Friday, September 18, 2015

Super Cowboy Supermarket kini dibuka !

Assalamualaikum.

Dari semalam nak singgah sini tapi tak berkesempatan.Hari nih sempat terus update dekat blog.Simpan gambar dalam handphone lama-lama kang terdelete kang.Baik transfer terus.Lagipun memori handphone aku nih kecik.Tak bole simpan bebanyak.

Sebelum nih, aku pernah pergi Cowboy dekat Kulai Jaya.Itu pun beli barang doorgift masa nak kawin 3 tahun yang lepas.Sekarang barang keperluan rumah bole lah korang dapati dekat sini.Mana orang Batu Pahat korang tak payah pergi jauh-jauh.Batu Pahat pun dah buka satu branch.Baru je launching 3 hari tak silap aku lah.

Kawasan memang besar dan luas.Hanya ada satu tingkat saja.Tempat meletakkan kereta pun sesuai dan strategik.Banyak barangan runcit untuk kegunaan harian boleh dapati disini.Harga pun memang murah berbanding di luar.Kalau korang nak beli borong pun boleh lagik lah jimat-jimat gandanya.


Nampak tak dekat situ.Bunga masih baru dan wangi.Tak layu pun.Belum seminggu Cowboy nih buka.



Aku pun jalan sini nak cari hadiah untuk collgouge kawin esok.





Tak tahan tengok harga kopi dekat sini.Murah giler.


Paling aku suka round area sini.Ala-ala perkahwinan.Doorgift semua ada dekat sini.Korang pilih nak yang macam mana.




Gemuk lah lahai ibu amai nih... *_* Bila lah nak kuruihh nih.


Paling happy datang sini dapat gula-gula Sour 100% nih.Mula-mula memang lah nak tarik perhatian pelanggan bagi gula-gula apa bagai.Cuba kalau buka dah bertahun memang tak ada lah company nih nak bagi.Iyer dakkk?


Boleh lah hilang kan rasa mengantuk aku di kala petang-petang gini.


Alamat : Super Cowboy Supermarket Batu Pahat
             Batu 4.5 Jalan Kluang,
             83000 Batu Pahat Johor.


Terima kasih sudi baca !!!

2 comments:

  1. Salam.mmg best lah at pahat ada supercowboy..sblm nie pergi yg kat melaka tp tempatnya terlalu berabuklh.excited btl mmg mcm2 keperluan ada..rmainya org.

    ReplyDelete