Saturday, July 30, 2011

Windscreen Myvi



Selamat menyambut bulan Ramadan 2 all bloggers..semalam dya de receive barang iaitu winscreen myvians sebabnya dya pemilik kenderaan myvi since 2007 sampai sekarang..sayang sgt2 kat my car 2,..but windsreen nye salah hanta oleh Abg Ir..dya dh msg bagitahu..dya hanya order sticker domain..(cermin belakang)..klu dya tak pasang pun leh simpan buat kenangan jer..Badge kecik 2 time club myvians pergi genting tempohari..dya x dapat join mereka masa HOP..but Abg Ir bagi gift katanya...tenkiu yer...


*** myvians peace yooo!!! ****



Friday, July 29, 2011

Harimau Malaya Kecewa


Singapura 1-1 Malaysia..Perjuangan yang berakhir..Menghampakan para penonton yang menyaksikan malam tadi di Stadium Bukit Jalil malam tadi...Stadium dibanjiri kira-kira 90,000 penyokong sendiri(dya pun hampeh giler...huhuhu).Hasrat untuk mara ke pusingan ketika kelayakan zon Asia berkecai.Malaysia yang memerlukan kemenangan dua gol pada perlawanan tersebut terpaksa akur dan membiarkan Singapura mara dengan argegat 6-4.Jaringan Safee pada minit ke-57 pada aksi malam tadi berjaya disamakan oleh pemain sayap kanan yang diimport dari China Shi Jiayi pada minit ke-71.Dengan kegagalan itu, Malaysia mengekalkan rekod lampau yang belum pernah berjaya melangkah ke pusingan ketiga sejak percubaan sulung pada Kelayakan Piala Dunia 1974.

Thursday, July 28, 2011

TIGER VS LION TO NIGHT




Apa jua tanggapan sekalipun hakikatnya Harimau Malaya perlu menang sekurang-kurangnya 2-0 keatas Singapura untuk mengikat kedudukan argregat 5-5 sekali gus peraturan gol di tempat lwawan memihak kita.Menang perlawanan hari ini bermakna Malaysia akan menempa sejarah bola sepak negara untuk pertama kali beraksi dalam saingan kumpulan.

Harap2 Harimau Malaya menang ke atas Singapura...caiyokkk!!!


p/s : dya peminat Apek Fahmi 2 tau...hihihihi


Wednesday, July 27, 2011

Fuji Cake House Memory
















Salam all blogger...hari ini teringat bekerja di tempat lama ..dulu dya bekerja part-time di Fuji Cake..waktu kerja 6pm-10pm jerk..dapat income lebih sape jek x besh..tol x?? kenangan bekerja disitu..tetap dya ingat sampai bila2.. :( .. Now dya sudah menamatkan khidmat disitu..Pagi ini search folder2 terjumpa gambo2 lama..simpan dalam kenangan jerk.Ini lah rakan2 nakal di Fuji..but pic my lady boss jek xde..Hampeh!! ..




























































































































































































Tuesday, July 26, 2011

Adab Berpuasa dan Solat Terawih

Alhamdulilah..nk menjelang Ramadan beberapa hari lagi yer..kepada umat mukmim semua..Selamat Berpuasa yer.. :)

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi berapa peraturan dan adab yang menyempurnakan ibadah tersebut.Antaranya adalah :
1.Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena denganya
2.Memelihara mata dan telingan daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan sia-sia
3.Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih
4.Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara sia-sia.Ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga dan membiarkan diri terdorong daripada perlakuan dosa dan noda kerana puasanya rosak binasa dan keletihanya tidak berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah
5.Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya bahkan bersederhana pada kedua-dua bagi mengelami kejernihan lapar dan dahaga.
6.Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat.Sebaiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan lain.
7.Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan,bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati sebaik mungkin.
8.Mempraktikkan amalan sunat seperti segera berbuka apabila masuk waktunya,berbuka dengan buah tamar dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
9.Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.
10.Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Bagi makmum disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesao sama ada 20rakaat ataupun 8 rakaat.

Monday, July 25, 2011

New BB Gurl Angkasawan Negara




Angkasawan Negara Datuk Dr.Sheikh Muszaphar Shukor kini sudah bergelar bapa apabila


isterinya Halina selamat melahirkan bayi sulung mereka yang bernama Sophea Isabella menerusi kaedah bersalin di dalam air...wahh!!congrats !!


Bayi perempaun 3.6kg itu selamat di lahirkan di Hospital Pantai Bangsar pada 21 Julai 2011.Halina memilih kaedah bersalin di dalam air keran kurang sakit selain lebih semula jadi..




***first time dengar bersalin menggunakan kaedah di dalam air..sblum ni hanya pernah berlaku di luar negara saja..nmpaknya di Malaysia pn dh maju yer..

Thursday, July 21, 2011

Wordless:Thursday:my friend jek..

bb Ting2..comey..now dh 2 years..

pic nih lg lama..zaman2 mude2 lg hihihi..Nama amoi 2 Madam Lam..sudah de bb gurl..1 orang juga..Ting2 namanya..juga comey..but dia sorang yang lm lagi resign ,..masih berkhidmat lgi..hrrmm..


K Nam and BB Aceh ..comey sekali..



ni plak pic bersama K Nam..dia pun dh resign ..tinggal kenangan juga..de dh bb gurl sorang..namanye Junior Aceh..




pic ni dengan Paeh Lalalitamplon...last day dia kje time nih..snap pic (dya lebih comel dr Paeh kn..hiihihihi)



pic ni zaman dahalu2 kala..gondeh2 folder..de lg pic nih :) ni semua tinggal kenangan jek..friend semua dah bcouple yang sah..dya jek lum lagi,. (bile lg..x thu hihihiihi isnyallah tuhan saja yang tahu..) harap2 next time pic dya besama en.husben n bb..nnti kn kemunculan nye... :)
































































Tuesday, July 19, 2011

Passo Lamp






Dya minat tol dgn Passo Lamp ni..but ongkoss lum de lgi..pg2 dh search kt mudah.com..simpan untuk koleksi..harap2 lepas raya baru boleh letak kt vivi dya yer.. hrmmm ... :)





Susu Stolle..nyum2..



Salam u ollss..ari ni dya nk kongsi dya tentang minum susu Stolle..bru minum 5 pack..rasanye lazat..


Susu selalu dianggap sebagai semulajadi makanan yang menyihatkan dan semua produk susu mengandungi protein antibodi.Oleh itu,protein antibodi susu selalu digunakan sebagai makanan semulajadi untuk manusia.Susu Stolle merupakan makanan yang mempunyai kebaikan perubatan.Kebaikan ini ditentukan melalui kandungan antibodi yang terkandung di dalam Susu Stolle.Susu Stolle akan kekal di dalam spesifikasinya selama 2 tahun daripada tarikh pengilangnya di New Zealand sekiranya di simpan di tempat yang dingin,kering,bebas bau dan masih kekal di dalam bungkusanya.

Susu Stolle adalah makanan berfungsi yang 100% semulajadi.Selain daripada kaya dengan khasiat pemakanan,pengamalan pengambilan Susu Stolle yang teratur akan memberikan kebaikan tambahan seperti di bawah :-


  1. Khasiat pemakanan tambahan


  2. Menguatkan daya tahan


  3. Perlindungan ke atas penyakit


  4. Sebagai sumber tambahan kepada penjagaan kesihatan

Susu ibu merupakan susu yang paling penting kepada bayi yang baru lahir kerana ia akan meninggalkan kesan kesihatan dalam jangkamasa panjang.Susu daripada ibu yang sihat amat membantu jika dibandingkan susu daripada ibu yang kesihatannya kurang baik.Justeru itu, pengambilan Susu Stolle dapat membantu ibu-ibu menambahkan zat protein dan karbohidrat yang diperlukan.Ia juga dapat membantu ibu-ibu tersebut pada masa akan datang dari diserang sebarang penyakit.Ibu-ibu hanya dapat memberikan penjagaan dan perhatian yang sepenuhnya kepada bayi mereka jika kesihatan mereka berada di tahap yang optimum.


Susu Stolle adalah susu yang dihasilkan secara semulajadi.Ia tidak mengandungi sebarang ubat-ubatan yang memudaratkan kandungannya.Malah Susu Stolle berupaya menambahkan ketahanan dan keimunan ibu-ibu mengandung serta mengurangkan risiko mendapat penyakit.Hanya ibu dengan tahap kesihatan yang baik dapat melahirkan anak yang sihat.



Bagi kanak-kanak yng berumur kurang dari setahun perkembangan keseluruhnya organ-organ ketinggian dan beratnya sangat cepat.Bayi tersebut akan membesar 3kali ganda dari berat badanya sewaktu dilahirkan manakala jasad lemak yang terhasil adalah 1/4 dari beratnya.Susu Stolle tidak dihasilkan sebagai susu untuk bayi kerana kandungan lemaknya rendah dan tiada memenuhi keperluan nutrien bayi yang berumur kurang dari setahun.


Bagi memastikan penyakit yang dialami terkawal atau cepat sembuh kami mengesyorkan agar anda mematuhi nasihat doktor mengambil ubat-ubatan dalam jangkawatu yang ditentukan sehinggalah penyakit yang dialami terkawal dan bertambah baik.Sekiranya ada mengamalkan pengambilan Susu Stolle, ubat-ubatan yang diambil untuk tujuan penyembuhan akan dikurangakn atau dibentikan atas nasihat doktor.Jangan sesekali cube untuk memberhentikan pengambilan ubat-ubatan yang telah dicadangkan oleh doktor dengan kehendak sendri..


oleh itu..sama2 lh kite minum susu untuk kesihatan diri sendri yer!!..k lah sampai disini saja kite berSUSU yer.. :)

Monday, July 18, 2011

Kurma,Kismis,Madu

Bismillah..
Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,bersopan-santun serta cerdas pemikiranya."Kebaiakn kurma ketika mengandung dan bersalin adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.Semasa bayi dilahirkan buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risay kerana takut diserang kencing manis.Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda : Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya akan menyebabkan penghuninya kurang sihat.Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa iaitu bersih hatinya.
Abu Abdillah a.s. bersabda : Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir.Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan maka pada hari iti dia tidak akan tertimpa racun sihir dan tidak diganggu syaitan.
Barangsiapa yang memakan 7 buah kurma yang baik maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati.

KISMIS
Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setipa hari sebelum sarapan pagi maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan seperti hempedu dan cairan kuning, menghilangkan lendir,menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.Barang siapa memakan 21 biji kismis merah maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi.Kismis dapat menguatkan jantung,menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.

MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit. Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu. Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada. Allah SWT telah meletakkan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dan rasa nyeri dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi. Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati.Biasakan lah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran..

Amin....

Tuesday, July 12, 2011

Class Skin Care@Mary Kay













Saturday lepas ni dya de gi training skin care dari produk Mary Kay di Eight Day Hotel, Premas Mall JB...sgt besh coz dpt bljar byk ilmu mengenai skin dari segi pembersihan muka yg betul..de step by step tu..wlupn class tu hanya 4 jam..dya manfaat dengan sewajarnya...maybe next time bole tuka job jd Consultant Beauty made in Mary Kay...(cewah2)..sblm ni dya hanya dengar produk ni melalui cari.com.my jek..bile dh jumpa pakar-pakar Beauty ni diorang x kedekut ilmu pun..malahan ajar buat biz lg...tu yang paling besh..Paling syok sekali..dapat merasai produk tersebut.. i like it!!



















Wednesday, July 6, 2011

Vagancy - Receptionist@Tech

Kepada sesiapa yang berkelayakan sila hadir untuk seisi temuduga. Jawatan kosong adalah seperti berikut :

Kawasan Sri Gading, Batu Pahat, Johor

RECEPTIONST


  • SPM ke atas

  • Berumur 18 tahun ke atas.

  • Mempunyai perwatakan menarik

  • Boleh berkomunikasi dengan baik sama ada Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

  • Mempunyai kenderaan sendiri

TECHNICIAN



  • SPM ke atas

  • Berumur 18 tahun ke atas

  • Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan Moulding

  • Boleh bekerja lebih masa

Kepada sesiapa berminat sila hubungi : 012-7136377

Monday, July 4, 2011

Madu dan Madu!!!!!




Apa itu MADu?


Ia merupakan bahan yang menyerupai susu yang dikeluarkan oleh lebah-lebah pekerja mudanya melalui mulutnya setelah memakan debunga dan manisan bunga di dalam sarangnya. Warnanya kekuning-kuningan atau keputihan-keputihan berasa agak masam dan sangat kaya dengan zat-zat makanan.Madu juga mempunyai kelebihan dan fungsi-fungsinya yang tersendiri di mana ia juga dapat mengelakkan dari sebarang penyakit bagi pengamal madu.FIRMAN ALLAH SWT yang bermaksud:
Kemudian makanlah dari tiap-tiap(macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam warnanya, di dalam terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.(Al-Nahl:69)

Tidak menghairan bahawa dengan memakan madu secara tetap:


-Bayi atau kanak-kanak dapat membesar menjadi manusia yang kuat.


-Orang-orang dewasa kelihatan muda dan kuat.


-Orang-orang tua hidup gembira dan lebih lama.


MADU BUKAN SEJENIS UBAT

Madu ialah sejenis khasiat makanan semulajadi yang baik bagi kesihatan. Ia bukanlah sejenis ubat maka ia tidak mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini seperti yang biasanya terdapat pada ubat. Madu merupakan:


  • Penggalak makaan.

  • Pembantu menentukan penghadaman yang sempurna.


  • Bahan anti-lemah semangat.

  • Peransang terbitan hormon.


  • Pembantu memulihkan fungsi alat kelamin.


  • Pembantu menyeimbangkan tekanan darah.

  • Pembantu mempercepatkan metabolisme.


  • Sejenis antibiotik.


  • Membantu mencegah penyakit dan jangkitan.


  • Baik untuk kesihatan kulit.


  • Sejenis agen yang memperlambatkan proses penuaan.

KEBAIKAN MADU



  • Dapat mengurangkan paras kolestrol (lemak).

  • Dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.


  • Mengurangkan kemungkinan serangan penyakit jantung.


  • Mengurang masalah putus haid (menopous).


  • Boleh mengurangkan sakit-sakit masa datang haid.

  • Membantu mengurangkan penyakit lelah.


  • Boleh membantu lelaki yang hilang tenaga.

p/s : Madu ini dya beli di Melaka..kt situ de Taman Lebah...dya juga pengemar madu..ni dh bbotol dalam harge RM48..ini dah masuk botol ke-2 dya minum..serasi dengan badan dya..bese sebelum tido jek bru minum..1 sudu sudah menckupi..bg rest dalam badan... anda juga boleh meminumnya..sbb madu byk khasiatnye!!!

Saturday, July 2, 2011

Kesilapan Fesyen Wanita berusia 30 Keatas

Opss 30thun..not 4 me ya!! lm lg..3 thun lg yer!! :)

Angka 30thun sering menjadi kebimbangan di kalangan wanita dan biasanya wanita golongan ini mula resah memikirkan perubahan pada penampilan mereka.
Kesilapan yang biasa dilakukan di kalangan wanita berusia 30tahun keatas adalah mereka masih cenderung bergaya seperti remaja dengan baju berpotongan terlalu pendek dan ketat.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan bagi wanita golongan ini kala mencari busana yang sesuai.

SKIRT
Skirt pendek sememangnya tidak sopan digayakan secara terbuka oleh wanita berusia 30 tahun keatas kerana ianya seolah-olah menunjukkan mereka masih belum matang.Bagi usia sebegini, skirt paras lutut lebih sesuai dan tampak manis serta mampu memperlihatkan sisi feminin mereka.Pilih rona polos jika ingin dipadankan bersama blaus bercetak.

SELUAR
Bagi sesiapa yang usianya menginjak 30tahun, sama ada lelaki atau wanita, zaman seluar jean koyak sudah berlalu dan sama sekali tidak sopan digayakan.Ia mungkin melekap cantik ketika anda berusia 20-an BuT ia membuatkan anda tampak selekeh jika anda memakainya pada usia sebegini.Jika ingin membeli seluar jean,pilih potongan dan rekaan klasik.Dapatkan juga beberapa pasang seluar jenis khaki yang boleh digayakan bersama blaus atau kemeja-T.

KEMEJA (hihihi..dya x suke pkai kemeja..coz mcm dak skema lh plak.. :P)
Kemeja T- kasual, vintaj atau lusuh memang kelihatan trendy untuk golongan remaja dan wanita muda.Seperti jeans koyak, ia hanya akan membuatkan wanita dalam golongan usia 30thun keatas seperti "menjerit perhatian" *** BUT bkn perhatian yang sepatutnya!! .Ya apa yang tertera pada kemaja T mampu menterjemahkan personaliti seseorang, so pilih corak atau tulisan yang tidak keterlaluan.

AKSESORI
Tidak dinafikan penggunaan aksesori amat penting dalam menata gaya berbeza pada setiap busana.Kunci utamanya ialah pemilihan aksesori yang mampu menyerlahkan bagi busana yang digayakan.Apabila mengenakan busana polos, padankan dengan aksesori sarat mana sama ada juraian atau secekak gelang dempak.Lakukan sebaliknya jika busana sarat dengan corak. Hadkn juga penggunaan aksesori..

*** smpi sini sja tips bergaya yer !!! :)

Friday, July 1, 2011

Buah Prunes



Salam,

Selamat petang semua blogger...hihihi...tadi lunch hour sempat pergi Carrefour..nmpk buah Prunes...tejebak beli...nyum2..now dh mkn 3 bijik..simpan tuk esok,lusa,tulat dan seterusnya..

Buah Prunes kaya dengan serat,antioksida,vitamin C juga nutrien-nutrien lain.Ianya juga manis secara semulajadi dengan kandungan buah Prunes.


Kebaikan Buah Prunes :


* Membantu memperlahankan proses penuaan dalam badan dan otak.

* Mengatasi sumber kanser, radikal bebas dari penyakit.

* Kaya dengan vitamin dan mineral.

* Pemusnahan radikal bebas yang menyebabkan penuaan sel.

* Penting untuk memperkaya dengan bekalan darah seorang ibu.

* Mencegah masalah sembelit yang juga mencegah pembentukan buasir yang sakit (ini penting 4 me ya!!! :)