Tuesday, August 7, 2012

Teruja nak beraya kali pertama

Assalamualaikum...

SEPADAN...Awal dan Scha baru tiga bulan bergelar suami isteri.

ZAMAN bujang dulu, soal makan, minum dan pakai bagi Awal Ashaari semuanya perlu dibuat sendiri dan selalunya tidak terurus gara-gara sibuk terkejar ke sana ke mari.

Namun selepas berumah tangga, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari akui soal makan minumnya lebih terjaga dan hidupnya juga lebih tersusun.
Awal, 31, dan isterinya Scha Al-Yahya atau nama sebenarnya, Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya, 29, baru tiga bulan melayari bahtera rumah tangga.

Secara peribadi, Awal berkata, hidupnya semakin lengkap dan sempurna dengan kehadiran Scha sebagai suri di hati.


“Bukan saja hidup lebih terurus, berat badan saya juga naik mendadak sebanyak lapan kilogram selepas berkahwin. Sebelum kahwin, berat badan saya adalah 72 kilogram saja dan sekarang h mencecah 80 kilogram.

“Macam manalah, saya tak naik berat badan sebab Scha rajin memasak di rumah setiap hari. Apatah lagi, kalau dia tidak terbabit dengan penggambaran, dari sarapan pagi hinggalah makan malam, Scha akan sediakan semuanya. Sayalah yang jadi mangsa naik badan, tapi Scha pula tetap nampak kurus walaupun dia kuat makan.

“Walaupun ramai yang cakap dia kurus sama seperti sebelum berkahwin, Scha tetap risau kerana fikir berat badannya sudah naik sekarang. Bayangkanlah, selepas makan banyak pasti dia pergi bersenam setiap hari,” kata Awal.

Mungkin artis lain lebih suka bergantung kepada pembantu rumah dan jarang ke dapur, tapi Awal nampaknya cukup bertuah kerana kerap merasa air tangan isterinya di rumah.

“Scha memang suka memasak dan dia memang rajin masuk dapur. Antara sajian yang disediakannya ialah lauk pauk Melayu seperti Ayam Berempah dan Ayam Panggang. Saya pula lebih pada sajian makanan Barat.

“Secara kebetulan, Scha baru belajar memasak dan ingin praktik menu yang dipelajarinya termasuk resipi keluarganya di rumah. Cuma yang tak tahannya, dapur mula jadi bersepah apabila dia memasak. Jadi saya akan pastikan dapur kami kembali kemas.

“Kalau boleh, Scha ingin kami berdua makan setiap hari di rumah dengan segala juadah yang disediakannya, sampai kadang-kadang, saya terpaksa ajak dia makan di luar kerana selalu sangat kami makan di rumah. Sesekali saya pun teringin ingin makan malam dengannya di restoran kegemaran kami,” katanya.

Terus terang kata Awal, kehidupannya sudah jauh berbeza berbanding ketika zaman bujang dulu.

“Kalau dulu, saya suka melepak di kedai mamak bersama kawan-kawan sehingga jam 2 hingga 3 pagi, sekarang tidak lagi. Selepas jadi suami, saya juga ingin menjadi seorang lelaki dan suami yang lebih bertanggung-jawab kepada isteri saya.

“Walaupun masing-masing sibuk dengan aktiviti seni yang padat, kami tetap pastikan ada ruang untuk meluangkan kualiti masa bersama bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri. Soal anak pula bergantung pada rezeki kerana kami sudah bersedia membina keluarga. Cuma tunggu rezeki saja,” katanya.

Berkongsi sambutan lebaran tahun ini, pastinya ia cukup bermakna kerana tahun pertama pasangan sama cantik dan sama padan ini beraya sebagai pasangan suami isteri.

“Kami tidak ada masalah dengan giliran balik kampung kerana saya tidak ada kampung dan rumah emak pun di Subang saja. Tahun ini, kami akan beraya di rumah keluarga Scha di Sri Hartamas, Kuala Lumpur pada hari raya pertama dan selepas itu beraya di rumah keluarga saya di Subang.

“Menyusul selepas itu, barulah kami pulang ke kampung Scha di Sungai Petani, Kedah. Saya juga seronok nak beraya di rumah keluarga Scha kerana keluarganya besar. Ada ahli sanak-saudaranya belum sempat saya temui,” katanya.

Awal turut memperuntukkan tiga pasang baju Melayu untuk diperagakan pada sambutan raya tahun ini.

“Baju dan biskut raya, Scha yang uruskan, tapi perancangan nak beraya di mana, saya yang putuskan. Tahun ini juga, rumah kami ada langsir raya baru kerana masa zaman bujang dulu saya lebih suka pakai ‘blind’ kerana ia nampak ringkas.

“Nampaknya sekarang kena tukar kepada langsir kerana Scha tidak mahu rumah nampak seperti pejabat. Apabila sudah berkahwin, saya ikut saja kehendak isteri kerana urusan menghias rumah memang menjadi tanggung-jawabnya.

“Menyentuh soal biskut raya pula, saya suka semperit dan muruku yang sudah ditempah lebih awal. Juadah raya yang wajib ada di pagi raya mestilah rendang ayam dan ketupat daun palas yang disediakan emak,” katanya.

Sesibuk manapun mengacara, Awal tetap tidak melupakan bidang lakonan yang juga salah satu cabang seni yang sudah sebati dalam dirinya itu.

Saya rindu untuk kembali berlakon seperti dulu. Kalau ada tawaran berlakon yang bagus pasti saya tidak akan menolaknya. Bagi saya, inilah waktunya untuk bekerja keras cari duit yang lebih untuk keluarga kerana duit simpanan banyak mana pun lama-kelamaan akan susut. Tambahan pula, kami banyak keluar duit ketika majlis perkahwinan dulu,” katanya.

Credit : Hmetro

Cakap-cakap: Suke kaler biru tue kan??Light !!!

Terima kasih sudi baca !!!

4 comments:

  1. scha dah pekne lom erk? hihi... dear, deqla pakai safi jek..pencuci dan krim.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mybe lm kot..tgk dia slim jek skung ni kn..oo.same lh..dya pn pkai safi rania gold.

      Delete