Monday, December 31, 2012

Hari ini penutup tirai 2012...

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Kepada semua blogger yang superohsem..Dya ingin mengucapkan "Selamat Tahun Baru 2013"..Semoga pertalian di blogger akan berkekalan sampai bila2..Terima kasih juga menjadi follower dya dan memberi info dan panduan yang hebaq2 belaka..Sharing is Caring ok.. (",)..Sama2 lah kita menghayati tahun yang lebih bermakna pada tahun 2013..Buang yang keruh..ambil yang jernih...

kami mengucapkan "Selamat Menyambut Tahun Baru "...moga tahun yang mendatang memberi rahmat
dan hidayah yang lebih baik dari yang maha esa..amin...

Pejam celik..hampir empat bulan dya melayari bahtera alam berumahtangga..Maka hari ini penutup segala kisah duka dan manis yang dya alami sepanjang perjalanan kehidupan yang bergelar wanita..cewahh..!!!

Sisipan tahun 2012...

1) Mula dan pandai menaip cerita yang merepek dan meraban di mysunshinelydia.blogspot.com..Menulis di blog sekadar hiburan dan mengisi masa lapang yang ada kala nya pembaca boring dan bosan...Selalunya pada yang terpendam dalam hati dya..disini lah dya luahkan perasaan..Sama ada berbentuk meniru.iedia sendiri mahu pun sebaliknya.. (ala2..dah cam emosi pulak dah ko ni baby oiii..kalau en.somi baca nih mahu dia booooooo kan dya...)

2) Pertama dan terakhir kali bergelar isteri kepada seorang suami dya hormati,sayangi dan inginkan kebahagian dunia dan akhirat..aminn..Pengalaman menjadi isteri  benar2 mencabar dan menduga ati dya..orang baru dalam hidup sang suami..Saat-saat indah bila sang suami melafazkan akad nikah..Kami sah menjadi suami isteri yang sah.. ;)

3) Tahun ni juga dya berpisah dengan famili yang dya sayangi sampai bila..hampir 29tahun dya hidup dengan mak dan abah..membesarkan dya..memberikan pelajaran yang secukup nya..memberi makan dan minum,tempat tinggal yang sempurna..Tahun ni berpisah dengan mak dan abah..dugaan hati yang paling mencabar..Lagi2 hari tue mak disah kan mengidap penyakit paru2 kuman..Sehingga kini walaupun dya sudah bergelar isteri...kerinduan di hati..kerinduan riuh rendah suara anak saudara masih kedengaran..Dya tak bole nak melenyapkan segala kerinduan ini...terutamanya buat mak..Dya belum bole terima sepenuhnya di rumah baru dan keluarga baru..Kesedihan di hati hanya tuhan yang tahu..

4) Pertama kali kami berhoneymoon di negeri yang paling jauh kami jejaki...Cameroon Highlands..Kenangan terindah dya berjalan jauh bersama sang suami..dah request dengan en.somi nak pergi kali-dua...lalalalalalalala..

5) Dya dah mula berniaga bersama en.somi di kedai runcit...Walaupun penat berniaga tetapi kepuasan dalam diri dapat belajar sesuatu tu yang paling besh..tapi kalau dah preggy dya tak dapat nak tolong b tau.. -..-
Kepada sesiapa blogger yang tinggal hampir di batu pahat..sila lah singgah kedai runcit en.somi iyer...jemput datang..jangan malu2...




Cakap-cakap : dya nak ada baby tahun 2013......doakan dya iyer kawan2..

Terima kasih sudi baca..

Saturday, December 29, 2012

Apek dan Leuniey bernikah..Tahniah !!!

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

sama cantik...sama padan
Petikan dari Kosmo:

Penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat menamatkan zaman bujangnya semalam apabila selamat diijabkabulkan dengan gadis pilihannya, Nur Eilunie Natasha Jaafar atau Leuniey di Pasir Pekan di sini.
Khairul Fahmi, 23, atau lebih dikenali sebagai Apek dan Leuniey, 21, dinikahkan oleh Imam Masjid Pasir Pekan, Abdul Ghani Abdul Mutalib dengan disaksikan oleh kira-kira 2,000 tetamu termasuk ahli keluarga kedua-dua mempelai serta para peminat di rumah keluarga pengantin perempuan.

Apek menyerahkan wang hantaran berserta mas kahwin berjumlah RM19,000 sempena nombor jersi 19 yang dipakai dalam skuad Harimau Malaya bersama tujuh dulang hantaran berbalas tujuh.
“Saya memilih Leuniey kerana dia sangat memahami karier saya yang terlalu sibuk. Buktinya dia faham dengan keadaan walaupun saya pulang untuk membuat persediaan hanya sehari sebelum majlis berlangsung,” katanya.

Mengenai anak, Khairul Fahmi berharap akan menimang sekurang-kurangnya empat orang cahaya mata.
Majlis resepsi pengantin perempuan akan diadakan esok di Hotel Renaissance, Kota Bharu manakala pengantin lelaki pula di rumah keluarga Khairul Fahmi di Cherang dekat sini pada 5 Januari.
 



Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, December 26, 2012

Happy Christmas Day 2012

♥♥Assalamualaikum♥♥♥



Selamat menyambut hari Christmas kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama kristian..

Terima kasih sudi baca !!!

Monday, December 24, 2012

Kraf Malaysia 2012..

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Seperti mana di waktu hujung minggu dya tak terlepas dari berjalan2 dengan en.somi..Ke mana dya hujung minggu semalam..Ke Johor Bahru..Plaza Angsana..Di sana ada wat pameran Kraf Malaysia bermula 13Disember~25 Disember 2012 (kepada sesiapa yang berminat tentang kraf bole lah layan ke sini..cepat2 tau !!! )yang bertemakan kedai batik,bakul rotan,kraf2 tangan di setiap negeri..Harga tak sama cam yang korang sedia maklum..Mahai giler..bila dah berpameran siapa je bilang murah???Hampeh lerhhh..Lama rasanya dya tak ke sini.. Rasanya beberapa tahun yang lalu masa muda-mudi..zaman kegemilangan cintan-cintun kot..Itu pun kerana en.somi yang beriya2 mengajak ke sini..Mood baik ajak lah pi.kalau tak..mau tak nya..Ada barang yang hendak di cari en.somi..iaitu keris+parang jenis lama..yang ada sejarah..dan mencari madu yang ori..kata en.somi..Bila dya dah ajak..dya langkah terus..tak ada pun komen2 bagai cakap tak nak pergi..bukan selalu..Dya rasa dah kawin ini,dya jarang keluar bersama kecuali..benda2 yang perlu..tapi sekali dah keluar..jenuh tak hingat nak balik tau..hihihihi >3



Terima kasih sudi baca !!!

Friday, December 21, 2012

Menu baru di KFC...

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

KFC Hot & Spicy Shrimp

dya dah makan lunch tadi..cume tambah udang jek..3 ekor..yang lain sama..harge plak bole tahan..
walhal udang saja hoooo :D

Cakap-cakap : dya mengantuk tahan gaban ultaromen nih..maybe makan ayam goreng banyak kot..glupp !!

Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, December 20, 2012

Mendung Tak Bererti Hujan...

♥♥Assalamualaikum♥♥♥


Dalam hidup..Bukan masa wujudnya tautan dua hati je nak merasa "mendung" berbagai...

Sebab kala menjalani erti kehidupan,WUJUDnya mentari dan pelangi pun masih dikira sebahagian ujian..

Untuk menguji sejauh mana hendak dipertahankan kebahagian itu ke dalam kehidupan..

Dan terkadang...biar mendung mendapatkan rahmat Allah..

Dari menyinarnya mentari membawa bahagia yang belum tentu Allah redha !!!

Sejenak..renung-renungkan dan selamat beramal...

Tabarakallah...


Terima kasih sudi baca !!!



Cenderahati dari bos saya..

♥♥Assalamualaikum♥♥♥
Bulan ni semestinya ramai yang akan pergi bercuti sempena cuti sekolah..Bos dya memilih Penang sebagai lokasi holiday bersama famili katanya..Wahhh !! Penang !!! gluppp !!! jauh tue..Kalau dari Johor nak ke sana..mau2 satu hari perjalananan..Insyallah tahun depan dya akan kesana sekiranya keadaan mengizikan..Dya suke tengok wall kat dinding yang ohsem tue.."Little Children on a Bicycle" cantik kan?Pandai diorang lakar kan?Sebelum2 ini dya pun de terbaca beberapa blog yang pernah ke lukisan tue..Cantik diorang ambik gambar kat situ...

ramai yang tertanya ni pe dia kan??
Pelekat peti ais daaaaaa :P


Cakap-cakap : nak request dengan en.somi lah cam ni.nak ambik pic manyak2 kat dinding tue...nak pergi Penang... >3

Terima kasih sudi baca !!!



Wednesday, December 19, 2012

Universal Studios Singapore //Orchard//Vivo City// Part 2

♥♥Assalamualaikum♥♥♥
Sambungan dari Part 1 tau.. -..-

Cerita di Kota Singa dya kali nih sampai part 2 je..sebab banyak tempat dya nak pergi tergendala kerana hari petang sudah hujan.Dya sempat berjalan2 di town dengan hanya menaiki MRT.Sebelum tue,sila topup kad MRT anda tau !! Di shoping kompleks ada menyediakan mesin top up..Pastikan korang mencukupi wang di dalam nya..Undang-undang di kota singa sangat lah ketat..grrrr !!! Meh tengok beberapa pic dya yang super ukhhh..ukhhhh ... -..o

Sesampai di Orchard..pelbagai barangan jenama kelihatan..yang penting de pulus je tau..dya tak membeli..sekadar mencuci mata jek..lalalalalala..semuanya gred A tau oullls...Christmas Day akan muncul pada minggu depan..pelbagai pokok hiasan dan lampu yang cantik juga kelihatan di kota singa.Kalau jalan2 waktu malam..sure cantik kan..!!


me n Dior .. ;)

butik Prada n LV




sana sini hiasan Christmas Day..

sempat jengah butik H&M..Di KL ada rasanya kan??


masa tuk ke Vivo City...

my fav is cockles kyaw teow..:)
Di Vivo City de medan selera yang halal..sebab yang lain dya tak berapa nak accpect..tak ada logo halal..huhu

siapa2 pergi ke kota singa..sure akan pergi ke Daiso..kat sini semua barangan berharga $2.00only duit negara sana tau..
Pelbagai semua ada,keperluan rumah,kosmetik,keperluan sekolah..

Cakap-cakap : Walaupun masa terlalu pantas..tak puas rasanya berjalan di kota singa..uhhh !! maybe next year dya akan ke sana lagikkk :)

Terima kasih sudi baca !!!

Usah terpengaruh kiamat Jumaat ini~21/12/2012

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Umat Islam tak boleh percaya ramalan, perlu ganda amalanUmat Islam diingatkan supaya tidak terpengaruh atau mempercayai ramalan bahawa kiamat akan berlaku Jumaat ini.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata sebagai umat Islam mereka perlu yakin kiamat pasti berlaku pada Jumaat, namun bila tarikhnya itu adalah rahsia Allah.

Katanya, hanya Allah SWT saja yang mengetahui bila tibanya hari itu seperti dijanjikan-Nya.

Namun, beliau berkata, adalah menjadi tanggungjawab umat Islam untuk mempersiapkan diri menghadapi kiamat ataupun hari pembalasan, tetapi tidak perlu meramalkan bila ia akan berlaku.

Tanda kiamat sudah dinyatakan buat persiapan

“Tanda-tanda kiamat yang besar dan kecil sudah dinyatakan sebagai persiapan untuk manusia menghadapinya. Kiamat ada dua iaitu kiamat kecil dan kiamat besar, kiamat kecil yakni kematian. Setiap manusia akan menghadapinya.

“Mengapa kita sibuk meramal tarikh kiamat, sepatutnya kita perlu sibuk untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi kiamat kerana ia bakal terjadi.

“Ia adalah perkara ghaib yang mana hanya Allah SWT saja mengetahuinya. Bahkan Nabi Muhammad SAW bersabda, kalau dengar langit hendak runtuh (kiamat) tetapi di tangan masih ada benih (tanaman), maka tanamlah benih itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Beliau mengulas polemik mengenai hari kiamat, yang mengikut Kalendar Mesoamerican Mayan pusingan bumi selama 5,125 tahun akan tamat pada 21 Disember ini.

Ekoran ramalan itu, segelintir masyarakat di negara ini termasuk umat Islam dikatakan membuat persiapan bagi menghadapi hari terakhir itu termasuk membeli dan menyimpan keperluan makanan.

Mohamad Shukri berkata, jika umat Islam mempercayai ramalan kiamat, bermakna mereka mencampuri urusan Allah SWT.

Usahlah kita meramalkan bila kiamat akan berlaku sebaliknya menggandakan lagi amal ibadat bagi menghadapi kiamat


Cakap-cakap : dak2 opis dya dah heboh pasal jumaat ini kiamat lagipun kaum chinese..siap lilin,makanan bagai lah..pe lah..dya percaya hari kiamat akan ada but hanya allah saja yang mengetahui bila dan dimana ianya berlaku..iyer dak??


Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, December 18, 2012

Universal Studios Singapore //Sentosa// Part 1

♥♥Assalamualaikum♥♥♥
Sebenarnya banyak story dalam draf yang tidak berpublish..Bila idea mencurah nak hapdate belog time tue lah bizi memanjang.Hampeh !!!Walaupun story ini nak basi dya nak kongsikan sikit last week dya pergi USS Singapore.Korang rasa mahai sangat ka bajet nak pergi USS Singapore ini,tepuk dada tanya selera.Dya pun pergi bajet tak besar mana pun..sederhana jekk :P Yang penting ada money bole pergi.Sebab matawang sana mahai berbanding di negara kita.But sesekali pergi syok wehh..
buang duit sekali sekala laaaaa -..-
Dya pergi satu hari je bersama my BFF kym ..Pergi pagi petang dah balik.Dya pergi pun de keizinan en.somi.Dya bukan bole lepas sesuka hati je tau...hihihi..
masa ni dya dah sampai sentosa..naik MRT..nak pergi orchard.cuaca agak merunsingkan dya masa ini.. :P

yeahhh !!! dah sampai nak tengok globe..

the famaous globe :)

me,kym n m&m choc

lion ! lion ! lion !

puteri gula-gula.. :)

abis suku dya makan..huhuhuhuhu

kawan baru di kota singa..lalalalalala

cuaca dah ujan time nih..perjalanan agak terbantut skit..hampehhh !!!

dya tak main ok..servey2 je kat dalam..

Cakap-cakap : Nantikan entry makan2 iyer pas ni..Kota singa sangat besh kerana masyarakat di sana maju terlalu cepat,negara yang bersih dan aman..Paling oppsssss !!! majoriti masyarakat menggunakan gajet smart phone tau uolsss..tue yang dya nampak..belum yang lain..uhh !!

Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, December 15, 2012

Lunch di Johnny's Restaurant...

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Kalau dah hari hujan setiap petang..mesti laa lapa bukan..bila lapa sup lah makanan kegemaran dya tau.Huhhh nikmat sungguh tak terkata.Makan time panas..main campak2 lagik tau..Tup2 dah siap..zasss makan..dya suka makan banyak sayur..Semalam ambik beef ball one plat jek..yang lain..semua nya vege..Dya nak turunkan berat badan sikit..sebab rasa macam dah heavy..Kalau kat opis naik tangga turun tangga dah gaya mak limah..mengah semacam jee..Weekend rasanya nak pergi jogging..(betul ke minahh ooii..silap2 matahari dah terbit meninggi baru nak pakai kasut...boooo !!! boooo !!!)

lunch with my bff kym
dya nak tambah lagik sebenar nya..tapi chicken sup licin abis daaa..nampak sangat kebulurr naaaa.. :P

Hot Spicy Rice !

Tang-O and Thai Tea..my fav kalau singgah di Johnny's..kalau nak tahu rasa..kene pi terjah tau..

Cakap-cakap : lama tak makan sebenar nya..tue yang makan penuh nikmat..lalalalalalala

Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, December 13, 2012

Kerang Goreng Sg.Lurus..

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Sesungguhnya menikmati makanan laut disusuli angin sepoi2 bahasa sambil berangan akan berjumpa dengan putera kayangan sangat2 lah gumbira kan..!!! hiskkhhh..kaw dah kawin ponnn..tak usah lah nak berangan bagai..lalalalalalala @_@ booooo!!! boooooo !!!

Dah beberapa hari ini Batu Pahat dilanda hujan bila petang,,tekak teringin nak makan kerang goreng+teh tarik pak laut..Semalam dya dapat gak makan ditemani oleh hero-hero yang gagah perkasa.Sekarang mereka lah sahabat,sahabat membuli,sahabat berdekah,sahabat yang suka menonton dvd hingga larut malam..sampai eye back semakin lebam umpama panda yang huhuhuhuhu..

lama tak makan kerang ini..windu rasanya di zaman2 sekolah..
mane tahu harge dah naik $4.50..glupppp *..*


uhh..!! arif..pun abis dia makan


muke dah kenyang..lain kan?? -,,-
dak bersama A.B.C abis ejam makan..sedap kata nya..

Cakap-cakap : Dya dah mula rasai tak bole nak makan seafood bagai lah..mengapa eh??

Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, December 12, 2012

Crepe Durian Batu Pahat

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Bila dah mula belajar berblogging macam2 kita ketahui kan dari segi Fashion,style,makanan,resepi,jualan dan macam2 lagi lah..Bila dah tergoda dengan benda yang terbaru sure lah nak test kan??bila nak test mesti nak beli.Bila dah beli..makan lah kan??lalalalalalalalalala..dah2..tak payah nak merapu bagai..Sekarang musim Crepe Durian.Mane2 blogger sure dah mencuba nya.Dya pun dah try rasa Crepe Durian ini.Kalau yang berhantu makan durian sure lah dia kata sedap.Dya penggemar durian tau oullss.. *_*

Terima kasih iyer tuan tuah.Sudi melayan sms dan colling dya yang ari2 request crepe ni kan??bila dah dapat makan.syukur alhamdulilah...

4 bijik $10 only..
Cakap-cakap : Kene cuba makan..baru tau sedap ke tak tau.Emmm...nk try rainbow cake lah pulak..-..-

Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, December 11, 2012

Sila baca dan sebar kan.. !!!

♥♥ Assalamualaikum.. ♥♥

Sila berhati2..
Cakap-cakap : Ekonomi kehidupan kita nih semakin mahal..sebab tue orang ambik jalan mudah cam nih..

Terima kasih sudi baca !!!

Berbulan madu di Cameroon Highlands Part 5

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Sambungan dari Part 4 yaaa.. :)

Part 5 adalah part yang terakhir dya story about my honeymoon yang tak beberapa nak madu..minum teh o sungei palas jek..hahahahaha..Sebelum pulang ke Batu Pahat,dya dan en.somi ada membeli sedikit makanan basah seperti jagung mutiara,stawberi,kentang kecil,buah samak,tomato kecil,jambu batu yang dijerukkan berkaler pink n hijau dan beberapa gula2 manisan.Pagi2 kami dah keluar time tue..seawal jam 7am..sejuk sangat.Maybe semalamam hari hujan.Last kawasan dya pergi ke Kea Farm sebelum check out jam 12.00pm..Semuanya dya letak di dalam tong sejuk..then letak ice cube $5.00..Alhamdulilah sampai Batu Pahat selamat dan tak rosak semuanya.Bole dimakan..Maaf iyer pic yang dya story kan tak de dalam entry ini...al-maklum lah..bila en.somi yang dukung camera..emm..memang payah nak bergambar bagai2..

kalau pi cameroon tak sah kalau tak menikmati ice-cream malaysia versi stawberi yang berharge $1.00..dya makan ice-cream di hiasi pokok cactus..hihihii..kene rasa tau !!

dya tak dapat nak memetik stawberi..petang tue..hujan lebat..singgah dan snap je lah..

abaikan muka en.somi yang teringin makan nasi lemak ayam.. T..T

pagi2 dah kuo..cari breakfast time nih..

masa tuk berpasaran di Kea Farm walaupun tak berapa nak Farm..lalalalalallala

tinggal kenangan bergambar di sini..
 Cakap-cakap : Entry berhoneymoon tamat sudah..compom pas ni entry berbaby boy or gurl selama 9 bulan..gluppp !!!

Terima kasih sudi baca !!!