum...

Jumaat lepas dya tidak terlepas untuk menonton filem spiderman 2012.Lokasi seperti biasa di BPMall Batu Pahat.Lama rasanya dya tidak menonton movie.last cam cete Battleship..(betul tak ejaan dya ni, belasah je lah)Menonton wayang hobi dya dan en.tunang.tak semua movie dya akan tonton.lagi2 cete melayu.compom en.tunang tak nak tonton dengan alasan.cete melayu gren,audio,bunyi,animasi tak berapa stunt berbanding cete orang puteh.katanya.dya hanya angguk2 kepala.geleng2 jek,,tak bole komen lebih,kang berceramah berjeler2.. :)


sungguh malam dya pergi tengok time nih kan.. :P

Kesimpulan nya : The Amazing Spiderman nih banyak membebel terlalu lama.sampai dya dan en.tunang automatik lapa bangat.Pas tue adegan kurang enak tak beberapa sesuai ditonton oleh kanak2.Perkara cam ini harus ditapis sebenarnya.Aksi pun kurang.Lemau giler malam tue.Series !!! Kalau kat sekolah cikgu bagi markah A but dya bagi C.sebab membosankan sungguh spidreman movie kali ini.

Terima kasih sudi baca !!!

Friday, July 6, 2012

11 Tanda-tanda mereka yang mendapat kebahagiaan dalam hidup

Assalamualaikum...

Fakta dibawah ini dya kita sama2 kongsikan bersama iyer..

1) Menjauhkan diri dari urusan yang mementingkan keduniaan semata-mata dan suka kepada semua urusan yang berkaitan dengan urusan Akhirat.

2) Berkeinginan kuat untuk beribadat dan membaca Al-Quran.

3) Tidak bercakap perkara yang tidak mendatangkan pahala.

4) Memelihara solat lima waktu.

5) Menjaga diri daripada perkara haram dan fitnah.

6) Bersahabat dengan orang-orang yang baik

7) Merendahkan diri dan tidak takabbur

8) Bersifat dermawan dan mulia

9) Mempunyai sifat belas kasihan terhadap sesama mahkluk

10) Bermanfaaf untuk orang lain.

11) Sentiasa ingat akan mati.

Cakap-Cakap : hari ini dya tersentap dengan dak opis,dah lah suka mengata, mngumpat hal kite,,pas tue suka copy2 dressing dya pkai apa.hampehh betul,,kalau tak suka orang ,,jangan suka ambik perhatian terhadap pe yang dya pakai okay !!! nampak sangat ko nak geng dengan dya kan?????!!!
 

Monday, July 2, 2012

7 SUNNAH untuk diamalkan setiap hari

Assalamualaikum...

Salam semua kawan2.mata mata ada mengantuk sikit hari ni.dya tengok EURO 2012 pagi tadi.set alarm jam handphone jam 3 pagi.series dan betul2 nak lihat pemain handalan TORESS dari Sepanyol.ohsemm!!Sepanyol juara malam tadi EURO 2012.yeahhh !!! Sepanyol mengalahkan ITALI 4-0. dya memang sokong team ini dari mula permainan.yang besh nya dya hanya lihat di akhir perlawanan.sebelum2 ini dya tak ada tengok pun,sebab orang kata yang besh tengok perlawanan yang akhir paling menyeronokkan..say siyeess !!! tahniasss !!! Dalam kesibukan menonton bola,ada sunnah yang perlu diamalkan setiap hari,jangan lalai dan leka dalam membuat kebaikan yang kadang kala kita sendiri pun lupa.kan??kan??

Amalan Sunnah :-
 1) Tahajjud - hal ini kerana kemuliaan seorang mukmim terletak pada tahajjudnya.

 2) Membaca alquran sebelum terbit matahari - Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia,sebaik-baiknya membaca al-quran terlebih dahulu dengan penuh pemahamannya.

3) Jangan tinggalkan masjid - Majid merupakan pusat keberkatan bukan kerana muadzin tetapi panggilan ALLAH yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid allah.

4) Jaga solat dhuha - kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

5) Jaga sedekah setiap hari - Allah amat menyukai orang yang suka bersedekah dan malaikat mendoakan untuk orang yang bersedekah setiap hari.

6) Jaga wuduk terus menerus - Allah menyayangi hamba yang berwudu.Orang yang selalu berwudu sentiasa akan merasa solat walaupun ia tidak solat dan dijaga Malaikat dengan dua doa iaitu diampuni dosa dan sayangi dia Ya Allah.

7) Amalkan istighfar setiap saat -Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah.

Cakap-cakap : Sok nak ambik cuti !!! ('.')


Terima kasih sudi baca !!!