Tuesday, March 26, 2013

Servey-servey susu mengandung pulak...

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Last week jalan2 shoping bpmall..nak tengok susu mengandung katanya..Rata2 rakan2 di blogger dah mula suggestkan dya minum susu baik tuk tulang dya dan baby..Kalsium yang sangat2 baik..harus di cuba minum..untuk baby jugak..tapi bila sampai di sana..confius nak pilih susu yang mane satu baik..Why?Pelbagai brand yang bagus2 bole didapati dipasaran....hahh.cam ne tue nak pilih nih??


annum ok ke??

akan datang dya dah rajin ke sini pulak..kosmetik dah kene kurang kan dahh :P

susu sekarang mahai2 betul..

thanks suami memahami dya... >_<
 Cakap-cakap : rakan2 bloggers tahu tak?selain annum materna ni..susu pe yang baik tuk orang mengandung iyer...info please.. :)


Terima kasih sudi baca !!!

Friday, March 22, 2013

Bertuahnyaaa..Ibu Mengandung.

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

muke togel..tak de mood da... T_T

mabuk gilerrr.. ;(

1. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan

2. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil

3. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah

4. Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji

5. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya

6. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid

7. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya

8. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.

9. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.

Cakap-cakap : Sama-sama lah kita renung kan iyer kawan2.. -..-

Terima kasih sudi baca !!!

__._,_.___

Friday, March 15, 2013

Dah start makan yang berkhasiat.

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

See??Apa yang kena makan untuk baby sekarang..Korang search lah sendiri tau..Lain orang..lain tekaknye..Dya hari ini mood baik sikit..sikit je tau..maybe hormon loya2..muntah2 ada kurang sikit..pas ini kalau blog dah full story baby..maka mood dah mai lah tue..

Bila mood baik..jalan2 mall lunch tadi..nampak makanan kat bawah...terus beli..temporary ini..oat je lah yang bole masuk tekak ai ni..yang lain..confom muntah balik..Makanan kat bawah ini pun disuggest oleh kawan baik dya sendiri..

Kalau korang nak tahu..makanan kat bawah ini bukan my fav tau... >_< ini semua pemilihan baby dya...seriously

kene makan time lapar..sebab kita dah makan untuk dua orang.. -..-

Cakap-cakap : kawan2 sudah bergelar mummy tue..share lah kat sini..makanan yang baik for me n baby ya..


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, March 14, 2013

Tips semasa mengandung.

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Tanda-tanda pregnant :-* Bukan si isteri sahaja yg akan mengidam macam-macam, bahkan si suami tu yang minta makanan ataupun teringin makan yang bukan-bukan.
* Bahkan, adakalanya si isteri tu maintain jer... si suaminya pulak... bukan main lagi dia, loya-loyalah... muntah-muntahlah...
* morning sickness, start pada minggu ke 7
* sakit perut rasa macam perut ni kembung, kalau baring mengiring pun akan rasa sakit.
* Period tak datang atau keluar sedikit jer darah
* Sakit belakang
* Breast nipple kehitaman.
* Muntah2

Anda Hamil?Syukur Alhamdulillah, tentukan anda berjumpa doctor secepat munkin. Mengapa? Anda perlu mengesahkan kehamilan, disamping kehamilan terletak didalam rahim, bukan diluar rahim ( Ectopic! Bahaya! ), ia normal dan janinnya hidup, bukan luarbiasa saperti hamil anggor (Molar pregnancy - juga bahaya! ) ingat tau !!


Tiga bulan pertama sangat penting !Ini adalah tempoh janin dibentuk, dari nutfah ( air mani) kepada alaqah, seterusnya menjadi mugdah, akhirnya menjadi janin yang lengkap dengan organ2 serta anggotanya. Organ yang pertama dibentuk ialah jantong. Denyutan jantong dapat dikesan oleh ultrasound seawal 6 minggu kandungan.

Cegah keguguran !Dianggarkan 10-20 % dari semua kehamilan akan gugur secara spontan.
Lebihkan rehat, cukupkan tidur ( 8 jam ) tidur awal dan bangun awal. Jauhkan stress, fizikal dan mental. Jangan buat perjalanan jauh atau berpanjangan. Kurangkan pendedahan terhadap penyakit berjangkait, suhu panas, pencemaran udara, racun sembur, bahan kimia, Xray, ubat2 moden atau tradisional tanpa nasihat pakar.

Bagi mereka yang pernah gugur atau berulang kali gugur, dapatkan cuti medical atau tanpa gaji yang panjang. Jika perlu rehat dihospital. Hubungan seksual perlu dikurangkan, diperlahankan atau gunakan sarong kondom pada tiga bulan pertama kandongan. Doktor mungkin beri suntikan atau ubat hormon untuk kuatkan kandongan.

Cegah Kecacatan bayi !Makan ubat folic asid 5-10 mg, Iron dan multivitamin. Setiap hari dua bulan sebelum dan terus menerus hingga akhir kandongan. Makanan yg ada folic acid ni: Nasi, roti, asparagus, orange juice, kekacang(soya bean, tempe), sayuran hijau dan lain2. Minum susu untuk pembentukan tulang baby dan makan buah2an banyak kerana badan perlukan vitamin untuk menyerap zat2 makanan yang kita makan tu.

Tentukan sudah mendapat pelalian terhadap Rubella. Jangan cuba gugurkan kandongan dengan apa cara pun. Jika gagal bayi boleh cacat. Jangan makan ubat2 saperti tranquilizer, ubat kanser tanpa nasihat doctor. Jika ada sejarah kecacatan dalam kekuarga, dapatkan khidmat genetic counselling. Jauhkan hamil jika umor melebihi 45 tahun.

Berserah dan tawakkal kepada Allah swt. Doa setiap masa Rabbi habli miladunka zuriatan tayiba inaka sami u doa. Ya Allah kurniakanlah kami zuriat yang terbaik, sesungguhnya Kau mendengar doa kami. Lakukan suruhan Allah tanpa lalai, banyakkan membaca Quran, berzikir dan bertasbih sentiasa. Bacakan surah Fatihah, 3 Kul, dan ayat Qursi kepada bayi dalam kandungan setiap malam sebelum tidur.
Petua orang tua21) Ketika isteri hamil, suami janganlah memburu, menganayia atau membunuh binatang. Kononnya amalan ini boleh menyebabkan anak yang dikandong isteri akan lahir cacat.
2) Minum air kelapa untuk bersihkan lendir-lendir masa bersalin nanti.
3) Tak boleh duduk di akar kayu - dikhuatiri uri tertinggal
4) Bila nak mandi towel usah lilit di sekeliling leher - dikhuatiri tali pusat melilit leher bayi
5) Suami jangan berlaku kasar pada haiwan - mengenan kat bayi
6) Petua org cina minum air sarang burung, sehari sebotol kecil -> kulit dan mata cantik.

Nasihat lain1) Tidak perlu jalani ujian2 untuk mengesan janin cacat, kerana jika benar demikian , undang2 negara dan hukum islam tidak membenarkan menggugurkan kandungan walaupun janin cacat.
2) Dipercayai roh ditiupkan kedalam jasad bayi antara 4-5 bulan umor kandongan. Ketika inilah pergerakkan bayi mulai dirasa oleh ibunya.
3) Rerajin amalkan membaca Al-Quran dari surah2 Maryam, Yusof, Lukman dan sebagainya... semoga kita sesemua dapat bersalin dgn mudah.
4) Dengar lagu muzikal seperti mozart dll. Kalau gi kat kedai CD mesti jumpa koleksi khas lagu2 untuk org mengandung ni, mendengar lagu2 ni boleh merangsangkan sel2 otak baby supaya lebih pandai. Kalau ikut petua org islam ni perbanyakkan baca surah al-Yusof, luqman. kalau boleh suruh hubby bacakan sambil pegang perut wife. Biasanya buat bila baby berusia 7 bulan sebab masa tu sel otak tengah develop. So masa ni baby akan cepat menangkap bunyi dari luar.
5) Kafein buleh merencatkan pembesaran bayi manakala nenas mengandungi bhn kimia yg berbahaya pd bayi. Cuma buah mcm nangka, cempedak tu kalau boleh elakkan sbb berangin.
6) Jangan simpan kucing sbb najis dia boleh menjejaskan bayi.
Nasihat Pemakanan1) Jangan makan nenas - sebab tajam terutama di awal 3 bulan pertama kandungan boleh menyebabkan keguguran.
2) Jangan makan pucuk/ulam2 melarat atas tanah (ie ulam pegaga) - sebab takut uri melekat dalam rahim waktu bersalin.
3) Jangan makan ulaman berbau seperti petai dan jering waktu hujung kandungan - sebab nanti air mentuban berbau busuk.
4) Jangan minum ais - sebab melemahkan anggota badan tapi kebiasaannya waktu kita mengandung kita kan senantiasa rasa panas dan memang nak cari ais jek.
5) Jangan travel jauh2 di waktu awal 3 bulan kandungan - takut rahim lemah dan tak dapat menahan dari keguguran

Banyakkan :-1) Minum air susu, kacang soya.
2) Makan buah2an - biasanya ibu mengandung hadapi masalah buang air besar.
3)Makan sedikit2 tetapi lebih kerap di pertengahan hingga hujung kandungan sebab bila bayi makin membesar akan menghimpit ruang usus menyebab kita cepat rasa senak dan mengah.
4) Ikut nasihat doktor tentang pemakanan multivitamin.
5) Ambil folic acid (doktor biasanya akan beri nih) untuk penambahan darah.

Amalan di hujung kandungan :1) Banyakkan berjalan bagi memudahkan bersalin.
2) Minum air kelapa bagi membantu menghilang masalah kerak kepala bayi dari berlarutan (ni biasa ada pada setiap bayi baru lahir)
3) Ikut kelas latihan persediaan bersalin supaya kita tak terjerit2 bila nak bersalin nanti.
Cakap-cakap : dah cube elakkan makan benda masam2 nih...harap berjaya sehingga sembilan bulan nanti iyer..

Terima kasih sudi baca !!!

Monday, March 11, 2013

Alhamdulilah...Syukurinnn ;)

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Now...apa yang dya rasa..hrmmm....besh...gembira..

Alhamdulilah..dya amat2 gembira dengan pemberian allah kali ini..Monday lepas,dya pergi klinik?why?dya sebenarnya jarang pergi ke klinik..kalau tak kerana betul2 terpaksa dan mendesak..Dya dah merasa badan tidak beberapa sihat bermula balik dari pulau..Sentiasa letih..dan letih..Pening yang jarang dya alami sebelum ini..Period pun dah tak mai lagik dah hampir dua minggu..Dya tak pernah lewat macam tue..biasanya lewat dalam 1-2 hari jer but jarang (kene rajin makan evening primose oil untuk maintaian period jugak sebenarnya)..

Before pergi klinik,dya dah pun buat pregnancy test..Dya buat pagi sebelum makan dan sarapan..(orang kata bagus nak buat pregnancy test ini selepas bangun tido pagi)..Bila dah test tue..muncul lah dua line..dalam hati..confom ke aku preggy??? but sebelum ini dya tak pernah pun test dari mula kahwin sampai lah sekarang..Kat note pregnancy test pun dah tuli kalau lah ada dua line..sure lah "preggy"..Dalam hati allah sahaja yang tahu..sebenarnya..lama dya menunggu..

Orang pertama yang tahu..sure lah suami.."Dia lagi cakap..sure ke preggy ini?ntah2 pening,mabuk tue tak cukup rest kot..atau pewot manyak taik kot..x bole nak yakkk..pewot muncit..lambat period pun maybe hormon lah"....cishhhhh !!! suami tak percaya tue kat isteri..hampehhh tol!!..Rasa macam kene hempap dengan batu je kat kepala ini kan..

Then, bila dah si suami beriya-iya pergi klinik..confirm lah dya dah preggy selepas buat urine air kencing..Doctor say " Congrats Dear " u preggy 5 weeks.. Now my kandungan dah cukup 5 weeks..I am healty alhamdulilah tapi asik mengantuk je lagi2 waktu pagi..Macam mana lah nak wat keje cam ini kan??

Walaupun malas dan penat..dya kena tahan..sepi dan senyap tanpa gelak ketawa..hihihi..but sementara jek kan..lama2 ok la tue..Ye lah orang cakap first trismeter ini kena jaga betul-betul..iyer dak??

Dya harap,morning sickness ini akan berakhir pada dua-tiga bulan..coz dah tak sanggup nak mengharunginya..saat muntah2...ewuuuuuuwwww !!!sekarang balik keje suami dah banyak soalan..take care lah tue konon..

Cakap-cakap : Adakah sebab pregnant ,kita akan merasa malas..then kuat sangat nak tidoooo???

Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, March 6, 2013

Morning sickness dah mai dah...

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Korang bole share tak?cam mane nak hilang kan penyakit morning sickness nih..Dia dah melanda diri dya ni..hampir satu minngu rasanya..Kalau ada petua tolong email atau comment dya iyer... :(


Cakap-cakap : mood tak ada dah nak keje...help ! help !!

Terima kasih sudi baca