Tuesday, June 30, 2015

Tofu Masak Sos Tiram

Assalamualaikum.

Bila masuk bulan Ramadan blog akan bertukar menjadi blog masakan.Nak kalahkan semua chef-chef yang star tue tau.Korang kena faham-faham lah iyer.

Ahad semalam aku try masak Tofu.Bapa mentua aku yang teringin nak makan.Aku masak guna bahan yang sedia ada dalam peti ais.Nasib baik ada pujian yang sedap dari bapa mentua.Hari weekend biasaya turn aku lah memasak sambil dipantau oleh mak mentua.Kira ok lah juga ada pengkritik yang hebak-hebak yang kadang kala komen bak sedu dalam makanan aku.

Aku pun first time masak tofu nih.Hehehehe.Alhamdulilah berjaya jugak :) 

Untuk pengetahuan korang sayur-sayur untuk masak bubur Amai habis aku gunakan campur dengan tofu. 


3 pack kecil tofu jepun, carrot, kubis bunga,batang saderi,batang bawang putih,1 biji telur putih,3 bijik bawang putih,1 sudu kecil tepung jagung, 1/4 kiub ayam, sedikit daun sup dan daun bawang untuk hiasan.


Potong tofu jepun.Kena perlahan potong sebab tofu ini lembut.Panaskan minyak dan goreng.Aku letak sikit je minyak cukup untuk terbalik-terbalikkan tofu tu bagi sampai keperangan.Kemudian ketepikan.


Aku tambah dengan isi ayam sikit.


Ini yang paling penting iaitu sos berperisa tiram.Yang ini tak bole letak banyak-banyak kang masin korang punye tofu.Letak lah dalam 2 sudu besar.Aku tak bubuh garam pun.Kena pandai-pandai pelbagaikan rasa.


Amik bawang putih 3 bijik bawang putih racik sampai halus.Kemudian panaskan minyak sikit dan tumis bawang putih.Biarkan wangi sekejap.Masukkan 2 sudu makan sos tiram dan juga air masak air.Masukkan carrot,kobis bunga,daun sederi. Jangan lupa masukkan 1/4 kiub pati ayam,letak kan 2 3 titik  minyak bijan.

Masukkan juga telur putih dah gaul-gaul sikit dan masukkan bancuhan tepung jagung, dan last sekali masukkan dan tofu.Gaul sampai rata.


Last sekali letakkan daun sup dan bawang goreng sebagai hiasan.Sedia untuk hidangan berbuka puasa.
Selamat mencuba !


Next time aku share resepi daging goreng bersama lobak masin okay !

Lepas siap masak bersilat pulak nak mandikan Amai.Leka tengok Monster Inc.


Selamat menyambut Bulan Ramadan yang ke-13 kepada kawan-kawan ibu :)


Terima kasih sudi baca !!!

Friday, June 26, 2015

Popia Mini Kak Rose sudah berada di pasaran

Assalamualaikum.

Bila dah petang mula lah badan lesu lah.Letih sangat.Kalau lah ada bantal aku lah orang pertama yang tidur kat opis ini.Hhehehehehe.Otak pun kurang berfungsi dengan baik masa aku menaip entry nih.

Kuih Tradisi POPIA MINI KAK ROSE sudah berada di cawangan yang berhampiran.Bagi orang-orang BAtu Pahat bole lah dapatkan di kedai yang berhampiran.Sedap tau popia mini nih.Series tak tipu !!

Kat sticker ada nombor telefon dan alamat.Mudah untuk pelanggan menghubungi membuat tempahan.


Korang nampak tue, siap ada tarikh expired date lagi.Makan bila di makan tak ada ragu-ragu.


Malam tu kelam kabut aku nak menyiapkan tempahan kilang.Abah cakap kurang lagi 300 bungkus,




Ini contoh yang aku bungkus ini hanya 500g sahaja.Untuk 1kg beg plastik lain.

Satu bungkus yang bawah ini untuk 10kg popia.Yang mentah pun ada yang goreng pun ada.



Kepada sesiapa yang nak selit order popia mini nih mehh lah watssap dya.Harga kasih sayang dya akan bagi.Okay !!


Dya - 017 -740 6843

Thursday, June 25, 2015

Sahur Lauk Ikan Pekasam Je..

Assalamualaikum.

Pagi-pagi kentang kentung aku dekat dapur.Bangun awal sikit hari nih sebab laki laki aku nak makan ikan pekasam goreng.Hrmmm iyer lah cik abang sok pagi-pagi ai masak kan untuk abang iyer.Jam alarm aku memang set pukul 4.30pagi.Berdering-dering kekadang aku biarkan sampai pukul 5 pagi baru mengelupor masuk ke dapur.Panaskan nasi jerang air.

Secara kebetulan semalam mak mentua aku beli lauk beli.Mana lah sedap kalau dipanaskan balik lauk beli di bazaar tue kan.Silap-silap pukul 10 malam dah basi.

Lama sangat tak makan ikan pekasam.Nama ikan ai tak tahu.Jangan tanya ai okay !! Hihihi.Ikan pekasam nih kawan laki aku yang bagi.Lama dah dok kat peti ais tue.Tak bergerak langsung.Laki aku cakap ikan pekasam semakin lama disimpan semakin sedap.Iyer ke tak??


Laki aku suka letak limau kasturi banyak-banyak.Sebab dia suka benda yang masam dari yang masin.

Goreng ikan sampai nampak garing sikit.Aku suka lumpur banyak-banyak beras tue.Rasa masin masih sama.


Bau satu rumah pagi-pagi ikan pekasam ini.Sedap dimakan dengan nasi panas.Sure korang bertambah-tambah.

Bila dah siap goreng tue, korang bubuh lah dekat pinggan.Letak tepi sekejap.Nampak tak yang keperangan tue namanya beras.Sedap weiii.


Bawang lagi banyak lagi lah sedap tau !

Aku guna minyak yang sama,campak kan bawang besar,cili padi,lada merah dan hijau.Goreng sampai bawang tue nampak layu.Kemudian baru lah letak ikan pekasam yan digoreng tadi.Agak-agak dah sebati goreng lah sekajap.Angkat dan bole di hidangkan makan bersama nasi panas-panas.Compom korang nasi bertambah.


Tengok tue laki aku, padahal aku dah bubuh limau dekat ikan pekasam ni.Mintak lagi extra buat tambah-tambah lagi masam.


Teringat nak makan murtabak pulak petang nih.

Terima kasih sudi baca !!!



Wednesday, June 24, 2015

Kuih Raya Buatan Cayanun WAJIB Baca !!!

Assalamualaikum.





PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan menyiasat di bawah Akta Perihal Dagangan sekiranya pengguna membuat aduan mengenai keraguan mereka terhadap kuih raya yang dilapor diimport dari China.

Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad berkata, sekiranya kuih itu didakwa sebagai halal tetapi sebenarnya ia tidak halal, maka ia adalah menyalahi akta berkenaan.

"Namun sekiranya logo halalnya mengelirukan, ia perlu dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menentukan sama ada produk itu halal atau sebaliknya," katanya.

"Saya alu-alukan aduan daripada pengguna sekiranya terdapat produk yang diragui dan KPDNKK akan menyiasat atau menghubungi Jakim untuk membantu. Tetapi secara rasmi saya tidak menerima apa-apa laporan (berhubung kuih raya dari China)," katanya.

Alias yang ditemui selepas menghadiri Majlis Perundingan Tahunan KPDNKK bersama Sektor Koperasi di sini hari ini, diminta mengulas laporan mengenai kuih dan biskut raya yang dikatakan diimport dari China dan dijual pada harga rendah.

Biskut dan kuih raya itu dijual serendah RM9 hingga RM12 bagi bekas seberat 200 gram hingga 400 gram mengikut jenisnya. - Bernama


Sumber dari Bernama


 Terima kasih sudi baca !!!

Friday, June 19, 2015

Menu 1 Ramadan Yang Simple

Assalamualaikum.

Hahh sekejap je dah petang.Tengok jam dah nak masuk waktu Asar pun.Pagi petang siang malam dah dua hari umat islam berpuasa.Syukur alhamdulilah dapat tempuhi dengan sabar.

Semalam aku ambik cuti satu hari menyambut Bulan Ramadan.Lagipun aku tak pernah ambik cuti awal puasa.Bila dah cuti memang turn aku lah kentang kentung kat dapo.Lauk semalam pun simple je aku masak.Tak susah pun.Yang susah bila si kecil nak join sama.Tu yang aku jadi kelam kabut.Macam kapal karam dibuatnya.

Menu semalam ayam masak merah, sayur kobis masak air, ikan caru bakar,sambal belacan, timun jepun ulam.Rasa bole jilat jari.Puji diri sendiri tau beb !Tapi tu lah tak dapat nak rasa bila time puasa gini.Bila kena complain tutup telinga kanan dan kiri.Hihihihi


Kuih-muih beli di bazaar.Kuih yang diorang beli nih bukan my fav lah.Tak makan pun.Makan cucur badar je 1 keping.

Ikan cencaru bakar fav saya dan somi.Pekena pulak dengan sambal kicap.Oran johor wajib pekena sambal kicap.Baru lah walaaaaa.Sambal belacan kawan dengan timun jepun.Kudapan ulam-ulaman.



Kalau bulan puasa ini still balik macam biasa.5.45 baru lah bole balik.Emmm besh lahaii kalau bos bagi pelepasan bole balik pukul 5petang..Macam-macam menu aku akan prepare kan.

Dah aku nak pergi solat Asar dulu.Selamat berbuka puasa dan berhujung minggu kawan-kawan.



Terima kasih sudi baca !!

Wednesday, June 17, 2015

Esok Satu Ramadan 2015

Assalamualaikum.



Esok dah mula berpuasa iyer kawan-kawan.Sama-samalah kita membuat amal ibadah di bulan yang mulia ini.Bulan yang ditunggu sepanjang tahun.Malam ini dah mula sembahyang terawih.

Esok jangan lupa bangun bersahur :P

Semoga ibadah kita diterima pada bulan yang mulia ini.



Terima kasih sudi baca !!!

Monday, June 15, 2015

Tahu Tak PELANCONG Negara Mana Yang Suka Curi Barangan Di Hotel

Assalamualaikum.



Ramai diantara kita pastinya gemar tinggal di hotel khususnya hotel-hotel yang mewah atau hotel yang bertaraf ‘bintang lima’. 

Selain perkhidmatan yang diberi amat istimewa, malah suasana persekitaran, makanan dan barangan dalam bilik yang diperuntukkan turut yang terbaik.  Ini kerana bayaran yang diberikan agak tinggi, jadi layanan yang disediakan haruslah setimpal dengan harganya.

Namun apabila ‘ check out ‘ dari hotel, kebiasaannya kita semua mesti ada pengalaman mengambil sabun, shampoo atau jel mandi, malah lebih teruk lagi ada yang mengambil tuala mandi atau bantal untuk dibawa balik rumah. 

Baru-baru ini sekitar bulan Mac sehingga April, laman tempahan hotel antarabangsa iaitu Hotels.com telah membuat satu kaji selidik berhubung ‘trend pencuri hotel ‘ yang melibatkan seramai hampir 5000 pelancong dari 28 negara, dengan keputusannya, pelancong dari Singapura berada di kedudukan kedua tertinggi selepas Argentina.

Bagaimanapun, kaji selidik yang dijalankan mendapati kebanyakan mereka bukan pula mencuri barangan mewah, sebaliknya cuma mengambil peralatan kecil dan keperluan asas yang biasanya ada diletakkan di dalam bilik hotel.

Pelancong Singapura paling suka mengambil selipar iaitu sebanyak 53 peratus, manakala 35 peratus pula gemar mencuri peralatan menulis serta baki 12 peratus lagi membawa pulang buku dan majalah dari hotel penginapan.

Hotels.com turut melaporkan selepas Singapura, pelancong Sepanyol, Jerman dan Ireland antara pencuri terbesar, namun pelancong warga Amerika Syarikat berada pada kedudukan sederhana kebarangkalian mencuri di hotel.

Dalam pada itu, pelancong Colombia adalah paling kurang mencuri barangan hotel iaitu 31 peratus diikuti warga Denmark, Hong Kong, Korea Selatan dan Norway yang berkongsi kedudukan sama dengan 33 peratus sahaja.

Ini bermakna tiada negara yang pelancongnya langsung tidak mencuri dan kajian Hotels.com mendapati, semua pelancong mengambil barangan mandian percuma di bilik air dengan alasan sebagai cenderamata kenangan.

Ini diakui penulis buku hotel terlaris Heads in Beds, Jacob Tomsky yang berpengalaman 10 tahun dalam industri perhotelan antarabangsa: “Pihak hotel pun ‘malas’ periksa selongkar bagasi setiap pelanggan mereka.” 

Berikut 10 Negara yang paling berkemungkinan mencuri barang dari bilik hotel :
1) Argentina 73 %
2) Singapura 71 %
3) Sepanyol 70 %
4) Jermen 68 %
5) Ireland 67 %
6) Rusia 59 %
7) Mexico 59 %
8) Italy 57 %
9) Jepun 56 %
10) Amerika Syarikat 53 %

Sumber Cari Infonet


Terima kasih sudi baca !!!

Friday, June 12, 2015

Tema JDT Paling Meriah

Assalamualaikum.

Hahahahah demam JDT sampai sekarang tak hilang lah weiiihhh..Masa kak uda kahwin biasa lah kalau dah nama pengantin mesti lah ada tema colour.

Tema JDT pilihan keluarga aku untuk kak uda kahwin, kak long dengan abang ngah yang pilih.Kalau diikutkan hati aku nak pilih tema colour merah putih.Wahhh cek mek Kelate gitu.Tapi undian untuk pemilihan tema colour banyak yang mengundi JDT.Kalah aku disitu.Diorang nih memang tau.Saja aja nak bahan aku dekat group.

Lagipun kak long dengan abang ngah ia fanatik dengan bola JDT.Aku bese-bese saja dengan bola ini.Paling tidak pun aku tengok dekat televisyen je.Diorang nih sampai ke padang stadium tue.Aku penyokong negeri lain tau (dirahsiakan nanti ada kena bom kat group WatSupp).lalalalalalala.

Meh layan gambar-gambar tema JDT aku yang wala nih..

Yang ini orang kuat majlis.Paling sibuk melayan tetamu, mulut paling bising masa majlis tue tapi kak long aku sangat tabah dan baik hati.Walaupun penat still comell lagik.Hehehehehe.Tema colour JDT pun dia yang pilih untuk majlis kali ini.


Kak Long lah tempat aku mengadu segala pahit dan manis sejak arwah mak tak ada.Sentap sekejap.Kalau arwah mak ada mesti dia lah orang yang pertama happy tengok anak-anak berkumpul.

Terima kasih jugak kak long susah payah menyediakan headband yang cantik sangat.Sempat jugak kak long buat untuk dayang-dayang kampung cam kami nih.


Yang gambar bertiga nih adik aku no 8.Dia tinggal kat Bangi.Sesekali bila ada majlis mahupun kenduri baru lah kumpul sesama dekat kampung.Aku masa kecik-kecik suka gadoh dengan adik aku nih.


Bersama Abang Ngah.Orang kuat majlis jugak masa ini.Gambar berempat aku paling sedih sekali setiap kali tengok dekat hp.Gambar ini lah paling aku sentap.Teringat arwah mak.Mata masuk habuk pulak tiba-tiba :(


Bersama-sama dayang-dayang yang comel.Kak ngah,Nasuha,Suhaila Dan Nadia.Comel diorang kan.


Jangan tak sangka laki aku join sekali bergambar dengan pengantin tau.Hihihi

Enjoyyy  !!!


Buli pengantin sekejap eh..hahhahahhahha



 Bersama suamiku yang kepenatan merewang.


Manje ibu tak sihat masa tue.Dia datang pun ikut mak mentua aku.Kesian pulak tak dapat main sesama cousin makcik  masa majlis tue.Datang sekejap sangat.Lepas ambil gula-gula terus tak nak dengan aku.Badan dia tak sihat masa nih.Habis majlis aku terus bawa dia pergi klinik.Demam rupanya.Patut lah merengek je.

I love u manje Amai.


Alhamdulilah majlis berjalan dengan baik dari pagi menikah sampai lah ke malam.Syukur selamat semuanya.Cuma dalam majlis bila ada kekurangan maka semangat pun kurang.Tapi aku kena kuat dan tabah mengharungi segala kesedihan dengan tiada BONDA.Rindu nya padanya hanya Allah yang mengetahui.Hari-hari aku merindui.

Alfatihah untuk BONDA



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, June 11, 2015

Ramadan Tahun Ini Dijangka Bercuaca Panas

Assalamualaikum.


Malaysia diramal mengalami keadaan cuaca panas dengan taburan hujan yang sedikit sepanjang bulan Ramadan tahun ini, demikian menurut ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurut timbalan Ketua Pengarah Strategik dan Teknikal Jabatan Meteorologi Malaysia, Dr Mohd Rosaidi Che Abas, suhu pada bulan Ramadan yang bermula pertengahan Jun diramalkan sekitar 33 hingga 35 darjah celsius di samping keadaan hujan yang kurang daripada biasa.

Beliau berkata, ini disebabkan negara telah memasuki musim monsun barat daya yang secara relatifnya menyebabkan jumlah hujan diterima berkurangan.

Keadaan cuaca panas itu dijangka berterusan sehingga September, katanya.   

Dr Mohd Rosaidi berkata, keadaan suhu mungkin berbeza mengikut tempat, dengan memberi contoh kawasan di sebelah utara seperti Perlis dijangka lebih panas dengan penambahan suhu sehingga satu atau dua darjah celsius.


Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia ialah Selasa 16 Jun ini bersamaan 29 Syaaban 1436 Hijrah.

Sumber : Bernama





Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, June 9, 2015

Readymade Yaasin Dan Terjemahan

Assalamualaikum.

Hari tue masa kenduri yassin dan tahlil arwah Bonda aku sertakan doorgift untuk tetamu kumpulan yassin orang perempuan.Fikir punya fikir nak bagi apa, aku pilih yassin bagi dekat diorang nanti.

Masa pengantin aku tiga tahun lepas mengidam nak bagi tetamu yassin nih tapi tue lah order lambat sangat.Terpaksa batalkan niat tue.Alhamdulilah masa kenduri terlaksana jugak bagi yassin pada kumpulan yassin orang perempuan.

Yang ini contoh yassin readymade, korang kalau nak buat tempahan bole lah hubungi perempuan cantik manis ini tau.Harga kasih sayang dia bagi dekat korang.

Facebook  : Feelax Wanie
Instagram  : Feelax_makeupagent
No Tel       : 017 - 737 8449







Terima kasih sudi baca !!!

Monday, June 8, 2015

Robocar Poli Pre Order

Assalamualaikum.


Kepada sesiapa yang berminat bole watssup dya okay !!

Dya - 017 740 6843

Terima kasih sudi baca !!

Friday, June 5, 2015

Gegaran Gempa Bumi Di Sabah

Assalamualaikum.

Pagi ini buka Facebook Group WhatsApp heboh diorang cerita pasal gempa bumi di Sabah pagi nih.Takut jugak sebab Semenanjung pun dah berhampiran dengan Sabah.Semoga Allah melindungi umat islam di sana.




Satu gempa bumi berkategori “sederhana” iaitu berukuran 6.0 pada Skala Richter telah berlaku dan dikesan berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 19 kilometer di barat daya Ranau demikian laporan earthquaketrack

Gempa bumi sederhana berskala 6.0 Ritcher itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.15 pagi Jumaat 5 Jun 2015 dan tiada amaran Tsunami dikeluarkan.

Gempa bumi berkenaan dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud.


Dari laporan semasa yang diterima, impak gegaran itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan dan kerosakan serius di kawasan lokasi gegaran.

Dalam pada itu, orang ramai yang berada di lokasi gegaran turut berkongsi pengalaman mereka merasai gegaran tersebut di laman sosial dengan kebanyakan menceritakan bahawa diri mereka merasa bergegar beberapa saat.


Sementara itu, gegaran yang kuat dirasai oleh penduduk sekitar Marudu, Beaufort dan Kota Belud sehingga menyebabkan kerosakan kecil seperti keretakkan pada struktur tiang dan dinding batu kediaman mereka.

Terdapat juga beberapa premis perniagaan di kawasan yang terlibat gempa mengalami kerosakan kecil selain barang-barang yang diletakkan di atas rak jatuh bertaburan serta cermin pecah impak daripada gegaran gempa berkenaan.

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia di portal rasmi www.met.gov.my melaporkan gempa bumi sederhana tersebut adalah berukuran 5.9 pada Skala Richter
Pusat gempa itu dikesan di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur, 16 kilometer barat laut dari Ranau yang turut dirasai di Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud


Pautan sumber : http://www.mysumber.com/berita-gegaran-gempa-bumi-di-ranau-sabah-5-jun-2015.



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, June 4, 2015

Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan Kak Udaku

Assalamualaikum.

31.05.2015 Ahad lalu kakak aku nombor 3 selamat bernikah dengan pasangan nya iaitu Haji Bakri.Majlis dengan meriah walaupun serdehana.Tahniah Kak Uda.

Jemputan pun hanya 500 orang termasuk orang kampung, saudara mara jiran tetangga sahabat handai.Syukur alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar

Happy sangat kakak aku nih.Berseri-seri muka dia kan.Lagipun akak aku nih tak pernah nampak dia makeup.Ini lah pertama kali dia makeup over.Ramai makcik-makcik aku cakap muka aku aku nombor 3 sama macam aku.Aku rasa iyer kot.


Tahniah Kak Uda.Moga bahagia dengan Abg Haji.


Bersama Mak Andam.Tudung kuning tu lah kawan aku masa sekolah.Now job dia Andaman Nanies sepenuh masa.Cantik dia makeup.Orang Batu Pahat nak makeup dengan kawan aku nih bole lah cari Nanie iyer.


Tok Kadi yang menikahkan aku dulu iaitu Haji Maklom.Orang Parit Mahang, Senggarang.Kelakar tau Haji Maklom nih.Lama tazkirah dia baca depan haji tue.


Haji berdebar-debar dah masa nak dinikahkan.Dup..dupp..dappp..dappp.


Si pengantin bersama adik ipar.Tak menangis setitik pun akak aku nih.Syabas !Time aku dah melalak tau disaat nak jadi isteri orang.Sedihhh weiiii.Kalau ada arwah mak mesti dia happy tengok akak aku nih.




Selamat sudah.Sah korang jadi suami isteri.Amin.


Seisi sain menyain dokumen.


 Gambar bersama makcik dan pakcik belah arwah mak.


Pengantin diapit oleh Kak Long dan Abang Ngah.

Terima kasih semua yang menjayakan majlis perkahwinan kakak aku nih.Sayang korang.Walaupun majlis sederhana tapi dia punye meriah jangan cerita lah.Seronok dapat berkumpul dengan sauadra mara itu yang meriah dan happy !!


Terima kasih sudi baca !