Wednesday, February 29, 2012

Le Tour The Langkawi 2012

Salam+selamat petang semua..

Hari ini dya uploud pic msa di Le Tour Langkawi 26/02/2012 Ahad yang lalu..berapa kilometer dya tidak pasti (haiyooooo)..yang dya thu le tour stage yang ke-3 di tempat Batu Pahat...Besh sangat..ini first time dya join tengok cyling..Lagi2 amor2 yg hencem2 gitu.hi3...walaupn cuaca panas dan bahang dek jalan raya..penduduk tidak menghiraukan semua itu.hanya yang penting dapat menonton cycling antrabangsa dengan puasnye..rata2 penduduk kg Parit Sulong memberi semangat dan kerjasama yg gitu kerana segala program berjalan lancar petang tu..berjam2 yang menunggu pun de..Dya menunggu de dalam 1 jam jek..Dya semestinya tidak kesorangan petang tu..ditemani en.tunang yang sememangnye meminati cycling sejak 2 tahun yang lalu..








Tuesday, February 28, 2012

Happy Birthday For My Fiancee

"Selamat menyambut ulangtahun yang ke-32 tahun..26/02/2012..(tua sudah hi3..)

Moga tahun2 ini memberi keberkatan rezeki,dipanjangkan umur,,dilindungi dari segala bencana, hasutan syaitan..Dya harap kita bole bersatu pada tahun ini sebagai suami isteri..mudahan2..
Sebenarnye besday en.tunang ari ahad semalam tue..sunday..dya xde celebrate pe2 time 2..just makan di luar saja..Lagipun tengahari ahad tue dya pergi Letourde Langkawi 2012 bersama en.tunang di Parit Sulong,BP..besh time 2 wlupn cuaca agak panas..(nnti kn pic di Letourde Langkawi tue iyer)hi3..




sekarang dh susah nak upload pic..x thu mengapa..hampeh tol :-O

Saturday, February 25, 2012

Sudirman 1 Dalam Sejuta

TARIKH 22 Februari mungkin tidak membawa pengertian buat mereka yang tidak mempunyai kepentingan di dalamnya. Tiada apa yang istimewa untuk diingati.
Namun, pada tarikh inilah negara kehilangan sebutir bintang yang sangat bersinar 20 tahun lalu. Tarikh ini cukup menyedihkan buat keluarga serta peminat artis tersohor yang pernah bergelar penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Sudirman, anak kelahiran Temerloh pada 25 Mei 1954 meninggalkan kita pada Sabtu, 22 Februari 1992, jam 4 pagi. Pemergiannya pada usia 37 tahun membawa pelbagai cerita dan derita yang tidak mampu ditafsirkan oleh orang lain. Namun semua luahan hatinya itu dizahirkan menerusi lirik puitis tulisan rakan baik merangkap kakak angkatnya, Habsah Hassan atau Kak Chah.

Walaupun pemergiannya sudah mencecah dua dekad, Sudirman yang mempunyai ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Malaya namun memilih menjadi penghibur rakyat, tetap hidup dalam jiwa masyarakat. Lagu-lagunya tidak pernah tertinggal menjadi siulan ramai setiap kali menjelang sambutan hari raya dan Hari Kemerdekaan.

Sudirman dikenali selepas kemenangannya pada Bintang RTM 1976, perjalanan masa bakal memungkinkan nama penyanyi ini dilupakan terutama oleh generasi muda yang tidak pernah mengenalinya. Namun dalam masa sama, dia tidak menolak nama Sudirman akan kekal diingati menerusi lagu peninggalannya yang menyentuh pelbagai genre.

Sudirman penghibur yang jauh melangkaui usia, taraf kedudukan dan bangsa. Dia juga contoh penyanyi yang berpelajaran tinggi dan menggunakan ilmunya untuk mendidik masyarakat. Biarpun kita ada ramai penyanyi sekarang, belum nampak ada yang macam dia..

*** tiada siapa bole tandingi allahyarham Sudirman kn?????*** dya amat meminati beliau...

Friday, February 24, 2012

Petua Nak Hilang Tahi Lalat?????

Selamat petang semua..kwn2..
Dya ingin meminta petua nak hilangkan tahi lalat..u olls de resepi tak???Share sini kt dya,sms k,email k,ym k..calling pn bole gak????hihihi3..Bile sudah meningkat dewasa terasa ingin membuang tahi lalat di belah mata kiri dya plak..kebanyakan dya bca buku+majalah rata3 cakap tidak baik..dan 50% ckp baik..
Paling yang mengerun kan dya de yang kata tahi lalat ni kanser kulit,ketuat,dn pelbagai lagi lah..dengar kanser..takut nyeeee ...(grrrrrrrrr)...Selalunye orang menggunakan tradisional sendiri but dya tidak berani nak mencube..De segelintir menggunakan tindakan laser di beauty yang handal2..de setengah beli cream yg dapati di sen-sai..hrmmm yang mane 1 dya nak buat???kwn2 tolong suggestkn????

u olls nmpk x belah kiri mata dya tue,,,mkin besO tau...nmpk x bersih jek rasanye..


Percaya tidak percaya, tahi lalat tak sekadar menempel begitu saja di tubuh kita. Bagi yang percaya, letak tahi lalat ada hubungannya terhadap kepribadian seseorang. Cuba u olls perhatikan sekali lagi letak tahi lalat Anda dan temukan ertinya di bawah ini...



                          nntikan kemunculan pic baru tanpa tahi lalat iyer kwn2..peace yoooo!!!!

Wednesday, February 22, 2012

Wordless## wednesday..

Salam pagi semua..Dya baru saja sarapan mee hoon dengan kopi Super POWER 5 in 1...cuaca di opis sejuk..angin air-cond nyaman..Minggu ni kerja tidak bizi..so..layan blog setiap masa..

Dya pun berjacket hitam hari ni..cuaca agak sejuk hari ini..Mood kerja malas sungguh hari ini .. tak tahu mengapa..maybe kene penangan movie Ghost Rider 2 in 3D yang besh kot..Dya tengok mig-night..tue pn en,tunang yang ajak..klu dya sorang..compom tidak pergi tengok.. ..jalan cerita yang menarik..masa part 1 dya pun de tengok pun besh so faham lah sampai ke part 2..bole tengok cerita 2..yang penting tidak membosankan..hrmmm..

(jangan moto+laptop+komputer berapi sudah iyer)...

So..kwn2 bole lah tengok movie tu iyer...
(pagi ini mood x besh..so merepek skit wordless..)

Tuesday, February 21, 2012

Cantonese Kegemaranku..

Salam ..selamat pagi kwn2..
Dya nk story skit tentang my favorite makan iaitu Cantonese Chay Kuew Tiaow..dlu dya lansung x reti nk mkan kuew tiow..tp disebabkan satu hari makan di Landmark Hotel..nmpk ada satu keluarga cinese makan cantonese (dlm hato berkata diorang makan pe 2 iyer..nmpk cm lazat jek)..ngam2 colluge de sebelah..dya pun tya..maka dya bermulanye menu baru dalam hidup dya..Now dya pun terjebak sampai sekarang..nyum2..basah2 de kuah..de telur.sayur..panas lagi..wahh!nikmat tidak terkata..Bole dikatakan paveret no.1 sekarang ni..Bile keluar berjalan menu utama dya semestinya cantonese..En.Tunang pun sekarang sudah meminati menu yang sama..jadi tidak perlu pening kepala nk mcari menu makan di luar..

Last week Friday,dya makan bersama Madam Lam..pergi ke Daddy Village..kt situ jek yang de menu my paveret ada.nyum2..makan lagi..Dya pun LIKE restoran Daddy Village kerana menyajikan pelbagai makanan yg lazat dan enak..yang semestinya HALAL..




air strawberi sangat fresh dan lazat..(mahai but puas hati)

Friday, February 17, 2012

Coklat






Salam petang kawan2..
Dya nak story sikit jek..walaupun dya x celebrate Hari Valentine but dya dapat coklat yg lab2 tue..tempohari...hihi2..dapat 1 lab jek dari my bos..baik kn???1 untuk dya and satu lagi tuk Madam Lam..Dya sendiri tak pernah dapat cokelat dari en.tunang..(rasanyea tak kan bagi kot)..hu3..

Insyallah next year cokelat BESO dari en.tunang..

Wednesday, February 15, 2012

Krim kulit ada logam berbahaya




Khas Untuk Kaum Wanita2..

Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya tidak membeli dan menggunakan Daily Protecting Cream: Jole et Beaute dan beberapa jenis krim penjagaan muka jenama Yoko berikutan penemuan logam berat merkuri dalam produk-produk itu.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi kementerian itu, Datuk Eisah A. Rahman berkata, jenis krim Yoko yang dilarang penggunaannya adalah Yoko Whitening Cream Ginseng & Pearls, Yoko Whitening Cream With SPF-15, Yoko Yogurt Milk Whitening Cream, Yoko Beauteen Sunflower Whitening Cream, Yoko Freckle Cream, Yoko Whitening Cream dan Yoko Whitening Extract.

Menurutnya, penggunaan produk keluaran dari Jepun itu boleh membawa kesan mudarat kepada pengguna kerana logam merkuri boleh diserap melalui kulit apabila disapu secara luaran dan cenderung berkumpul dalam badan.

Tuesday, February 14, 2012

Ariana Mikhail





Drama romantik, Ariana Mikhail yang dibintangi oleh dua pelakon muda berbakat besar, Nora Danish dan Syed Hussein Bin Syed Mustafa (Sein) melalui slot Ratu pada setiap hari Isnin dan Selasa, jam 8.30 malam di tV9.

Kisah ”Ariana Mikhail” bermula apabila Mikhail (Sein) yang telah tamat pengajiannya di London telah pergi bercuti di Paris bersama sahabat karibnya, Jamil (Riezman Khuzaimi). Semasa percutian itu, Mikhail berniat untuk mencari teman wanita berbangsa Perancis tetapi dia ditakdirkan bertemu dengan Ariana (Nora Danish) yang kebetulan singgah bercuti di Paris sebelum pulang ke Malaysia. Ariana yang mempunyai lulusan hiasan dalaman bercuti seorang diri kerana ingin mencari pengalaman dalam dunia hiasan di Eropah.

Pertemuan pertama berlaku apabila Ariana bertembung dengan Mikhail dan ini telah membuat Ariana sangat marah kerana Mikhail langsung tidak meminta maaf kepadanya.
Ketika inilah Mikhail dan Jamil mendapat tahu bahawa Ariana merupakan seorang warganegara Malaysia juga. Insiden kedua yang mempertemukan mereka adalah apabila Ariana menyelamatkan Mikhail daripada dimarahi oleh seorang lelaki apabila dia cuba berkenalan dengan seorang wanita Perancis. Walaupun sudah dibantu oleh Ariana namun sikap Mikhail yang masih tidak berterima kasih dan sombong membuatkan Ariana tidak berminat untuk berkawan dengannya.

Bagi membalas budi, Jamil mengajak Ariana makan malam tetapi Mikhail tidak berminat untuk turut serta kerana dia tidak meminati Ariana. Mikhail berkali-kali memberitahu Jamil untuk tidak membuang masa dengan Ariana kerana misi mereka adalah untuk mencari wanita Perancis bukan Melayu. Jamil menasihatkan Mikhail supaya jangan bongkak kerana nanti dia akan tergila-gilakan Ariana.
Bak kata orang tua-tua, “Jangan benci dengan seseorang itu, nanti lama-lama sayang.” Itulah yang terjadi kepada Mikhail apabila dia mula jatuh hati kepada Ariana yang telah menjaganya ketika dia sakit. Mikhail telah memohon maaf kepada Ariana atas sikapnya sebelum ini. Ariana memaafkan Mikhail dan sejak itu mereka mula rapat dan berkawan sehingga lahirnya bibit-bibit cinta.

Pada suatu hari dengan secara tiba-tiba, Mikhail telah meminta Jamil untuk menguruskan pernikahannya dengan Ariana di Paris kerana dia tidak mahu kehilangan Ariana. Jamil menganggapkan Mikhail sudah hilang kewarasan kerana masih terlalu awal untuk mereka berkahwin tetapi Mikhail bersungguh-sungguh untuk mengahwini Ariana. Malam itu, Mikhail melamar Ariana dan keadaan yang romantis membuatkan Ariana terharu dan menerima lamaran Mikhail. Mereka telah bernikah di salah sebuah masjid di Paris.

Tetapi keesokan harinya, selepas satu malam bersama sebagai suami isteri, Mikhail mendapati Ariana sudah tiada lagi di sebelahnya. Mikhail menyangka Ariana keluar untuk membeli-belah tetapi dilihatnya beg pakaian Ariana pun sudah tiada. Puas Mikhail dan Jamil mencari Ariana di tempat-tempat yang selalu mereka kunjungi ketika di Paris namun tiada. Hanya sepucuk surat yang diutuskan kepada Mikhail…

Apakah isi kandungan surat tersebut? Ke manakah Ariana dan mengapa dia menghilang begitu sahaja dengan seribu tanda tanya??Saksi kan lah sampai penghujung ceritanya...

Monday, February 13, 2012

Ego Dan Dendam

Pernahkah kita sampai ke tahap langsung tidak merasa bersalah dan menyesal melakukan dosa atau jenayah?
Jika itu yang berlaku, awas kerana semua itu adalah tanda hati terlalu 'berkarat' dan mati.
Hati yang mati itu sama seperti jasad yang tidak bernyawa. Jika dipukul, ditepuk dan dicubit berkali-kali pun, ia tidak akan mendatangkan kesan.
Perjalanan hidup yang diatur hanya mengikut kemahuan syahwat sendiri. Orang yang mati hatinya tidak dapat membezakan perbuatan baik dan buruk.
Bahkan, ada berbangga mereka bercerita perbuatan maksiat yang mereka lakukan seperti rogol-bunuh-bakar, berzina, menipu, rasuah dan berbuat zalim kepada orang lain.
Tidak hairanlah jika ada golongan yang sanggup membunuh sesama manusia, ayah menodai anak kandungnya sendiri, ibu mendera anak sehingga mati serta pelbagai perbuatan terkutuk lain tanpa rasa berdosa.

Daripada hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim: Ingatlah! Sesungguhnya dalam jasad (manusia) ada segumpal darah. Jika baik, baiklah seluruh jasadnya. Jika ia rosak, maka rosaklah jasad seluruhnya. Ingat! Itulah hati.
Setiap dosa dan maksiat yang dilakukan maka akan tumbuh satu titik hitam dalam hati mereka.

Perkara itu jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibnu Majah).
Jelas sekali perwatakan golongan yang hati mati itu melalui sikapnya yang kejam, kasar dan tidak berperikemanusiaan.
Abdullah bin Abbas berkata: "Kebaikan itu mendatangkan sinar pada wajah, cahaya di hati, kelapangan dalam rezeki, kekuatan badan dan perasaan cinta di hati.

"Sedangkan dosa itu mendatangkan kesuraman pada wajah, kegelapan di hati, kelemahan badan, kekurangan rezeki dan kebencian di hati manusia".
Sifat pendendam antara punca kepada masalah hati. Mereka sentiasa tidak puas hati ibarat meminum air di lautan; walau banyak yang diminum, ia tetap tidak habis.
Sikap ego yang bersarang dalam hati menjadi ibu sifat mazmumah yang membuatkan seseorang tidak tenang.
Begitu juga dengan rakan atau orang di sekeliling kita. Jika kita berkawan dengan orang soleh, pasti dia membawa kita mengingati Allah manakala orang jahil kepada kesesatan.

'Kematian' hati juga boleh dilihat apabila seseorang itu sedih orang lain mengatasi kehebatannya.
Mereka akan memastikan tidak ada yang boleh lebih daripadanya. Ini menambah sifat dendam yang memalapkan cahaya imannya.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati. (Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).
Jangan menjadikan ketawa keterlaluan sebagai cara menzahirkan perasaan gembira kerana boleh membawa kepada beku dan matinya hati.
Jika hati mati, syaitan mudah membawa kita ke lembah hina.
Sementara itu, antara mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah sifat pemarah.
Ego pula membuatkan golongan seperti ini memiliki sifat pantang dicabar. Allah mengunci mati hati dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup.
Pemilik hati mati pasti menolak kebenaran dari Allah dan suka melakukan kezaliman terhadap sesama makhluk.
Allah berfirman yang bermaksud: "Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia. Mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah). Mereka mempunyai mata, tetapi tidak digunakan untuk melihat (tanda kekuasaan Allah). Mereka mempunyai telinga, tetapi tidak gunakan untuk mendengar (ayat Allah). Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Surah al-Araaf ayat 179).
Ketahuilah apabila hati menjadi keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan.
Perunding Motivasi dan penceramah, Mohd Zawawi Yusoh, berkata hati yang mati akan menghilangkan rasa ketuhanan dalam diri seseorang.
"Sebab itu, mereka tergamak melakukan pelbagai jenayah dan salah laku yang bertentangan dengan agama akibat hati yang tidak ada tindak balas terhadap kebaikan.
"Jika terus membiarkan diri bergelumang dengan maksiat ia akan menjadi penghalang utama amalan tidak diterima Allah," katanya.
Mohd Zawawi berkata hati juga mempunyai beberapa sifat antaranya hati keras, degil dan berat untuk melakukan amal kebaikan.
"Hati mati paling dahsyat kerana membuatkan manusia hilang sifat kemanusiaan dan belas ihsan. Tidak hairan ada sanggup merogol anak atau adik sendiri, membunuh dengan kejam atau mendera isteri dan kanak-kanak.
"Rezeki haram menyumbang 'kematian' hati. Ia juga melahirkan individu yang berpenyakit," katanya.
Beliau berkata, makanan hati adalah ilmu. Imam al-Ghazali menyatakan apabila seseorang itu tidak mendengar majlis ilmu selama tujuh hari, hatinya menjadi keras.
"Justeru, didiklah diri supaya cintakan majlis ilmu, istiqamah membaca al-Quran, mengamalkan zikir setiap solat selain berkawan dengan orang beragama yang dapat mendorong kita berada di landasan agama yang benar," katanya.
Beliau berkata, orang yang banyak dosa doa mereka tidak diterima malah akan merosakkan.
"Hati orang yang banyak dosa pasti merasa sempit selain segala masalah yang dihadapi tidak dapat diselesaikan," katanya.
Allah berfirman yang bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22).
Mohd Zawawi berkata, bagi meleburkan hati yang keras, sentiasa bertaubat, bersolat lima waktu secara berjemaah dan kerap melakukan qiamulail.
"Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan," katanya.

Saturday, February 4, 2012

Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina

Pada suatu senja yang lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan yang dialaminya.
Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”

“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.

“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."

Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya, “Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang nista itu?”

“Ada!” jawab Jibril dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar dari pada seribu kali berzina.”

Mendengar penjelasan itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali. Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.

Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata

“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan”
(H.R. Atthabarani)

Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan:

“Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.”
 
Al-Ghazzali berkata: “Jika ada orang berkata, bahawa ia telah mencapai satu tingkat disisi Allah s.w.t. hingga ia tidak wajib sembahyang, maka tidak ragu dibunuh orang itu, dan membunuh orang yang seperti itu lebih afdal dari pada membunuh 100 orang kafir.”

Ahmad bin Hanbal berkata: “Tidak sah berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang, tetapi dalam mazhab kami, berkahwin dengan wanita kitabiyah dzimmiyah lebih baik daripada berkahwin dengan wanita yang meniggalkan sembahyang.”

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina, mudah-mudahan menjadi pengajaran kepada kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah.
 
 

Friday, February 3, 2012

8 Penyebab Lupa

Jika anda selalu lupa sebaiknya jangan dibiarkan. Cari penyebab anda mudah lupa berdasarkan tanda berikut ini :

1. Kadar gula darah tinggi

Penyimpanan memori boleh terganggu akibat tingginya gula darah anda. Awas, keadaan ini boleh menggangu bahagian otak yang berhubungan dengan memori. Jika mempunyai keturunan keluarga yang ada penyakit kencing manis, sebaiknya kawal kandungan gula anda.

Lakukan juga ujian gula dalam darah secara rutin. Jangan lupa menjaga pola makan seimbang serta tetap aktif. Berjalan kaki adalah salah satu alternatif berkesan mencegah diabetes.
2. Kurang berehat
Otak memerlukan cukup tidur untuk menyimpan memori baru. Dalam satu kajian
, responden yang tidur enam jam setiap malam selama dua minggu mungkin tidak merasa kurang tidur. Namun, setelah dilakukan ujian memori secara tetap, hasilnya mereka sukar mengingat memori jangka pendek.

Pertajam daya ingatan anda dengan kadar rehat yang cukup. Jika anda tidak boleh, cuba lakukan tidur pendek selama enam minit semasa tubuh terasa lemah. Cara ini boleh meningkatkan ingatan dan memacu proses memori penting dalam otak.
 
3. Berdengkur
Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur
, tapi juga boleh menurunkan daya ingatan. Semasa tidur berdengkur, saluran nafas anda akan terhalang, sehingga menahan oksigen beberapa saat pada sesuatu waktu dan menyebabkan sel-sel otak ‘kelaparan’.

Menurut kajian
, lelaki lebih sering berdengkur dibandingkan wanita. Dan, faktor risiko lainnya, kebiasaan ini boleh muncul kerana kelebihan berat badan atau berusia lebih dari 40 tahun.

Jika anda atau pasangan punya kebiasaan berdengkur
, sebaiknya anda mendapat nasihat pada doktor. Anda mungkin perlu memakai perangkat khusus untuk mengatasi berdengkur semasa tidur agar aliran oksigen boleh lancar menuju otak. Dengan begitu, daya ingat anda boleh kembali meningkat.
4. Metabolisme menurun
Jika hal ini terjadi
, kemungkinan anda memiliki masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Bila produksinya terlalu banyak atau terlalu sedikit dapat mengganggu sel-sel otak, yang dapat memperlahankan masuknya informasi ke otak. Tidak ada salahnya anda berjumpa doktor untuk mengatasi masalah ini.
5. Usia lebih dari 65 tahun
Di usia ini
, manusia akan lebih sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 serius dapat menyebabkan penyakit Alzheimer. Seiringnya bertambah usia, dapatkan nasihat dari doktor untuk mengetahui cara meningkatkan kandungan B12, misalnya dengan suplemen.
6. Mengalami depresi
Penderita depresi berat juga mengalami gangguan pada sel-sel otak. Bahkan
, ketika depresi berlangsung, ada kemungkinan keadaan ini boleh membunuh sel-sel otak, sehingga menyebabkan daya ingatan ‘merosot’.

Segera cari pengubatan.Jika tidak, makin banyak sel-sel otak yang ‘hilang’, daya ingatan akan makin sukar ditingkatkan.
7. Mengunakan ubat alergi atau pil tidur
Ubat-Ubatan untuk mengatasi masalah seperti insomnia, alergi, dan gangguan, boleh juga menyebabkan fungsi otak terganggu. Maka itu, sebelum mengunakan ubat ini sebaiknya dapatkan nasihat dulu daripada doktar agar daya ingatan anda tidak ikut terganggu.

8. Terlalu banyak mengambil ubat

Jika mengambil lima atau lebih ubat, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan. Pastikan doktor tahu semua ubat yang anda ambil. Jika sebuah iklan ubat nampak menarik, jangan terus terpikat. Sebaiknya minimakan pengambilan ubat terbuka atau hanya mengambil ubat sesuai dengan nasihat doktor.

Wednesday, February 1, 2012

Mengapa Hati Tidak Tenang

Saban hari kita melalui hidup suka dan duka silih berganti bagai  siang  dan malam. Kita punyai ramai kawan-kawan dan  bagi  yang  berkemampuan  apa yang mahu dapat di-
adakan.  Namun  kenapa hati masih tidak merasa bahagia.Tiada  ketenangan  persis melihat jalan yang bersimpang-siur  dan  ada  batu  besar di atas kepala. Kita mempunyai hajat  samada kecil atau besar, tapi tiada tercapai tentang apa  yang  diimpikan.  Barangkali  kita  lupa atau sengaja tidak   mahu  buat  postmortem dan  checklist  apa  yang terpahat  pada  jiwa, bagaimana pergantungan  jiwa  dan apa intipati yang telah disemaikan.

Ketenangan bukan boleh dibeli dengan wang ringit ataupun ditukar dengan material. Setiap hari kita solat dan berdoa dan kenapa tidak dimakbulkan.

Hati  kita  tak  gembira  sebab  kita tak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Kita tak pernah nak menghargai setiap nikmat yang kita dapat. Kita asyik memikirkan benda yang kita tak ada sampaikan lupa melihat nikmat sekeliling.

Kita berdoa, tapi  doa Allah tidak  makbulkan?
Sebabnya   asyik  meminta pada Allah, tapi tidak  pernah meminta ampun  pada  Allah, sedangkan banyak dosa-dosa terhadap  kepada Allah. Alangkah tidak malunya kita. Kita merintih, kita merayu agar Allah  makbulkan doa kita. Tetapi selepas mendapat kesenangan lupa  pada  Allah untuk mengucap syukur pada Allah. Bila  datang  kesusahan, ketika itulah teringat Allah. Kita akan menangis, merintih mintak tolong pada Allah.

Cubalah  renung diri kita. Cuba hitung, berapa kali menyebut kalimah syukur dalam satu hari? tak payah seminggu, cukuplah sehari sahaja. Berapa kali agaknya? Itupun kalau ada disebut.

Pernahkah  bangun malam, solat tahajud,solat taubat? mengalirkan airmata kesyukuran dengan setiap detik yang Allah pinjamkan pada kita untuk terus bernafas menghirup udara.

Kita selalu berbuat baik dan menolong orang dengan bersedekah.Tapi  tidak merasakan kemanisan ekoran dari perbuatan kita dan jiwa  masih  tidak tenteram. Sebenarnya dalam jiwa belum cukup mantap  tiada sifat ikhlas hanya manis dibibir tapi jauh dalam hati ada  niat  yang tertentu agar mahu sanjungan, balasan dan nama dari  manusia.  Riak  dengan  setiap  kebaikan  yang  dilakukan. Dengan  kata  lain  hati dibaluti dengan sifat mazmumah. Dengan adanya sifat inilah juga akan menghilang bahagia di jiwa.

Jangan  sampai  lupa  siapakah  yang  memberi kejayaan kepada kita. Lembutkan jiwa, tunduklah kepada Allah. Bersyukur dengan nikmat  yang  telah  Allah  kurniakan  dan pinjamkan kepada kita.Kerana  ini  semua  tiada  akan  kekal. Bila-bila masa Allah boleh tarik  semua ini. Jadi ikhlaskan hati dalam setiap perbuatan yang kita  lakukan. Kita  perlukan  redha  dari  Allah sekiranya tidak ikhlas Allah juga tidak redha.