Friday, January 30, 2015

Lunch TWS Windmill Station

Assalamualaikum.

Biasanya hari Jumaat pening sikit nak makan pe.Dah lah rehat lama tau.Mau nye aku nak duduk opis lama.Bodak opis aku nih kalau hari Jumaat sepi giler.Semua keluar lunch.

Last minit semua watsup tanya nak keluar tak?Nak makan kat mana hari nih?Pakat-pakat kumpul lah lima orang minah-minah yang cun melecun.Bedezup watsup diorang nih pasal makan tau.Laju jeee.
Biasanya hari Jumaat ada kelepasan pakai baju kurung.Aku je nih kekadang malaii nak iron.Geladah gobok.

Jangan ikut disiplin saya iyer T_T.Hahahahaha.

Dekat sini lah lokasi lunch kami.TWS ini makanan dia sedap-sedap.Aku paling suka makan fish n chip dia.Yang tue aku dah try makan tapi hari tue aku try Nasi Pataya.Aku ambik set lunch.Sebab yang lain cam dah biasa je nampak.Lagipun aku dah lama tak pekena Nasi Pataya nih.


 Nampak kan kegemukkan aku kat situ !! Sedihhh T_T


Ramai yang puji cakap baju aku tantek blouse jubah hari tue.Aku beli murah je lee.Aku beli kat nile.com.Korang kalau rajin pi lah google situ.Aku pilih saiz L.Rasa besar pulakkan.Aku ingat raya tahun nih pun nak melaram kat situ.Murah.Online.Postman hantar.Jimat minyak aku.hehhehehe.


Ni lah kawan-kawan opis aku.Cantik kan?Kitaorang semua tak sama department.Masa nih gosip banyak tau.huhuhuhu.

Aku rasa kenyang sangat makan time tue.Portion dia punye lah banyak.Gelas pun besar giler.Tak habis aku minum.Kesedapan tue bese-bese je aku rasa.Aku jarang makan nasi time lunch hour.Padat dan penut pewotku.

Ni Kak Asnah.Kakak kesayangan aku nih tau.


Mummy Amai yang uhhhhh !! :)


 Dah kenyang yokkk balik opis.Masa dah time nih dah.


Dah nama nya mummy amai.Of course lah nak ootd.Salam Jumaat semua.


Terima kasih sudi baca !!!



Saturday, January 24, 2015

Batuk Selsema Menyerang

Assalamualaikum.

Huhhhh !! Perit dah tekak aku nih.Batuk still tak baik-baik.Dah pun aku pergi klinik pun kes yang sama.Kadang kala batuk bersin yang obersiti tue maluii weihh dengan bodak-bodak opis aku.Mau tak nya pembawakan penyakit nanti semua kena serang.

Dah 10 tahun aku keje kat company aku nih.Bole dikira dengan tapak kaki aku berapa kali je aku mc dalam setahun.Masa preganantkan amai pun aku tak pernah ambik mc.Sihat alhamdulilah.Setahun company akan bagi 22 hari mc.Ko tak nak ker??

Bab makan ubat lah paling aku benci sekali.Nasib baik sakit kalau tidak mau nye aku nak telan semua tue..Pahittttt !!!


Abaikan eyebag aku yang dah semakin gelap gelita tuee.

Bila laaa nak baik nih.Sedih tau. :(


Repeat order dengan yana.Dua hari lepas baru sampai.Dah kena sakit baru nak order.Hehehehe.

Aku still makan vitamin c.Tapi masih yang sama melanda.Huissshhh!!



Terima kasih sudi baca !!!

Riadah Tasik Y

Assalamualaikum.

Hari weekend lepas laki aku sibuk ajak jogging.Lagipun aku dah lama tak excersive.Badan aku dah cam ikan buntal.Aku selalu cakap dengan laki aku, faktor hormon orang dah bersalin dah malas nak fikir kuruihh.Janji aku sihat sudah lerr.Laki aku pulak kuat cycling.Acaner tue??Coming soon insyallah aku pun nak join cycling tunggu Amai besar sikit.Ngeh2ngeh2

Dengan berkejaran dengan Amai setiap hari dah banyak peluh aku keluar tau.Dalam dua tahun jugak aku tak jejak sini.Rasanya lepas aku kawin sampai lah sekarang.Bila dah ada anak hujung minggu aku habiskan bersama.

Sampai Tasik Y orang dah ramai beriadah bersama anak-anak dan famili.Aku uzur pulak minggu nih,nak berjogging memang lah ke laut kan.Laki aku pun malas nak jogging.Orang dah ramai masa tue.Ambik angin bawa Amai kenal sikit dunia luar.Seronok dia nampak kawan-kawan sebaya dengan dia dah berlari-lari ke sana sini.


Percubaan naik binatang.Nampak respon amai ok je time tue.Naik pun tak moo turun dahh.Jenuh laki aku pujuk tak moo merejek.


Eehhhh tak moo turun lah mummy.Kat umah beli lah seekor cam nih!! Hari-hari Amai nak naik tau !!


Alamakkkk !! terlebih sekseyyy anak mummy nih.Respon tak like amai naik nih.Kalau ada kawan jadi jugak dia.Dia tak moo pandang camera ramai kanak-kanak kat tepi situ.Bajet nak kawan dengan awak ker dik??Diorang semua dah besar-besar tau.Awak je cinonett jek.


Masa naik deakt sini.Dah pandai tunjuk belakang gambar binatang tue.Main tunjuk je.Nak sebut bahsa Jerman mana lah mummy faham sayangg.




 Asik leka betul tengok kanak-kanak sekeliling.Amai pertama kali riadah kat sini.


Pagi-pagi dah kejut sampai sini.Mata tue cam nak sambung tidur jee tengok gayanya.


 Toleh kanan kiri anak mummy nih.


 Bapak budak pun join sekali main buai.Acaner tue???


Mummy lain kali bawa amai pergi taman nih lagi tau.Besh lah.Ramai kawan-kawan kat sini.
Insyaallah iyer sayang.Tunggu daddy free kita pergi sesama iyer.


Terima kasih sudi baca !!

Wednesday, January 21, 2015

Genap 1 Tahun 1 Bulan Amai berjalan

Assalamualaikum.

Lama dah aku tak update blog kan??Hewhew rindu iyer?Awal tahun aku kerja kat opis melambak sangat-sangat.Nak tulis baca blog kawan-kawan pun tak berkesempatan. :)
Awal tahun dah emo sikit tau sebab bonus tahun nih kena tolak.Hampeh sanggatt.Bajet nak honeymoon punehhhh :(

Dari punehh dengar emo aku,meh aku story tentang Amai yang dah pandai berjalan.Alhamdulilah.
Sebelum nih dah nampak Amai menapak setapak cume kekuatan menampak berjalan ke simen belum lagi ketara.Asik memapah kerusi meja.Lagi satu start dah nak pandai jalan tak moo orang kelek dia.Pegang lama2 pun dah tak moo dah.Nak berdikari katanya.

 
Gambar nih last aku guna Samsung Note II.Tingal kenangan.Pakai pun sekejap jek.Jenuh pilih kasut Amai time nih semua tak kena lah sebab kaki Amai panjang.Susah nak cari saiz.
 

Perkara yang paling Amai suka ialah bermain handphone dan ipad.Pantang handphone lepa letak mulai lah elo2..aaaaahaaa.Bahasa jerman dia dah mai time tue.Kadang kala jenuh cari handphone mane lah dia letak kan.Grrrrrrr !! Handphone daddy lah jadi mangsa.Bila kita ambik nangis tau Amai nih.Tahu dah bersosial kecik-kecik :)

 
Siapa cakap Amai tak pandai selfie??? Kalau aku cakap "Amai tekan sini, tekan sini keluar lah gambar dia.Sengeh-sengeh gedik sangat !!

 
Lokasi paling Amai sangat-sangat suka pergi bilik air.Pantang dengar bunyi air ,orang mandi ker,pluss air tandas ker.Tup-tup dah de depan bilik air.Tercongok kat situ.Nakal dah Amai nih.
 
 
Cam ni lah aktiviti Amai bila aku tak ada kat umah.Hari-hari laki aku watsup aktiviti Amai kat umah.Comell geram pun ada kekadang.Tapi itu semua membahagiakan.Dengar telefon umah.Keluar lah bahasa jerman dia mai.Suka main telefon lah manje mummy nih.
 
 
 
Kadang kala je aku beri dia air kotak soya dengan milo.Sebab kekadang sepupu Amai datang umah nampak diorang minum jerit-jerit.Dah pandai mintak minum.Laju je sedut manje nih.Tapi selebihnya tuang ke lantai.Mula lah emo swinggg aku naik.Grrrrrr !!!
 
 
Alhamdulilah.Amai genap setahun satu bulan dah berjalan.Terima kasih Allah swt. :)
 
 
 
Terima kasih sudi baca !!