Monday, July 4, 2011

Madu dan Madu!!!!!




Apa itu MADu?


Ia merupakan bahan yang menyerupai susu yang dikeluarkan oleh lebah-lebah pekerja mudanya melalui mulutnya setelah memakan debunga dan manisan bunga di dalam sarangnya. Warnanya kekuning-kuningan atau keputihan-keputihan berasa agak masam dan sangat kaya dengan zat-zat makanan.Madu juga mempunyai kelebihan dan fungsi-fungsinya yang tersendiri di mana ia juga dapat mengelakkan dari sebarang penyakit bagi pengamal madu.FIRMAN ALLAH SWT yang bermaksud:
Kemudian makanlah dari tiap-tiap(macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluarlah minuman (madu) yang bermacam warnanya, di dalam terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia.(Al-Nahl:69)

Tidak menghairan bahawa dengan memakan madu secara tetap:


-Bayi atau kanak-kanak dapat membesar menjadi manusia yang kuat.


-Orang-orang dewasa kelihatan muda dan kuat.


-Orang-orang tua hidup gembira dan lebih lama.


MADU BUKAN SEJENIS UBAT

Madu ialah sejenis khasiat makanan semulajadi yang baik bagi kesihatan. Ia bukanlah sejenis ubat maka ia tidak mempunyai kesan sampingan yang tidak diingini seperti yang biasanya terdapat pada ubat. Madu merupakan:


  • Penggalak makaan.

  • Pembantu menentukan penghadaman yang sempurna.


  • Bahan anti-lemah semangat.

  • Peransang terbitan hormon.


  • Pembantu memulihkan fungsi alat kelamin.


  • Pembantu menyeimbangkan tekanan darah.

  • Pembantu mempercepatkan metabolisme.


  • Sejenis antibiotik.


  • Membantu mencegah penyakit dan jangkitan.


  • Baik untuk kesihatan kulit.


  • Sejenis agen yang memperlambatkan proses penuaan.

KEBAIKAN MADU



  • Dapat mengurangkan paras kolestrol (lemak).

  • Dapat mengurangkan tekanan darah tinggi.


  • Mengurangkan kemungkinan serangan penyakit jantung.


  • Mengurang masalah putus haid (menopous).


  • Boleh mengurangkan sakit-sakit masa datang haid.

  • Membantu mengurangkan penyakit lelah.


  • Boleh membantu lelaki yang hilang tenaga.

p/s : Madu ini dya beli di Melaka..kt situ de Taman Lebah...dya juga pengemar madu..ni dh bbotol dalam harge RM48..ini dah masuk botol ke-2 dya minum..serasi dengan badan dya..bese sebelum tido jek bru minum..1 sudu sudah menckupi..bg rest dalam badan... anda juga boleh meminumnya..sbb madu byk khasiatnye!!!

No comments:

Post a Comment