Thursday, October 18, 2012

kak julia ni cuci tangan 300x sehari,syampu 25x,mandi 5 jam

Assalamualaikum♥♥

alahai Kak Julia...
Penyakit terlalu taksub dengan kebersihan memang wujud di dunia ini.Para saintis juga sudah mengelaskan penyakit ini sebagai OCD atau ‘Obsessive Compulsive Disorder’.Tetapi berbeza bagi wanita berusia 40 tahun ini, penyakit OCD yang dialaminya itu telah memudaratkan dirinya sehingga dibuang kerja!

Sebabnya, dia akan mencuci tangan 300 kali sehari dan syampu rambut 25 kali sehari!
Malah apabila mandi dia akan mengambil masa hampir lima jam!

Bayangkan berapa banyak masa yang diperlukannya dalam satu hari semata-mata untuk membersihkan diri.
Nampak seperti kerja gila. Tetapi itulah yang dialami oleh Julia Abdullah seorang rakyat Malaysia.
Penyakitnya ini datang kira-kira 20 tahun lalu, iaitu semasa dia bekerja di makmal perubatan yang memerlukannya menguruskan contoh-contoh darah dari penyakit HIV.Oleh kerana terlampau menghabiskan masa dengan membersihkan diri, dia terpaksa dibuang kerja kerana sering datang lewat.
Malah, ‘tabiatnya’ itu menyebabkan bil elektrik dan air melambung tinggi.
Kasihan sungguh, penyakit terlalu taksub dengan kebersihan ini telah memudaratkan dirinya malah ia juga sukar dibendung.Kini, Kak Julia sedang mengikuti satu kelas bagi membolehkan dirinya mengawal nafsu daripada terus membersihkan diri.
Malah Kak Julia sering melibatkan diri dengan aktiviti yang dianjurkan oleh World Mental Health.

Terima kasih sudi baca !!!

17 comments:

  1. mak aih..macam2 jenis gila dalam dunia ni.. gila cuci tangan pun jenis jenis gila jugak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dya pn terkezut..tu yg sharing kt sini

      Delete
  2. tuh la kalo terlalu taksub sgt dgn kebersihan pyh jugak kan...

    ReplyDelete
  3. fuhh..25 kali syampu...agaknya, sebulan berapa botol syampu dia guna kan...

    ReplyDelete
  4. berapa gelen la ayaq yg digunakan smpai bil melambung kan..

    ReplyDelete
  5. perkh.... mmg bahaya tul penyakit nih... dulu masa kt U pnh gk jmpa org yg camni,mule2 ingatkan naper, sbb dia amik wuduk sampai berkali2,...
    mandi sampai 5jam kecut lah sume tuh kan...

    ReplyDelete
  6. rajinnya julia ni..
    akk dah ada ank ni mandi kerbau je manjang huhuu

    ReplyDelete