Thursday, December 31, 2015

Azam 2016

Assalamulaikum.

Sekejap dah nak penutup buku tahun 2015...Goodbye 2015...Beberapa jam je lagi kan..Azam korang tahun lepas tercapai tak???Setiap orang kena lah ada azam kalau tidak macam mana nak perbaiki kelemahan dan kekurangan diri sendiri..betul tak????Wahhhhhh !!!

Azam aku tahun lepas ada yang tercapai..ada yang tidak tercapai...hrmm...Tahun 2016 kena lebih chaiyokkk !!! chaiyokkk !!!

Amai pun tahun depan dah nak masuk 3 tahun..Lagi 2 tahun dah nak sekolah..Ramai kawan-kawan aku bertanya..Bila Amai nak dapat adik lagi?? " Bila tanya Amai nak adik takk?Mesti dia jawab " iyer-iyer Ibu nih..Amai pun dah petah becok bercakap..Dia punya persoalan tak berhenti-henti rasanya..
Insyallah korang doa-doakan iyer..


Azam aku untuk tahun 2016...

Penambahan zuriat buat kami pun salah satu azam aku untuk tahun depan..Semoga tuhan mempermudahkan...Aminn....Aminnn...

Jadi lebih sihat dan bertenaga..kalau boleh nak lakukan aktiviti sukan bersenam berbasikal , jogging, skipping..Bab pemakanan pun aku nak jaga jugak..NO PIL KURUS...NO PIL KURUS YA...Nih kalau dah malam-malam melantak mee goreng mamak, mee hylam..bertambah lah kg aku tue..Laki pun dah complain cakap badan aku dah montel..Bila nak kurus sayang oiiiii...Target nak capai 55kg pun dah memadai..

Sejak dah tukar bos baru aku nak ubah sikit prestasi kerja..Sebelum nih asik datang lambat je..kena warning dengan bos jangan cerita lah...dah berapa kali kena signal..Aku nak daatang kerja lebih awal..Kurangkan ambik MC dan UPL...Insyallah..Kena perlahan-lahan okay !!

Nak jadi Ibu yang sempurna, penyayang, solehah dan tingkatkan ilmu agama..Sejak ada Amai nih..solat 5 waktu kena jaga..Sebab kalau anak tengok ibu bapa solat..tak sikit banyak dia akan faham dan ikut situasi begitu..Nak Amai membesar dengan sihat dan membesar depan mata dengan sempurna....Moga tuhan sentiasa memberi aku nikmat dan kerberkatan hidup bersama suami dan anak-anak yang diredhai..

Ikutkan banyak jugak impian dan azam aku nak tulis..tapi itu semua dengan keizinan Allah..Kita berusaha selebihnya Allah yang menentukan..

Untuk tahun 2016 aku kena kuatkan semangat dan azam yang baru..Jangan selalu berfikiran yang negatif fikir yang positif..Insyallah hidup pasti tenang dan aman..

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2016 !!!

Terima kasih sudi baca!!

Cuppacake B'licious Bukit Pasir

Assalamualaikum.

Actually aku pernah makand dekat sini sebelum nih..tapi masa tue aku makan desert dan air buah. bila dah jadi viral pasal air messymilkshake yang kata hang bang sedappp !!! Harus lah ku mencuba..

Dekat Cuppacake nih ada 4 jenis air jenis messymilkshakes nih..Korang boleh pilih ikut tekak korang nak rasa macam mane..Aku pilih rating tertinngi aitu Brownies Chocolate Milkshakes..Rasa dia jugak tak..tak berapa nak manis.sebab dekat dalam ada ice batu sikit..Makan kena cepat sebab dalam pun dia ada bubuh ice cream chocolate..


Brownies Chocolate Milkshakes RM10..Aku minum kongsi..ini pun ta abis..Sudah nya kawan aku yang tolong settle..Sebab ai bukan pencinta Chocolate..hihihihi



Teringin pulak nak makan Laksa Penang..RM7.90..Portion dalam ya ampun..banyak giler..pun aku ta habis nak makan..

 
Nasi Lemak Sotong King RM10..Makan sotong pun terhengeh-hengeh nak perhabiskan..Besar giler sotong dekat Cuppacake nih..
 

Banyak menu yang sedap dekat sini..Korang boleh lah cuba..


Minuman pun diorang dah upgrade..Tambah untuk menarik pelanggan merasai pelbagai jenis makanan dan minuman..


Manggo Chese pun ada..Yang mengidam tu boleh lah cuba dekat sini..Ingat nak ambik satu slices desert tapi kekenyangan dah menguasai perut ai..Cancel lah...
Next time bole cuba desert pulak..


Aku datang masa nih orang dah full table..Nasib ada makcik tue siap makan terus bayar..Dapat lah makan..Lunch hour memang ramai makan dengan dekat sini..


Saya Tuan Belog sedang menikmati Laksa Penang dan Brownies Chocolate Milkshakes..



  Alamat :     Cuppacake B'licious Cafe
                     No.39 Jalan Flora Utama 5 Tmn Flora Utama 5
                     83000 Batu Pahat, Johor


Terima kasih sudi baca !!!
 

Thursday, December 24, 2015

Salam Maulidur Rasul

Assalamualaikum.


Mari kiti sama-sama berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW .

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ 
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ


أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا 
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ 
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا 
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ


أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ 
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ 
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي 
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ


يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد 
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ 
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد 
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ


مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد 
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ 
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد 
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ


مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ 
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ 
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ 
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ


عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى 
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ 
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا 
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ


وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد 
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ 
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد 
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد 
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Firman Allah bermaksud : "Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat kepada Nabi, wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepada nya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya." (Surah Al Ahzaab, ayat 56)


Terima kasih sudi baca !!

Saturday, December 12, 2015

Selamat Pengantin Baru Sahabatku !!!

Assalamualaikum

Sabtu lepas kena duty pulak masuk opis..Tu lah bos baru sekarang Sabtu pun kerja..Dah lah Sabtu hari kemalasan..Nasib baik half day..Hihihihi..

Habis duty terus waze nak pergi rumah pengantin kawan baik aku masa kerja di Fuji Cake House..Mane lah tak baik..makan minum semua dia yang bungkus kan untuk aku..Bab kerja dia yang banyak back up aku..Yang itu aku paling salute dekat minah nih..Walaupun cerita itu dah 6 tahun berlalu...kalau ingat-ingat seronok tau masa kerja dekat Fuji nih...hrmmmmm...

Dah lama tak main makeup...main hentam je masa nih..kelam kabut tau..


Masa aku sampai Izza tengah makan berdamai..Lama tak nampak...Manis dan berseri ko nok..Sempat ambik gambar sementara aku nak mencekik sat lagik...


Siap diorang makan berdamai..Acara seisi potong cake..Stoberi ko nok tue..tak tahan aku nengok..Mampu tengok je...Pewot dah penuh nih...




Memasing malu-malu kucing nih...



Selamat Pengantin Baru Izza dan Izuan..Moga korang bahagia till jannah..Jangan gaduh-gaduh tau..Kena sayang-menyanyagi tau...Love n Hug 



 Bergambar dengan penantin yang super comel dan cantik nih...


Bersama adik Izza Angah dan kawan Angah...Rindu korang..


Mak dan Ayah penantin..Tema orange..Aku pun rindu mak ..Sayang Ayah dan Mak..Nanti ada masa aku rajin datang melawat mak iyer...


Aku kena balik cepat-cepat...Rindu Amai..Sejak ada anak aku memang tak boleh kalau berjalan tak bawa Amai..Hanya aku tinggal kan dia waktu kerja....Jiwa aku lain sikit sejak jadi ibu nih...

Selamat berhujung minggu !!

Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, December 9, 2015

Cuti-Cuti Cherating Part 3

Assalamualaikum.

Pagi tue lepas breakfast terus bawa Amai mandi pool..Siap lepas kan gian bermandi-manda dekat pool, packing barang terus siap nak checkout..

Amai nak tidur dekat pool ke sayang oii...Kuyu mata awak sayangg...


Kemain kakak dengan adik senyum lebar nak balik..


Lepas checkout aku terus ke Pusat Santuari Penyu Cherating..Ingat semalam nak pergi mana tahu diorang closed hari Isnin..Sudahnya balik nak balik Batu Pahat baru tengok penyu dekat Cherating nih..


Tengok dari luar nampak kecil je kawasan nih...bila masuk besar ya ampun..Cantik diorang buat macam rumah perkampungan..

Masuk dekat Santuari nih percuma..cuma korang kena menderma terpulang sumbangan tue berapa korang nak masuk kan ke dalam tong yang disediakan..


Dekat sini diorang buat pameran dari penghasilan telur penyu..Bila dan waktu..bulan nak bertelur diorang dah sediakan info untuk korang baca dekat sini..



Laki aku memang suka pusing abis kalau ada pameran cukup dia tawaf..hihihi...


 Penyu boleh menghasilkan telur yang sangat banyak....Korang tengok nih..


Haiii baby penyu !!!




Sebelum balik kita ambik gambar dulu...


Amai tak fokus benci sekarang ambik gambar dengan dia nih tau..


Kak Long dan Shidah..


Habis tengok pameran penyu..terus waze nak pergi bandar Kuantan..nak makan ikan patin tempoyak...


Restoran Akob Patin House Kuantan sangat terkenal dengan masakan ikan patin, masakan semua makanan kampung..Semua sedap sangat..

Masa aku sampai restoran nih penuh pelanggan...Dalam kedai cantik..penuh dengan pelbagai jenis lauk pauk, ulam-ulaman dan desert paling sedap iailah tapai...Yang ni korang kena cuba..

Aku sempat ambik gambar ikan..yang lain dah tak sempat nak ambik gambar sebab dah bau tempoyak masuk ke hidung mata telinga...hahahahaha..

Terbaik Ikan Patin Tempoyak nih..Sedap..betul tak tipu...Aku pilih ikan patin buah..RM25 sepotong..


Korang kalau ke Kuantan rugi kalau tak ke Restoran Pak Akob nih...Wajib makan sini tau !!!

Habis makan ikan patin..aku waze lagik kedai makanan desert...Tup-tup nama Kula Cakes yang keluar..Kula Cakes dengan Restoran Pak Akob berhampiran je..tengah bandar Kuantan.

Apa yang special dekat Kula Cakes nih???Manggo Cheese Cake dia lah...staff sini cakap tu desert paling famous dan sedap dekat Kuantan..Wajib try jugak..hihihi.. 

Masa nak datang sini korang kena bawa perlahan-lahan takut terlepas sebab betul-betul tengah bandar Kuantan..


 Masa aku sampai kena beratur dekat luar dulu..Orang ramai pulak tue...




Pelbagai jenis cake ada dekat sini..korang bole pilih..


Kedai dia comel sangat..jadi aku tapau bawa balik makan dalam kereta..Tempat kosong pun tak ada masa nih penuh dahhhh..

Terbaik Manggo Cheese dia lah..salut pulak dengan ice cream vanila...walaaa makan dalam kereta..Cuaca panas elok makan desert untuk sejukkan badan..



Tamat lah cerita percutian kami sekeluarga di Cherating...Seronok ditambah dengan kepenatan..Insyallah ada rezeki aku nak plan jauh sikit lepas nih...hihihihi...



Terima kasih sudi baca !!!

Monday, December 7, 2015

Al-Fatihah....Almarhum Tunku Abdul Jalil

Assalamualaikum.



Putera ketiga Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil dilaporkan meninggal dunia pada jam 7.10 malam Sabtu lalu di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. 

Media tempatan melaporkan, Almarhum Tunku Abdul Jalil didiagnosis kanser hati peringkat keempat tahun lalu susulan badan menghadapi masalah kesihatan.

Apabila berita kemangkatan Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil disiarkan, kepiluan dirasai oleh semua golongan rakyat bukan sahaja di Johor, malah di seluruh negara.

Ini jelas terbukti apabila orang ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat dan bangsa pergi ke istana besar Johor untuk memberi penghormatan terakhir buat Almarhum Tunku Abdul Jalil pagi semalam.

Kenapa Putera Ketiga Sultan Johor begitu disayangi rakyat jelata? Kenapa orang ramai begitu menyanjung tinggi Almarhum Tunku Abdul Jalil?

Menderita dengan penyakit, masih mampu mengekalkan sikap positif dan optimis

1) Putera Ketiga Sultan Johor merupakan anakanda keempat Sultan Ibrahim dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah, walaupun menderita dengan penyakitnya dalam tempoh beberapa tahun, tapi masih bersikap positif dan optimis, serta turut bergiat menyertai pelbagai aktiviti dan berusaha menyebarkan mesej yang positif melalui media sosial.

2) Seorang yang peramah, Periang dan rendah diri
Walaupun menderita dengan penyakit, tetapi Putera Ketiga Sultan Johor masih sangat optimis ketika menjalani rawatan, secara nakal mengusik ketua jururawat, semua orang suka dengan Putera Ketiga Sultan Johor kerana sikapnya yang peramah dan suka bergurau tanpa mengira darjat atau pangkat

3) Sering memberi galakkan kepada pesakit lain 
Sepanjang menghidap kanser, Almarhum kerap mengunjungi pesakit-pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Baharu untuk beramah mesra dan bertanyakan khabar. Biarpun dirinya menderita dengan penyakitnya, tetapi Almarhum masih berkeinginan mengunjungi pesakit lain sambil memberi sokongan dan kata-kata semangat agar mereka lebih gigih menghadapi penyakit kanser. Di laman Facebooknya tertulis : " Kami menghidap penyakit kanser, sebab itu kami berpeluang menjadi abang dan adik. Esok saya akan datang lagi mengunjungi anda, Azman."

4) Putera Johor Yang Petama Menyertai Pasukan Polis.
Almarhum merupakan kerabat di raja Johor yang pertama berkhidmat dalam pasukan polis selepas tamat latihan polis selama sembilan bulan pada tahun 2011. Seorang putera Johor yang penuh keberanian dan bersikap menegak keadilan, macam mana tidak disanjungi rakyat jelata? 

Sudah pastinya, kebelakangan ini suasana politik negara kita agak menggusarkan, bukan sahaja Putera Ketiga Sultan Johor memperolehi perhatian, malah seluruh kerabat diraja Sultan Johor yang lantang menyuarakan pendirian yang berjiwa rakyat di laman sosial, boleh dikatakan salah satu sebab mengakibatkan Putera Ketiga Sultan Johor menjadi 'People In The News'. 

Barangkali ini merupakan kerinduan masyarakat terhadap putera muda tersebut ataupun boleh juga dikatakan sebagai perasaan sayang ke atas Almarhum, namun demikian ia juga boleh menggambarkan refleksi hubungan akrab orang ramai terhadap kerabat diraja Johor yang lantang menyuarakan isi hati masyarakat Malaysia sekarang.

Terima kasih sudi baca !!

Saturday, December 5, 2015

Cuti-Cuti Cherating Part 2

Assalamualaikum.

Lepas sarapan dekat lobby pagi tue terus siap-siap nak pergi Mini Zoo Kemaman.Amai belum pernah lagi aku bawa tengok binatang.Selalu tengok dekat ipad dengan handphone je..Ramai rekeman pergi sini lagipun Cherating dengan bandar Kemaman sekejap je dah sampai lebih kurang 30minit je dari hotel..Sambil waze jugak nak pergi makan satar Kemaman..ini pun ramai cakap sedap.

Menunggu encik suami bermandi manda dalam tabth berejam lahaaiii...selfie sattt..Paling suka wifi dekat hotel nih laju tau..upload gambar cepat dah share..Suka !! Suka !!


Bersama kakak ipar aku..


Ootd ibu dengan Amai pagi tue..Jenuh pujuk Amai pandang camera langsung tak peduli..hrmmmm..berpuluh kali teriak pun tak dengar..



Ini lah Taman Rekreasi  dan Mini Zoo Kemaman...


Bayaran masuk ke Mini Zoo nih RM10.00 untuk dewasa dan RM7.00 untuk kanak-kanak.Nasib baik masa aku datang open..Ramai jugak yang melawat ke zoo nih ari tue..


Kemudahan untuk orang awam tandas, surau dan taman permaianan juga disediakan..


Harimau.. 



Orang hutan tidur masa nih..tak dapat tengok dia melompat dan bergayut celah-celah kayu pokok..


Masa korang beli tiket dekat kaunter diorang akan bagi klip biru nih sepanjang berada di dalam mini zoo.Korang kena lah pakai..


Kuda pun seekor je nih...


Masuk kawasan nih sejuk sangat sebab ada dibuat ruang atap..Dekat dalam ada kura-kura dan binatang kecil..tak silap lah..lupa..


Gajah ada 2 ekor dekat sini..Amai paling suka tengok gajah...Ibu gajah...Ayah gajah..


Famili kecil saya...yang nih gambar ok bertiga..yang lain..laki aku kemana..anak aku kemana...menci !!


Buaya tembaga...hrmmm..nama binatang yang di...emmmm tak mooo lah cakap..


Haiii pakwe...cantik sangat binatang nih..lupa lahh nama dia..


Menuju ke sangkar burung..pun Amai suka tengok burung..Dekat sini pun pelbagai jenis burung korang bole tengok..


Pantang nampak burung..bising mulut Amai saja..Aku dah ta larat nak layan mulut si kepoh nih.. :)... Banyak dah pertanyaan dia sekarang nih..


Dah banyak jugak binatang Amai dah kenal...Next time kita pergi Zoo Melaka pulak iyer..


Ayah yang jaga Amai sepanjang dekat zoo..Sikit-sikit ayah nak dukung..Pimpin pun dengan ayah..dengan ibu..tak nak lah ibu..


Ayah panas lah ayah...ayah panas lah ayah...




Sambil menunggu kereta ajaib datang..kita selfie dulu..Perot dah lapar masa nih..Nak makan satarrrr !!!


Pergi ke Zoo Kemaman nih korang tak payah bimbang ada kereta ajaib yang akan ambil korang..Sentiasa berpusing..Tak lah lenguh korang kena naik mendaki jauh ke zoo..


Amai dan Ayah...Hug and Love !!


Sementara tunggu laki aku ambik kereta Amai sibuk nak naik kereta nih...Ibu nak naik..nak naik...Sampai balik turun pun tak mahu...


Sibuk nak memandu...



Tengahari aku tak makan nasi..Tak larat dah..dalam kepala ingat bantal dan air cond je kat hotel...

Warung Aziz Satar paling femes dekat Kemaman Terengganu nih..Kena cuba satar dia dekat sini...fresh dari Kemaman tau..Dalam satar tu ada sebiji cili padi cenonot kecik dalamnya..Rasa ikan dan sedap lembut je kalau makan..


Akok Telor makan 2 bijik..Sebijik RM0.50 je...yang lain tapau makan dekat hotel..Sedap akok Kemaman nih..


Satar fresh dari Kemaman...makan separuh jugak selebih makan dekat hotel...Satu batang ada 10 bijik satar RM5.00..


Ketam bersalut tepung...pun sedap jugak tau korang...Harga lupa lah..sebab mak mentua aku yang bayar...hahaha 


Selesai menapau dan makan terus balik hotel...penat sangat masa nih...dengan dukung Amai lagi..korang faham-faham je lah kalau bawa anak kecil pergi bercuti penat jangan cerita lahhh...Petang karang nak pergi tengok pantai sambil mandi di swimming pool...




Terima kasih sudi baca !!!!