Monday, July 18, 2011

Kurma,Kismis,Madu

Bismillah..
Sabda Rasulullah s.a.w "Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil kerana sekiranya wanita itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar,bersopan-santun serta cerdas pemikiranya."Kebaiakn kurma ketika mengandung dan bersalin adalah amat baik sekali jika mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti.Semasa bayi dilahirkan buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi.
Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s.Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risay kerana takut diserang kencing manis.Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.

KURMA
Nabi Muhammad SAW bersabda : Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya akan menyebabkan penghuninya kurang sihat.Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa iaitu bersih hatinya.
Abu Abdillah a.s. bersabda : Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir.Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan maka pada hari iti dia tidak akan tertimpa racun sihir dan tidak diganggu syaitan.
Barangsiapa yang memakan 7 buah kurma yang baik maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati.

KISMIS
Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setipa hari sebelum sarapan pagi maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian.Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan seperti hempedu dan cairan kuning, menghilangkan lendir,menyihatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih.Barang siapa memakan 21 biji kismis merah maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi.Kismis dapat menguatkan jantung,menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesihatan jiwa.

MADU
Nabi Muhammad SAW bersabda: Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit. Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu. Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada. Allah SWT telah meletakkan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dan rasa nyeri dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi. Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati.Biasakan lah dirimu memperoleh dua ubat iaitu meminum madu dan membaca Al-Quran..

Amin....

No comments:

Post a Comment