Thursday, May 28, 2015

Bayi diikat, dilayan seperti BINATANG !!!

Assalamualaikum.



Beberapa  foto yang tersebar menunjukkan seorang bayi diikat di leher dan dilayan seperti binatang tersebar dan menyebabkan puluhan ribu pelayar laman terkejut, minggu ini.

Menurut Dailystar, seorang wanita yang juga merupakan ibu kepada bayi tersebut menyerah diri kepada pihak berkuasa selepas dikecam bertalu-talu di laman sosial.

Difahamkan, foto-foto dimuatnaik oleh ibunya ke laman Facebook kerana menganggapnya 'lawak'.

Ketua Jabatan Sosial dan Kebajikan, Marilyn Tigas berkata, perlakuan tersebut dianggap sebagai bahan lawak oleh ibunya.

"Mereka fikir orang ramai tidak peduli. Ini adalah kes melibatkan penderaan kanak-kanak dan suspek boleh didakwa di bawah Akta Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-kanak," jelas Marilyn.

Pekerja sosial, Corazon Juliano-Soliman pula beranggapan kejadian tersebut 'suatu lawak yang teruk'.

"Kanak-kanak tersebut tak tahu ianya dijadikan bahan jenaka. Pelaku patut dihukum," katanya.

Sementara itu, seorang aktivis, Lurleen Hilliard memberitahu kejadian tersebut menaikkan kemarahan orang ramai.

"Jika kita toleransi terhadap perkara sebegini, ibu bapa akan terus memuat naik foto-foto yang tidak sesuai dan orang ramai akan berkata "Oh, ianya tidak mengapa," jelas Lurleen.

Bayi tersebut diletakkan di bawah jagaan oleh jabatan sosial untuk sementara waktu.




Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, May 21, 2015

Mehh Order Popia Kak Rose

Assalamualaikum.

Setiap tahun order Popia Kak Rose semakin bertambah.Saban tahun semestinya ada kilang dan supplier yang ambil tempahan.Syukur alhamdulilah.Kuih tradisi keluarga turun temurun EN.MOHAMAD.Belah suami aku memang orang kuat berniaga.Jadi aku serba sedikit pun kekadang dah pandai berniaga walaupun suam-suam suku.Hihihi.Suami aku pun banyak mengajar selok belok tentang perniagaan.Thank you B !!!


Amai model Popia Kak Rose untuk tahun 2015.Kesedapan Popia Kak Rose ini terletak pada intinya.Bukan aku yang cakap aku tau tapi rata-rata customer, supplier, kawan-kawan yang membeli memberi komen cam tue.Nak cuba rasa kena lah order tau !


Tahun ini ada buat tempahan tapi kurang sikit tempahan.Kenapa?Sebab tahun nih yang menggulung banyak yang tidak ambil upah menggulung.Lagipun En.Mohamad mula beroperasi lewat.Akhir bulan Mac baru mula ambil order.En.Mohamad juga mengambil tempahan untuk popia mentah dan goreng.Harga pun berlainan iyer !


Saban tahun gini lah rupa rumah mak mentua aku.Hihihi.Bersepah sikit.Insyallah ada rezeki buka kilang kecil-kecilan.


Kepada sesiapa yang mahu ambil untuk order boleh watsupp aku naaaa.Mudah-mudahan bisnes 
Popia Kak Rose semakin maju dan laris permintaan nya.
Amin.


Dya - 017 740 6843


Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, May 20, 2015

Selfie Pod Key Cable

Assalamualaikum.

Haah sempat lagik aku sempat snap gambar selfie walaupun aku kurang sihat hari nih.Dah lah semalam aku mc.Segala anggota badan aku sengal-sengal belaka.Sakit seluruh badan.Semalaman pun aku membuta jek.

Selfie Pod ini baru je sampai.Terus testing.Beli barang kena cepat-cepat cuba.Kalau tak ok cepat-cepat complain tuan tanah.Hihiihi.

Yang jenis kali ini aku beli siap ada key cable.Korang tak payah susah-susah nak set masa bagai.Tekan button dekat bahaagian batang monopod saja.Lagipun di belakang kotak pembelian ada ajar cam mana nak pasang dan selfie dengan betul.Mudah kan? !

 Nampak tak wayar putih tue, terus sambung ke handphone korang.Waahhhh gitu !!


Abaikan muka saya yang pucat tue.Mc semalam belum ok lagik nih.Kerja melambak dik oiiiii



Ini lah rupa selfiepod yang baru.Dah ramai orang guna yang cam nih.Korang kalau berminat bole lah watssup aku tau.Harga kasih sayang aku bagi korang iyer.

Dya - 017 740 6843



Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, May 16, 2015

Selamat Hari GURU 2015

Assalamualaikum.




Terima kasih sudi baca !!!

Sana Sini Game C.O.C

Assalamualaikum.

Korang mesti dah tahu game paling femes abad sekarang ini kan.Dari kecil dewasa sampai lah yang tua pun dah terjebak main game.Sungguh berhantu.

Hrmmm..nasib aku tak fanatik dengan game Clash of Clans nih (C.O.C) Time nak dinner pun bole sempat diorang sempat bom sana sini.Tanah perang bukan main lah berhektar-hektar.Hrmmmmm..



Laki aku nasib dia pegang Manje kalau tidak dengan dia sekali main C.O.C nih.Kekadang nak berbualdengan dia pun tak feeling.Asik mengadap tue jee 24jam.


Yang berbaju biru tue Abang aku no.3.Dah janji dengan dia nak lunch sesama kat sini.Susah sekarang nak jumpa mamat nih.Asik sibuk memanjang.


Manja pun join sekali iyer.Apa tah yang ayah Boy bagi awak ketawa tue???


Kita berdua tak join daddy.Kita suke selfiee saja :)


Tengok lah kalau time dekat makan luar.Tue lah yang dilayan.Berbual dah tak mahu.Cisshhhhh !!!
Leka dengan tanah dia.



Ini lah game yang membuat orang leka dan lalai dalam segala hal.Termasuk lah laki aku sendiri.



Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, May 13, 2015

Satu Tahun Enam Bulan

Assalamualaikum.

Appointment Manja sebenar nya bulan April hari tue.Tapi tu lah aku nih asik sibuk memanjang je post pone sampai ke bulan Mei.Nasib nurse kat situ tak membebel.Kalau tidak sakit telinga sekejap.Klinik Kesihatan Senggarang ini check up baby dan kanak-kanak hanya hari Isnin je.Hari lain tidak dilayan ok !

Sampai Klinik Kesihatan Senggarang ini pun dah lewat pukul 11 lebih baru aku daftar.Biasanya dekat sini pergi awal dengan petang sama je lewat jugak nurse kat sini melayan kita.Lambat diorang nak tengok buku merah.Baik pergi lewat sikit boleh lah aku kemas masak kat rumah dulu.

Nurse kata suntikan untuk kali yang terakhir.Suntikan seterusnya akan diberi sewaktu umur  tahun nanti..Aku cuma angguk-angguk kepala tanda faham lahh tue.Suntikan kali ini diberi nama imunisasi DTP atau Differia Tetanus Pertussis.Yang ini lagi lah aku tak faham.Hihihihi.

Kementerian Malaysia pun telah menyediakan jadual untuk suntikan vaksin yang wajib diambil oleh peringkat bayi sehingga lah kanak-kanak.Korang pi lah google sendiri okay !!


Masa ini Manja suka lari sana sini.Seronok ramai kawan kat Klinik ini.Kalau dekat rumah ada saja yang direnggek kan.Sampai aku naik rimas tau.



Kanak-kanak sebaya dia kerap ke bangku yang aku duduk tue.Mula lah Manja tunjukkan taring dia.



Seronok lah iyer sekejap lagik melalak satu Klinik tau Manja. !



Lepas cucuk nanges sekejap je.Lepas itu mula lah nak meloloskan diri dia.


Sekejap awak dah 18bulan tau Manje.Mummy i love u awak sangat-sangat.

Dah jom balik !


Selfie anak beranak.Happy !!!


Mummy dan Manja :)


Terima kasih sudi baca !!!

Thursday, May 7, 2015

Playgroud Marrybrown

Assalamualaikum.

Kebiasaanya hujung minggu aku akan ambil satu hari atau setengah hari mengisi kekosongan bersama Manja.Mummy cuti empat hari pun tak bawa awak ke mana-mana pun.Asalnya tak planning pun nak ke Marrybrown tue.Bila aku baru teringat aku ada member card VIP Marrybrown terus menuju ke situ.Dalam hati sambil makan dating berdua dan Manja boleh  main playground kat situ dengan happy.

Bila sampai aku nak order makanan, Manje dah mula nak meloloskan kan diri dari dukungan aku.Mana tak nya bila dengar riuh-rendah dekat playround mau tak nya susah hati dia.Lagi lah ramai kanak-kanak kat situ.Mesti nak join sama.Manja masa beberapa bulan takut sangat dengan orang berbeza pulak bila dia banyak akal dah mula bermesra dengan sesiapa.Tak kira orang kenal dia mahu pun tidak.Paling besh siap tatata..tataata...haii..haiii.Ikut perangai siapa lah tue kan.Peramah semacam.


Bila tak beshnya yang kanak-kanak yang besar dalam 7-8 tahun pun ada kat situ.Bila dah ada diorang yang dewasa nih mula lah main menganas.Lempar-lempar bola.Panjat-panjat.Itu yang jadi ikutan kanak-kanak yang kecil.Hope diorang lebih alert tentang penggunaan playground untuk usia berapa baru bole masuk.


Manja happy kat sini.Pertama kali nampak makan minum semua geleng kepala.Next time bawa awak ke sini lagi iyer.Tengok mood daddy awak sikit eh.



Asik pegang bola je Manja nih.Bila mummy mintak geleng-geleng kepala tak bagi.


Manja takut nak masuk ke dalam kolam yang air bola tue.Aku try dia letak dalam tue.Melalak pulak minah nih.Huhhh !


Dan yan tak besh nya Manja tak mooo balik dahhh.Daddy nak buka kedai sayang.Awak pulak buat hal.Dan meronta-ronta kat situ bila aku dukung dia.Hrmmmm.Satu restaurant dengar suara dia.Melalak tak puas main ker atau tak pernah main playground.Semuany jadi tanda tanya.Sampai ke kereta still lagik tunjuk-tunjuk Marrybrown.

Kesudahanya aku beli kidsmeal Marrybrown nak pujuk hati dia.Free botol air.Aku pilih kaler pink.Bila dah ok sikit baru naik kereta.Baru lah diam.Huhhh Manja dah lebih sayang rupanya iyer..


Baru lah aku tahu kanak-kanak memang suka dengan playground.Dulu tengok kanak-kanak menangis meronta-ronta hendak kan sesuatu begitu jugak dengan Amai.Aku semakin memahami teoiri kanak-kanak zaman sekarang.Hrmmmmm...Aku kena lebih banyak belajar dan terus belajar.


Terima kasih sudi baca !!!

Wednesday, May 6, 2015

Esah Selamat Bertunang !

Assalamualaikum

Cuti empat hari tue, aku tak ada planning jejalan ke mana pun.Lagipun laki aku buka kedai rugi tak bukak sebab ramai orang balik ke kampong sempena cuti lama tue kan.Hrmm.Jangan ingat aku memerap ke rumah je ehh..silap tue, aku pun kena join sekali tolong laki aku kat kedai.Hrmmmm.Sepanjang cuti empat hari banyak jugak aktiviti selain bertemu dengan saudara-mara.Hihihi

Cousin aku Esah selamat bertunang 1 Mei hari tue.Selamat jugak minah nih.Dulu dia nih lah pengapit masa aku kawin.3 tahun berlalu sudah.Tup-tup minah nih dah nak taweennn.Pertunangan hanya setahun sehidup.Alhamdulilah.


Wei nok kita sama tinggi lah wupenye..Esah nih sepupu belah arwah mak aku.Kira nya arwah mak dengan mak Esah nih adik beradik.Arwah mak anak yang sulong.Kat rumah ini lah tempat kita bermain masa zaman kanak-kanak.Arwah atok selalu upah ice cream malaysia.Kalau ingat-ingat mau tak sedih kan.Semuanya berlalu dengan pantas.


Nok pas nih ko dah jadi tunang orang.Jaga diri tue sikit tau.


Atucara sarung menyarung cincin.Ramai jugak rombongan belah lelaki nih.Meriah sungguh aku tengok Esah punya majlis sebab dia anak paling last.Tu yang buat meriah walau pun sederahana.Makanan dan desert pun bole tahan.



Bersama kakak ipar.Berseri sikit muka ko nok.Make up semua sendiri pelamin,gubahan semua sdn bhd.Terror jugak minah nih.


Hantaran belah lelaki dan perempuan.Yang ini pun sendrian berhad.


Pelamin pun Esah DIY jugak.Bunga je yang sewa.


Bersama anak-anak saudaraku yang sado-sado.




Manje kat rumah sini dia lah paling hulk.Habis semua dikerjakan.Hrmmmm.Dia dah bijak sikit akal pun dah banyak.

Bersama kakakku yang tersayang.Belah kiri aku tue.Kakak esah yang tua sekali.


Adik beradik JDT.Muahhh sikitttt.


Sementara tunggu belah lelaki sampai.Kelek baby debab nih.Wangi bau baby nih.Nikmat.


Yang ini anak sepupu aku.Montel.Pegang pun mantap badan.Pegang sekejap jek pastu manje merengek nak duduk sama mummy dia.Tak bagi mummy kelek orang lain.


Terima kasih sudi baca !!