Wednesday, July 25, 2012

Menghayati sunnah bersahur

Assalamualaikum..
Salam Ramadan yang ke-5..Amin

Puasa bukan satu penyeksaan. Islam mahu muslim semua berpuasa, tapi dalam masa yang sama Islam tidak mahu menjadikan bukan Ramadan bulan yang mengujudkan suasana longlai dan lemah umat Islam. Sebaliknya, ia bulan keinsafan yang cuba menjadikan muslim merasai kesusahan mereka yang tiada mempunyai makanan dan betapa besarnya erti mendapat makanan. Di samping puasa merupakan ibadah yang dalamnya ada amalan-amalan yang mana muslim di suruh mencontohi Nabi mereka s.a.w.

Antara sunnah utama puasa ialah bersahur. Makan di penghujung malam, sebelum menjelang waktu subuh bukan satu kebiasaan kebanyakan manusia. Namun, atas titah perintah agama muslim melakukannya menunaikan sunnah Nabi s.a.w dan padanya ada hikmah yang pelbagai untuk seseorang yang berpuasa. Ini termasuk memberikan kekuatan untuknya pada siang hari, juga melatihnya bangun di waktu sebelum fajar untuk beribadah kepada Allah. Maka bersahur itu membawa kita bangun pada waktu doa dimustajabkan dan keampunan diberikan. Moga ia menjadi kebiasaan yang berterusan dalam hidup.

Bila Sahur?Ada orang yang bersahur terlalu awal sedang waktu subuh masih beberapa jam lagi. Ini tidak menepati amalan Nabi s.a.w. Baginda Nabi s.a.w melewatkan bersahur sehingga tinggal baki beberapa minit sebelum masuk waktu subuh.Waktu sahur pula berterusan sehingga masuk waktu Subuh. Selagi tidak masuk waktu Subuh seseorang masih boleh bersahur. Masuknya Subuh adalah waktu imsak (bermula puasa) yang sebenar, bukan beberapa minit sebelum itu

Hal ini selaras dengan kenyataan al-Quran: (maksudnya): “Makan dan minumlah kamu sehingga ternyata benang putih dari benang hitam dari waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa sehingga waktu malam” (Surah al-Baqarah: 187).

Dengan Apa Bersahur?Tujuan sahur bukan menyibukkan diri dengan hidangan. Makanan sahur memadai sesuatu yang memberikan kekuatan kepada orang yang akan berpuasa esok harinya. Kesempatan sahur patut diambil untuk berdoa dan beristighfar setelah makan dan minum apa yang dapat memberi kekuatan pada besok hari. Sebab itu dalam hadis disebutkan tamar sebagai pilihan sahur disebabkan kandungan tamar yang baik untuk tenaga orang yang berpuasa.

Jika tiada tamar, seseorang boleh sahaja bersahur dengan apa yang memberikan kekuatan untuk berpuasa pada hari tersebut. Mungkin juga ada orang yang tidak gemar tamar, ataupun tidak sesuai tamar untuk kesihatannya, maka agama itu luas untuk diamalkan. Apa yang tidak dapat diamalkan secara literal, boleh dihayati secara maksud ataupun kehendak (maqsad) syarak di sebalik sesuatu galakan ataupun perintah.
Cakap-cakap : tibe2 teringat ayam percik pulak pagi2 nih..dugaan tol puasa ini.kalau bukan bulan ramadan tak maknye nak ingat ayam percik .. lalu pun buat tak nampak jek..cissshhhh!!! DUGAAnnnnnnnn !!!

Terima kasih sudi baca !!! 








6 comments:

  1. buah kurma tapi tetap makan juga sikit :)

    dan yang penting mmg melewat lewatkan sebab senang nanti terus je subuh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. dya pn lewat bersahur jugakk shiela..jam 5 baru makan..hihi

      Delete
  2. wani klu makan sahur mesti jd meloya last sekali minum air suam dgn buah kurma jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. sahur dya x mkn heavy pn kak..mkn skit jek

      Delete