Saturday, July 28, 2012

Pertama kali berbuka maggi goreng

Assalamualaikum...

Salam ramadan semua.Hari ini genap lapan hari ramadan umat islam berpose.Dya alhamdulilah menjalani dengan baik.khusyuk dan ikhlas menjalani ibadah kali ini.Bila berpose semua orang mesti mengidam makan iyer lah kan satu hari tidak makan.nafsu memboyak2 nak makan itu dan ini.Nafsu dya bila kawan2 bagi resepi.tag gambo di blogger nafsu nak memasak pun ada.walaupun masa dya balik kerja lewat lebih kurang jam enam petang.dengan membawa kereta perlahan(kete pun tahu pose tau tak?letih katanya),dya sempat memasak maggi goreng semalam.Ini pertama kali masak dalam seumur hidup.(magi goreng)seriesss !! tak tipu ! sebab kebiasaan nya mak akan memasak nasi putih.ada ikan atau ayam dan sayur.dan paling penting my feveret ikan masin.kalau mak terlebih rajin sambal belacan mak yang power berapi yang de yummmmm!!! pembuka selera dya.sayang mak !

Dya copy resepi dari blog sifu memasak Cik Ina kalau korang nak resepi bole baca blog sifu dya.
(mohon maaf dya copy resepi T_T )Cuma semalam dalam esbok tak ada sawi.dya tukar taugeh.Dya memang hari2 tengok blog Cik Ina sebab dya rasa suka dia masak terror,simple,sedap.sebab dya dah copy cara dia masak.betul menjadi.Yang penting masak kena rajin ke dapur baru bole kenal bahan.betul x??

nasib abah tak kompen apa2..pasal maggi ini..mesti sedap kan abah??? *_*
 Bahan :-
1) kobis puith dihiris
2) bawang kecil daripada 4 ulas bawang
3) telur ayam 2biji
4) Sedikit ikan bilis
5) sedikit taugeh
6) magi berapi 3 bungkus - direbus jangan terlalu lama dan tos airnya.

Hiasan : bawang goreng dan daun sup

Cara membuat nya :
-goreng bawang sampai naik bau
-kemudian boleh masuk kan ikan bilis sampi garing dan wangi
-masukkan hirisan kobis putih,pecahkan telur ayam,goreng kemudian baru masukkan magi berapi yang telah direbus dan digaulkan dengan perencah sedia ada.
-akhir sekali masukkan taugeh,
-hiaskan dengan bawang goreng dan daun sup
-tara !! bole ngappp !!


Terima kasih sudi baca !!!

 

10 comments:

  1. sedapnya... aku puasa leh...

    ReplyDelete
  2. Tima kasih sudi buat cam resepi cik ina .cantik presentation maggi goreng lydia :).

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..yg penting dya x terror cm cik ina msak tau :P

      Delete
  3. yummy nampak cam best jeeee

    ReplyDelete
  4. nampak sedap betul maggi goreng tu..teringin pulak nak makan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. leh cube msk sygg..dya men campak2 jek

      Delete
  5. orang kata maggi mamak sedap, tidakkkk....
    buat sendiri lagi sedapppp......

    ReplyDelete