Monday, October 22, 2012

Kelantan ada kelebihan...Tahniah !!

Assalamualaikum♥♥

Kelantan Juara Piala Malaysia 2012..yeahhhh !!! Mohon maaf iyer..dya peminat Kelantan da. :)

Juara Liga Super dan Piala FA, Kelantan memiliki segenap kelebihan berbanding Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk menjulang Piala Malaysia sekali gus merealisasikan misi treble yang diidam-idamkan oleh seluruh penyokong The Red Warriors.

Memiliki kombinasi yang padu di bahagian pertahanan di samping tidak bergantung kepada seorang pemain untuk menjaringkan gol,menjadi faktor mengapa Kelantan dianggap selaku pilihan menewaskan ATM di Stadium Shah Alam Sabtu semalam.

Bukan tidak menghormati kekuatan yang ada pada ATM bekas pemain kebangsaan yang juga penganalisis bola sepak negara iaitu Azlan Johar berpandangan Kelantan mempunyai lebih banyak variasi dalam merencanakan serangan di samping anak-anak buah Bojan Hodak dilihat cukup serasi antara satu sama lain.

Sejarah ini akan dikenang sampai bila-bila. Bukan mudah untuk berada pada tahap ini dan berharap Kelantan dapat mengekalkan kejuaraan ini pada musim hadapan.


Syabas dan tahniah buat seluruh pemain, pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) serta penyokong setia atas kejuaraan ini !!!

Cakap-cakap : Peminat setia Khairul Fahmi *_*

Terima kasih sudi baca !!!

4 comments:

  1. akk sokong kelate! Hehehe. sbb hubby org kelate. Suami happy, isteri pon tumpang happy kan :)

    ReplyDelete
  2. heee.. deqla x minat bola tp dah kelate menang suko jah..sbb mak n arwah pun oghe kelate.. :)

    ReplyDelete