Saturday, November 12, 2016

Batuk dan Selsema

Assalamualaikum.

Baru-baru nih, seminggu Amai batuk dan selsema..Mungkin faktor cuaca dan persekitaran menyebabkan Amai batuk dan selsema.Amai jarang kena batuk dan selsema .. tapi tu lah bila nak kena..susah hati bila ibu nak pergi kerja..Dengan batuknya kering...+___________+

Nasib baik dia tak demam..Kalau demam takut jugak..lagi tiba-tiba kena sawan panas..Tapi aku bawa jugak pergi Klinik King hari tue..takut dibiarkan nanti melarat..macam-macam penyakit lain datang pulak...

Bodak bangun pagi...Tengok muka dia..masham...

Layu je minah nih pagi tue...Belum sarapan lagi masa nih..


Faham ker apa doctor tue cakap sayang??Masa tue doctor nasihat..jangan main kotor..tangan kena cuci selalu..jangan makan ayam..minum air putih banyak..Manja nih tunduk anguk-anguk tanda faham lahh tue...


Bawa Manja pergi urut petang tue dengan Mak Long Anum..pun diam-diam dekat situ..sikit pun tak nangis..Mak Long pesan nak baik cepat kena urut..nanti cepat baik..Terus buka baju..tanda faham lahh tue..


Batuk sebenarnya adalah cara tubuh membersih dan melindungi lubang udara daripada mucus dan lain-lain rembesan. Batuk juga adalah satu petanda suatu penyakit.
 

Batuk yang basah TANPA tercungap-cungap atau pernafasan laju mungkin berpunca dari jangkitan virus di hidung, sinus, tekak atau salur udara besar paru-paru. Selalunya akan ada bersama symptom-symptom lain seperti bersin, selsema, mata berair ataupun demam yang sederhana. Dan itulah yang dialami Balqis.
 
Ibu perlu bimbang dan berjaga-jaga jika:
  • anak batuk tercungap-cungap
  • pernafasan laju
  • letih, tidak aktif seperti biasa
  • tidak lalu makan
  • bertambah teruk pada waktu malam atau selepas bersenam
  • batuk yang berlarutan lebih dari 10 hari
Ibubapa perlu tahu batuk sebenarnya baik untuk kanak-kanak. Ia membantu menyahkan kahak daripada saluran pernafasan. 
 
1. UBAT PEMBANTUT KAHAK – jika batuk anak anda membuatkannya terjaga di waktu malam, ubat ini boleh membantu merencatkan tindakan reflex di dalam tekak dan saluran trakea dan boleh menolongnya tidur. 
 
2. EKSPEKTORAN – ini adalah ubat untuk mencairkan kahak. Kajian-kajian telah menunjukkan ubat ini sebenarnya tidak banyak membantu. 
 
3. UBAT TITIS BATUK – ia berkesan untuk meningkatkan penghasilan air liur yang dapat melegakan tekak anak dan mencairkan kahak. 


Selamat berhujung minggu !!!


 Terima kasih sudi baca !!!




1 comment:

  1. bgs betul lah manja nih...
    dgr je ckp doktor, dgr je ckp mak long tuh nk kene urut badan...
    moga cpt sembuh ye manja...

    aiyan ni pun selsema n batuk jgk... risau jgk akak

    ReplyDelete