Friday, July 20, 2012

Besok semua umat Islam akan BERPUASA

Assalamualaikum..

selamat menyambut bulan ramadan :)
Amin Ya Rabbal Al-Amin...besok semua umat islam akan menyambut bulan baru iaitu bulan Ramadan yang mulia.Sama-sama kita manfaat kan bulan yang mulia ini dengan amalan yang telah diperintahkan oleh Allah taala.Semoga kita semua mendapat hidayat darinya..amin..

PUASA menjadikan seseorang itu lebih kuat psikologinya apabila berjaya menahan diri daripada makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

PUASA tidak hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum, tetapi puasa juga merupakan ujian psikologikal untuk manusia.

Setiap kali menjelang bulan Ramadan, banyak daripada kita mula menanam tekad dan azam baharu. Banyak daripada kita mula meningkatkan amalan baik dan mengurangkan tabiat tidak elok yang biasanya dilakukan pada bulan-bulan lain.

Kalau sebelum ini ada yang jarang ke masjid, pada bulan Ramadan semua daripada kita mula mendekatkan diri bersama jemaah yang lain. Ada yang tidak mampu berhenti merokok, tetapi sebaik sahaja berpuasa, semua tabiat itu dapat ditinggalkan.

Cakap-cakap : Dya akan mengikuti solat terawih ..seriesss !!! T_T

Terima kasih sudi baca !!!

2 comments: