Wednesday, November 30, 2011

Hobi yang semakin diminati

Hampir satu tahun Mr.B menceburkan diri dalam bidang kesukanan bercycling...Sekarang pun semakin ramai yang meminati kesukanan ini.Rata2 semua bangsa ada..(kalau tidak kerana lutut Mr.B sakit rasanya dia tidak akan bersukan sampai sekarang..Ada kalanya sampai lupe kat dya.(nak pi dating banyak hari post-pond wooo!!!) Sibuk menjalani aktiviti jombree dan training di track di jalan raya mahunpun hutan@kebun..but dya take care..memahami..Ini minat yang suke sampai lah sekarang..tak tahu esok, lusa de perubahan minat..dya sendiri tak tahu kn???






terlatest baru beli..road-bike...hrmm..kopak2 ..

Friday, November 25, 2011

Rahsia Solat

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......
 
1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
 
2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
 
3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
 
4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
 
5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.
 
6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al- kautsar ketika didalam kubur.
 
7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
 
8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
 
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
 
1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
 
11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
 
12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.
 
13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W.
 
Dari Abdullah bin 'Amr R. A.,
 
Rasulullah S. A. W. bersabda :
 
"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat.. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"
 

Kopi kurangkan risiko KANSER kulit

Salam pagi..pagi ni dya de received 1 email menyatakan pengemar minum kopi bole mengurangkan risiko kanser kulit..sjauh mana kebenaran nya dya sendri tidak pasti coz dya sendiri pengemar kopi setiap pagi..1 cawan sudah mencukupi mengembalikan mood dya sepanjang hari..
Fakta :-
Kajian yang dibentangkan di sebuah persidangan perubatan utama AS menyatakan bahawa kopi boleh melindungi seseorang daripada mendapat penyakit kanser kulit terutamanya dalam kalangan wanita.

Kajian menunjukkan wanita yang meminum lebih tiga cawan kopi berkafein pada setiap hari dapat mengurangkan risiko mereka menghidap kanser kulit yang dikenali sebagai karsinoma sel basal (BCC) sebanyak 20 peratus.

Kajian sama menyatakan lelaki yang mengambil kopi dalam jumlah yang sama dapat menurunkan risiko mereka mendapat BCC sebanyak sembilan peratus.

"Ekoran hampir sejuta kes baharu BCC dicatat di AS pada setiap tahun, faktor amalan harian seperti meminum kopi dapat memberikan kesan besar kepada kesihatan orang ramai dalam memerangi kanser ini," kata penyelidik kajian tersebut, Fengju Song.

Beberapa kajian sebelum ini juga membuktikan mereka yang kerap minum kopi kurang dijangkiti kanser payu dara, prostat, kolon dan uterus.

Saturday, November 19, 2011

Resepi Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.
1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan:
"Ya Allah, jadikan hatiku bersih."
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi Sekurang- kurangnya bacalah
"Qulhu-allah" sebanyak 3X.
5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan salah silap kita (jujur)
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).
7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
(Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!)..
8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa)..
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang syubhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut.. dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

Thursday, November 17, 2011

Zoo Negara

Salam pagi semua.. ;)
Hari ini dya belek2 album lama di folder dekat pc..hrmm ternmpk pic lama 2007..Windu rasanya time tue..Pertama kali pergi zoo negara bersama Mr.B..Masa ni dya btl2 kurus kan?Mr.B pn pe kurangnya hensem time ni..muda lh katakan..Bebanding pic 2011..hehe3..Hanya sekadar kenangan saja :p






Thursday, November 10, 2011

Ikatan with Mr.B ~06112011~

Salam pagi semua..sudah lama rasanya tidak menulis di blogger mysunshine..bizi yang amat sangat sepanjang October yang lalu..Dya kini sudah mengikat tali pertunangan with Mr.B..alhamdulilah..segala perancangan berjalan dengan lancar nya..Perkenalan Dya dengan Mr.B hampir 10tahun..Macam2 yang kami lalui pahit@manis,suka@duka..dan kami pernah beberapa kali putus tau..(sejarah lama mematangkan kami berdua) ...Dya bersyukur ke hadrat ilahi memanjangkan perhubungan ini dengan adanya pertalian yang baik.Semuanya orang pernah merasai perasaan itu tiba masanya giliran dya merasai nya pula..Sehingga ke hari ini dya pun cm tak percaya Dya dah pun bertunang...Hrmmm ...Tanggal 6/11/2011 Sunday 9:30malam tali pertunangan terpatri sudah..Bertema kan purple dari Dya.Bertemakan biru dari Mr.B..Dalam hati berbaur gembira,sedih,gugup,sejuk pun ada.Bila cincin disarungkan semua perasaan itu semuanya hilang..Pertunangan kami diikat selama satu tahun je..maka dya kene saving dari sekarang untuk resepsi akan datang..hrmm...sudah tak bole berbelanja macam sekarang..kene jimat dan jimat..hi3x..Dya memohon padamu ya tuhan kekalkan lah perhubugan dya dengan Mr.B sekiranya mendatang kan kebaikan buat kami..amin.. ;)









Mengapa pic Dya tunang xde eh..????