Friday, May 25, 2012

Drama AMEERA Rita Rudiani+Syamsul Yusof

Assalamualaikum...
Drama bersiri AMEERA di slot Samarinda TV3 yang akan mula bersiaran pada 23 Mei 2012, setiap Selasa & Rabu pada jam 10.30 malam dan hari Khamis pada jam 9.30 malam.(dah mula hari tue..dya pun tak miss tengok..)

Drama bersiri 25 episod terbitan Zeel Production yang mendapatkan sentuhan skrip daripada Sharifah Abu Salem menampilkan pelakon handalan Rita Rudaini sebagai Ameera dan Syamsul Dato’ Yusof sebagai Ameer. Turut membintangi drama tersebut ialah Zarina Zainoordin (Zila), Jasmin Hamid (Puan Suraya), Aishah Ilias (Marisha), Hairi Safwan (Faruk), Reza Hasbi (Zarul), Khaty Azean (Mak Som), Maimon Mutalib (May Yah), Faizal Hussein (Jai), Sabrina Ali (Rozi) dan Aman Shah. Ini merupakan penampilan pertama Syamsul Yusof menerusi drama di TV3 selepas kemunculannya di dalam drama Airmata Maria pada tahun 2007.

AMEERA mengisahkan kehidupan Ameera dan Ameer yang bahagia melayari bahtera rumah tangga selama 4 tahun walaupun masih belum dikurniakan anak. Mereka menguruskan sebuah syarikat perabot mewah bersama dan hidup dalam keadaan yang mewah. Namun, mereka tertekan apabila ibu Ameer, Puan Suraya selalu mendesak supaya Ameer berkahwin dengan Marisha kerana Ameera tidak dapat melahirkan anak. Ameera mahu Ameer menurut kemahuan ibunya tetapi Ameer masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung pada suatu hari nanti.

Apabila Ameera disahkan mandul, dunia bagaikan sudah berakhir baginya. Ameer masih enggan mengahwini Marisha yang menjadi pilihan ibunya. Ameera mencadangkan mereka mengambil anak angkat tetapi Ameer juga keberatan. Puan Suraya semakin mendesak kerana dia inginkan zuriat Ameer untuk mewarisi perniagaan keluarga.

Ameera buntu memikirkan cara penyelesaian akhirnya dia mencadangkan Ameer supaya mengahwini seseorang untuk mendapatkan anak dan menceraikannya selepas melahirkan anak. Ameer menganggap Ameera bergurau dan tidak mengendahkannya sehingga seorang gadis kampung miskin, Zila muncul dalam kehidupan mereka.

Zila telah mengikut kekasihnya, Faruk yang dikenali sejak zaman sekolah ke bandar untuk mencari pekerjaan. Ibunya, Mak Yah sakit sementara 3 orang adiknya masih belajar. Zila melarikan diri dan bersembunyi di dalam kereta Ameera kerana Faruk mahu menjualnya kepada sindiket pelacuran. Melihat keadaan Zila yang panik dan wajah Faruk yang bengis dan marah, Ameera segera memandu pergi dan terpaksa membawa pulang Zila.

Selepas mendengar cerita Zila, Ameera menganggap Zila sebagai calon yang paling sesuai untuk menjadi isteri kepada Ameer. Ameera menawarkan upah RM350,000 kepada Zila. Pada mulanya Zila enggan kerana tidak mahu mengandung tetapi akhirnya dia mengalah kerana wang tersebut mampu untuk menampung keperluan keluarganya.

Ameer pada mulanya membantah kerana masih menaruh harapan yang Ameera boleh mengandung. Ameera merayu kepada Ameer agar menerima cadangannya untuk berkahwin dengan Zila. Akhirnya Ameer bersetuju.

Ameer dan Zila bernikah secara rahsia. Zila hanya menikmati malam perkahwinannya selama satu malam sahaja kerana itu syarat yang dikenakan Ameera dan atas permintaan Ameer juga. Dalam perjanjian yang ditandatangani oleh Zila, dia akan diceraikan selepas mengandung dan melahirkan anak Ameer.

Zila yang pada mulanya tidak kisah dengan status isteri sementara telah jatuh cinta kepada Ameer. Dia bukan sahaja cemburu terhadap Ameera malah dia juga mahu merampas Ameer daripadanya. Ameer telah memberi perhatian lebih kepada Zila setelah dia disahkan mengandung.

Adakah cadangan Ameera untuk mendapatkan zuriat Ameer daripada perkahwinan tersebut akan memakan diri? Bagaimana pula dengan nasib Zila selepas melahirkan anak? Berjayakah Zila melepaskan diri daripada cengkaman Faruk?

Segalanya bakal terjawab dalam AMEERA , jangan terlepas menyaksikan AMEERA sampi penghujung akhir cerita iyer !!

Terima kasih sudi baca !!!

4 comments:

  1. cerita ni sangat tapi saya geram sangat dengan watak ziela tu...... semua nak rampas amir,puan suraya tu.... tapi tak pe lah .... lagipun cerita tu.. dah pun selesai . sebernarnya saya pun suka jugak dengan cerita tu.... best sangat. saya terkejut dengan cerita tu.. sebab tiba -tiba amir mati.ameera ,maarissa,ziela mana lagi cantik? bagi saya ameera nombar 1,ziela nombor 2 dan akhirnya marissa nombor 3 kalau bagi saya lah.... cerit ini sungguh best ,romantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dya pun minat si RR ni..cntik dn ayu bila memegang watak,maybe jugak dia pndai main watak..tp cte ni x besh si syamsul mati..x adil tol.yg ptut mati zarina tue..pe pun cete ni paling besh tahun ni kn?? :)

      Delete
  2. cerita ini memang seronok sebab cerita ini mencabar .

    ReplyDelete