Saturday, February 25, 2012

Sudirman 1 Dalam Sejuta

TARIKH 22 Februari mungkin tidak membawa pengertian buat mereka yang tidak mempunyai kepentingan di dalamnya. Tiada apa yang istimewa untuk diingati.
Namun, pada tarikh inilah negara kehilangan sebutir bintang yang sangat bersinar 20 tahun lalu. Tarikh ini cukup menyedihkan buat keluarga serta peminat artis tersohor yang pernah bergelar penghibur nombor satu Asia, Allahyarham Sudirman Haji Arshad.
Sudirman, anak kelahiran Temerloh pada 25 Mei 1954 meninggalkan kita pada Sabtu, 22 Februari 1992, jam 4 pagi. Pemergiannya pada usia 37 tahun membawa pelbagai cerita dan derita yang tidak mampu ditafsirkan oleh orang lain. Namun semua luahan hatinya itu dizahirkan menerusi lirik puitis tulisan rakan baik merangkap kakak angkatnya, Habsah Hassan atau Kak Chah.

Walaupun pemergiannya sudah mencecah dua dekad, Sudirman yang mempunyai ijazah dalam bidang Undang-Undang dari Universiti Malaya namun memilih menjadi penghibur rakyat, tetap hidup dalam jiwa masyarakat. Lagu-lagunya tidak pernah tertinggal menjadi siulan ramai setiap kali menjelang sambutan hari raya dan Hari Kemerdekaan.

Sudirman dikenali selepas kemenangannya pada Bintang RTM 1976, perjalanan masa bakal memungkinkan nama penyanyi ini dilupakan terutama oleh generasi muda yang tidak pernah mengenalinya. Namun dalam masa sama, dia tidak menolak nama Sudirman akan kekal diingati menerusi lagu peninggalannya yang menyentuh pelbagai genre.

Sudirman penghibur yang jauh melangkaui usia, taraf kedudukan dan bangsa. Dia juga contoh penyanyi yang berpelajaran tinggi dan menggunakan ilmunya untuk mendidik masyarakat. Biarpun kita ada ramai penyanyi sekarang, belum nampak ada yang macam dia..

*** tiada siapa bole tandingi allahyarham Sudirman kn?????*** dya amat meminati beliau...

No comments:

Post a Comment