Wednesday, May 16, 2012

Hukum Upacara Akad Nikah Di Masjid

Salam semua..

Sejak balik dari kursus kawin tempohari dya sudah ada niat nak bernikah di masjid dan memilih hari jumaat.but tak tahu di persetujui oleh mak dan abah atau tidak.dya akan pujuk terus pujuk abah..harap2 mereka setuju dengan cadangan dya ini..hrmm..

Setelah meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah berpandangan bahawa Jumhur ulama’ telah memperakukan bahawa upacara akad nikah dibenarkan untuk dilaksanakan di masjid. Bahkan ulama’ mazhab Syafie berpendapat adalah sunat dan digalakkan untuk melaksanakan akad nikah di masjid.

Sehubungan itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa melakukan upacara akad nikah di masjid atau surau adalah disunatkan untuk mendapat keberkatan. Walaubagaimanapun, kedua-kedua pihak bagi pengantin lelaki dan perempuan yang turut menyertai upacara akad nikah tersebut hendaklah menjaga adab dan mematuhi peraturan semasa berada di dalam masjid atau surau berkenaan.


Dya juga berharap bila dya sudah berkawin nanti dapatlah menjadi seorang isteri yang setia dengan suami juga taat kepada perintah allah.Dya memohon en.tunang bertanggungjawab memegang amanah sebagai hamba allah,membimbing dya dan anak-anak pada masa akan datang..Amin Ya Rabbal Al-Amin...

p/s :Bak kata ustaz kalau tak bergaduh dalam rumah tangga tak besh jugak..mesti ada rintangan dalam rumahtangga..itu semua ujian sebenarnye.. (aura nak tawen semakin kuat ..sob2..sob2..)

Terima kasih sudi baca !

2 comments: