Saturday, July 2, 2011

Kesilapan Fesyen Wanita berusia 30 Keatas

Opss 30thun..not 4 me ya!! lm lg..3 thun lg yer!! :)

Angka 30thun sering menjadi kebimbangan di kalangan wanita dan biasanya wanita golongan ini mula resah memikirkan perubahan pada penampilan mereka.
Kesilapan yang biasa dilakukan di kalangan wanita berusia 30tahun keatas adalah mereka masih cenderung bergaya seperti remaja dengan baju berpotongan terlalu pendek dan ketat.
Berikut beberapa tip yang boleh dijadikan panduan bagi wanita golongan ini kala mencari busana yang sesuai.

SKIRT
Skirt pendek sememangnya tidak sopan digayakan secara terbuka oleh wanita berusia 30 tahun keatas kerana ianya seolah-olah menunjukkan mereka masih belum matang.Bagi usia sebegini, skirt paras lutut lebih sesuai dan tampak manis serta mampu memperlihatkan sisi feminin mereka.Pilih rona polos jika ingin dipadankan bersama blaus bercetak.

SELUAR
Bagi sesiapa yang usianya menginjak 30tahun, sama ada lelaki atau wanita, zaman seluar jean koyak sudah berlalu dan sama sekali tidak sopan digayakan.Ia mungkin melekap cantik ketika anda berusia 20-an BuT ia membuatkan anda tampak selekeh jika anda memakainya pada usia sebegini.Jika ingin membeli seluar jean,pilih potongan dan rekaan klasik.Dapatkan juga beberapa pasang seluar jenis khaki yang boleh digayakan bersama blaus atau kemeja-T.

KEMEJA (hihihi..dya x suke pkai kemeja..coz mcm dak skema lh plak.. :P)
Kemeja T- kasual, vintaj atau lusuh memang kelihatan trendy untuk golongan remaja dan wanita muda.Seperti jeans koyak, ia hanya akan membuatkan wanita dalam golongan usia 30thun keatas seperti "menjerit perhatian" *** BUT bkn perhatian yang sepatutnya!! .Ya apa yang tertera pada kemaja T mampu menterjemahkan personaliti seseorang, so pilih corak atau tulisan yang tidak keterlaluan.

AKSESORI
Tidak dinafikan penggunaan aksesori amat penting dalam menata gaya berbeza pada setiap busana.Kunci utamanya ialah pemilihan aksesori yang mampu menyerlahkan bagi busana yang digayakan.Apabila mengenakan busana polos, padankan dengan aksesori sarat mana sama ada juraian atau secekak gelang dempak.Lakukan sebaliknya jika busana sarat dengan corak. Hadkn juga penggunaan aksesori..

*** smpi sini sja tips bergaya yer !!! :)

No comments:

Post a Comment