Wednesday, March 28, 2012

Scha Dan Awal Nikah 4 Mei

Salam semua..bese nye setiap pagi dya akan baca paper Kosmo sebelum keje..ambik mood pagi skit lah katakan..my paveret paper dari dulu sampai sekarang..ari ni artikel paling besh dya baca tentang Scha n Awal dah nk tawin u ollss congratss..Dya minat Scha dari dia menyertai Dewi Remaja sehingga dia menjadi juara..(wlupn x mngundi hihihihi) Drama Awan Dania pun dya tgk sampai ending..Kelas Kau Maria pun sangat besh..peminat tegar Scha..iyehhhhhh ;) 

"Mereka mengadakan sidang akhbar yang diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang semalam, Awal menjelaskan, dia memilih bulan Mei untuk majlis pernikahannya kerana dia dan Scha mempunyai kelapangan pada waktu tersebut.Bagaimanapun, saya tetap gembira kerana hasrat untuk memperisterikan Scha bakal menjadi kenyataan setelah kami menjalinkan hubungan cinta selama lebih dua tahun"..lama tol diorang bercinta akhirnya bersatu..alhamdulilah..


Selepas ini dya nak tunggu baju,kad undangan,resepsi majlis Scha n Awal..tnggu kemunculannya okay..
(sekarang dh fanatik tgk orang taween..huhu..senyum sndiri kt pc...)

Monday, March 26, 2012

Noor Aqilah Juara Model Tudung Fareeda 2012


Assalamualaikum semua..

Noor Aqilah dya so proud with you!! Congarts dear ;)

Noor Aqilaha ialah peminat yang tegar tudung Fareeda yang telah mempunyai lebih 50 koleksi tudung itu tidak menyangka telah terpilih sebagai juara Pertandingan Pencarian Model Fareeda 2012 yang berakhir di SACC Mall di sini semalam.

Noor Aqilah Nadhirah Mohd. Yazif, 20, yang merupakan pelajar tahun pertama, bidang pengajian Pengurusan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang itu telah menggayakan tudung fesyen terkini Fareeda dinamakan Rozana sebelum dinobatkan sebagai juara. Beliau juga memberi sokongan terhadap tudung Fareeda sejak tingkatan lima lagi berbaloi apabila berjaya menjadi model tudung yang saya paling minat.Tudung jenis Rozana sahaja Noor Aqilah ada lebih 10 koleksi, tudung ini memang senang dipakai dan tidak perlu aksesori tambahan.

Syabass buat Noor Aqilah !!!

p/s : dya bile lg bole jd model tudung iyer???;p

Wednesday, March 21, 2012

Doa Seorang Ibu




Ibu Kita Dan Seorang Ibu

1) Lapangnya masa kita ada kaitan dengan keberkatan hidup kita.Kita adalah di bawah siksa Allah bila masa ada masa untuk buat benda tidak baik tapi tidak masa hendak buat yang baik (sobsobs3).

2) Jika kita tidak pernah kecukupan duit maknanya kita diseksa Allah.

3) Setitik air mata ibu jatuh, 10 kebaikan anak hilang, so ibu2 jangan jatuhkan air mata dan anak jangan bagi ibu jatuh air mata.Menangis kerana anak berjaya bukan sedih kerana angkara anak.

4) Kalau balik tengah malam, buka lampu tengok dan tatap muka ibu sebab wajah orang tidur akan menampakkan segalanya.

5) Ada 3 mata yang tidak dijilat api neraka
    - Melihat kaabah sehingga menitis air mata
    - Membaca al-quran sehingga menitis air mata
    - Memandang wajah yang sedang tidur sehingga berlinang air mata

6) 3 orang yang kita kena tengok dan selalu pandang dalam hidup (masa tidur)
    - Anak
    - Ibu
    - Suami
       Selingan : Kata ustaz kalau kita ada perselisih faham dengan suami sampai hendak   bercerai,tengok lah  muka bila dia tidur masih terbit perasaan kasih,sayang,cinta,rindu atau simpati jangan lah bercerai tapi jika tiada rasa semua itu maksudnya jodoh memang tidak ada..bole pi mahkamah jek :(

7) Orang yang selalu menatap dan memandang wajah ibunya tidakkan menangis di hari kematian ibunya .. (x menangis teruk la..) Bagi siapa yang masih ada ibu,,pandang lah selalu okay !!

8) Adalah menjadi 1 dosa jika kita mengguna jari telunjuk untuk menunjukkan sesautu pada ibu.

9) Kalau kita tidak mampu meletakkan diri kita di tempat yang terbaik, Allah akan letakkan kita di tempat terbaik dengan syarat letakkan ibu kita di tempat yang terbaik.
  
10) Barang siapa yang tidak mendoakan ibu selepas sembahyang buat ibu yang sudah meninggal maka dikira dia anak derhaka walaupun pada waktu ibunya masih hidup dia tidak pernah menderhaka.

11) Bila lalu depan kubur, perlahankan dan beri salam.

12) Tanda tanda siksa Allah atas muka bumi ni antara lain simpan harta sampai mati tak pernah keluarkan.Allah panjangkan usia ibu dan bapa supaya dia sakit dan nyanyuk untuk beri syurga pada anak anaknya.  Jagalah mereka dengan baik insyallah, syurga balasanya.  Jadi kalau tahu ibu/bapa sakit, berebutlah menjaga ibu/bapa kita.  Besar sangat pahalanya.Allah kalau boleh taknak kita masuk neraka jadi Allah takkan matikan seseorang dalam keadaan kotor dan berdosa jadi dia bagi kita sakit/malu/miskin untuk membersihkan kita sebelum dia mengambil kita.

13) Sesiapa yang bersedekah selalu, tidakkan miskin orang itu selamanya.

14) Jika mak kita sudah meninggal dan semasa hayatnya kita ada peruntukkan wang untuk dia, bila mak kita dah takde teruskan memberi peruntukkan tu sebagai sedekah.  Jangan kurangkan peruntukkan!! “Ya Allah, aku sedekahkan bagi pihak ibuku, semoga pahala sedekah ni sampai kepada ibuku”.  Itu yang membuatkan ibu bahagia.

15)  Kalau kita susah nak bersedekah, bayangkan wajah ibu kita baru kita ringan tangan nak bersedekah.

Selalu Bergaduh Dengan Ibu
Jika ada antara kita yang selalu bergaduh dengan ibu, ada kemungkinan kita diganggu saka.Antara ganguan saka, selalu mimpi bayi/budak.  Dukung bayi, susu bayi or selalu mimpi jatuh dari tempat tinggi/ selalu sakit tulang belakang/ tulang belakang bengkok/ rasa mengantuk selepas asarSaka dipindahkan melalui Kasih saying/ Harta pusaka, walaupun sebiji pinggan / Amalan / Sentuhan Symptom dah terkena saka
  1) Tak boleh tidor lena tapi bila dekat azan subuh, senang lena
  2) Bila dah peringakat teruk, di usia tua kita, tgh malam selalu lapar
  3) Susah nak dapat anak, senang gugur
  4) Ada rasa kelibat orang lalu
  5) Yang lagi parah, saka bersetubuh dgn kita, mengandung tapi anak hilang dalam kandungan jadi bila nak beintim, bercakap laa sedikit kerana saka menyerupai suami kita dan dia datang dalam keadaan diam

 - Cara hilangkan saka, Zikir “Laillahaillalah” 700,000 sampai habis, insyallah saka akan cair dan keluar dari badan.

- Antara penyakit saka adalah breast cancer, cancer rahim and cancer tulang.

- 3 penyakit yang tiada ubat yang penyakitnya adalah datang dari syaitan adalah cancer, aids and leukemia.  Kalau dapat ni pi laa perawatan cara islam jugak.

- Kalau ibu kita sakit cancer dan dia tak mampu berzikir, kita tolong zikirkan

Kalau ada penyakit was was, bacalah surah al-ikhlas.. “Qulhuwallahuahad…” 1000x sehari..

wallahulalam..

Baca Dulu Baru Tahu..

Salam selamat pagi semua..
  1. Perempuan yang bergelar muslimah itu tidak guna kain yang nipis untuk membuat bajunya sehingga terbayang kuliynya kerana dia tahu pakaian seperti itu adalah pakaian yang layak dipakai oleh perempuan jalang.
  2. Perempuan yang mengakui dirinya beragama islam memang tidak guna rantai kaki yang berloceng untuk dililitkan pada kakinya.Rantai ini apabila dipakai walaupun tersembunyi tetap bergemerincing dan menarik perhatian orang lain,lebih2 lagi lelaki JAHAT.Dia tahu sekiranya dia memakainya juga telah melanggar larangan Allah dalam ayat 31 surah An-Nur. (dya kene buka gelang kaki lh cm ni..sobsob3).
  3. Perempuan yang mengakui dirinya ana muslimah memang tidak guna minyak wangi yang baunya semerbak.Wangian sebegini mempunyai kuasa penyerakan bau yang amat tinggi kerana kadar kemeruwapannya tinggi.Biasanya kekuatan bau ini menunjukkan kadar kekompleksan rantai alcohol yang digunakan membuat pewangi itu.Perempuan yang tidak memakai wangian yang kuat ini tahu bahawa inilah uang dipesan oleh nabi.Sabda junjungan bahawa wanitan yang keluar rumah dengan memakai wangian adalah seperti pelacur.Bukan tidak boleh berwangi2an tetapi bersederhanalah dalam pemakaian wangian tersebut.
  4. Perempuan yang kuat pegangan agamanya memang tidak guna kata2 yang keji kerana dia tahu sesiapa yang sahaja yang bercakap perkara yang keji adalah mereka yang rendah akhlaknya.Lelaki atau perempuan  yang bercakap menggunakan perkataan yang buruk atau jahat, adalah seperti sepohon pokok yang rosak akar tunjangnya. Dia tahu bahawa perumpamaan perkataan yang baik dan buruk dinyatakan dengan jelas dalam ayat 24-26 surah Ibrahim.
  5. Perempuan muslimah tidak guna masa berborak untuk mengatakan hal-hal orang yang disekitarnya atau dengan kata lain mengumpat, memperkatakan keabaian saudaranya. Dia tahu bahawa sekiranya orang yang suka mengumpat baik lelaki atau perempuan dia seolah-olah memakan daging saudaranya sendiri.Apakah sanggup kita memakan daging saudara sendiri? Persoalan ini ditanyakan kepada kita dalam firman-Nya ayat 12 surah al-Hujurat.
  6. Perempuan yang berpakaian berdasarkan syariat islam memang tidak guna tudung tiga segi, apabila memakainya diselempangkannya sehingga nyata bentuk perbukitan pada badannya (tudung siput babi). Sememangnya ia menjadi tatapan mata lelaki yang jahat yang terkena panahan syaitan. Dia tahu apabila bertudung, dia mesti melabuhkan tudungnya sehingga menutup alur lehernya dan tidak menampakkan bentuk di bahagian dadanya. Pesan Rasulullah seperti yang disuruh oleh Allah tersebut dalam ayat 59 al-Ahzab. Begitu juga seorang lelaki yang bergelar suami mesti memberi peringatan untuk isteri dan anak- anaknya.
  7. Perempuan yang memahami etika dalam islam memang tidak guna lenggok bahasa yang boleh menggoda seorang lelaki. Jika bercakap dengan lelaki yang bukan mahramnya, bercakaplah dengan tegas. Jangan biarkan suara lentukku untuk menarik perhatian lelaki yang sakit dalam hatinya. Sememangnya suara perempuan bukanlah aurat, jika aurat maka Allah tidak akan menjadikan perempuan boleh berkata-kata. Bertegaslah dalam percakapan, jangan gunakan suaramu untuk menarik perhatian lelaki sehingga menjadi fitnah buatmu. Bahaya suara wanita yang bercakap dengan gaya membujuk yang boleh mencairkan keegoan lelaki (yang bukan mahramnya) dicatat dalam ayat 32 surah al-Ahzab. Makna ayatnya lebih kurang begini "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik". 'Tunduk' di sini ditafsirkan sebagai berbicara dengan sikap yang boleh menimbulkan keberanian orang untuk bertindak jahat kepada mereka. "penyakit dalam hati" adalah keinginan seorang lelaki untuk melakukan perbuatan sumbang dengannya seperti berzina. Mengapa? Lelaki sangat mudah tertarik kepada seorang wanita melalui suaranya.
  8. Perempuan yang menjaga maruah Islam memang tidak menggunakan alat make-up untuk menonjolkan kejelitaannya melainkan di hadapan suaminya sahaja. Adab bersolek (tabarruj) ini amat ditekankan kepada wanita muslim (muslimah) kerana semestinya kecantikannya adalah hak ekslusif yang mesti persembahkan kepada suaminya. Jika ingin keluar bekerja, dia memakai make-up secara bersederhana sahaja sehingga tidak jelas kelihatan pada wajahnya dia bersolek. Jangan bersolek sehingga cantiknya anda sehingga kadang-kadang wajah anda menjadi seperti hantu. Hendak bergincu? Jika bergincu, pakailah yang tidak menyerlah warnanya atau mengapa tidak pakai lipstick-non-glossy atau lipbalm sahaja?
  9. Perempuan islam tidak akan menggunakan kain tudung yang jarang-jarang seperti jarangnya jala yang digunakan untuk memukat haiwan akuatik. Kerana apabila memakai tudung seperti ini, akan nampak juga bahagian yang sepatutnya ditutup rapi dari pandangan orang lain. Rambut adalah mahkota, tetapi jangan biarkan mahkota itu tidak 'berharga' dengan menayangkannya tanpa sebarang perlindungan. Jika mahkota berharga disimpan dengan rapi di dalam sangkar, dan ditambah pula pengwal untuk menjaga keselamatannya, maka demikian juga dengan rambut wanita. Sangkar itu adalah kain litup yang sempurna dan pengawalnya pula adalah ilmu yang diamalkan oleh anda untuk memakainya dengan cara yang terbaik.

 Jadilah Muslimah yang menggunakan aturan syariat yang telah ditetapkan Allah..
(dya akan cuba buat yang terbaik sampai bile2...)^_^


Tuesday, March 20, 2012

Kenapa Aku Diuji?

Salam,

Apabila diuji,kita barangkali akan ditimpa dua situasi sama ada tambah semangat atau hilang semangat..
Hadis Rasulullah s.a.w yang bersabda bermaksud :"Amat menakjubkan sikap orang mukmin yang sentiasa memandang baik terhadap segala sesuatu di sekelilingya.Apabila seseorang mukmin itu beroleh kebaikan, dia terus memuji dan bersyukur kepada allah.Jika dia ditimpa keburukan, maka dia pun memuji Allah dan bersabar menghadapinya dna ini pun baik baginya.Setiap orang mukmin akan diberi pahala atas setiap amalan yang dilakukannya sehingga diberikan pahala terhadap makanan yang disuapkan ke dalam mulut isterinya."

KENAPA AKU DIUJI???
Apabila manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan :"Kami telah beriman,sedang mereka tidak diuji lagi dan sesungguhnya kami telah menguji orang2 sebelum mereka,maka Allah mengetahui orang2 yang benar dan sesunguhnya dia mengetahui orang yang dusta surah Al-Ankabut ayat 2~3".

KENAPA AKU TDAK MENDAPAT APA YG AKU IDAM2KAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu,Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahu.Surah Al-Baqarah ayat 216".

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya..Surah Al-Bagarah ayat 286.

RASA KECEWA?
Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah kamu bersedih hati apahal kamulah orang2 yang tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman ~ Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA AKU HARUS MENGHADAPINYA?
Orang2 yang beriman, bersabarlah, kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap diperbatasan negerimu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung ~ Surah Al-Imran ayat 200.Jadikan lah sabar dan solat sebagai penolonganmu,dan sesungguhnya yang sedemikian itu sungguh berat kecuali bagi orang2 yang khusyu ~Surah Al-Baqarah ayat 45.

APA YANG AKU DAPAT DARI SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang2 mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka. ~ Surah Al-Taubah ayat 111.

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku tidak ada lain selain dia.Hanya lepadanya aku bertawakal ~ Surah Al-Taubah ayat 129.

AKU TIDAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!!!
dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah.Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kamu yang kafir.~ Surah Yusuf ayat 87.

Amin...

Monday, March 19, 2012

Ya Kita Bukannya Baik...

    Kita Bukannya Baik Untuk Cakap Kita Baik...

  1. Kita bukannya pandai untuk cakap orang lain bodoh
  2. Kita bukannya kaya untuk cakap orang lain miskin
  3. Kita bukannya handsome untuk cakap orang lain muka tidak handsome
  4. Kita bukannya cantik untuk cakap orang tidak lawa
  5. Kita bukannya baik untuk cakap orang lain jahat
  6. Kita bukannya alim untuk orang lain lupa sembahyang
  7. Kita bukannya kuat untuk cakap orang lain lemah
  8. Kita bukannya berani untuk cakap orang lain penakut
     TAPI
  1. Kita adalah pandai jikalau kita sebarkan ilmu itu kepada orang lain
  2. Kita adalah kaya jikalau kita manfaatkan kekayaan kita kepada jalan kebaikan
  3. Kita adalah handsome jikalau kita tak meninggi diri
  4. Kita adalah cantik jikalau kita sentiasa memuji orang lain
  5. Kita adalah baik jikalau kita mengajak orang lain kearah keaikan dan menjadi contoh
    dan tauladan orang lain
  6. Kita adalah alim jikalau kita memperuntukkan sebahagian rutin seharian kita kepada-Nya
    dengan seikhlas hati
  7. Kita adalah kuat jika kita sentiasa membantu orang yang lemah

  8. Kita adalah berani jikalau kita sanggup menggadaikan nyawa untuk mempertahankan agama.
    Ingatlah! kita bukannya manusia yang hebat untuk memcaci dan mengutuk ciptaan-Nya. Dia Maha Mengetahui. setiap apa yang diciptakannya mempunyai hikmah yang tersendiri.Sedarlah.Bukan senang nak jadi senang.





Friday, March 16, 2012

6 Sebab Wanita Islam Dilarang Dan Diharamkan Pakai LEGGING

Asal usul legging nie sebenarnya dari 14th century lagi dimana waktu tu lelaki yang memakainya.Tapi sekarang dah terbalik dan yang paling tak syok nya bila ramai di antara anda wanita di luar sana beragama Islam tetapi memakai SELUAR KETAT dan LEGGING di khalayak ramai dan menjadi tontonan lelaki-lelaki bukan suami.
Ramai wanita Islam menyangka "BOLEH ! APA SALAHNYA PAKAI LEGGING ", asalkan pakai baju labuh. Hakikatnya, wanita Islam tetap tidak boleh memakai seluar yang berkain nipis dan ketat (LEGGING). Seluar jeans ketat pun sudah dipersetujui HARAM oleh para alim agama, apatah lagi LEGGING yang sudah jelas-jelas mengikut bentuk betis, peha dan punggung mereka.


Sebab-sebab HARAM pakai legging adalah:

1. Berpakaian tetapi telanjang.




Senang cerita, seluar ketat dan legging boleh menampakkan bentuk bontot dan bayangan seluar dalam wanita dari pandangan luar.

Banyak budaya (terutama sekali Islam) menyatakan dengan tegas bahawa seluar ketat (LEGGING) ini menyakitkan mata lelaki (maksiat mata) dan menjatuhkan maruah wanita.

Oleh kerana Legging itu sangat ketat, ditambah pula dengan berkilat ia akan menyebabkan wanita yang memakai itu menonjolkan imej seksi dan erotik serta menimbulkan rasa stim ke atas lelaki-lelaki yang memandang.

2. VPL (Visible panty line)

Senang cerita, seluar ketat dan legging boleh menampakkan bentuk bontot dan bayangan seluar dalam wanita dari pandangan luar.Banyak budaya (terutama sekali Islam) menyatakan dengan tegas bahawa seluar ketat (LEGGING) ini menyakitkan mata lelaki (maksiat mata) dan menjatuhkan maruah wanita.Oleh kerana Legging itu sangat ketat, ditambah pula dengan berkilat ia akan menyebabkan wanita yang memakai itu menonjolkan imej seksi dan erotik serta menimbulkan rasa stim ke atas lelaki-lelaki yang memandang.
3. Nampak bentuk bontot dan alur vagina.

Bukan lucah atau kasar, tetapi itulah kesannya memakai legging di tempat terbuka. Memang bodoh wanita Islam yang sudah tahu dirinya mempunyai betis yang mampat, peha yang gebu dan bontot yang agak besar TETAPI berani memakai legging ketat bersama baju kontot atau pendek di hadapan lelaki-lelaki bukan suami.

Amat mudah para lelaki untuk meng X-ray apa yang terselindung di sebalik legging itu. Kemudian, bermain-mainlah idea-idea kotor dan fantasi cabul, rogol di dalam minda lelaki-lelaki itu.Fikiran lelaki tak sama dengan wanita,lelaki ada 1 nafsu dan 9 akal,wanita ada 9 nafsu dan 1 akal,most of the time apa yang difikirkan lelaki adalah wanita

4. Mana boleh campur aduk pakaian tutup aurat dengan pakaian seksi.

Pakai tudung ? Bagus ! Itu menepati kehendak Islam. Tetapi kenapa anda (wanita) memakai bersama seluar ketat dan legging pula...?? Itu namanya mencampur adukkan yang HALAL dengan yang HARAM. Air dan minyak tidak boleh bercampur.

Tudung + Baju labuh dan longgar + Seluar longgar = HALAL
Tudung + Baju sendat dan kontot + Seluar ketat dan legging = HALAM...??
Tudung + Baju labuh + Legging = HALAM...??

Walaupun LEGGING dipakai bersama tudung dan baju paras lutut sekalipun, ia tetap tidak sesuai dari segi peraturan pemakaian Islam kerana bahagian betis wanita masih nampak 'ketat'. Maka ia juga menampakkan bentuk aurat wanita.

Sesetengah wanita menganggap pemakaian Islam ini kolot, tetapi sebenarnya tujuannya adalah untuk melindungi maruah wanita Islam dari pandangan seksual kotor si lelaki. Ini adalah kerana hampir keseluruhan bahagian tubuh wanita termasuklah kaki, betis, peha, punggung, kemaluan, dada, leher dan malah wajah wanita sangat mudah mencetuskan nafsu seksual lelaki. Seterusnya ini boleh mengundang imaginasi kotor dan persepsi jahat si lelaki terhadap wanita Islam itu.

Oleh itu, jika mahu menutup aurat dan berimej wanita sopan, biarlah bersungguh-sungguh. Baru mendapat pahala.

5. Legging Itu Pakaian Berunsur Fetish Seksual

Fetish seksual adalah rasa teruja dan terangsang nafsu seks apabila menyentuh atau melihat bahagian atau aksesori wanita yang tertentu contohnya LEGGING dan SPANDEX.

Jika dicari terma SPANDEX dan LEGGING di internet, banyak yang menghubungkaitkannya sebagai pakaian perangang nafsu seks lelaki. Dengan kata mudah, LEGGING sering dimanipulasikan di dalam gambar-gambar lucah wanita.

Secara agak kasar, pantyhose, tights, spandex dan legging adalah pakaian yang dikategorikan fetish yang mampu menyebabkan para lelaki merasa ghairah dan terkesima lagi teruja.Sebab honestly dari kajian mengatakan yang lelaki ni lebih suka kalau pasangan diorang pakai yang ketat-ketat dari berbogel terus,kalau berbogel,rasa macam,ala biasa nyer,tapi kalau di trigger dengan lingerie ke,bikini ke,apa-apa yang hampir menampakkan susuk tubuh wanita itu,secara automatic lelaki akan jadi lebih berminat dan bernafsu,lelaki memang pervert.

Bayangkanlah anda seorang wanita Islam ditambah pula sudah berkahwin, berjalan ke sana ke mari di tempat awam memakai legging ketat dan kemudian disaksikan dan direnung oleh mata lelaki-lelaki yang gila perempuan.Jangan kata lelaki yang gilakan perempuan,semua lelaki yang normal pasti akan tertarik untuk nak tengok.

6. Pemujaan Kecantikan Wajah Dan Bentuk Badan Hanya Untuk SUAMI Sahaja.

Berhias untuk suami. Bermake-up cantik suami. Pakai baju tidur seksi untuksuami. Pakai mini skirt untuk suami. Pakai seluar ketat untuk suami di ranjang. Pakai legging ketat nampak bentuk peha dan bontot untuk suami. Pakai baju jarang untuk suami. Pakai seluar jeans ketat untuk menggoda nafsu seks suami. Semuanya khas dan istimewa untuk merangsang nafsu seks suami bukan lelaki-lelaki di tempat awam atau di tempat kerja.

Tetapi apa anda golongan wanita buat..??? (tetttttttt..hu3)

p/s : Dya dlu pena pakai legging ni but now dh simpan..x pakai pn..coz bile g opis..ramai yg complain,yg mengata pn de.jd malu sendiri lor...sob2sob2..


ni pic msa giler2 pkai legging..

Thursday, March 15, 2012

Petua Untuk Hilangkan Mengantuk di Pejabat

1. Bau-bauan – Anda tidak perlu minum kopi. Bau aroma akan membantu anda untuk berasa segar. Aroma minyak boleh membantu – eucalyptus atau mint. Setiap aroma yang kuat sekurang-kurangnya boleh digunakan untuk beberapa waktu membuat anda tetap terjaga.
 
2. Urut – Ada beberapa teknik untuk sistem tubuh anda kembali segar. Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala. Dalam masa beberapa sahaja, anda akan berasa segar dan aktif semula.
 
3. Cahaya – Ketika keadaan gelap di sekeliling anda, satu isyarat akan membawa ke otak anda bahawa tidur adalah pilihan yang baik. Pastikan ada cukup cahaya di bilik atau pejabat anda. Pergi ke tempat terang atau banyak cahaya matahari untuk beberapa minit. Jika pejabat anda  tidak ada jendela, pastikan cahaya di sekeliling cukup terang. .
 
4. Jangan duduk terlalu lama di kerusi anda. – Mengubah kerusi atau banyak berjalan akan mengaktifkan anda semula.
 
5. Makanan – Jangan biarkan diri anda lapar. Jangan makan terlalu banyak. Makanan ringan lebih baik. Jika perut anda sudah penuh, dan kepala anda berkabut dari tidur tidak cukup, ini suatu alasan untuk rasa hendak tidur.
 
6. Muzik -  Muzik boleh membuat anda tetap terjaga. Mainkan muzik yang mempunyai rentak “up-beat”, supaya anda lebih segar dan bermotivasi positif.
 
7. Berjalan-jalan – Jika anda tidak boleh pergi ke luar,  anda boleh berjalan-jalan di kawasan pejabat anda sambil berinteraksi dengan rakan-rakan sepejabat.
 
8. Air  - Minum air suam selalu untuk menyegarkan minda dan tubuh anda.
 
9. Bersihkan meja – Jika anda masih tidak dapat menumpukan perhatian pada pekerjaan anda, buat sesuatu kerja yang bermanfaat seperti membersihkan meja. Dengan cara ini anda tidak akan hanya duduk diam sahaja. Meja yang bersih dan teratur  mencerminkan imej positif. Anda sendiri akan berasa puas dan selesa. yang dapat menggembirakan.
 
10. Tidur -  Sewaktu rehat, tidur di meja anda. Tidur atau melelapkan mata selama 20 minit sudah mencukupi untuk menyegarkan anda semula.

Wednesday, March 14, 2012

Bulan 5 ^_^ Kursus Kahwin

Selamat pagi semua..Pagi yang mendung..membasahi bumi..syoknye zzzzzzzz :)

Mood pagi ni story about "kawen"(dh nk kawen aku ni iyer..say yesss dlm diri) beberapa minggu ini sudah draf, apa yang patut dibuat bulan 5 nanti. Persiapan awal, even my big day lambat lagi but klu dihitung dgn jari hanya bberapa month sja..Dya dah draf nak cri design baju terlatest, simple, cntik dan low profile..yang paling penting diingati sampai bile2 oleh semua orang..
Ermm..bulan 5 nanti, apa yang dya boleh buat ek? booking ngan bridal? cari kain akad nikah?kad kawin?doorgift? semua nye akan dya lakukan bulan 5 nnti. Semuanya dya dh checklist..tinggal membeli sja..okay..Yang penting kena attend kursus kahwin. borang dh ambik..isi pun sudah..
Sebenarnye dya yang request  nak attend kursus kahwin sama2. Sebagai kenangan kami berdua..but x tahu schedule en.tunang cm ner..(skg dia bizi dgn biz baru n cyling)...

I have to be a good planner for our event..... Semoga Allah kuatkan semangat dya dengan harapan semuanye akan berjalan dengan lancar nnti...

InsyaAllah ...amin..

Tuesday, March 13, 2012

Senarai Blogger Wanita Tercantik Di Malaysia

Selamat petang all bloggerss....hrmm..dya kekenyangan makan sudah..bru jek..time buka email sekarang ni...buke2 email terbca satu email dari si pulan bin pulan memberi title "Senarai Blogger Wanita Tercantik Di Malaysia" CONGRATSSS!!!! dya ucapkan kepada wanita yang mude+jambu lah..salutt....semuanye mude2 belaka..dan follower yang beriban2 gayanyae...Dya x tcapai akal smpi beriban2 iyer coz dya sudah de usia..x orang pn nk follower..cewah...
Di sini dya senaraikan blogger wanita tercantik i loikee it.. kite kongsikan bersma2 iyer ;)


Fatin Liyana – www.honeykoyuki.blogspot.com
Yuyu Zulaika – www.kupukupukecik.blogspot.com
Arxar Nadhirah - http://arxarnadhirah.blogspot.com
Myra Shira – www.miashira.blogspot.com
Fisha – www.yonacoco.blogspot.com
Bebie Wana – http://www.bebiewana.blogspot.com/
Lyssa Secret – www.lyssasecret.com
Farzana Ariffin – www.warna-warnihidupaku.blogspot.comFatin Suhana - http://fatinsuhana.blogspot.com
Nisa Kay - http://nisamenaip.blogspot.com
Bella Dela Rosa - http://weirdbella.blogspot.com
Amirah Filzah - http://mirarafilzah.blogspot.com
Balqis Bahari - http://sheisbalqisbahari.blogspot.com
Nathrah/CaMca Dan Garfu - http://camcagarfu.blogspot.com
Ara Lee - http://arathelady.blogspot.com
Linda Roslan - http://lyndaroslan.blogspot.com
Sarazaqea - http://sarazaqea.blogspot.com
Syie Mazlan - http://gincomerahjambu.blogspot.com
Hanis Zalikha - http://inibelogsaya.blogspot.com
Shafinatul - http://stoberycokelat.blogspot.com
MisSyuha - http://inarasouza.blogspot.com
Liyana Mardiana - http://www.dangobunny.com
Nazneen Najib - http://nazneennajib.blogspot.com

Madah Untukmu. :)



"Bahagie nye dapat pakwe macam die..."
Saya suka tengok jari awek saya...
Cantik betul... Sungguh!
Sampai takut nak pegang...
Bukan takut patah...
Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other
Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...

Saya suka tengok rambut awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan tudung...
Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak....
Tapi takut nanti terbakar dek api neraka
Di suatu hari yang giler forever

Saya suka tengok body awek saya...
Cantik betol... Sungguh!
Sebab tu saya belikan dia telekong
Supaya mase die jumpa dengan Kekasih die Yang Utama
Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya.
Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...

Saya sedih tengok awek saya
Tak tido, tak makan rindu kat saya...
Saya pun macam tu jugak,
Ada problem yang sama..
Die tanya apa ubatnya?
Saya pun bagi die Quran untuk penenang jiwa....
Semoga lebih cintakan Nya dari saya....

Saya sedih tengok awek saya
Selalu pesan macam-macam kat saya...
"Makan, minum, drive elok-elok tau..
Nanti awak sakit saye susah ati bla bla bla bla" katenya...
Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu
Die tak kata satu aper pun...
Berdosanye saya....

Kesimpulannya saya memang sayang dia...
Nak jumper die giler forever...
Yang forever punye forever...
Di dunia dan akhirat terutamanya,
Janji nak share heaven sama-sama...
Bahagia selamanya...

Semoga kami saling mengingati,
Dosa sendiri pun infiniti...
Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni...
Semoga kami menginsafi diri...
Ya Allah ampunkanlah kami....
Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...

P/s - andai anda seorang wanita muslimah...
Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu...
Then kalu anda seorang muslim...
Apa kata tanamkan dalam hati camtu...
Cinta tu anugerah Allah...
Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye...
Semoga saya pun ambik iktibar gak...
Wassalam