Thursday, June 4, 2015

Selamat Melayari Bahtera Perkahwinan Kak Udaku

Assalamualaikum.

31.05.2015 Ahad lalu kakak aku nombor 3 selamat bernikah dengan pasangan nya iaitu Haji Bakri.Majlis dengan meriah walaupun serdehana.Tahniah Kak Uda.

Jemputan pun hanya 500 orang termasuk orang kampung, saudara mara jiran tetangga sahabat handai.Syukur alhamdulilah majlis berjalan dengan lancar

Happy sangat kakak aku nih.Berseri-seri muka dia kan.Lagipun akak aku nih tak pernah nampak dia makeup.Ini lah pertama kali dia makeup over.Ramai makcik-makcik aku cakap muka aku aku nombor 3 sama macam aku.Aku rasa iyer kot.


Tahniah Kak Uda.Moga bahagia dengan Abg Haji.


Bersama Mak Andam.Tudung kuning tu lah kawan aku masa sekolah.Now job dia Andaman Nanies sepenuh masa.Cantik dia makeup.Orang Batu Pahat nak makeup dengan kawan aku nih bole lah cari Nanie iyer.


Tok Kadi yang menikahkan aku dulu iaitu Haji Maklom.Orang Parit Mahang, Senggarang.Kelakar tau Haji Maklom nih.Lama tazkirah dia baca depan haji tue.


Haji berdebar-debar dah masa nak dinikahkan.Dup..dupp..dappp..dappp.


Si pengantin bersama adik ipar.Tak menangis setitik pun akak aku nih.Syabas !Time aku dah melalak tau disaat nak jadi isteri orang.Sedihhh weiiii.Kalau ada arwah mak mesti dia happy tengok akak aku nih.




Selamat sudah.Sah korang jadi suami isteri.Amin.


Seisi sain menyain dokumen.


 Gambar bersama makcik dan pakcik belah arwah mak.


Pengantin diapit oleh Kak Long dan Abang Ngah.

Terima kasih semua yang menjayakan majlis perkahwinan kakak aku nih.Sayang korang.Walaupun majlis sederhana tapi dia punye meriah jangan cerita lah.Seronok dapat berkumpul dengan sauadra mara itu yang meriah dan happy !!


Terima kasih sudi baca !

1 comment: