Friday, July 31, 2015

Kumpulan Marhaban Perempuan

Assalamualaikum.

Rabu semalam rumah mak mentua aku dapat kunjungan marhaban kumpulan perempuan dari 
Kampung 12 1/2 Parit Penghulu Senggarang.Diorang nih malam-malam buat aktiviti marhaban.Aku je belum join kumpulan marhaban nih.Tunggu lah Amai besar sikit senang lee aku nak bawa dia nanti.Insyallah satu hari nanti okay !!

Kumpulan marhaban perempuan nih diorang pergi ke rumah dalam 5-6 buah rumah je.Lagipun diorang gerak malam.Tak kan nak ketuk pintu orang memalam kan?Kang ada kena hambat dengan penyapu.Hihihi.

Siang ada ahli kumpulan yang bekerja tue yang diorang buat aktiviti marhaban nih sebelah malam.

Yang nih marhaban kanak-kanak sambil main ipad ok !


Antara juadah malam tue..menarik sangat lagi-lagi ada satay.Amai makan sampai 5 cucuk satay ayam.Minah nih hantu satay ayam.

Coklat, gula-gula, jeruk asam ketupat mini


Kuah kacang :)


Biskut raya


Satay ayam dengan lembu.


Mee goreng mamak


Air sunquick sejuk


 Marhaban bermula.Korang nampak tak anak siapa yang terselit kepoh dekat situ??



Seisi makan.Selamat menjamu selera.



Seronok kalau dapat join diorang nih.Sporting tau !!!


Kak Normah paling zasss bagassss.Ayam kicap satu !!!



Selamat menyambung marhaban korang !!!



Terima kasih sudi baca !!!

Monday, July 27, 2015

Raya Ke 2

Assalamualaikum.

Raya kedua seperti biasa aku akan join sebelah keluarga aku pergi beraya rumah saudara-mara makcik dan pakcik.Pagi-pagi aku dah siap cantik-cantikSemangat sikit nak pakai colour ini punya pasal.Hihihii.
Setiap tahun kakak aku yang sulong akan pilih colour apa.Biasanya kakak aku akan pilih satu colour je.Corak dan design terpulang dekat kami adik beradik.

Tema colour untuk raya ke dua kali ini ialah JDT.Siapa yang rakyat Johor mesti lah tahu colour JDT apa dia iaitu merah dan biru.Meriah tau colour ini.Tapi majoriti ramai yang pilih colour royal blue untuk tahun nih kan??Angkat tangan siapa pilih colour royal blue?Sepppp sikitt !!! *_*

Ibu Amai nak OOTD JDT sikit tau -_- hihihihi.


Bersama Kak Long Kawasan Kulai.Adik ipar dan anak saudaraku yang comel-comel belaka.


Dapat jugak makan burasak hari tue.Ini pun dekat rumah adik ipar lelaki aku.Secara kebetulan ada marhaban jamuan kitaorang apa lagik belasah lah makan yang disediakan.Terbaik burasak makcik nih.


Amai pun join ibu makan burasak.Siti Rona makan kongsi tak bagi.Tak cukup katanya.Lalalalalala


Bersama Kak Long dan Adik ku sayang.Love n Hug korang.Tengok gambar nih sebak pulak petang-petang.Mata aku masuk habuk lah.. 



Anak saudara yang comel.Sayang korang. 


Manja Amai nih kepoh je lebih.Makan kuih ta nakkk..ta nakk..Tengok lah tue span muka ibu pun sibuk dia nak ambik.


Jangan cakap akak tak payung.OOTD JDT -_- 


Alhamdulilah sepanjang beraya hari raya kedua kali nih, kami adik beradik banyak terima juadah makanan.Kenyang sangat.Buah-buahan, kuijh muih lagi.Sampai aku pun tak larat nak jamah.Minum air masak je banyak-banyak.Habis rumah kitaorang beraya hari tue.Seronok !


Wefiee bersama anak buah.Pantang hp lepa.Mula lah mintak password nak bergambar.





Selamat Hari Raya yang ke 11 korang.



Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, July 23, 2015

Raya Pertama Di Rumah Atok

Assalamualaikum.

Raya pertama hari tue aku macam biasa akan menziarahi rumah Atok Yah belah laki aku.Lepas solat hari raya serbu rumah Atok Yah pulak.Makcik pakcik sepupu saudara mara belah laki aku akan berkumpul dekat sini.Belah aku orang veteran yang dekat-dekat ramai dah tak ada dah.

Seronok rasanya berkumpul dekat sini.Belah aku sana dah tak dapat nak rasa nikmat raya macam nih. T_T


Amai dekat rumah Atok Yah langsung tak mahu dukung.Nak turun saja.Lagipun kat sini ramai kawan-kawan sebaya Amai.Itu yang dia jakun sikit.Sikit-sikit cakap "ibu kawan, ibu kawan, main." Amai dah pandai cakap sepatah dua patah.Apa yang aku cakap suruh itu ini dah pandai tunjuk reaksi positif.Alhamdulilah.



Bersama kakak ipar ku.Hug & Love


Kak Ana, Mak Ngah dan Mak Long.Diorang nih kakak kepada laki aku.


Ayah dan Amai.Sayang duaorang nih.Love.



Anak saudara belah laki aku yang gojes dan catwalk.Love.


Kalau korang nak tahu Atok Yah yang duduk dekat kerusi roda tue.Dah banyak umur Atok Yah nih tapi sihat mata terang lagi.Kenal muka siapa yang salam dia.Amai mula-mula kenal dunia takut sangat dengan Atok Yah nih.Tapi sekarang tak pernah jadi penakut pun.Habis semua orang dia nak salam cuit.



Ude dan Eja.

Selamat Hari Raya Semua !!!



Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, July 22, 2015

Raya Pertama

Assalamualaikum.

Korang raya macam mana tahun nih, mesti besh kan?Aku macam biasa lah waktu pagi raya pertama kelam kabut sikit.Mana nak siapkan Amai, mandikan lagi.Huuhhh berkejaran pagi-pagi raya.Baju melayu laki aku butang baju, samping mesti kena siap bergosok pagi tue.Senang sikit laki aku nak pergi masjid.

Korang layan jela gambar kami di hari raya pertama hari tue..



Bertiga.



Bersama kecintaanku.Suamiku.


Janggal rasanya gambar berdua begini.Hahahahahahhaha



Ibu dan Amai.


Baru sorang dah gaya cam nih.Kalau 2 3 orang keluar pengsan ibu nakkk oiiii.Macam mane ibu nak OOTD raya dengan awak Amai.Hihihihihi.


Pilihan colour raya tahun ini Dusty Pink @ Pink Belacan.Tak terpikir pun aku nak pakai colour ini.Itu pun sebab laki aku dapat kain free hari tue.Kelab Cycling yang bagi kepada setiap ahli.Jimat sikit duit aku.Prepare baju aku dengan Amai je.Aku memang suka yang simple lagi-lagi ada anak kecil nak didukung.

Aku suka design jubah aku kali nih.Pandai akak tailor tue match kan baju aku.Cantik !!



Bersama keluarga kecil saya :)



Raya tahun ke - 2 bersama Amai.Tahun lepas Amai masih merangkak lagi tahun nih dah nak masuk 2 tahun pun anak dara ibu nih.Alhamdulilah.


Selamat Hari Raya Semua !!!


Terima kasih sudi baca !!! 

Tuesday, July 21, 2015

Masih dalam mood RAYA !!!

Assalamualaikum.

Amai masih dalam mood raya laaaaa.


Mana tamu nih Kak Shidah, letih Amai menunggu sampai pening kepala dennnn.


Sekejap rasa dah masuk 5 Syawal hari nih.Bangun pagi nak pergi opis alamak lahaiii.Tu lah padah nya cuti lama-lama.Setahun sekali lah kak oiii.Nak bagi warm up badan nih dulu leee baru lah mood kerja baru ok.
Lagi-lagi sepupu anak saudara makcik pakcik ada lagik dekat rumah.Dengan makan kuih muih main mercun lagi.Macam macam berbaur perasaan aku nak balik cepat nih.

Korang yang baru start kerja hari nih "Selamat Bekerja Korang " Kerja rajin-rajin naaa.




Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, July 14, 2015

Servis Kereta Nak Raya??Jom pergi kedai Melayu

Assalamualaikum.
Nak jadi kan cerita aku tak terfikir nak ke sini.Ada problem kereta baru lah singgah ke sini.Hari tue repair lampu kereta aku yang bawah tue.Tukar mentol dengan lampu sekali baru lah selamat nak berjalan hari raya nanti kan.Keselematan tue penting tau kawan-kawan !
Bila ingat Kak Mardiah nih baru lah tinggg!!! Mesti Kak Mardiah bole repairkan lampu aku nih.Kak Mardiah nih pomen serba boleh tau.Bab kerja meman cekap kak Mardiah nih.Semua kerja bengkel pas je lah kat dia compom siap rapi kereta korang.Aku tabikk springg dekat Kak Mardiah nih.Dia keje kat sini pun lama.


Sekejap je siap kerja Kak Mardiah nih.Tabikkkk sekali lagik !!!!


Tuan punye blog.Ibu Amai.


Ini lah kereta yang banyak berjasa pada aku.Sekejap je dah 8 tahun kita bersama susah dan senang.Terima kasih awak tak banyak ragam sepanjang kita bersama.Sayang awak !!

Orang sekitar Batu Pahat yang belum servis kereta boleh kunjungi kedai Bumiputra nih tau !!
Ada 3 cawangan yang berhampiran :-
1) SNR Bumiputera Air Cond Services and Accessories
No. 3, Susur Jalan Kluang,
Pusat Perniagaan Parit Raja,
86400 Parit Raja, Batu Pahat,
Johor Darul Takzim. 
Tel: 07-4546122 

2) Parit Raja, Batu Pahat, Johor(2)
SNR Bumiputera Air Cond Services and Accessories
64A, Jalan Besar Parit Raja, 
86400 Parit Raja,
Batu Pahat,
Johor Darul Takzim.

3) Taman Maju, Batu Pahat Johor
SNR Bumiputera Air Cond Services and Accessories
No. 17, 18, Jalan Maju, 
Taman Maju,
83000 Batu Pahat,
Johor Darul Takzim. 
Tel: 07-4381979