Tuesday, July 26, 2011

Adab Berpuasa dan Solat Terawih

Alhamdulilah..nk menjelang Ramadan beberapa hari lagi yer..kepada umat mukmim semua..Selamat Berpuasa yer.. :)

Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi berapa peraturan dan adab yang menyempurnakan ibadah tersebut.Antaranya adalah :
1.Menjaga lidah daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena denganya
2.Memelihara mata dan telingan daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh syarak dan sia-sia
3.Mengawal perut daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau yang mengandungi unsur syubhat terutama ketika berbuka dan berusaha sedaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih
4.Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara sia-sia.Ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga dan membiarkan diri terdorong daripada perlakuan dosa dan noda kerana puasanya rosak binasa dan keletihanya tidak berbaloi sebagaimana maksud sabda Rasulullah
5.Jangan membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya bahkan bersederhana pada kedua-dua bagi mengelami kejernihan lapar dan dahaga.
6.Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat.Sebaiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan lain.
7.Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan,bahkan mengambil kesempatan bagi beribadat kepada Allah dan mengingati sebaik mungkin.
8.Mempraktikkan amalan sunat seperti segera berbuka apabila masuk waktunya,berbuka dengan buah tamar dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.
9.Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air.
10.Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat terawih, witir dan sebagainya.

Bagi makmum disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya sepanjang solat terawih itu sehinggalah selesao sama ada 20rakaat ataupun 8 rakaat.

No comments:

Post a Comment