Thursday, November 24, 2016

Visit Baby Girl Nur Zahra

Assalamualaikum.

Sabtu lepas dah plan nak pergi tengok kawan opis bersalin..Bila dengar nak tengok baby aku kena ambik aura banyak sikit dan bau baby nih..Bau baby nih sedap sangat walaupun bau susu mashammm tue..Mana lah tahu depan turn aku bersalin..iyerrr dok...Aminnnnnnn

Lena je baby girl Zahra tido..Masa aku sampai dia baru siap nenen..Kenyang tue yang nak tidooo je..Elok je dalam buai..Masa baby senang sikit jaga..Cukup time bagi nenen, tukar lampin, mandikan..tue pendapat aku lah..tak tahu pulak cara orang lain macam mane...


Nak gambar jugak dengan baby Zahra walaupun dia tak layan aku..Baby nih kalau time tidur siang lama pulak tue..Kalau malam mau tidaknya berjaga..Sebab tue time berpantang mata-mata ibu kelihatan seperti panda...Hihihihi..


Mudah-mudahan dapat lah aku baby sorang tahun depan iyer..Ta kisah pun girl atau boy...Korang doakan lah iyer...



Dengan mama Farra..


Wajah-wajah mak bodak macam nih lah iyer...Mama Faizah , Mama Rina, Mama Farra, Mama Ina dan Ibu Amai....


Sebelum balik ambil gambar dulu..Kenangan nih...Selamat berpantang Rina..Nanti naik kerja boleh sambung gosip lagi..


Nak balik pun tidur lagi..Sepanjang aku pangku..lena betul dia tidur..Nanti besar sikit boleh main dengan kakak Amai iyer..Ibu  Amai balik dulu....tatatatata..Boleh sambung tidur lah awak Zahra ... 


Terima kasih sudi baca !!!

Monday, November 21, 2016

Weekend Semalam

Assalamualaikum.

Hai korang !!!Lama sangat dah tak update blog nih..Bersawang sangat!!Hujung tahun sibuk memanjang..banyak jadual prepare untuk tahun hadapan..Wahhh gitu..

Nihh haah saja nak update semalam masak ikan hasil pancingan laki aku..Sekarang laki aku dah sibuk nak memancing..tapi syukur alhamdulilah..dapat hasil ikan besor..boleh lah aku masak untuk hari weekend..

Menu semalam Ikan Siakap Batu dan Sayur Capcai Cendawan..gambor sayur lupa nak ambik.Hari weekend memang turn aku masak walaupun dua jenis lauk.


Bahan-bahan aku apa yang ada dalam peti ais..Korang nak resepi google lah sendiri iyer..


Sekarang kalau hari tak kerja, Manja nih pantang sikit nampak handphone aku letak atas kabinet..Menjajau dia cari..Selongkar dalam beg aku pun dia sanggup..Jawapan dia nak ambik gambar ibu..nak ambik gambar baby..


Ini lah kawan-kawan manja di kala dia sorang-sorang... Mickey Mouse, Squirel, Angela, Rabbit and Ponny..


Amai is a BIG GIRL paling garang..hihihihi...Amai dah besar..tahun depan umur 4 tahun..Jangan cepat sangat besar..Nanti ibu rindu......


Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, November 12, 2016

Batuk dan Selsema

Assalamualaikum.

Baru-baru nih, seminggu Amai batuk dan selsema..Mungkin faktor cuaca dan persekitaran menyebabkan Amai batuk dan selsema.Amai jarang kena batuk dan selsema .. tapi tu lah bila nak kena..susah hati bila ibu nak pergi kerja..Dengan batuknya kering...+___________+

Nasib baik dia tak demam..Kalau demam takut jugak..lagi tiba-tiba kena sawan panas..Tapi aku bawa jugak pergi Klinik King hari tue..takut dibiarkan nanti melarat..macam-macam penyakit lain datang pulak...

Bodak bangun pagi...Tengok muka dia..masham...

Layu je minah nih pagi tue...Belum sarapan lagi masa nih..


Faham ker apa doctor tue cakap sayang??Masa tue doctor nasihat..jangan main kotor..tangan kena cuci selalu..jangan makan ayam..minum air putih banyak..Manja nih tunduk anguk-anguk tanda faham lahh tue...


Bawa Manja pergi urut petang tue dengan Mak Long Anum..pun diam-diam dekat situ..sikit pun tak nangis..Mak Long pesan nak baik cepat kena urut..nanti cepat baik..Terus buka baju..tanda faham lahh tue..


Batuk sebenarnya adalah cara tubuh membersih dan melindungi lubang udara daripada mucus dan lain-lain rembesan. Batuk juga adalah satu petanda suatu penyakit.
 

Batuk yang basah TANPA tercungap-cungap atau pernafasan laju mungkin berpunca dari jangkitan virus di hidung, sinus, tekak atau salur udara besar paru-paru. Selalunya akan ada bersama symptom-symptom lain seperti bersin, selsema, mata berair ataupun demam yang sederhana. Dan itulah yang dialami Balqis.
 
Ibu perlu bimbang dan berjaga-jaga jika:
  • anak batuk tercungap-cungap
  • pernafasan laju
  • letih, tidak aktif seperti biasa
  • tidak lalu makan
  • bertambah teruk pada waktu malam atau selepas bersenam
  • batuk yang berlarutan lebih dari 10 hari
Ibubapa perlu tahu batuk sebenarnya baik untuk kanak-kanak. Ia membantu menyahkan kahak daripada saluran pernafasan. 
 
1. UBAT PEMBANTUT KAHAK – jika batuk anak anda membuatkannya terjaga di waktu malam, ubat ini boleh membantu merencatkan tindakan reflex di dalam tekak dan saluran trakea dan boleh menolongnya tidur. 
 
2. EKSPEKTORAN – ini adalah ubat untuk mencairkan kahak. Kajian-kajian telah menunjukkan ubat ini sebenarnya tidak banyak membantu. 
 
3. UBAT TITIS BATUK – ia berkesan untuk meningkatkan penghasilan air liur yang dapat melegakan tekak anak dan mencairkan kahak. 


Selamat berhujung minggu !!!


 Terima kasih sudi baca !!!