Monday, March 30, 2015

Layan KFC Zinger Rice Wrap Bersama Kak Uda

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, kak uda aku call ajak aku makan kfc yang baru tue.Akak tengok dalam tibi keluar air liur lah dik.Tolong bawa akak bole tak?Anak-anak akak pun dah lama tak makan kfc.Bila ada orang nak belanja terus bersiap cepat-cepat tukar baju manja.Secara kebetulan sabtu tue aku off day, boleh lah layan kakak aku tue.

Ini kakak aku nombor 3.Kak Uda namanye.Orang selalu cakap muka aku dengan kakak uda aku nih sama.Iyer ker?Aku rasa tak kot tang hidung aku lagi besar dari dia.Kakak Uda aku nih comel je.Rendah tak tinggi macam aku nih.Ewahhh, puji diri sendiri nampak nya tue.Hihihi.


Kesian manja lapa iyer nak.Pantang nampak wedges dengan kentang putar.Habis licin makan dibuatnya.



Tengok manja ai nih dah mula menunjukkan kegedikan dia.Orang ajak gambar sama mula lah show yang bukan-bukan.Gigit kang !



Zinger Rice Wrap nih aku rasa biasa je.Tak ada sedap mana pun.Cuma ada nasi dengan ketulan ayam di dalam lempeng tue.Hah?Lempeng??

Portion dia ok lah ngam-ngam untuk makan sorang.Kalau kebulur makan sebijik wrap nih sure tak cukup.Kecil je saiz wrap nih.


Beli rice wrap tue dapat air mountein dew.Aku order yang set bersama kakak uda.Anak dia makan nasi yang ada ayam dengan burger.


Hidangan yang lazat.Lama tak makan ayam kfc tue.Sekali dapat makan.nyum-nyum.hihihi




Mummy dah bole balik belum?Amai nak main playground kat sana tue lah.Bole tak mummy??


Suhaila nih anak kakak aku yang bongsu.Anak dia dua orang je.Pandai Suhaila ambik hati si manja tue.Bawa gi playground tak balik stop main.Busuk muka terus nak balik.


Anak kakak aku yang first tue.Anak dia dua-dua perempuan.Besar kan anak dia.Malu-malu kucing kunun.Tak nak bergambar


Yang nih bungkus bawa balik.Tamak ker nih??Kakak aku nak bagi mak mentua dia.Aku pun ada bungkus kan laki aku dengan mak mentua aku sekali.Suhaila ada bawa balik burger untuk ke asrama.


Manja dah kenyang.Nak tidur kan.Manja kalah betul dengan puting dan selimut frozen.Asik nak tidur je kalau ada dua item tue.


Jom balik.Dah kenyang nih.Cam mahu zzzz.Boleh ker drive??hihihihi.




Terima kasih sudi baca !!!

2 comments: