Thursday, July 28, 2016

Perkembangan Amai melangkah 3 Tahun..

Assalamualaikum.


A. PERKEMBANGAN FIZIKAL

1. Sangat aktif, suka berlari dan melompat. Sekiranya berkemungkinan, ibubapa perlu menyusun atur rumah agar ada ruang yang membolehkan anak-anak bergerak tanpa rasa bimbang berlaku kemalangan dan kecederaan. Membawa anak ke taman permainan adalah satu langkah yang bijak. Di situ anak-anak dapat melakukan berbagai-bagai aktiviti fisikal di bawah pengawasan ibubapa.

2. Anak-anak di tahap ini belum dapat mengawal pergerakan otot-otot, sehingga mereka tidak dapat duduk diam dalam jangkamasa yang terlalu lama. Jadi, sia-sia saja kita meminta mereka duduk diam. Yang lebih baik ialah membiarkan mereka meneroka persekitaran sambil kita mengawasi mereka.

3. Sekiranya anak-anak mula menunjukkan tabiat suka memegang kemaluan anda tidak perlu risau, segera dapatkan nasihat doktor, anak anda mungkin sedang mengalami gatal ruam atau masalah kulit disekitar bahagian tersebut (di atas faktor kebersihan). Sekiranya tabiat ini berlarutan juga, jangan halang tetapi alih perhatian anak anda dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan menarik minat mereka.



B. PERKEMBANGAN MENTAL

1. Daya konsentrasi sangat pendek dan mudah merasa jemu..

2. Rasa ingin tahu anak-anak di tahap ini sangat tinggi. Ibubapa perlu mengambil kira jenis alat permainan yang hendak dibeli. Permainan yang sesuai ialah permainan yang merangsang kreativiti anak-anak selain harus menarik dan tidak mudah rosak, Ajar anak menggunakan pancaindera (mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa). Libatkan sebanyak mungkin pancaindera anak dalam aktiviti seharian mereka misalnya: mendengar bunyi binatang, membawa mereka ke taman untuk melihat berbagai jenis haiwan dan sebagainya.

3. Perbendaharaan kata mereka masih terbatas di tahap ini. Gunakanlah kata-kata yang sederhana dan konkrit, baik ketika bercerita ataupun ketika bercakap dengan anak-anak. Jangan menggunakan perkataan yang abstrak misalnya: tanggungjawab, keselamatan, kebenaran, keadilan dll. Adalah lebih baik menggunakan perkataan yang disertai dengan contoh-contoh kehidupan seharian.

4. Pemikiran anak-anak di tahap ini sebenarnya lebih cepat berkembang berbanding dengan kemampuan untuk bertutur. Sebab itulah anak-anak sering didapati tergagap-gagap ketika bercakap. Ibubapa harus peka terhadap situasi ini dengan menunjukkan perhatian dan kesabaran. Bersedia untuk menjadi pendengar tanpa tergesa-gesa ataupun memaksa anak bercakap dengan lebih cepat.

C. PERKEMBANGAN EMOSI




Menyukai suasana yang sudah dikenali dan takut pada suasana baru atau orang asing. Sekiranya anak sentiasa dibawa bergaul dengan orang sekeliling, perasaan takut lama kelamaan akan hilang.

D. PERKEMBANGAN SOSIAL

1. Sifat dependent masih tinggi, namun kadang-kadang anak juga ingin menonjolkan sifat kemandirian. Biarkan anak melakukan sesuatu yang mampu ia lakukan sendiri.

2. Egocentric. Anak-anak di tahap ini cenderung memperlakukan kanak-kanak lain yang sebaya dengannya sebagai suatu benda dan bukan sebagai individu. Ia belum boleh bermain “dengan” kanak-kanak lain dalam arti kata yang sebenarnya. Oleh itu, ketika bermain dengan kanak-kanak lain, perlu ada pengawasan dari orang dewasa supaya tidak terjadi keadaan di mana anak kita akan menyakiti anak-anak lain.

3. Suka mengatakan “tidak” dan memang dalam usia ini anak bersikap “menentang”. Selain itu anak juga seringkali “menguji” persekitaran dan orang-orang di sekelilingnya. Anak-anak perlu mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukannya. Tingkah laku mereka itu pada hakikatnya merupakan suatu usaha untuk mengetahui apa yang boleh atau tidak boleh dilakukannya. Oleh karena itu ibubapa harus tegas, jika perlu, berikan hukuman yang sesuai dengan tahap umur mereka bagi kesalahan yang dilakukan supaya mereka tahu bahwa yang dilakukannya adalah salah.

E. PERKEMBANGAN ROHANI (SPIRITUAL)

1. Meniru tingkah laku orang dewasa, Sikap dan tingkah laku ibubapa harus membuat mereka memahami tentang ajaran Islam. Bermakna setiap perbuatan kita harus dikaitkan dengan ajaran Islam, seperti solat, berdo’a sebelum makan, membaca bismillah sebelum membuat sesuatu dll.

2. Anak juga berkembang dari segi rohani. Oleh itu, ibubapa perlu menolong mereka untuk menyedari tentang kewujudan Allah dalam setiap aspek kehidupan. Dengan demikian mereka akan belajar bahwa sekalipun Allah tidak dapat dilihat tapi Allah ada. Bermakna dalam setiap aktiviti kita seharian, ibubapa perlu mengaitkannya dengan kewujudan Allah.

AKTIVITI YANG SESUAI UNTUK ANAK-ANAK DI TAHAP INI




Secara fizikal, anak-anak yang berumur antara 2-3 tahun adalah anak yang suka bergerak, berlari, melompat, memanjat dan tidak boleh duduk diam untuk jangkamasa yang lama. Namun mereka cepat letih karena otot-otot belum berkembang dengan sempurna. Mereka belum dapat melakukan pekerjaan yang rumit. Ibubapa perlu menyediakan aktiviti dan permainan sederhana yang dapat anak-anak lakukan. Beberapa aktiviti yang sesuai untuk anak-anak di tahap ini ialah:

1. PERMAINAN BLOK
  Gunakanlah blok-blok kayu/plastik, dan ajaklah anak-anak untuk menyusun blok-blok tersebut menurut imajinasi mereka sendiri. Biarkan mereka membuat bentuk menurut keinginan mereka, Permainan ini selain dapat merangsang perkembangan otot-ototnya, juga dapat membantu meningkatkan daya imajinasi mereka.

2. PUZZLE

Puzzle adalah permainan yang menyusun suatu gambar atau benda yang telah dipecah dalam beberapa bahagian. Jangan menggunakan puzzle yang terlalu rumit, tapi gunalah yang sederhana yang terdiri dari 5-10 keping, sehingga anak-anak dapat menyusun
dengan mudah.

3. MELUKIS
Sediakan kertas dan crayon dan biarkan anak-anak membuat gambar dan contengan menurut imajinasi mereka, walaupun pada tahap umur ini biasanya anak-anak masih belum melukis dengan sempurna.

4. MENAMPAL

Gunakan gambar-gambar sederhana yang telah dikenali oleh anak, misalnya meminta anak menampal “mata ikan” pada tempat yang sesuai. Boleh juga diberikan beberapa keping gambar dan minta anak menampalkan mengikut keinginan mereka sendiri, misalnya gambar
seorang gembala, seekor anjing, dan 3 ekor anak lembu serta sekeping kertas hijau berbentuk padang rumput yang luas. Aktiviti ini boleh juga disertai dengan aktiviti mengira. Selesai menampal gambar ajaklah anak mengira jumlah anak lembu, anjing dsbnya.

5. MEWARNA
Sediakan kertas dengan gambar di atasnya, pensil warna, atau crayon. Mintalah anak-anak mewarnakan gambar tersebut. Walaupun mereka belum dapat mewarna dengan sempurna, tapi aktiviti ini dapat melatih kepekaan mereka terhadap warna.

Itulah di antara beberapa aktiviti yang dapat dilakukan oleh anak-anak yang berumur 2-3 tahun. Semoga idea ini dapat membantu ibubapa sedikit sebanyak dalam melayani dan merangsang perkembangan anak-anak.


Alhamdulilah...bulan 10 nanti genap lah manja ibu 3tahun..*_________*



Terima kasih sudi baca !!!


Wednesday, July 27, 2016

Makan Sempena Hari Raya

Assalamualaikum.

Hari Jumaat lepas dah janji dengan kawan opis nak lunch sama-sama.Lagipun rehat hari jumaat kan lama..Boleh borak lama sikit dengan diorang nih....of course lah cerita masa hari raya pergi mana...banyak ker duit raya..Berapa pasang baju korang..Kalau dalam opis susah sikit nak popek-popek..Nak ketawa kuat pun malu weihhh..Biasanya masa di meja makan lah kitaorang akan story dan bincang banyak hal...hehehehehe..

Aku awal-awal dah watsapp dekat group nak makan dekat The Windmill Station...Parking pun senang dekat sini..Nak order makan pun cepat sampai..Aku suka sangat makan minum dekat sini..Selesa dan aman..


Hot Honey Lemon RM5.90..


Cheezy Wedges..RM7.50.. Diet lah kunun...pirahhhh !!!!


Bersama kakak sayang..Kak Ana..


Ina dan Kak Faizah...


Banyak story nak cakap dengan Kak Ana nih..Selfiee sat..


Cantik Kak Ana walaupun umur dah banyak... *_*



Diet ku hancusssss....!!!


Kak Faizah, Farra, Ina..


Nampak port kat sini cantik je..Ambik lah gambar sekeping dengan kakak kita nih..



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, July 21, 2016

Beraya dengan Kawan Sekolah

Assalamualaikum...

Kalau ingat-ingat zaman sekolah laaa moment paling besh..Dan sekian lama nya aku tak jumpa kawan-kawan sekolah..Hampir 15 tahun tau tak jumpa..Selalu komen gambar dekat facebook dengan instagram..Sekarang dah maju lagi tambah lah group watsapp sekolah..Wahhhh meriah gitu..Cerita gossip panas dan sejuk semua ada dekat group..hehehehehehe..

Saya, Ziela, Mala, Eja dan Lidya..Kami semua sebaya tetapi berlainan kelas..Masing-masing dah ada anak..


Rumah pertama malam tue beraya rumah Lidya..Besh dan meriah rumah Lidya nih..bertemakan ala-ala kampung..Sejuk...Beraya malam kan..memang lah tak nampak..Kalau siang aku lee orang pertama jadi diva selfie sat...Hahahahahah..


Kesian Si Araa nih lapar ke sayang,....Mama sibuk asik nak bergambar je...


Rumah kedua...Pose lagi gambar sebelum balik sesama orang sedang berpantang...Hihihi..Jue ngelat sembunyi belakang aku...Di sebalik tabir ada yang tersembunyi....jengggg !!! jengggg !!!!


Makcik sebelah aku nih dah ada 4 orang anak tau..Tapi dia punye slimmmmm mak aiiiii jelesss weiiiiii..Mana babat ko eja..Aku nih lepas beranak macam dipampam2...Nak kurus entah bila.....


Borak punya borak tengok sekali tengok jam dah pukul 11malam weeeeewwwwww.. Banyak cerita besh tu yang lupa sampai nak balik..Husband ai dah tunggu lama dekat rumah leee....yokkk pulang...


Actually.... terubat rindu dapat jumpa kawan-kawan lama...Moment paling besh semestinya di zaman sekolah tau korang.....T____________________T

Minggu depan sambung raya lagik....raya kan sebulan...



Terima kasih sudi baca !!!

Monday, July 18, 2016

Raya Ungu 2016

Assalamualaikum.

Dah masuk dua minggu kerja baru lah nak update blog pasal raya kan...Puhhhhh !!! Puhhh !! berabuk blog nih..Macam mana raya korang??Mesti besh kan?Ketupat rendang lodeh ayam merah mesti sedap-sedap kan..

Aku seperti biasa sejak arwah mak dah tak ada..Feeling nak raya tu dah tak semeriah dulu..Sesiapa yang pernah kehilangan mak..mesti rasa perasaan tue macam mana kan....T____________ T

Setiap tahun kak long akan pilih tema kaler untuk raya..So..kami sepakat memilih kaler Ungu Dark..Tahun nih aku bermaafan di sebelah adik beradik aku..Memang setiap kali raya akan bergilir-gilir walaupun jarak rumah dengan laki aku tak sampai pun 10 minit...Hehehehehe...

Siap bersalam bermaafan dengan abah , adik beradik aku semua..cepat-cepat nak ambik gambar..Aku nak berkumpul dengan belah suami aku pulak...

Tengok lee arahan dari suami aku..bab susun orang nak bergambar serah dekat dia...


Haaah...Sedondon sekata tak????...


Adik beradik perempuan..Kak Uda..Mak Ila...Kak Long dan tuan belog....

 
Anak saudara yang semakin tembam dan bombommmm !!!


Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami bertiga..Gambar yang nih elok..Yang lain menghampakan..Yang gegar lah..blur lah..Amai gambor semua tak cantik...Stresss mak !!


Potret Ungu The Aris 's Famili..Selamat Hari Raya !!!



Habis bergambar..berkumpul di rumah Atok Yah..belah laki aku ada atok lagi..jadi semua sepakat kumpul dan salaman di sini je lah...

Sejak ada Amai kami jarang sekali ambil gambar berdua..Nak feeling berdua tue rasa janggal...Hihihii


Bersama kiri dan kanan kakak ipar..


Bergambar dengan adik beradik bapa mentua..


Ootd tak berapa nak menjadi..sebab manja dah nampak bunga api nak main..


Manja dapat duit raya lebih tahun nih...terima kasih ayah bagi Amai dan Ibu duit raya ....


Syawal ke 13..Selamat Hari Raya Korang...!!!!



Terima kasih sudi baca !!!