Saturday, September 24, 2016

Happy Meals Mcdonald's

Assalamualaikum.

Actually pertama kali bawa Manje makan Mcdonald's..bukan tak pernah makan..Nih first time bawa masuk makan sambil layan kerenah dia..Excited nampak semua menu makanan..Kalau dah nama kanak-kanak semua benda yang tak pernah nampak..semua nak..semua nak beli..Ingat ibu awak nih cop duit ker..Lain lah kalau ayah awak tue anak tan sri..hehehehehe..Dan tue lah sikap Manje setiap kali bawa pergi tempat permainan dan toys..Sometimes aku boleh jadi hulk sekejap tau...

Manje dengan Ibu...


Manje nih kalau bab nak bergambar saja je kan..Macam-macam mimik muka dia show kan...



Manje dengan cousin..Kawan baik..kawan gaduh..


Happy manje dapat happy meals..


Manje nih setiap kali singgah sini..sure nak burger ikan..hantu ikan minah nih...


Besar dah Manje ibu nih..Bulan depan masuk 3 tahun dah..Sekejap je kan...Tengah fikir nak celebrate birthday minah ker tak...emmmm...



Bersama mak mentuaku..yang kurang sihat..Faktor usia..Kencing manis , darah tinggi dia pun naik..Makan pun kena jaga sekarang nih...Moga mak makan pantang dan cepat sihat... +_________________+

Korang ada petua nak kurang kan penyakit kencing manis dan darah tinggi tak?Sharing plzzz..


Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, September 20, 2016

Old Street Commercial Centre, Batu Pahat

Assalamualaikum..

Sesiapa yang tinggal Batu Pahat sure dah sampai dekat Old Street kan..??Cantik bangunan nih lagi-lagi kalau view waktu malam..Cahaya lampu memukau tau..Dan korang jangan tak tahu dekat situ ada show Disneyland Malaysia...hehehehehe...

Paling besh Disneyland ala-ala Malaysia nih diorang buat di aras bumbung bangunan Old Street tue..Kalau korang pergi Old Street naik atas tue guna tangga atau lif pun ada disediakan..Aras bumbung nanti boleh lah nampak restoran dan kedai-kedai yang terkenal dengan animasi watak-watak kartun macam minions, doremon, madagascar, snow white dan kawannya dan banyak lagi..Dan aku rasa kedai minuman dan kedai cenderamata dekat situ mahai sangat..

Rekemen korang ambil gambar dengan animasi kartun sudah memadai..Yang penting anak-anak happy dan enjoy bila datang dekat Disneyland nih..Kalau korang datang siang baik tak payah gambar..Datang lah waktu malam..baru lah cantik gambar korang tue nanti...

Ootd ibu dan amai paling cute sekali iaitu Kungfu Panda..


Animasi Cinderella..Sini lah paling penuh orang bergambar..ada bangku korang boleh duduk dalam keretapi Cinderellla tue..




Anak ibu nak kawin dengan Tuan Putera ker???




Animasi si Kuda Pony..Kartun animasi paling aku suka sangat...


Amai paling excited bila sampai dekat sini..Dia lah paling win..Pimpin tangan pun tak mahu...nak bawa diri kunun..


Amai bergambar dengan kawan...*_*


Rumah Snow White pun ramai masa nih..masing-masing nak bergambar dengan Snow White..Rumah animasi paling cantik aku rasa..Pandai diorang deco...


Ibu pun nak tumpang gambar..Jadi kanak-kanak animasi beberapa minit jeeeeee...



Gambar dari google Old Street Commercial..



Rumah Animasi Doremon..



Gambar google dari Old Street Commercial


Cuti sekolah bangunan nih sentiasa penuh...Pastikan korang cari masa yang sesuai untuk bergambar dengan animasi yang cute dan comel..

Disneyland Malaysia
Old Street Commercial CTR Rooftop,
Jalan Rotan Utama,
Taman Sri Jaya,
83000 Batu Pahat, 
Johor.

Masa : 6 petang - 12 malam.


Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, September 14, 2016

Korban Lembu

Assalamualaikum.

 Ibadah Korban

1. Ibadah korban bermaksud menyembelih binatang ternakan pada hari raya korban (10 dzulhijjah) dan hari-hari tasyriq (11, 12 & 13 dzulhijjah) dengan niat mendekatkan diri kepada Allah

2. Masa ibadah korban bermula apabila terbit matahari pada hari raya korban (10 zulhijjah) dan meninggi sedikit. Namun paling baik dilewatkan sedikit hingga matahari naik segalah dan selepas selesai solat hari raya.


Hukum Ibadah Korban

Hukum ibadah korban ialah sunat muakkad.Makruh meninggalkannya bagi yang mampu. Ibadah sunat inimenjadi wajib jika dinazarkan.

Bagi sebuah keluarga, ibadah korban adalah sunat kifayah, iaitu digalakkan seorang ahli keluarga melakukan ibadah korban bagi pihak ahli keluarga yang lain. Abu ‘Ayyub RA menceritakan; “Pada zaman Nabi SAW seorang lelaki menyembelih korban bagi pihak dirinya dan juga ahli keluarganya” (Muwatta’ Imam Malik; 1770).

Harus melakukan korban untuk orang telah mati atau meniatkan pahala korban untuknya.


Fadhilah Ibadah Korban :

Sabda Nabi SAW; “Tidak ada amalan yang paling disukai Allah pada hari raya korban melebihi dari menyembelih korban. Binatang korban akan datang pada hari kiamat dengan tanduknya, kuku-kukunya dan bulu-bulunya” (Sunan at-Tirmizi; 1496, hasan)
Sabda Nabi SAW; “Bagi setiap helai bulu binatang korban satu kebajikan” 
(Sunan Ibnu Majah; 3127, dhaif).


Syarat-syarat binatang Korban 

1. Binatang ternakan yang sah dibuat korban ialah; biri-biri (berumur genap 1 tahun), kambing (genap 2 tahun), lembu (genap 2 tahun), kerbau (genap 2 tahun) dan unta (genap 5 tahun).

2. Seekor biri-biri dan kambing hanya untuk seorang. Adapun lembu, kerbau dan unta harus dikongsi tujuh orang.

2. Disyaratkan binatang tidak cacat dengan nyata. Menurut hadis; tidak sah korban dengan binatang yang buta sebelah matanya, yang tempang, yang nyata sakitnya dan yang terlalu kurus (Musnad Ahmad; 18510, isnadnya soheh).

3. Sunat memilih binatang korban yang paling elok. Lagi elok, lagi sempurnalah pahalanya.


Cara Pengagihan Daging Korban

1.Wajib sebahagian dari daging korban disedekahkan kepada fakir miskin dalam keadaan mentah, iaitu sekurang-kurangnya satu kadar yang dapat dinamakan sedekah (iaitu 1/2 kilo atau 1 kilo).

2. Daging korban harus jika hendak disedekah kesemuanya kepada fakir miskin. Namun sunat orang yang melakukan korban menikmati sedikit darinya mengikut sunnah Nabi SAW dan mengambil berkat darinya.

3. Sunat daging korban diagihkan kepada tiga pihak; (1) Untuk dimakan diri dan ahli keluarga, (2) Disedekahkan kepada fakir miskin, (3) Dihadiahkan kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan sebagainya sekalipun mereka kaya/berada.

4. Dilarang menjual apa-apa  bahagian dari binatang korban. Ia menghilangkan pahala korban. Termasuk dilarang ialah memberi upah kepada tukang sembelih atau orang-orang kerja dengan daging korban. Jika diberikan atas nama hadiah atau sedekah diharuskan.

5. Sebahagian ulamak mengharuskan memberi daging korban kepada orang kafir yang berbaik dengan orang Islam. Sebahagian ulamak melarangnya.

6. Korban nazar dan korban untuk orang telah mati; wajib disedekahkan kesemua dagingnya kepada fakir miskin.


***وصلى الله على سيدنا محمد، والحمد لله رب العالمين***

Syukur..dapat korban seekor lembu...



Terima kasih sudi baca !!!