Monday, June 24, 2013

Supplement During Pregnant

♥♥Assalamualaikum♥♥♥


Kali ini dya nak kongsi sikit serba sedikit  apa yang saya makan, minum dan sepanjang mengandung lima bulan ini Lebih kepada supplement lah lebih kurang cam tu lah iyer..
 
Nampak tak gambar dekat atas tue..rajin bebenor dya susun supplement dya kan..vitamin plus supplement.Masa awal-awal mengandung dya makan folid acid sampai lah masuk tiga bulan .. Then bila badan dah gagah mencapai tiga bulan dya dah mula makan supplement di atas.Dya tak pena skip makan folid asid time tue.Korang pun tahu kebaikan dan fungsi folid asid tue kan??So korang google lah sendiri iyer..Dya malas nak tiap panjang lebar.. :P
 
So apa yang sekarang dya makan hari-hari ialah :  
 
1- Salindah B1 - Dependslah dekat korang iyer..lagipun supplement ini bukan wajib pun di makan.Why dya try Salindah disebabkan akak ipar dya sendiri makan Salindah ini.Dia dah mengamalkannya.Alhamdulilah mengamalkan Salindah ini anak aktif dan bijak selain memudahkan kita bersalin dan melahirkan baby yang cantik dan gebu..Insyallah..harap-harap macam tu lah.Kita dah berusaha, dan yang selebihnya kita berserah pada Allah.Bila masuk kandungan 6month dya akan bertukar kepada Salindah B2 dan seterusnya sehingga bersalin nanti..
 
2- Iberet Folic - Apa terkandungan yang ada dalam ubat ni?  Ianya mengandungi Iron, vitamin C, B complex dan folic acid. Kiranya kombinasi vitamin-vitamin tu tersangat-sangatlah lengkap. Kiranya  they complete each other la. Contohnya Iron tu diperlukan untuk menambah hemoglobin dalam darah. Tapi iron memerlukan vitamin c yang bertindak seperti magnet untuk menyerap iron tu. B compleks pun sama, ianya membantu menambah darah dan folic acid pula bertindak sebagai penguat rahim sebabnya bila seseorang itu mengalami anemia, ada risiko untuk baby keguguran.Paling penting toksik akan menjadi HITAM bila makan Iberet Folic ini.Satu bijik cukup untuk satu hari tau !!
 
3- Jus Delima Gulshan - Rasa yang masam2 manis.Memudahkan perlancaran toksik..Kalau korang amalkan senang masuk toilet.Pagi2 dah membuang.Dya minum Jus Delima ini bila makan supplement Iberet Folic.Sungguh sedap dan tidak meloyakan.
 
4- Kismis Tok Guru - bila mulut rasa nak mengunyah..Dya akan ambil 7 bijik kismis ini disusuli selawat tiga kali.Mudah-mudahkan baby dya orangnya tabah, soleh dan kuat pegangan agamanya...Dya tidak mengamalkan memakan makanan ringan..Tak elok untuk baby..  

5- ESP Soya Shaklee - Dya rasa mana-mana wanita mengandung mesti excited awal-awal pregnant nak beli susu untuk mengandung. Masa awal-awal dulu semangat pegi beli Susu Anmum dan dya minum sebanyak 2 kotak jek..Sebab ramai yang kata mengamalkan Susu Annum bole dijangkiti kencing manis..Wallahuallam...Dya terus stop..Now tinggal sikit di dapur..Dya try minum Soya Shaklee rasanya payah nak telan di tekak..Tapi lama kelamanya ok dah..Yang penting menjadi kesedapan minuman harian. ni! haha. Yang penting tak berapa manis okay !!

6- Neurogain-Yang ni dya  baru makan bila kandungan seusia 5 month.Kawan yang rekeman sebab dia dah mencuba makan Neurogain ini. Neurogain ini sebenarnya bagus untuk perkembangan otak bayi. Neurogain ni jenis minyak ikan tauu, bentuk kapsul.

 Yang lain-lain dya makan macam buah2, sayur2 dan yang penting paling nasi,kuew tiow,mee hoon semua dya makan. Yang lain tu Alhmdulillah takde masalah. Harap-harap baby dya lahir dengan sihatnya. Dya dah cuba makan yang terbaik semata-mata untuk baby kecik dalam perut ni :)  Dya hanya usaha, doa dan tawakal dan kongsikan apa yang dya ambil waktu mengandung ini.



Cakap-cakap : mood berblogging dah mula dah..hhehhehehe


Terima kasih sudi baca !!!

6 comments:

  1. bagus tu dik, mkn suppliment tuh... bgs utk mak bgs gk utk bby dlm perut

    ReplyDelete
  2. dah jaga baby dari dalam perot lagi. bagus :)

    ReplyDelete
  3. ain mkn salindah tu masa pegnant
    amik 1 set, tu yg boleh bsalin twins
    normal kot..hihi

    ReplyDelete
  4. macam mana jadual pengambilan esp dengan jus delima yer?

    ReplyDelete
  5. Boleh baca info lanjut berkenaan produk Salindah (Set Hamil & Set Bersalin) di blog rasmi www.edaranSalindah.com

    ReplyDelete