Saturday, September 19, 2015

Jangan main-main Kalau ada asma

Assalamualaikum.

Jangan ambil mudah soal kesihatan terutama jika korang menghidap asma atau lelah.Penghidap asma percaya penyakit ini dapat dikawal disebalik gejala yang berterusan dan serangan asma 

Laki aku baru-baru ini doctor suspect dia kena asma.Cuaca jerebu pada masa sekarang ini sangat-sangat tidak sesuai untuk aktiviti luar.Laki aku sebelum nih tak ada pun asma.Tiba-tiba dia sesak nafas pergi check up terus masuk alat sedutan "inhaler".Ada pendapat cakap tak elok guna alatan "inhaler" sebab nanti kekerapan nak guna bila terkena asma.

Asma boleh dikawal dari makan ubat yang diberi oleh doktor, segi pemakananan, kurang aktivit luar dan pakai lah mask mulut ketika keluar dari rumah.Cuaca jerebu sangat jahat... T_T


Paling takut asma boleh menyebabkan sesak nafas, batuk dan sakit dada.Ada juga yang mengalami sudah tidur kerana gejala asma sering berlaku pada waktu malam.




Asma atau lelah adalah penyakit saluran udara jangka panjang yang kronik.Ia boleh menyebabkan nafas berbunyi, sesak nafas, ketat dada dan batuk.

Ciri utama penyakit ini pencerutan saluran udara dalam paru-paru yang berpunca daripada inflamasi dan menyebabkan pesakit sukar bernafas.Batuk yang berterusan tanpa demam terutama nya pada waktu malam dan awal pagi adalah tanda kuat asma.

Tidak seperti penyakit alahan seperti rinitis dan ekzema asma berkait dengan faktor genetik dan alam sekitar.Antara punca yang menyebabkan serangan asma termasuk alergen seperti hab uk, bulu haiwan, lipas dan debunga.

Punca lain berkairtan dengan asap rokok serta kimia di sampin perubatan contoh : aspirin serta kegiatan fizikal.Sekiranya tidak dirawat gejala ini mungkin menjadi lebih teruk dan menjadi lebih rumit untuk dikawal.

Antara pilihan untuk mengurus asma ialah dengan penggunaan alat sedutan pengawal dan alat sedutan penahan.Alat sedutan pengawal biasanya digunkan dua kali sehari untuk mencegah gejala serta membantu inflamasi dalam saluran udara.


Sementara alat sedutan penahan berfungsi untuk melega dan meluaskan otot saluran udara tetapi bukan untuk inflamasi.Keadaan sekeliling yang kering ketika musim panas boleh menyebabkan masalah asma bertambah ketara.

Perubahan cuaca dan keadaan sekeliling adalah pencetus utama penyakit asma yang memenatkan penghidapnya setiap kali mereka bernafas.Ramai juga yang merasakan keadaan asma mereka bertambah tenat sewaktu jerebu melanda seperti yang berlaki di rantau ini sekarang.

Nasihat aku jangan buat rawatan sendiri tanpa berjumpa doktor.Dapatkan ubat pelega atau pengawal daripada doktor dan elakkan berkongsi ubat dengan pesakit lain yang menghidap penyakit asma.Ini kerana lain orang, lain kepeluan rawatanya.





Terima kasih sudi baca !!!

1 comment:

  1. jerebu yg teruk mmg tak sesuai utk yg ada asma yg takde asma pun blh batuk2 sakit tekak...

    akak pun ada asma tp akak lama dh tak guna alat sedutan tuh.... kawal sendiri... dulu ada dpt jgk alat tuh masa awal2 rawatan suh amik tiap2 hari tp akak tak buat pun huhuhu... tak sanggup kot nk telan hari2

    ReplyDelete