Thursday, June 27, 2013

Jom Berbedak Tanaka

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Musim bedak Thanaka dah mari dah sekarang ni kan..Macam lah tak femes walhal bedak ni dah lama kurun lamanya di pakai..tapi bila retes Nora Danish pakai...kebaboommm lah meletup macam pisang goreng.Rata-rata di Instagram dan Facebook semua cete bedak Thanaka ni kan..but sebelum ni dya dah pun post entry mengenai bedak sejuk..korang ada baca tak??
Klik di sini.. mysunshine..
 
Fungsi & Kebaikan Bedak THANAKA ini

melicinkan kulit muka
memberi kesegaran pada kulit
mengurangkan kadar pengeluaran minyak/sebum pada kulit
menanggalkan sel kulit mati
ia membantu sejukkan kulit
membersih & menengang wajah
Sesuai untuk semua lapisan umur
Menghilangkan ruam-ruam badan
Boleh digunakan dimuka dan badan
Menghilangkan gatal-gatal badan
Mengecutkan jerawat
Lembutkan kulit dan menghaluskan.
Hilangkan jeragat
Menyejukkan & mengurangkan minyak di kulit muka
 

abaikan bedak yang dah abis tue iyer..sampai label pun dah tak nampak..mau tak nya..dya letak
di bilik air..memudahkan penyapuan..kalau tak bilik bersepah di buatnya... :P

selamat berthanaka kawan2...dya nak tido...hehehehehe :)

Bedak thanaka ini boleh di pakai waktu siang dan malam takde masalah.Dya suka pakai waktu malam sebelum tido..kadang2 tak sempat nak mencuci..terus tido sampai ke pagi..hehehehe..

Cakap-cakap : kalau nak beli jangan sampai tertipu dengan harga nya tue iyer...sebagai peringatan..pilih lah lemon..bau yang fresh dan segar bila di tepek kat muka..sure gebussss cam Nora Danish :)
 
 
Terima kasih sudi baca !!!

Tuesday, June 25, 2013

Haze !!!

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Gunakan lah mask demi kesihatan kamu semua iyer !!!


Cakap-cakap : bab-bab kesihatan ini bab suami sensitif..jaga betul dia nih..hehehehehhe.


Terima kasih sudi baca !!!

Monday, June 24, 2013

Supplement During Pregnant

♥♥Assalamualaikum♥♥♥


Kali ini dya nak kongsi sikit serba sedikit  apa yang saya makan, minum dan sepanjang mengandung lima bulan ini Lebih kepada supplement lah lebih kurang cam tu lah iyer..
 
Nampak tak gambar dekat atas tue..rajin bebenor dya susun supplement dya kan..vitamin plus supplement.Masa awal-awal mengandung dya makan folid acid sampai lah masuk tiga bulan .. Then bila badan dah gagah mencapai tiga bulan dya dah mula makan supplement di atas.Dya tak pena skip makan folid asid time tue.Korang pun tahu kebaikan dan fungsi folid asid tue kan??So korang google lah sendiri iyer..Dya malas nak tiap panjang lebar.. :P
 
So apa yang sekarang dya makan hari-hari ialah :  
 
1- Salindah B1 - Dependslah dekat korang iyer..lagipun supplement ini bukan wajib pun di makan.Why dya try Salindah disebabkan akak ipar dya sendiri makan Salindah ini.Dia dah mengamalkannya.Alhamdulilah mengamalkan Salindah ini anak aktif dan bijak selain memudahkan kita bersalin dan melahirkan baby yang cantik dan gebu..Insyallah..harap-harap macam tu lah.Kita dah berusaha, dan yang selebihnya kita berserah pada Allah.Bila masuk kandungan 6month dya akan bertukar kepada Salindah B2 dan seterusnya sehingga bersalin nanti..
 
2- Iberet Folic - Apa terkandungan yang ada dalam ubat ni?  Ianya mengandungi Iron, vitamin C, B complex dan folic acid. Kiranya kombinasi vitamin-vitamin tu tersangat-sangatlah lengkap. Kiranya  they complete each other la. Contohnya Iron tu diperlukan untuk menambah hemoglobin dalam darah. Tapi iron memerlukan vitamin c yang bertindak seperti magnet untuk menyerap iron tu. B compleks pun sama, ianya membantu menambah darah dan folic acid pula bertindak sebagai penguat rahim sebabnya bila seseorang itu mengalami anemia, ada risiko untuk baby keguguran.Paling penting toksik akan menjadi HITAM bila makan Iberet Folic ini.Satu bijik cukup untuk satu hari tau !!
 
3- Jus Delima Gulshan - Rasa yang masam2 manis.Memudahkan perlancaran toksik..Kalau korang amalkan senang masuk toilet.Pagi2 dah membuang.Dya minum Jus Delima ini bila makan supplement Iberet Folic.Sungguh sedap dan tidak meloyakan.
 
4- Kismis Tok Guru - bila mulut rasa nak mengunyah..Dya akan ambil 7 bijik kismis ini disusuli selawat tiga kali.Mudah-mudahkan baby dya orangnya tabah, soleh dan kuat pegangan agamanya...Dya tidak mengamalkan memakan makanan ringan..Tak elok untuk baby..  

5- ESP Soya Shaklee - Dya rasa mana-mana wanita mengandung mesti excited awal-awal pregnant nak beli susu untuk mengandung. Masa awal-awal dulu semangat pegi beli Susu Anmum dan dya minum sebanyak 2 kotak jek..Sebab ramai yang kata mengamalkan Susu Annum bole dijangkiti kencing manis..Wallahuallam...Dya terus stop..Now tinggal sikit di dapur..Dya try minum Soya Shaklee rasanya payah nak telan di tekak..Tapi lama kelamanya ok dah..Yang penting menjadi kesedapan minuman harian. ni! haha. Yang penting tak berapa manis okay !!

6- Neurogain-Yang ni dya  baru makan bila kandungan seusia 5 month.Kawan yang rekeman sebab dia dah mencuba makan Neurogain ini. Neurogain ini sebenarnya bagus untuk perkembangan otak bayi. Neurogain ni jenis minyak ikan tauu, bentuk kapsul.

 Yang lain-lain dya makan macam buah2, sayur2 dan yang penting paling nasi,kuew tiow,mee hoon semua dya makan. Yang lain tu Alhmdulillah takde masalah. Harap-harap baby dya lahir dengan sihatnya. Dya dah cuba makan yang terbaik semata-mata untuk baby kecik dalam perut ni :)  Dya hanya usaha, doa dan tawakal dan kongsikan apa yang dya ambil waktu mengandung ini.



Cakap-cakap : mood berblogging dah mula dah..hhehhehehe


Terima kasih sudi baca !!!

Saturday, June 15, 2013

Layan Movie Man Of Steel a.k.a Superman

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Setelah sekian lamanya dya tak menonton movie..baru lah semalam dapat pi tengok..Jadual masa yang padat dan full sepanjang masa sehingga hiburan di luar pun memang dah tak ambik kisah..lagi lah dah berbadan dua ni..tak larat nak jalan2 bagai tau..nanti jalan sikit dah rasa mengah..dah rasa letih...malam mula lah sengal tu lah..sakit ini lah.. >_<

abaikan muke dya yang togel dan gemuksss tue >_<

me,hubby arif dan aqim :)

adik beradik..tapi muka tak sama kan???

syok minum mushroom soup pizza hut..lama tak makan weiii :)

sementara menunggu hubby parking kete..kitorang dah minum dulu..


arif dan air pepsi nyea....

dinner malam tadi makan pizza hut set untuk empat orang..
baby pun suke nampaknya makan pizza nih rupenya...dya minum air ais sikit jek ..jamah.. :P
 
 
Cakap-cakap : seronok bila bawa arif dan aqim..diorang lah kawan dya bila di rumah mother in law..

 
Terima kasih sudi baca !!!

Friday, June 14, 2013

Risau HB Darah Rendah Sangat2

♥♥Assalamualaikum♥♥♥

Rabu semalam pergi check-up baby cam biasa.Pukul 8pagi dya dah sampai..puffhh..punya lah ramai.Dya pergi Klinik Kesihatan Senggarang bukan Klinik Desa..Kalau desa dah siap2 awal2 terus pi kerja..Tapi kerana terlalu ramai..tunggu dan terus menunggu.

Check up punya check up..Dya kena ambil test air kencing dan ambik darah..Bila dah ambik darah doktor cakap Hb Darah dya rendah sangat2..8.6..Misi dah membebel ceramah panjang lebar..Aduhh..malehhh dya nak dengar.."Kenapa dik lydia rendah sangat Hb awak ni..tak makan ke?tak makan sayur ke?ubat klinik tak makan kerr??"walhal sebijik ubat klinik pun tarakkk...First check up dulu memang misi2 tak ada bagi dya pil vitamin pun..Kalau bagi pun conpom dya simpan dalam laci..Peram buat jeruk..hihi..Tak suka bau nya..Dya beli vitamin sendiri di farmasi jekk..

Dah dua hari dya google cari petua camana nak naikkan Hb secara senang dan mudah didapati..Patut lah dah seminggu lebih dya rasa pening2 cam kena hantuk kepala kat dinding jek..Muka pun pucat dan lesu semacam..rupenya kurang darah cik akk nih...hampehhh !!!


cakap-cakap : kepada rakan2 bloggers..korang tahu tak petua nak tinggi kan hb darah ni..kesian dya dan baby kecik nih...please commnet !! :(