Wednesday, October 31, 2012

wordless wednesday di Tanjung Agas,Muar

♥♥ Assalamualaikum ♥♥

pertama kali dya bergambar bersama2 famili en.husben..happy ;)


possing paling cun tau  !!!

father and mother in law.. :)


masa dah nak balik time nih..besh tengok monkey banyak kat sini

sempat lagikk possing terakhir..yang kat belakang tue,akk en.husben yang fisrt..dia memang suke bergambar.


Cakap-cakap : entry bergambar je tau hari ini..besok ada entry besh2..tunggu :)

Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, October 30, 2012

Selektif kami di aidiladha...

♥♥ Assalamualaikum ♥♥

Gambar dari Instagram..nak add dya.babylydia04 jom ler..follower n following.. :)


pertama kali kami memakai sedondon kaler blue.. :)

kebaya made in Jogyakarta ..ohsem kan ??? *_*



sejak dah beli camera nikon..ari2 membelek..maybe nak tukar job kot..hihihi

muka sama kan??... -_-

salam aidiladha dari kami berdua..

Terima kasih sudi baca !!!


Monday, October 29, 2012

Rakan blogger nak kawin..tahniass..

♥♥ Assalamualaikum ♥♥

Pin...pin...pin....bunyi hon abg posmen yang muka ala2 abang tue..ala korang bukan kenal pun.kalau datang mesti pakai rayban..ohsemm gitu..hihihihi..Dia bagi dya macam2 surat company yang ada invoice lah,cek lah.surat saman lah.,pamplet carefour dan pacitic mall,de mega sale lah..dan bla.bla.mula lah membebel kan???belik punye belik..ehh.."de orang bagi aku kad jemputan??tapi sape iyer??detik dalam hati" ...


cantik kan kad jemputan diorang nih..cute !
 Fikir2 emmm..mesti rakan blogger..sebab tak ada geng lain dah dya ni kecuali rakan2 blogger yang ohsem je lah kan..Rupanya awek cun ni nak kawin tue....Uda & Dara Tahnias dya ucapkan,moga perkahwinan berjalan dengan lancar dan kekal hingga ke akhir masa.


Selamat Pengantin Baru !!!

Terima kasih jugak..sudi jemput dya..hantar kad paling istimewa buat dya tau !!! Insyallah kalau takada aral melintang.dya sampai ke sana iyer..

Cakap-cakap : masih segar dya di ingatan dya .. naik pelamin..besh tue..ramai orang tengok kita tau *-*

Terima kasih sudi baca !!!


Menu malam aidiladha...

Assalamualaikum...

Sempena hari raya haji tahun ni, KFC Zinger Double Down menjadi menu malam raya haji Jumaat lepas.Padahal kat umah punya lah banyak ketupat,rendang ayam.sayur lodeh.sambal kacang tapi nak gak makan KFC malam tue..hihihi.Lama dya mengidam nak makan but en.husben selalu potong hati jangan makan ayam selalu.Tak baik tuk kesihatan katanya.Lama dya pujuk en.husben makan ni akhirnya dia tewas di tangan isteri.Kesian pulak si isteri nak makan berkali2 rewind..takut kempuan ..amin dapat gak akhirnya..

muka kenyang..makan ayam 2 keping :)

akhirnya..dapat makan jugak..yabedabeduuuu :)

Cakap-cakap : en.husben bebeza sikap masa berkawan dengan sudah berkawin.dya sendiri tahu sudah..bai2..

Nantikan entry yang ohsemm sempena raya haji semalam iyer..

Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, October 25, 2012

Salam aidiladha untuk rakan2 bloggers

Assalamualaikum..

Kepada rakan2 bloggers yang sedang bercuti dan akan bercuti dya ucapkan selamat hari raya aidiladha.Selamat pergi dan pulang ke kampung halaman masing-masing..bai2..

besok kami akan di korban kan....

Cakap-cakap : dya pertama kali beraya haji di rumah MIL.. :)

Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, October 24, 2012

120 penampar dalam 1/2 jam...

 Assalamualaikum♥♥

Selamat pagi semua..tinggal lagi satu hari semua umat islam akan menyambut Hari Raya Haji kan..Korang dah buat persiapan ke??Dya tahun ini simple jek..al maklum lah tinggal bersama dengan mak mentua,..tak sama kat rumah sendiri.kalau umah sendiri kesibukan dah ternyata di situ.Nampak tak,dya begitu rajin ke dapor..huhuhuhu.

Pagi ni dya nak share satu story pasal kanak2..Dya ambik petikan dari suratkhabar METRO..
Mari kita kongsikan bersama lagik2 yang ada anak2 kecil..Kesian kan??

situasi di prasekolah..tengok cikgu wanita..zalim sungguh kan?

Seorang guru prasekolah didapati mendera muridnya dengan menampar serta menendang mereka berkali-kali.
 
Perbuatan kejam itu terbongkar selepas aksi guru terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang
dipasang di sebuah pusat pendidikan di Taiyuan, utara Shanxi.

Melalui rakaman video selama 30 minit itu, guru terbabit dilihat menampar empat muridnya lebih 120 kali apabila mereka gagal menjawab soalan diberi. Insiden itu disiasat selepas seorang daripada bapa murid terbabit - cuma dikenali sebagai Han kehairanan apabila muka anak perempuannya merah dan bengkak. Media semalam melaporkan, Han pergi bertemu pentadbiran prasekolah berkenaan dan menuntut untuk melihat rakaman CCTV di situ.
Menurut Han, melalui rakaman berkenaan, dia melihat anaknya serta tiga kanak-kanak lain menjadi mangsa dera seorang guru.

“Dalam tempoh setengah jam, guru wanita terbabit menampar anak saya 43 kali, selain menendangnya dua kali,” katanya. Mengenai tiga kanak-kanak lain, Han berkata, mereka masing-masing ditampar 43, 27 dan 10 kali dalam tempoh sama. “Wanita itu tidak sepatutnya menjadi guru. Dia bukan manusia, tetapi jembalang!” katanya. Menurut Han, bukan sekali anak perempuannya pulang dengan muka merah dan membengkak tetapi menyangka ia disebabkan kecederaan ketika bermain. Melalui rakaman itu, Han berkata, guru matematik terbabit meminta anaknya mencampurkan dua angka lebih daripada 10.

Apabila anaknya mengaku tidak tahu, guru terbabit menamparnya. Sementara itu, media China melaporkan, guru wanita itu kini dipecat dari sekolah berkenaan.


Cakap-cakap : Malaysia beruntung tak ada guru seperti ini kan??kalau ada subanaallah...penat ibu mengandung sembilan bulan wooo..senang2 nak tibai anak orang %$#&*&^

Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, October 23, 2012

Kesan pengambilan cili berlebihan..

Assalamualaikum..


Makanan pedas atau berempah sememangnya menjadi kegemaran masyarakat di Malaysia. Tidak sah jika sesuatu jenis makanan tidak dihidangkan dengan cili ataupun bahan yang membuatkan makanan tersebut menjadi pedas.

Ada pula yang suka memakan cili seperti memakan ulam. Amalan memakan cili ini tidak digalakkan dijadikan sebahagian daripada tabiat pemakanan harian terutamanya bagi golongan wanita.

Pakar gastroenterologist daripada India, Dr. SK Thakur berkata memakan makanan pedas boleh mengakibatkan seseorang itu mendapat beberapa penyakit yang serius.

Antara penyakit yang mungkin boleh dihidapi oleh mereka yang gemar memakan pedas berlebihan adalah seperti berikut :

Meningkatkan asid perut Rasa pedas pada cili di makanan pedas itu sebenarnya berasal dari kombinasi asam. Jika masuk dalam sistem pencernaan, dimana sebenarnya kadar asamnya pun tinggi, maka asam dalam masakan pedas akan menambah jumlah asid di perut.

Gangguan perut akut Peningkatan jumlah asid perut yang drastik, jika berlaku terus-menerus akan mencetuskan gangguan lambung akut di lambung. Gejalanya mual, muntah-muntah, demam, diare, sakit kepala dan muntah.

Peradangan Hal ini adalah kelanjutan dari gangguan lambung akut, yang menyebabkan perut terluka. Luka parah di perut ini membuat nanah muncul dan keluar dari luka tersebut.

Sukar tidur atau insomnia Makanan pedas meningkatkan suhu tubuh dan menyebabkan keluarnya keringat. Ini menyebabkan anda sukar tidur. Oleh itu, pengambilan makanan pedas ini disarankan adalah 3 atau 4 kali seminggu dengan kadar yang tidak terlalu tinggi.

Untuk menurunkan kadar asam lambung yang meningkat, maka pengambilan susu dan air kelapa muda akan membantu menurunkan, sehingga anda terhindar dari gangguan pencernaaan.

Cakap-cakap: ini lah sikap yang dya selalu amalkan..kebiasanya dan tabiat ini tak bole dipisahkan bila makan cantonese kuew tioew dan kuew tioew hongkong..x sah kalau tak ada cili potong..
(feveret tau dua2 ini) maka dengan ini kena lah kurangkan demi menjaga kesihatan..tak guna gak makan suplement bagai tapi pemakanan tidak di kawal..hrmmmm..banteras sebelum terlewat !!!

Terima kasih sudi baca !!!

Monday, October 22, 2012

Harga rokok naik 20 sen berkuat kuasa hari ini...

Assalamualaikum♥♥

harge rokok pun naik..hrmmmm !!! pas ni pe plak yang naik kan?kan?
British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai hari ini.

"Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis, 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.

"Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan," kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco yang merupakan kumpulan syarikat tembakau antarabangsa terbesar dunia.

Cakap-cakap : orang ramai tetap membeli rokok di kedai semalam walaupun harganya semakin mahal..!!!

Terima kasih sudi baca !!

Kelantan ada kelebihan...Tahniah !!

Assalamualaikum♥♥

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012..yeahhhh !!! Mohon maaf iyer..dya peminat Kelantan da. :)

Juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan memiliki segenap kelebihan berbanding Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjulang Piala Malaysia sekali gus merealisasikan misi treble yang diidam-idamkan oleh seluruh penyokong The Red Warriors.

Memiliki kombinasi yang padu di bahagian pertahanan di samping tidak bergantung kepada seorang pemain untuk menjaringkan gol,menjadi faktor mengapa Kelantan dianggap selaku pilihan menewaskan ATM di Stadium Shah Alam Sabtu semalam.

Bukan tidak menghormati kekuatan yang ada pada ATM bekas pemain kebangsaan yang juga penganalisis bola sepak negara iaitu Azlan Johar berpandangan Kelantan mempunyai lebih banyak variasi dalam merencanakan serangan di samping anak-anak buah Bojan Hodak dilihat cukup serasi antara satu sama lain.

Sejarah ini akan dikenang sampai bila-bila. Bukan mudah untuk berada pada tahap ini dan berharap Kelantan dapat mengekalkan kejuaraan ini pada musim hadapan.


Syabas dan tahniah buat seluruh pemain, pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) serta penyokong setia atas kejuaraan ini !!!

Cakap-cakap : Peminat setia Khairul Fahmi *_*

Terima kasih sudi baca !!!

Sunday, October 21, 2012

Malam Sepi Tanpa Bulan...

Assalamualaikum♥♥

Good night friend *_*

Terima kasih sudi baca

Friday, October 19, 2012

Rindu emak...;(

Assalamualaikum♥♥

Hampir sebulan lebih bersamaan dengan ZulHijjah dya menjadi isteri orang.Amin sekali lagik..

Dalam menjadi isteri orang tak sama apatah lagi dya tinggal dengan keluarga baru.Penerimaan dan sambutan keluarga baru nampaknya baik2 belaka.Dya kena berfikiran positif.Dya tak nak belajar bersangka buruk,bertahkta kan hati hitam ..x nak..x nak.x nak.Dya kena belajar banyak benda baru dengan keluarga baru dari segi komunikasi,kehidupan dan kekeluargaa.Dya selalu memohon untuk dya belajar dan bukakan hati dya untuk penerimaan itu semua.Walaupun kadang kala amat sukar..hanya airmata yang boleh melenyapkan kekusutan hati dya.Series,kalau dya tak memangis,,tue bukan dya namanya..sensitif woooo !!

Dya inginkan sebuah keluarga yang harmoni walaupun berkehidupan sederhana itu sudah memadai.cukup.

Orang yang paling kuat dya rindui ialah EMAK..Kenapa mesti EMAK?sebab dya banyak berkongsi kehidupan dari segi positif dan negatif.Emak banyak membantu dya dari segi banyak perkara.Tak ternilai budi seorang emak hingga melahirkan anak.Lahirkan dya.Kuasa ilahi sangat2 dya kagumi.Usia dya sudah menjangkau 29 tahun dan dya tak bole melupakan emak dengan mudah.Dari alam persekolahan,dewasa sampai ke remaja.sampailah dya kahwin.semuanya emak.Orang kuat dya paling sibuk masa dya kawin pun emak..Sana sini emak..

abaikan gambar lama..sebab dya suke gambar ni..romantis gitu !!!

Kehidupan dya sudah berkeluarga sudah tak sama seperti mana dulu.Paling dirindui ialah keluarga.

Dari dulu sampai sekarang dya tak akan lupa emak sampai bila2..because I lOVE u forever n never.Bila di rumah baru,emak baru tak sama dengan emak sendiri.Betul tak??Sape2 pun akan bercakap begitu.Dya terima emak baru seadanya cume kadang kala hati membuak2 windu dengan mak but tak ada orang yang tahu kecuali rakan2 di blogger yang membaca entry dya.(hujan di luar seakan mengerti hati dya :(

Malam tadi,malam cabaran buat dya..rindu yang teramat sangat..Hanya gambar dan bau2 kata-kata emak yang membuat dya semangat dan terus semangat.

Cakap-cakap : Baru beberapa hari jumpa mak.dah windu lagikk..Semalam dya tipon mak.mak cakap dia demam..tue yang sedih.sebab dulu masa duduk serumah.kita nampak dia makan atau tidak.Sihat ke.Tido ke?Sekarang nak tengok macam mane?dya tak tinggal sama..tu yang lagik sedihh sangat2..

Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, October 18, 2012

kak julia ni cuci tangan 300x sehari,syampu 25x,mandi 5 jam

Assalamualaikum♥♥

alahai Kak Julia...
Penyakit terlalu taksub dengan kebersihan memang wujud di dunia ini.Para saintis juga sudah mengelaskan penyakit ini sebagai OCD atau ‘Obsessive Compulsive Disorder’.Tetapi berbeza bagi wanita berusia 40 tahun ini, penyakit OCD yang dialaminya itu telah memudaratkan dirinya sehingga dibuang kerja!

Sebabnya, dia akan mencuci tangan 300 kali sehari dan syampu rambut 25 kali sehari!
Malah apabila mandi dia akan mengambil masa hampir lima jam!

Bayangkan berapa banyak masa yang diperlukannya dalam satu hari semata-mata untuk membersihkan diri.
Nampak seperti kerja gila. Tetapi itulah yang dialami oleh Julia Abdullah seorang rakyat Malaysia.
Penyakitnya ini datang kira-kira 20 tahun lalu, iaitu semasa dia bekerja di makmal perubatan yang memerlukannya menguruskan contoh-contoh darah dari penyakit HIV.Oleh kerana terlampau menghabiskan masa dengan membersihkan diri, dia terpaksa dibuang kerja kerana sering datang lewat.
Malah, ‘tabiatnya’ itu menyebabkan bil elektrik dan air melambung tinggi.
Kasihan sungguh, penyakit terlalu taksub dengan kebersihan ini telah memudaratkan dirinya malah ia juga sukar dibendung.Kini, Kak Julia sedang mengikuti satu kelas bagi membolehkan dirinya mengawal nafsu daripada terus membersihkan diri.
Malah Kak Julia sering melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh World Mental Health.

Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, October 16, 2012

30 hari sudah..amin..

Assalamualaikum♥♥

Salam petang kawan2..
Pejam celik,pejam celik dah satu bulan dya menjadi isteri orang.amin.syukur.Hari ini 30 ZulKaedah 1433.Genap !! senyum-senyum tekak teringin nak makan satay.Pelbagai krakter dan sikap yang dya bole nampak oleh en.somi.But secara purata nya ok lah berbanding sebelum dya jadi kawan atau bahasa saintifik nye gurlfriend menjadikan dya kenal sape tue en.baharudin antarnya :

Makan - Dari mula hari perkahwinan sampai lah sekarang, kami jarang makan berdua.sebab nya en.somi membuka kedai sendiri.jadi dia akan lewat pulang sampai ke pukul 11:00 malam.Maka dya akan makan malam bersama MIL.Mulanya agak kekok dan blur2 sikit.tapi kalau tahan makan gastrik pulak datang kang payah,cari penyakit namanya..kan?kan? better makan je dulu..iyer dak?satu dua hari dapat makan malam sama but hari seterusnya dak tak dah..paling cikai pun makan kat luar.tue lah paling besh.Dya suka makan berdua sebenarnya.masa makan dya suke story pe yang berlaku sepanjang satu hari,dya suka en.somi menjadi pendengar setia.. *_*

Tido - memang lah paling besh..kan?hari2 kene hug dan kiss kan?sape tak suke.Kami dah halal dan sah menjadi suami isteri.amin..Sebelum tido kiss pipi kiri dan kanan.Dan paling wajib sebelum keluar pergi kerja cium tangan en.somi walaupun kadang kala en.somi tido.tak sedar dya dah pi kerja.Pada dya its ok sebab dya faham en.somi lewat balik.dya pun tak suka kacau en.somi tido..dan secara rutinya en.somi balik kerja sememangnya compom dya akan zzzzzzzZZZ..Dya tak bole tunggu lama..mengantok giler..Kalang kala nak berborak pun pagi je..pot.pet.Tue pun dapat sepuluh minit.Balik kerja jam 6petang..en.somi dah pi kerja.Masa kami berdua sangat2 terhad. ;(

Hobi - sekarang pulak dah kemaruk main DSLR pulak..Nikan D7000..emmm..paling hampeh..bila waktu free langsung tak nak borak.menci sangat (sikit je,, x berpulun2 pun ..hihihihihi)aktiviti berbasikal masih menjadi no.1 dalam hari weekend en.somi.ingat dah kawin kurang sikit bersukan di luar tapi masih minati..dya bukan pe..tinggal sorang kat umah..boring tau..seriess !!!

Lumrah berumah tangga tak sama dengan bujang kan??baru lah dya terasa sekarang menjadi ister orang.. :)

Bersambung di entry akan datang iyer..bai2..bai2..


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, October 11, 2012

Pesanan buat suami..jika isteri menangis..

Assalamualaikum♥♥

Jika isteri menangis dihadapanmu, "hargailah ia sebelum terlewat"

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…
Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
 
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .
 
Wahai suami2…
jika seorang isteri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu
sepanjang hidupmu,
disaat kau terperuk terlalu dalam.
 
Wahai suami2…
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya…
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu,
saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKITnya
yang disebabkan perbuatanmu ?
 
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATANbagi kamu dan anak2mu…
 
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa…
Dia TERHARU dan MENANGISbila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 perkara.
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”.
 
Terima kasih sudi baca !!!

Monday, October 8, 2012

Review : Majlis Bertandang 22.09.2012

Assalamualaikum♥♥


Tq so much Kelab Bersukan Motor Limited Sutra Club Senggarang
mengiringi pengantin laki n pompuan sampai ke Batu 1/2 Kampung Parit Penghulu..
Dya happy sangat ^_^



jalan sesak sekejap..pengantin sudah sampai..



gambar paling2 dya suke banyak laut..cantik background kan??
Tq abg marshall Limited Sutra Club.. (bagi kami berdua naik kereta abg yang ohsemm *_*)



cantik tak?pengapit laki2 dan pompuan??auwwww !!!

pengapit belah pompuan ala2 saloma gitu..lalalalalala

my famili..i lap u ollss..sudi joinkan diri.semua nya ada..hapy tau !!!



my bonda,my sister,my brother dan saudara-mara..i lap u tau !!!



Limited Sutra Club the Besh sgt2..



my famili..pink yeahhh !!!



adik-beradik dya yang ohsemmm kan??



kak long..sayang awak tau.. :)



adik kesayangan laki2 dya..ajib..nakal mengusik kami berdua.



my sister n my BFF..control beb makan time nih..


time tuk makan.yeah..dya bersama mak andam kak laila n wanie :)

Terima kasih sudi baca !!!

Friday, October 5, 2012

Celebration Of Love 16.09.2012

Assalamualaikum♥♥

ohh !! auwww cantik kan view ni..lokasi di Padang Golf Batu Pahat <3
seisi outdoor


with my BFF Maizatul Lynda.. tq sygg datang umah dya..comel awk..

with en.husben...manja tak???larikkkkk !!!



my new famili ... :)

bergambar sebelum pengantin laki2 datang



senyum banyak2..lalalalalala

it's me Lydia Aris ;)
Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, October 4, 2012

Pernikahan kami...

Assalamualaikum♥♥

Amin Ya Rabbal Al Amin..tidak putus-putus ucapan syukur pada mu ilahi kerani menyatukan dua hati mu ini..

Sabtu,15.09.2012 malam pernikahan kami.(mood sedih giler babenggg malam tue tau) Bersaksikan wali,jurunikah dya sah menjadi isteri kepada Baharudin bin Mohamad...Aminn...Pelbagai dugaan dan rintangan yang kami tempuhi dan malam tue menjadi saksi.Kunjungan dari sanak-saudara,mak dan abah,adik beradik dya menunggu sekian lamanya dan ini masa yang paling bermakna buat kami berdua.

KINI,...tiba lah masanya..dya letak gambar beberapa keping je tau..yang sedia ada..yang lain ada pada jurufoto..


en.somi mendengar ayat-ayat sakinah dari jurunikah Ustaz Maklom diundang dari Parit Lapis Mahang
dya tahu en.somi sedih malam tue ..^_^

pembatalan air sembahyang..sarung cincin emas disaksikan bonda sebelah kanan dya dan Kak Kusma
nasib baik dya tak kena baca ayat sakinah tue..kalau tak,compom banjir teratak bonda..hihihi.
amin..kami selesai mendengar ayat-ayat sakinah dari jurunikah.

keluarga baru dya..*_*

dya suke sangat pakai shawl half moon kaler putih time ni..nampak suci gitu...larikkkkk !!!!

malam tue umah dya bertemakan pink dan putih..cantik kan..nampak beseri2 tak??
almaklum lah nak jadi isteri orang..mood kene hapi... :)


Semasa entry ini ditulis,,dya sebenar nya sangat2 sedih,terharu dan bersyukur dengan pemberian tuhan memberi dya seorang insan lelaki BAHARUDIN BIN MOHAMAD yang dya amat sayangi dan cintai selama 10 tahun cinta kami bersemi.Amin..


Cakap-cakap : Majlis umah dya dan malam pernikahan baju design sendiri tau..dya suwoh tailor wat kan..Baju nikah nanti dya update entry coming soon yang full dress.Hrge SECRET..paling besh de orang nak beli tue..Tunggu dya buka hati nak sale iyer...

Terima kasih sudi baca!!!

Wednesday, October 3, 2012

Review : Hantaran's Checklist

Assalamualaikum♥♥

Selamat petang semua rakan2 blogger..windu kamu semua tauuu *_*

Mohon maaf beberapa hari tak update entry..why???line opis ada problem sikit,maka tak bole nak komen,tak bole nak update entry..(padan muka,muke toyeeeiii jek dah tiga hari ini, but line internet hari ini dah ok sikit dari semalam dan semalam nya).

Semestinya dya belum habis story tentang hari besar dya kan??Korang mesti ternanti2 kan?kan?(perasaan sekejap sambil senyum2 kambing..lalalalalala)Kali ini dya cete kongsikan sikit jek..tentang hantaran dya tempohari..

dya tempah dengan Kak Lyn..orang Benut ..baik Kak Lyn charge semuanya satu hantaran dalam $15 jek..murah x??


Hantaran belah pompuan 7 dulang bertemakan kaler ORANGE berbakul ala2 putih gitu...Dya suka kan yang simple dan cantik.

(1) Kasut - pilihan husben sebab katanya dia tak ada kasut masa hari besar nanti..2 dalam 1 katanya..
(2) Baju Kemeja - kaler orange senang nak matchkan dengan baju tema raya tahun 2013 katanya..
(3) Biskut Coklat - kegemaran coklat untuk menaikkan mood di hari besar nanti..makan sikit pun jadi lah..katanya
(4) Sirih Junjung - pilhan mak dya
(5) Buah - epal merah
(6) Al-Quran - pilhan kami berdua ^_^
(7) Agar-agar tembikai - (sponspored my sister)

Mohon maaf iyer,gambar hantaran yang full dya tak dapat nak attachkan untuk entry hari ini.

Tunggu next entry tau..

Terima kasih sudi baca !!!