Thursday, June 25, 2015

Sahur Lauk Ikan Pekasam Je..

Assalamualaikum.

Pagi-pagi kentang kentung aku dekat dapur.Bangun awal sikit hari nih sebab laki laki aku nak makan ikan pekasam goreng.Hrmmm iyer lah cik abang sok pagi-pagi ai masak kan untuk abang iyer.Jam alarm aku memang set pukul 4.30pagi.Berdering-dering kekadang aku biarkan sampai pukul 5 pagi baru mengelupor masuk ke dapur.Panaskan nasi jerang air.

Secara kebetulan semalam mak mentua aku beli lauk beli.Mana lah sedap kalau dipanaskan balik lauk beli di bazaar tue kan.Silap-silap pukul 10 malam dah basi.

Lama sangat tak makan ikan pekasam.Nama ikan ai tak tahu.Jangan tanya ai okay !! Hihihi.Ikan pekasam nih kawan laki aku yang bagi.Lama dah dok kat peti ais tue.Tak bergerak langsung.Laki aku cakap ikan pekasam semakin lama disimpan semakin sedap.Iyer ke tak??


Laki aku suka letak limau kasturi banyak-banyak.Sebab dia suka benda yang masam dari yang masin.

Goreng ikan sampai nampak garing sikit.Aku suka lumpur banyak-banyak beras tue.Rasa masin masih sama.


Bau satu rumah pagi-pagi ikan pekasam ini.Sedap dimakan dengan nasi panas.Sure korang bertambah-tambah.

Bila dah siap goreng tue, korang bubuh lah dekat pinggan.Letak tepi sekejap.Nampak tak yang keperangan tue namanya beras.Sedap weiii.


Bawang lagi banyak lagi lah sedap tau !

Aku guna minyak yang sama,campak kan bawang besar,cili padi,lada merah dan hijau.Goreng sampai bawang tue nampak layu.Kemudian baru lah letak ikan pekasam yan digoreng tadi.Agak-agak dah sebati goreng lah sekajap.Angkat dan bole di hidangkan makan bersama nasi panas-panas.Compom korang nasi bertambah.


Tengok tue laki aku, padahal aku dah bubuh limau dekat ikan pekasam ni.Mintak lagi extra buat tambah-tambah lagi masam.


Teringat nak makan murtabak pulak petang nih.

Terima kasih sudi baca !!!



2 comments: