Friday, July 18, 2014

Baju Raya Daddy

Assalamualaikum.

Enty blogger hari nih semua mengisahkan pesawat Mas MH17 yang ditembak di Ukraine.Subahaallah ! Allahuakbar ! Al-Fatihah untuk golongan orang islam yang meninggal dalam pesawat tersebut.Rasa sedih bila bulan Ramadan yang mulia nih diberi dugaan sebegini rupe.Aku tumpang kesedihan untuk keluarga mereka.Apakah puncanya hanya Allah saja yang mengetahui.

Meh aku cerita sikit pasal tema baju raya kami tahun nih.Pilihan warna Daddy yang pilih.Daddy pun awal-awal dah reminder aku nak baju cam aaron aziz pakai.Cam model tu lah.Ewww.Nasib baik raya tau b !! Kalau nak pakai mahal-mahal pergi jemputan orang kawin.Memang tak lah jawapan aku.

Sementara tunggu Daddy mandi kite celfie dulu.Laki aku nih kalau mandi punya lah
lama.Sampai aku dengan Amai dah siap.Dia still lagik lambat.Cam pompuan lah b nih.
Nampak sangat peha aku besar sangat masa nih kan.Bulan puasa aku nih berat badan de turun.
Now aku dah 55kg.Nih pun laki aku dah bising.Kena kuruii lagik.Pas puasa kena lah aku pi jogging.
Hari Ahad lepas Daddy ada cakap "Yah kita pergi Jakel tengok baju raya b nak tak?"Minggu depan dah bizi kat kedai."Aku pe lagik bila dah kata pi jalan-jalan shoping raya.Cepat-cepat bersiap.Terus main sepp-ssepp dengan daddy.hihihi."B nak kaler per tahun nih?Kaler orange lah.Nampak garang sikit.Wahhh gitu !!
Ada sorang mamat nih aku dengar lah dia cakap kalau pakai baju melayu Aaron Aziz, nampak segak nampak muda. Macam-macam diorang nih kan.
Bila sampai Jakel Batu Pahat,orang punye lah ramai.Naseb baik aku dukung amai masa tue.Kalau tak aku dah upload vidoe kat sini.Lagik ada offer giler-giler mau taknya orang berpusu-pusu.Amai pun ada merengkek masa tue.Lagipun waktu dia menyusu dan tido.Daddy ko nih kalau dok pilih baju punya lah berejam.Dua jam ada aku rasa dalam Jakel tue.

Akhirnya pilihan hati Daddy Amai baju melayu Aaron Aziz.Tahun ni Zizan Razak bergabung menjadi duta Jakel pulak.Aku tengok ramai orang suka beli.Orang lelaki sekarang beli barang tak ada tengok-tengok harga.Harga baju melayu Aaron Aziz adalah bermula RM110 hingga RM285 sepasang dan dapat butang dan samping percuma.Ada kebaikan sikit kat situ.

Orange tema 2014.Bagi kami bertiga :)

Asal fofular asal glamer.Zasss beli.Cam aku nih aku tak berapa minat baju dah siap nih.Sebab ukuran badan tak sama.Nanti mula lah aku nak adjust,fitting bagai.Walaupun guna sekali dua kali.Aku tetap nak pakai baju raya yang ditempah.Hihihi.

Aku dengar desas-desus ada penciplak plak baju aaron aziz.Pelikss kan manusia sekarang,baju pun ada tipu-tipu kan.hahaha.


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, July 17, 2014

Tukar Susu Step 2

Assalamualaikum.

Bila penyusuan badan berkurangan mula lah sang ibu-ibu tukar cara lain untuk mendapatkan susu iaitu susu formula.Bak kata orang dulu-dulu susu tepung dengan susu tin je..

Ramai yang tanya aku Amai minum susu formula apa.Amai minum susu jenama Frisolac je.Hihii
Amai minum susu ini bermula usia 3 or bulan cam tu lah.Tu pun sebab aku dah start kerja.Air nenen ada kurang.Jadi ada percampuran di situ.Macam-macam dah aku minum tapi air nenen masih kurang.Cuma malam je Amai sepenuh masa hisap nenen.Dulu baru-baru minum susu frisolac nih Amai ada nak meloya.muntah.Maybe belum ada keserasian masa tue.

Botol avent tu aku guna isi air putih.Amai dah suka makan biksut Heinz nih.
Mummy pun join sekali.
 
Tapi alhamdulilah sampai sekarang masih setia dengan susu frisloc nih sampai lah ke step ke 2.Amai pun baru 8 bulan baru lah aku sibuk nak menukar.Aku rasa Amai lebih suka susu yang step 2 nih.Macam mane aku bole tahu Amai suka?Sebab setiap kali menyusu Amai mesti abis minum.Kalau step 1 hengeh-hengeh minum.Nak membuak jek.Aku selalu pesan amai."Minum sayang,susu kamu nih mahal tau,mummy tiap-tiap bulan ikat perut,nak bagi kamu minum yang terbaik tau".Kelip-kelip mata bila aku cam cam gitu.Cam lah faham bebeno.hihihi

Bai-bai step 1.Amai dah maju step ke 2.
Syukur membesar dengan sihat anak mummy nih.

Mungkin Step 1 kandungan susu terlalu kuat kot.Tu jadi gitu rasanya.

Kenapa aku suka susu Frisolac nih sebab Amai tak pernah sembelit.Dan bila dia poo poo pun lembut jek.Tak adalah lahai mengeras cam orang tua.Paling baik hari-hari dia poo poo tau.Syukur Amai sesuaai dengan susu nih.
Anak kecil nih lah yang selalu mengembirakan aku.
Dah besar nanti jadi anak yang solehah iyer sayang.

Untuk pengetahuan korang harga susu dah naik tau.Lagi-lagi Frisolac nih.Cam tak masuk akaii jek.

Insyallah Amai dah besar sikit ,aku pun nak tukar brand lain.Tak larat dik oiii..Mahai sangat.Sekarang nih mummy kamu kerja lagik bole lah minum memahal.


Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, July 15, 2014

Resepi : Puding Custard Sara

Assalamualaikum

Bila bulan ramadan mood aku ke dapo rajin lah sesangat.Eehhh memang selalu ke dapo pun tau.Cume keinginan nak makan tue terlebih sikit.

Bila beli di bazar rasa tak puas nak makan.Masak sendiri muntah lah makan kan.Beza masak dengan beli nih.Aku selalu gak beli di bazar puding ini.Semangkuk dan RM2.Makan  2 3 sudu habis dahh..hihihi

Untuk pengetahuan korang bahan kat bawah nih aku masukkan semua.Cukup untuk 1 famili dan jiran tetangga.Baik kan aku nih!!

Bahan-bahan :
Tepung Custard
Susu Cair 2 tin
Agar-agar 1 paket
Fruit Cocktail 1 tin
Gula Pasir 1 packet

Ini lah rupe custard sudah membeku.Acuan tue aku geladah umah mil jumpa banyak mangkuk palstik

hahahh gitu.warna warni kan cocktail aku nih.Kalau ada sumi jelly bole bubuh kat buah tu.
Potong kecil-kecil.
Nak sedap letak kan buah segar !!

Cara Memasak

1. Jerang air bersama-sama sagar-agar dan gula pasir (gula ikut korang nak manis ker tak,cam aku suke manis-manis buah gitu)

2. Bila sudah likat bole masukkan tepung custard kacau jangan sampai berbijik.Bila sudah mendidih tutup api dan tuangkan ke dalam acuan (acuan ikut kreativi korang iyer).Biarkan sejuk.Nak cepat korang masukkan dalam peti ais.

3. Untuk membuat kuah,jerang air dan gula sedikit (dalam 1 cawan kecil).Selepas itu tuangkan susu cair.Masak sebentar.Tutup api.

4. Apabila custard sudah beku, bole taburkan buahan cocktail ke dalam acuan tersebut.Kemudian tuangkan kuah.Sedia untuk dihidang.

Nak sedap korang masukkan lah kuib ais dalam sedikit dalam acuan tersebut sebelum dihidangkan.Baru lah rasa nikmat coktail tue.

Selamat Mencuba !

Terima kasih sudi baca !!!

Monday, July 14, 2014

Genie Bra

Assalamualaikum

Hahahaha.akhirnya aku order tuk kali ke-2.Disebabkan Genie Bra ini sangat comfortable,aku tambah sebagai collection.


Mudah dan sangat selesa bila dipakai.Bagi aku yang breastfeeding tak ada masalah pon.Ramai kekawan aku rekemen pakai ini.Lepas ini compom lah aku campak bra yang ada wire tue kat dalam tong sampah.Kejam kan.. !!

Kalau korang pakai Genie Bra ini cam pakai span,lebih natural gitu.

hahahah selesa gitu noksss
Dah nama nya orang Johor.Tulisan Jawi pun nak Johor :)

Pilihan terbaik !! Aku rasa semua orang bole guna (kecuali kaum Adam okay)

Terima kasih sudi baca !!

Saturday, July 12, 2014

Bawa Amai Ngi Bersunat

Assalamualaikum

Sebelum puasa hari itu aku bawa Amai ngi bersunat.Dah masuk 8 bulan baru hegeh-hegeh nak bawa pergi sunat.Arwah mak selalu reminder,"jangan lupa sunatkan Amai tue,nanti dah besar,dah tahu buka seluar payah nak memujuk,kalau baby dia tahu menangis je (sobsob tetiba rindu dengan bonda).

masuk kereta cam bese lah selfie dulu.Kena ambik mood si kecik -..-
 
mummy suwoh tengok hp lah sayng.kamu tengok bibir mummy kenapa sayang??
cantik ker lipstik mummy nih?
Aku google lah klinik area Batu Pahat ini.Hanya ada 3 klinik je yang ambil bersunat.Lagipun bukan semua kanak-kanak ada perkhidmatan ini tau.Aku ada tiga pilihan masa tue.Klinik Azlina,Klinik Nur dan Klinik Sinar.Tiga-tiga klinik ini doctor perempuan.Pilihan aku Klinik Sinar sebab doctor yang free masa tue.Klinik yang lain doctor cuti.
 
Amai dah tak bole letak bawah.Merayap satu umah.Tahu2 dah bawah meja jek.
Nampak je slim tapi ligat tau !!
Aku dan apoiment dengan doctor Klinik Sinar.Dalam pukul 10 aku sampai.Nasib baik time tue,aku sorang aje patient.Cepatlah sikit.

Masuk bilik doctor,doctor tanya perkembangan baby dah beberapa bulan.Then doktor suruh aku baringkan Amai sementara doctor dengan pembantu menyediakan alatan sunat.Masa buka pampers Amai dan pegang tangan dia.Seolah-olah minta tolong.hihihi.Kelakar lah kamu anak.!!!

Amai explore sampai maktok punye popia habis dia geladah.Nak mengemas jugak si kecik nih.
Dia tak tahu jap lagik pepek dia nak kena sunat.hhehehe
Walaupun aku ngeri nak tengok jugak cara doctor tu sunatkan pepek Amai ini.Doctor perempuan buat sekejap je.Masa tue,suara Amai menjerit.Boleh tahan gak Amai ini.Badan slim tapi suara bole tahan.Tapi sekejap je dia menangis.Aku dukung diamlah sekejap.Biasalah bila anu sakit,mestilah menangis.

Sunat di Klinik Sinar ini untuk baby girl hanya = RM25

Doctor nya pum lawa muda lagik tau.Klinik Sinar ini dekat je dengan opis aku.

Kepada baby2 comel yang bakal disunatkan tue,aku pun suggestkan korang bole pilih Klinik Sinar ini.


Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, July 9, 2014

Resepi : Ayam Masak Halia versi Bersahur

Assalamualaikum..      

Malam nih,aku nak kongsi resepi yang simple dan sedap.Biasanya waktu berbuka aku senang beli je.Waktu kerja aku habis dah jam 6petang.Pusing-pusing cari juadah dah lewat sampai rumah.Nanti nak mandikan Cik Amai lagik,buat air,kemas-kemas dah pukul 7.Bila petang aku rasa masa aku ngam-ngam je ,tak Ada extra pun.Gini lah jadinya bila dah Jadi emak-emak.Sentiasa sibuk dengan is kecil.    
   
Bese nya daddy yang akan kejut bersahur.Sebelum tu aku akan tya 'b nak sahur pe'?jawapanya senang goreng telur je lah yangg.Tak pun tengok ada apa dalam peti ais umah.Kalau sahur masak,makan lagik syokk rasanya.Lagi2 masakan isteri.Nak rasa masakan aku nih payah sikit sebab mil yang selalu masakan untuk kami.   

Kalau korang rasa nak masak,gi lah try.



Resepi Ayam Berhalia

Bahan-bahan :
600gram Ayam (ikut suka)
1 batang daun bawang
2 inci Halia (Mayang halus)
3 ulas bawang putih,hiris halus
1 biji cili Hijau/merah
1 biji bawang besar,hiris bulat Dan leraikan
2 sudu sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 cawan air

1) Gaul Ayam tadi bersama kicap cair Dan halia yang dimayang halus hingga rata.Perap Ayam tadi selama 1 jam
2) Panaskan minyak,tumis bawang putih hingga harum,masuk kan Ayam yang diperap.Kacau Dan masak hingga air kering.Tuang sos tiram dan gaul rata.Masukkan air,kacau biar mendidih.
3) Masak hingga empuk.api kecil.masukkan bawang cili merah/hijau dan daun bawang.Kacau Dan masak pekat sikit.Rasa Dan jika kurang bole tambah garam atau kicap cair.
4) Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba !

Wednesday, July 2, 2014

Happy Belated Birthday Danish

Assalamualaikum.

Happy Besday Danish Yang Ke 5 Tahun.Semoga Danish belajar dengan sungguh-sungguh,menjadi anak yang soleh kepada papa dan mama iyer sayang.

Hahahah.entry dah basi tapi aku tetap nak update sebab tiap-tiap tahun aku akan update besday danish kat blog nih.Besday Danish memang akan disambut setiap tahun,memandangkan dia nih satu-satunya anak lelaki dan sorang.Bila ntah agaknya mama dia nak menambah iyer.Hihi

Sambutan Danish besenya disambut meriah kedua-dua belah keluarga.Aku datang lewat sikit malam tue.Sebab waktu begitu amai sedang lena diulit mimpi.Waktu tidur jarang sekali aku ganggu kecuali time menyusu.
Tengok nih budak turun kereta.mamai.Lena sangat tido dalam kete.

Hahaha.Nak ambik mood amai baru bangun tido.Cak-cak dulu.Masa untuk mummy makan sayang !!
Pewot lapa :P
 
Ini lah Danish anak emas adik lelaki aku.Tiap-tiap sambut besday .Kek pun ikut tema mood dia.Hihihi
Malam tue makan sedap2 sangat.Adik ipar aku memang terror masak.
 
Danish malu-malu kucing.Ramai sedara-mara,sepupu yang datang malam tue.

Amai dah mula panas.Sebab besday Danish tahun nih buat kat luar rumah.Nampak lain sikit tahun nih.Tudung hijau nih anak sedara aku.Mummy dia yang kat atas tudung merah.Dah besar kan anak dia.
Aku je yang lambat kawin.Hihihi
 
 
Insyallah ada rezeki aku pun nak sambut besday Amai.Tapi kena discuss dulu dengan Bos.Dia cam tak beminat aktiviti gini.Apa pun aku akan try nak sambut gak..Hihihi
 
Selamat Berpuasa Semua Blogger !!!