Tuesday, March 31, 2015

Hantar Anak Saudara Balik Asrama

Assalamulaikum.

Sabtu lepas habis je makan KFC terus hantar anak saudara aku Suhaila balik asrama.Sekolah asrama dia pun tak jauh dengan rumah aku pun.Sekolah Menengah Parit Haji Hassan,Sri Gading.Dekat je lokasi sekolah dengan rumah dan opis aku.Lagipun minah nih seminggu sekali balik rumah.Hari Sabtu Suhaila ada kelas khas agama.Rugi lah kalau tak sambung.

Sebelum balik layan tekak dia yang teringin nak makan KFC.Baru berapa bulan masuk asrama dah kepingin makan KFC.Nafsu budak sekolah yang duduk dekat asrama memang cam tu lah.Macam-macam nak makan.Suhaila cakap dah jemu makan dekat kantin sekolah lah aunty :P

Adik Suhaila nih ada kememeh sikit , masa tak dapat masuk asrama kat sekolah nih nanges bagai nak rak tau.Kesian dia aku tengok.Seboleh-boleh nak masuk asrama.Lagi satu aku tengok dia rajin belajar semangat nak bersekolah tue memang ada kesungguhan dia.Tabah menjalani peperiksaan UPSR sebelum ayah dia meninggal.

Abang ipar aku ayah kepada Suhaila pergi dua bulan selepas mak aku meninggalkan aku buat selamanya.Dalam masa terdekat ahli keluarga pergi dalam masa yang singkat.
Aku tahu adik Suhaila nih tabah dan tahu tanggungjawab dia akan datang.Awak kena bela ibu awak akan datang tau dik.Kesian ibu awak hempas pulas kerja nak bagi awak pelajaran yang terbaik.



Dik solat lima waktu jangan tingal tau.Penting sangat.Ingat lah Allah selalu ada dengan kita :)


Masa hantar Adik Suhaila kat sini.Tetiba rindu zaman sekolah lah.Rugi tak belajar sungguh-sungguh dulu.Kang daah kuli kilang jek :P


Belajar rajin-rajin tau dik.Jangan nak calling ibu selalu.Tahan sikit hati tue.



Tengok lah Kakak Uda aku sibuk memunggah telekung dengan uniform sekolah.Akan datang manja pun akan lalui situasi cam nih kan.Rasanya aku dah resign kot masa tue.


Adik Suhaila pun ada bungkus bawa balik asrama.Boleh makan dekat dorm nanti.



Terima kasih sudi baca !!!

Monday, March 30, 2015

Layan KFC Zinger Rice Wrap Bersama Kak Uda

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, kak uda aku call ajak aku makan kfc yang baru tue.Akak tengok dalam tibi keluar air liur lah dik.Tolong bawa akak bole tak?Anak-anak akak pun dah lama tak makan kfc.Bila ada orang nak belanja terus bersiap cepat-cepat tukar baju manja.Secara kebetulan sabtu tue aku off day, boleh lah layan kakak aku tue.

Ini kakak aku nombor 3.Kak Uda namanye.Orang selalu cakap muka aku dengan kakak uda aku nih sama.Iyer ker?Aku rasa tak kot tang hidung aku lagi besar dari dia.Kakak Uda aku nih comel je.Rendah tak tinggi macam aku nih.Ewahhh, puji diri sendiri nampak nya tue.Hihihi.


Kesian manja lapa iyer nak.Pantang nampak wedges dengan kentang putar.Habis licin makan dibuatnya.



Tengok manja ai nih dah mula menunjukkan kegedikan dia.Orang ajak gambar sama mula lah show yang bukan-bukan.Gigit kang !



Zinger Rice Wrap nih aku rasa biasa je.Tak ada sedap mana pun.Cuma ada nasi dengan ketulan ayam di dalam lempeng tue.Hah?Lempeng??

Portion dia ok lah ngam-ngam untuk makan sorang.Kalau kebulur makan sebijik wrap nih sure tak cukup.Kecil je saiz wrap nih.


Beli rice wrap tue dapat air mountein dew.Aku order yang set bersama kakak uda.Anak dia makan nasi yang ada ayam dengan burger.


Hidangan yang lazat.Lama tak makan ayam kfc tue.Sekali dapat makan.nyum-nyum.hihihi




Mummy dah bole balik belum?Amai nak main playground kat sana tue lah.Bole tak mummy??


Suhaila nih anak kakak aku yang bongsu.Anak dia dua orang je.Pandai Suhaila ambik hati si manja tue.Bawa gi playground tak balik stop main.Busuk muka terus nak balik.


Anak kakak aku yang first tue.Anak dia dua-dua perempuan.Besar kan anak dia.Malu-malu kucing kunun.Tak nak bergambar


Yang nih bungkus bawa balik.Tamak ker nih??Kakak aku nak bagi mak mentua dia.Aku pun ada bungkus kan laki aku dengan mak mentua aku sekali.Suhaila ada bawa balik burger untuk ke asrama.


Manja dah kenyang.Nak tidur kan.Manja kalah betul dengan puting dan selimut frozen.Asik nak tidur je kalau ada dua item tue.


Jom balik.Dah kenyang nih.Cam mahu zzzz.Boleh ker drive??hihihihi.




Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, March 25, 2015

Free Sample Susu Friso

Assalamualaikum.

Sebelum ini ramai yang tanya aku Manje aku minum susu apa.Semestinya Frisolac Gold.Susu ini Doctor Pantai Batu Pahat yang rekemen.Masa tue dapat tin kecil.Bermula lah tin besar sampai lah sekarang Amai minum susu Frisolac dan tak pernag gagal untuk minum susu lain.Pernah jugak tukar susu murah dan mahal tapi tak berjaya menambat hati manja aku nih.Dan Amai cukup cerewet sangat bab-bab susu ini.Sejuk sikit dah tak nak minum.Bazir je kadang aku rasa.

Insyallah ada rezeki lebih aku nak bagi manje minum susu sampai lah dia sekolah.

Hari tue, google laman website Friso ini nampak lah dapat free sample.Terus sign in jadi member.Korang kalau nak susu free bole lah pergi sini.http://www.friso.com.my/main/try_friso_gold

Klik http://www.friso.com.my/main/try_friso_gold



Yeahh !! dah received susu free :) Dapat free sample 3 paket dari Frisolac.Hihihi.Happy tau !


Amai dah minum pun step 3.Kalau packing macam tu, rasanya sekali buat je kot.Bole dibawa semasa jalan jauh.Senang.Paket macam nih kan.Tak tahu lah next week harga susu Friso nih naik ker tak??GST kan?


Hasil geladah beg mummy.Awak faham ker tulis apa tue sayang??Tenung macam faham je?


Manja ini kalau aku balik kerja dia lah orang pertama geledah beg aku.Tengok lah tue habis dia buka.
Mesti dia cari makanan iaitu gula-gula atau coklat.Minah coklat manje nih tau !!



Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, March 24, 2015

Makan di Juz Waffle

Assalamualaikum.

Masa laki aku tak ada empat hari tue.Aku bawa Amai pergi jalan-jalan BP Mall.Tak ada laki aku kat rumah boring sangat.Kawan berborak tue tak ada.Nasib baik ada manja.Boleh buat aku terhibur sikit.

Secara kebetulan anak saudara laki aku nak balik ke Senggarang.Jadi aku lah yang kena pergi ambil masa tue.Lepas ambik anak saudara laki aku tue, terus nak makan request belum lunch.Lapar sangat.Request lagi nak makan yang paling sedap.Terus terfikir bawa diorang pergi makan di Juz Waffle.Aku pun dah lama tak kesini.Aku suka makanan kat sini.Semua nya sedap-sedap belaka tau !

Bila tanya siapa nak bayar nih, semua buat muka taik !!! Hihihihi.

Manja makan ice cream vanila.Senyum tak nampak gigi iyer sayang.I love u !




Manja nih sekarang tak mahu dah orang kelek, peluk, cium dia.Lagi-lagi kalau mummy nak ambik gambar.Mula lah nak membuaskan diri.


Kesian bodak dua orang nih laparrrrrr.Dah pukul 2.30petang.Mane tak nya lapa kan??


Aku order set Ikan Talapia.Sedap.RM17.90.Aku dah makan tiga kali set nih tau.Nampak sangat pencinta ikan talapia kan.Sedap nak mampusss.Korang kalau datang BP Mall bole cuba ikan talapia set dia.


Saya anak rimauuuuuu.!!! Auwwwwwwwmmmmm !!!


Tengok tue?Ada saja aktiviti dia nak buat kan??



Senyum tak perlu kata apa-apa.Hihihihi


Ishhhhh.Mummy nih asik nak gambooo je lah.


Manja nak yayakkkk.

Ini anak saudara laki aku kan.Cantik sangat kulit dia.Muda lah katakan.Aku nih dah 30series kena pakai makeup tebal-tebal baru lah nampak sebaya dengan dia.Hahahahahaha.



Catwalk kununnnn.Hihihi


Manja dan mummy :)


Manja suka sangat kalau kita bawa jalan-jalan shoping mall,makan-makan, beli barang.Mungkin jugak sebab Amai kat rumah sorang.Mana ada kawan.Bila bawa keluar dari rumah, terjerit-jerit sana sini dia.Tengok happy kan dia.Pantang nampak kunci kereta.Dah tahu kita nak jalan.

Jom balik sayang, mak mesti tunggu kita dekat rumah.

Thursday, March 19, 2015

Ikan Besar !

Assalamualaikum.

Kalau sesiapa yang ada follow ig aku pasti tahu yang laki aku tak ada kat rumah empat hari.Hihihihi.Mau tak nya asik miss u daddy lah.Rindu daddy lah dekat ig kan.Laki tak ada mau tak nye rindu serindu nya.Dah lah pergi pulau tak bole call dan watsup.Sure lah risau kan.

Laki aku pergi Dungun Terengganu selama empat hari.Empat hari jugak aku membosan kan diri.Cuma hari tue pergi rumah Abah satu hari dan bawa Amai pergi shopping mall.Biasanya kalau ada laki aku nih, ada lah kawan cakaran kucing sikit kat rumah.Hahahahaha.

Selain suka bersukan cycling, laki aku jugak suka pergi memancing.Tu lah hobi laki aku masa lapang.Ini dah kali ketiga dia pergi tinggalkan aku sejak ada Amai.

Hari Isnin tue,sampai je jeti cepat-cepat call aku cakap selamat dah sampai nak mendarat nih.Dalam hati alhamdulilah.Mesti dia baca watsup aku bertujai dengan gambar Amai setiap masa aku send kat dia.Sebab Amai kalau kita tanya mana ayah manje?mesti dia tunjuk gambar laki aku yang kat dinding tuee.Rindu iyer nakk?ker aku yang rindu??Hahahahahha.

Sampai naik kedarat terus post gambar dengan ikan besar yang dia dapat.Dalam hati aku.Eksen leteww.Takut nanti sampai umah kena bahan dengan aku.Pergi lelama tak dapat ikan,next time tak payah b,buang duit dan masa aja.Baik abiskan masa dengan isteri dan anak.Ada faedahnya.


Alhamdulilah.Dapat ikan besar, sebulan jugak lah aku tak payah pergi pasar.


Kali ini pergi ada berbaloi sikit sebab dapat ikan banyak berbanding dulu dapat kecik-kecik.Nak sedekah orang pun malu.



Kalau korang nak tahu, yang pergi ini semua cikgu dan pensyarah tau.Laki aku je bukan gelaran tue.



Ikan ini je laki aku bawa balik nak masak.Yang lain sedekah dekat orang.Makan ikan besar sangat takut pulak nak makan.



Manja baru tidur.Laki aku kejut lah tue.Nak tunjukkan dia dapat fish besar.

Ikan tenggiri ini aku lupa lah nak tanya laki aku berapa kg.Laki aku nak agihkan sedeakah dekat jiran dan saudara mara.


Manja Amai ikan lebih besar dari awak lah sayang !!!


Tunggu enrty akan datang weekend ini aku masak ikan pulak iyer.



Terima kasih sudi baca !!!